September 30, 2009

Sun shine =)

Antara raya yang terbaik since 2003. Senyum.

Sbb 1: dapat beraya selama seminggu. i mean, REALLY 7 days + 3 hari lg! Seriusly sebelum ni even bila orang tanya,"Cuti berapa hari?" saya jawab, "Seminggu je cik.." tapi sebenarnya 3 - 4 hari je beraya..selebihnya dah mula siapkan assignment dan persiapan untuk pulang ke universiti.

Raya 2 tahun lepas, cuti pun stil di hari2 akhir tu kena buat preparation mengajar. (cikgu baru la katakan =P) Tapi stil boleh dikatakan agak seronok sebab student datang tak putus + diorng sangat happening.

Bagaimana pun tahun SANGAT best! Selain cuti panjang + bermakna, si dia pun dah semakin stabil dengan kerjaya nya, maka saya dapat beraya sakan la dengan kekasih hati sebab dah kurang la halangan + onak dan duri perjalanan. (^_^)

Lepas 4 hari bekerja ni sebenarnya masih lagi dalam mood holiday..mood raya tu dah slowly reducing kot..tapi mood bercuti ni.. Memang sukar nk dibayangkan la..maklumla..kampung halaman jauh di mata..hati mmg ditarik2 utk rehat kat umah.

Ok. sempena raya juga..cousin2 sy jugak berlumba2 melahirkan baby sulong mereka. Nak kata comel..boleh la kot, tp bayi gitu muka lebih kurang je pun. Tgk diorng setahun nnt baru tau comey ke tak. hehe.=P

Dan ya! instead of duit raya, saya dapat dvd cerita "take the lead" dari si dia. thanks =) SAAAANGAT suka okay...! more>> tango

September 20, 2009

Mari ngunjung!

Saya tak tau masih ada tak sesi 'ngunjung' (at least tu la yg parents sy panggil =P) ni lagi di kawasan bandar tp di tempat saya, sungguhpun taman yang agak besar dan mewah (haha..lebih2 je) tp msih ada aktiviti 'ngunjung'

Apa tu 'ngunjung'?

Haa...Klau kunjung-mngunjung = orang kan yang mengunjungi rumah jiran2, tp ni bukan orang, LAUK yang mengunjungi rumah jiran2. Pelik kan? hehe..

'ngunjung' ni maksudnya beberapa hari sebelum raya kita mengunjungi rumah2 jiran trdekat atau sedara mara dengan bawa lauk-pauk. Nanti jiran tu pulak akan beri lauk-pauk yang diorng masak pada kita. Kira ia macam bertukar2 juadah la. Sangat menarik kan? (^_^)

Oleh kerana saya dan mak bercuti pada hari Jumaat (2 hari sebelum raya) kami cadang nak buat masak2 sikit untuk 'pulang pinggan mangkuk' pada jiran2. Beberapa hari sebelum ni,adalah 2 3 jiran kiri kanan depan belakang yg me'ngunjung' kpada kami, jadi kunun2 nak pulang pinggan tu maksudnya balas balik juadah yang mereka beri tu guna pinggan mangkuk mereka.

Alang2 dekat nak raya, jadi mak masak la ketupat,lodeh,rendang,sambal kacang dan...ha..tu je.hehe.

Yang tukang hntr nya ayah trsayang la. Kami..pemalu orgnya... ^^

Maka..jam berdetik menunggu waktu berbuka...

.

.

.

.

Ni baru separuh =P

Lagi beberapa minit nak berbuka, baru perasan makanan dah berlambak atas meja..! haha..rmai juga yang mengunjung ke rumah kami aritu. Lauk sambal kacang je ada beberapa jenis..lodeh pn pelbagai rasa..haha. Sangat meriah. Nasib baik adik2 pirana-ku suma dah pulang..hampir licin jugak la suma lauk2 tu..klau tak mesti jadi bahan sedekah kat ulat2 keesokan harinya..hihi.


September 17, 2009

Rayaku rayamu juaaa~

Lagi 2 hari nak raya. Mood raya tu dah berterbangan di sekitar kolej ni termasuk la student dan staff2.

Yang pensyarah2 nya dah pakat amik cuti hari Jumaat, jd student pn cuti hari Jumaat demi menghormati sambutan Syawal (ececeh...yela sangat..haha) Tapi yg menjadi kemusyikilan sy smpi hari ni (khamis) bangunan kolej ni dah jadi mcm padang jarak padang terkukur...kur kur.. Sungguhpun namanya kolej, tp yg tgl hanya staff-staff serta beberapa keping student yg dipaksa dtg oleh pensyarah2 yang berdedikasi nk ngajar jugak.hoho~

Saya kunun antara yg berdedikasi tu la. Sbb takda masa la nk ganti2 after raya nnt. Byk lg keja lain yg lebih berfaedah blh dibuat daripada sibuk mengganti kelas yg tak sudah. Lalu sy telah mewajibkan pelajar saya dtg jugak..

Dengan harapan yg tinggi..sy telah ke kelas..tp tetiba terasa kena kilat lak. Student 4 org jek? 4 org je ke?

"Tak dulik..saya nk ajar jugak..sape tak datang kira absent.."

Suasana sunyi...empat2 pelajar tu tgk saya..smbil tunggu episod seterusnya..

"U all tak balik kmpung ke?"

"miss kata nk buat kelas..ktrng dtg la..kita nk blajar apa ek miss?" (dengan wajah ceria..huhu..terharu..)


saya dah blank tgk 4 org jek. Klau diorng ni mcm zman saya study dulu takpa gk. wlaupun tak dtg reti gk nk study sndri. Diorng ni kang, dh la tak dtg..naik2 je next class sedap2 mulut je ckp, "Tak faham laaa misssssss..." Mmg sabar tahap dewa dewi je laa time tu. Bila tenung muka mereka2 ni. saya tak jadi nk ngajar.

"Okla..today we'll discuss ur mid. For those who get below than D, pls submit correction..FULL correction.."

Okay..sudah yg tu. Masuk satu lagi kelas. Kali rmai gak..adalah lebih 10 org. Pun sama, sy discuss paper mid. Muka masing2 dah mcm budak darjah 1 baru blajar puasa..huh. Sblm abis kelas seperti biasa..wishing raya and bebel skit: "Don't drink n drive..even sirap"

Tetiba..tadaaaa.... "Miss..nah..ni parents sy bagi.. =)"



Oh..so sweet.. "Waah..thanks a lot...extra marks..hehehe" <- ayat gurau okayyy.. =P Selama saya ngajar ni la first time dapat kuih raya! Sblm2 dapat kad raya dari beberapa org student.. Wlauapapun thanks to all my students yg bagi kad raya DAN kuih raya. (^_^)

September 16, 2009

Jemputan?

Smlm dia call:


raptor: sy dpt kad jemputan kawin ni. diana bima. knal lg?

saya: oh, knal. bila?

raptor: 10hb oktober ni. nak pegi tak?

saya: eh..(teringat sumthing!) saya pn ada jemputan kawin gk 10hb tu! (kalut2 cari kad jemputan) Oh..eh..bkn2..tu rumah pempuan..kita gi umah lelaki la ek. kat bangi je. 17hb. Amir kawin,kwn baik sy dulu,ingt tak? Gajah la..

raptor: er..ingt..

saya: Blh2. kita gi umah diana dulu pastu next week gi umah amir. pastu..bla..bla...bla..



Smlm si dia dpt kad jemputan dari sorang kawan x=mrsm mersing. Sy pn kwn dia gk tapi tak semesra dia dgn diana tu (scandal? hehe) Majlis kawin tu kat Kota Tinggi.

Then kebetulan sy pn dpt kad jemputan gk hari sblm nya. Yg ni kwn baik masa kt UTP dan dia pn knal dengan pasangan ni. Majlis kawin nya kat Bangi.



Plan nak gi dengan dia gak cuma blm sempat nk bgtau lg. Jadi bila dia call tnya psal jemputan tu,sy baru teringat psal plan sy jgak. Maka..saya pun kalut2 bincang trus time tu.. tetiba blank tak tau nk gi cmna.Sbb ktorng tak pernah lg gi KL sndri..


saya: mcm mana ni awk..?

raptor: Ntah... saya call ni sebab nk ckp psal majlis kawin diana,awk lak sibuk ckp psal plan dia =/

saya: Oh..eh..hehe...okla..yg ni kita discuss nnt. Kita discuss pasal nak ke Kota Tinggi dulu k.



Hehe..kesian dia blur2..time tu dia nk bincang psal plan ke Kota Tinggi, tp tak sempat nk ckp apa2 lg org dh ckp bertalu2 psal plan nk ke Bangi. =P

Hm..akhrnya kami setuju nk pegi dua2 tempat tp caranya cmna..tak tau lagi..haha. Kerana? Saya perlu bawa perbincangan ni kepada upper-management lak..iaitu Raja Leham dan Permaisuri Zainon..huhu.



Haa..sana tu kemas..haa..sini lak!


Hi, salam semua~

Last week agak busy dgn mid semester examination for KPTM BP, then smbg dgn Bengkel Moderation KPTM.

Tak sempat lagi nk update wlaupun dh msuk hari ketiga..huhu.

Yg penting..bengkel/sesi jln2 tu mmg the best ever ^^.

Skrg tgh busy habiskan menanda paper sblm raya. Hari Jumaat sy dh start cuti. Jd kalut2 gk nk abiskan suma n key-in markah plus dgn result yg kurang memberangsangkan.. =(

Start smlm (selasa), hari ni (rabu) dan esk (khamis) adik2 sorang2 dh pulang ke kampung halaman..eceh.. =P Agak meriah la bila diorng balik..klau tak gaduh2..bukan raya namanya..hehehe.

Ikah: "Mak...tgk la angah ni...kacau org buat keja..."
Mak: "Angahh...tlg mak masak sini..."
Angah: "Alaa...along tu duduk2 je.."

Haha..sudah semestinya... sesi tugas sy ada versi len.. =P

Apapun, wish awal2, Selamat Membuat Persiapan Raya!


September 8, 2009

Good Luck Charm!

Oleh kerana minggu ni adalah minggu mid exam utk semua pelajar kolej, sy nk mengucapkan Selamat Menyambut Minggu Exam! kepada semua..haha.

Last week, tak semena2 tetiba jari2 halus (sendiri rasa =P) nk buat 'Good Luck Charm' to all my students. =p


Comel tak? (^_^)


Student Fundamental of Programmming - 80++ org
Student Object Oriented Programming - 21 org


Pastu kebetulan pulak hari Jumaat tu dengar citer sy mungkin dh tak pegang kelas yg sama lg next week,sayang sgt nk lepaskan diorng..huhu.. (bising2 pn syg gak..) dan stil risau paper mid diorng ni ok ke tak.. (~_~)



September 6, 2009

Speghetti Bolognese

Teringin nk makan speghetti bolognese....


Sedap kan? Huhu...... (¬_¬)

.
.
.

3 tahun lepas..masa praktikal kat Penang..
saya sewa rumah dgn 3 org lagi org penang. salah sorang ni akak keja mechanical engineer kt motorola. bahagian design handphone motorola. Dia slalu masakan saya mcm2. budak kecik la katakan. kebetulan dia pn org johor n stil single. so dia suka la melayan. salah satunya dia suka masak spaghetti bolognese ni. mmg sedap. tp tu la..tak penah terpikir nk amik resipi.. ada akak kan.. =P


2 tahun lepas, masa kau UTP
Ada sorang lelaki ni pandai masak. Dia pun suka masakkan untuk saya. Kadang mee goreng, kadang kek, dan salah satunya spaghetti.. Spaghetti dia pn sedap! Wlaupun takleh lawan Kak Lin nye, tapi dia letak byk bahan..satu bekas tu 75% saya mkn..selebihnya kasi housemate.. =P Kali ni sy ikut dia gi shopping bahan2, kunun nk tau resepi la..tp bila tgk dia amik itu ini..jenama pelik2..siap minyak zaitun segala (mak sy pun tak penah guna minyak zaitun), daun apa ntah namanya..dengan oregano? huhu..trus sy tak malas nk ingt..

Dia: "You ingat tak bahan2 yg kita beli tadi?"
Saya: "Ntah...spaghetti batang tu? Hm...lagi...lego..."
Dia: "Bkn lego la...prego...ganti tomato cincang.."
Saya: "Oh..eh..aa...takpalah..yg penting you dah siap masak nnt you hntar kt I tau ^^"
Dia: "Yela....yela...pemalas...cmna nak masak utk Azam nnt..." (aik...sapa Azam? =P )
Saya: "Alah...dia tak cerewet makan mcm you..."

1 tahun lepas...
Wife En Zul bawakan sebekas yang besar spaghetti..tapi silap la..org baru balik lunch time tu. Pulak tu time lunch, makan tak hingat dunia kerna sangat lapar dek tak breakfast.. Masuk je office trnampak spaghetti..sibuk cari bekas nk bawa balik..tp takda.. Petang tu sblm balik nekad nk mkn jugak spaghetti tu.. hihih! Sedap! Mmg menjilat sudu =p



Tapi tahun ni...tetiba hari ni sangat2 teringin nk makan. Nak beli mahal...tapi..tapi..takda org nk masakkan...

Oleh ituuuu.... Saya berniat..baru berniat okay..jgn mengharap sangat.haha! Saya berazam utk masukkan dalam list menu yg perlu dipelajari iaitu:

  1. Rendang Raya (nama sy bg sendirik.hehe) nak masak yg sebijik cam atuk buat.. ^^
  2. Spaghetti Bolognese - byk yg simple tp nk try mcm kak lin masak. Klau dh terror sket nk buat mcm kat Old Town Cafe yg org pegi dgn Si Dia. ^^
  3. hm....
  4. hmmm....xda idea la..heheh..

Kalau jadi nnt sy tunjuk kat korang k. Yg gmbr atas tu sekadar gambar hiasan buat menguji keimanan di bulan puasa... ;)



Makcik Rendang

Post ni ada kesinambungan dari entry di sini.

Smlm (5.09.09, Sabtu) saya ke bazaar ramadhan lg sekali. Ingt nk cari tauhu goreng kegemaran mak. Jam masa tu dh pukul 530pm. Boleh dikatakan agak lewat la kot time cmtu nk ke bazaar sbb sblm2 ni klau pukul 6 pm tu mknn dh mula beransur susut..

Sekali round, lalu la sblh makcik rendang tu..pandang sekilas lalu je la, tgk lauk pauk dia.. Hm..byk lg..nmpk susut sesenduk je la kot, kt tepi bekas tu cm kosong skit. Makcik tu sorang je. Duduk mengipas lalat. Lauk yang lain nmpk penuh lagi..mungkin blm ada yg teraniaya lg dengan makcik tu arini. Kata hati la. =P

Second round..nk cari balik kedai tauhu goreng yg digemari..tak jumpa2..(biasalah..nk beli satu barang je pun yg penting cari yg terbaik.. =P tak nak terkena lg) Lalu lagi depan gerai Makcik Rendang, sama cm tadi... lauk dia tak luak pun..

Uish..kesian kah saya? - Tak.
Kejamkah saya? - Tak.

Apapun, saya hrap trbuka la pintu hati dia untuk jual dengan kuantiti yg berpatutan dengan harga (bak kata Epy) yelah...mana la tau mmg kos dia buat rendang tu..dpt daging dr supplier dgn harga yg mahal gak (kata Raptor)

Oh ya..tauhu goreng yg digemari + SAAAAANGAT sedap tu, klau hari biasa dia jual kt depan bangunan SUPREME yg bersebelahan MAYBANK kt area Bukit Pasir. Tp gerai dia biasa buka pukul 1030pm sampai pukul 4am. Lama kan? Tp seyes mmg sedap. ^^


Rupa lebih kurang mcm gmbar ni la..tp kuah dia lg sedap. Hehe


September 4, 2009

Tengok la nanti...

Pos kali ni mmg berunsur dendam yg amat.

Smlm sy berbuka puasa dgn rasa tak puas hati sungguh dengan sesorang...sungguh keji dia mempergunakan keinginan insan yg suci ini utk keuntungan sendri.. kurang ajar.

Kronologi citer nya cmni...
Semalam sy telah ke pasar malam di Jalan Omar(bus stand lama) sbb mak nk cari mee rebus kegemaran dan sy teringin nk mkn rendang dia yg saaaaaangat sedap. Hampa. Org tu tak jual hari tu..

Maka kami ke Bazar Ramadhan Pesta (yg sangat terkenal di Batu Pahat ni) Ala2 Jln Masjid India la sibuknya kawasan tu dengan 1001 juadah.haha. Cari punya cari..akhirnya mak jmpa jugak org yg jual mee rebus 2nd sedap, tp dh abis..jd trpaksa beli kt satu lg gerai yg juga kwn lama dia,kwn punya psal beli jugakla wlaupun mee rebus tu sedap tmpat ke-5.huhu..

Okay, tu cuma selingan.hehe. Citer yg menggeramkan itu ialah. Saya telah singgah di satu gerai yg jual rendang. Tengok dari jauh macam sedap. Dah la kempunan rendang..jadi tanpa pikir panjang terus singgah..

makcik yg dibenci: Nak beli apa dik?

saya: rendang satu.

makcik yg dibenci: singgit takda jual dik. plg kurang rm2.

saya: em..bolehla.. (sambil mata masih meliar tgk ketupat dan serunding..hm sedapnyaa...)


pastu nmpk ada satu pengunjung1 nk beli ketupat kt situ, suami makcik tu jwb, "70 sen sebijik, yg byk ni Rm7" Pergh..mahal seh. Ketupat tu dah la kecut..kemek lak tu. Kat warung depan umah tu jual RM0.50 je,montok2 lagi segar. So tak jd beli ketupat makcik tu. Pastu dtg lg pengunjung2, nk beli serunding..dia beli RM4..tp bila suami makcik tu bungkus tgk mcm RM2 pn tak sampai. Cis..tak jd gk nk beli serunding dia.

makcik yg dibenci: Nah dik. (smbil hulur bungkusan rendang)

saya: eh..sy nk RM2 makcik..bkn RM1.

makcik yg dibenci: RM2 la ni dik. singgit kn tak jual.

saya: tp tu macam RM0.50 je.

Seyes korang tau tak..saya mmg terbeliak biji mata kat situ jugak! rendang tu byknya separuh tapak tgn saya je! tak termasuk jari2 saya yg halus ni lg. Saya terdiam smbil berfikir, klau beli nasi ambang pn leh dpt rendang byk tu dengan harga RM3.

pastu sy smbung: tak nak la makcik..skit sgt tu..

makcik yg dibenci: ni dh bungkus ni dik..kena la amik.

Saya rasa klau ikut logic kepala ni biasanya saya takkan beli. Tp sbb masa tu ada skit rasa kesian kt makcik yg teruk itu,sy amik jugak dan bayar RM2 dengan hati dan muka yg sangat meluat.


Memang la pernah dengar org ckp skrg harga mahal..tapi rendang tu sungguh MELAMPAU okay!!!! Bila tnya2 org len (sblm bgtau harga) suma teka harga tu RM0.50/RM0.80/RM1. Dia amik untung RM1 dibulan puasa??? What the *****!

Sampai hati dia buat org yg sedang berpuasa, yang ingin sangat nk makan rendang mcm tu..tak berkat dia jual rendang tu. Kalau sedap super power takpa gk. Ni kelat..tak sedap pn.

Orang berniaga ada etika la oii..jgn sebab kau sorang, suma peniaga lain kena tempiasnya..nk naikkan seposen dua takpa lg, ni sampai..klau letak kat piring cawan tu, ngam2 je kt bulat tgh2 tu. pastu harga RM2. kurang ajar tak..

Mulai hari ini dan seterusnya..saya harap takda sorang pn manusia akan beli atau singgah di kedai makcik tu. Buatla aniaya org lagi. Memang dia akan kena tulah sebulan dia niaga situ akan RUGI SANGAT2!!



Related Posts with Thumbnails