March 19, 2010

He got shot!

Hari ni saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tapi sebelum tu mcam biasa saya akan fetct mak dari hospital (mak saya adalah seorang nurse yang cantik lg lemah lembut ^^) Tapi yang mencurigakan saya keadaan traffic hari lebih sibuk dari biasa. Taman dalam hati saya mula terbakar..

"Eh..ni kenapa tak gerak2 lagi ni? Jalan ni biasa tak jem macam ni..eh..jalan la..mak saya yang comel tengah tunggu tuuu..hiiisssshhh..." ngomel sorang2 tanpa apa2 tindakan.. =P

Situasinya ialah...



Dari Simpang A ke Simpang B tu biasanya smooth je..klau ada jem pun stended biasa.. tapi hari ni, dari Simpang A ke Simpang B tu saya terpaksa tunggu sampai 2 kali traffic light! Even dah sampai depan pun masih tak lepas msuk ke kawasan B tu. Agak marah jugak la disitu..

Akhirnya lepas jugak saya ke Simpang B. Tapi yang pelik bila saya berada btul2 di depan traffic light kat Simpang B tu, saya nampak banyak la motor2 polis yang mula bersurai dan pergerakan traffic semakin smooth.. Kenapa ek? Nak kata dia jaga traffic, lampu isyarat tu ok je. Nak kata ada majlis kat Dewan Jubli Intan, takda apa2 pun..

Malas nak pikir saya pun teruskan perjalanan..langkah semakin laju..

Sampai je di hospital, seperti biasa mak bangun dari bangku dan msuk dalam keta smbil memulakan gosip of the day..hehe..

mak: "Along! Tadi kan ada polis kena tembakkk!"
saya: "Kat mana? dalam hospital? siapa tembak? brapa orang yang kena? bahagian badan mana yang kena mak?" (er...terbanyak lak tanya time tu..semangat dengar..hihi)
mak:"Em..ntah..kwn mak bgtau..dengar dia kena tembak dekat rengit. dia jalan2 dengan isteri dia, tetiba ternampak penjenayah, tapi bila dia cuba nak tangkap penjenayah tu, dia kena tembak dengan penjenayah tu. kena kat dada kot."
saya: "Ohh...uish..bahaya nya zaman skrg eh mak.Penjenayah tu buat apa? dia tak bawa senjata ke? isteri dia macam mana? "
mak: "Ish..mak tak tau laaaa...kwn mak citer2 tadi..mak malas nak tanya banyak..ngalahkan polis je tanya."
saya:"Laa...tadi mak yang semangat citer..adess..."
mak:"Tak..yang mak bengang polis2 tu selamba parking kat area laluan ambulans..tu yang mak tanya kwn mak kenapa ramai sangat polis datang. rupanya ketua polis dari JB suma turun Hospital Batu Pahat beserta gerombolan dia la tuu..melawat polis yang kena tembak tu."


Ohh..patutla..terjawab jugak soalan saya tadi kenapa polis banyak sangat.. Rupanya mengiring ketua polis daerah johor.


Saya sangat risau dengan kes jenayah sekarang..tak tentu msa..tengah ramai orang pun diorng dah tak takut lagi. Kes-kes macam ni la buat mak saya sangat risau nak lepas kan saya kuar jejalan dengan kengkawan klau balik lewat after 9pm.huhu.


After amik mak tadi kami sempat singgah Summit Parade (shopping mall),dan agak mengejutkan tetiba mak sangat berkeras tak nak naik lift. Dia takut..haaih...jenuh aa suma benda dia dah takut.. Dia kata takut orang jahat buat apa2 dalam lift takda orang nak tolong (since shopping mall tu pun agak lengang sebab hari biasa kan)

Problem..problem...

March 15, 2010

Adakah saya sudah dewasa?

Tak percaya..semalam saya beli majalah atas keinginan sendiri. Bukan atas paksaan mak. Dan saya beli TIGA (3) majalah <- stail tulis dalam soalan exam.hehe. 

Dalam dua tiga minggu yang lepas saya tiap kali termenung tengok bilik mesti berangan.. 

"Ni kalau ada umah sendiri saya nak beli ...., ...., ... hm.." pastu berangan lagi sambil buat gaya tangan.. 

"hurm..kalau letak benda ni kat sini okay gak...takpun..haa..kat sana la..eh..takleh2..kat situ lah.." smbil senyum sorang. haha.

At the same time, mak asik bising je suh orang belajar masak itulah..inilah..makanan kegemaran dia la.. (tapi..dia ada ke makanan kegemaran? hmm..mcm takda.. =P)

Dan juga saya kena warning siap2 dengan wedding planner saya suh wat persiapan awal untuk majlis..huhu..ada beberapa benda dia suh saya prepare untuk bulan April.

Jadi satu hari bila tetiba terhenti kat kedai buku..as usual saya akan belek2 beberapa majalah sambil tengok headlines then berlalu begitu sahaja. Tapi yang satu hari ni..tetiba terniat nak beli la satu majalah..tapi..bila sampai umah..sedar2 saya dah beli 3 majalah..haha. Obses! =P

1# Majalah Anjung Seri  



Suka tengok design bilik terbaru. Especially ruang tamu, landskap dan bilik air. Saya suka tengok rumah yang ada taman dan saya nak bilik air macam hotel yang ada bathtub ^^ 

2# Majalah RASA  



macam best! dan kebanyakan nya makanan feveret saya. Actually boleh je tanya mak suma. Tapi kadang2 sombong (plus segan.hehe) tak nak mak tau yang saya nak belajar masak. Nanti dia perli2..aduih..

3# Majalah Pengantin



Sebelum ni. suma majalah ni mak yang belikan. Pastu paksa orang baca. Even masa sebelum tunang tu pun saya beli satu je buat ada2. Emak je yang banyak kali belek majalah tu =P Tapi kali ni beli sebab suka nak tengok design suma yang ada. hehe. 


Masa nak letak majalah2 ni dalam rak buku. Ternampak semua koleksi majalah REMAJA, CLEO, Dewan Siswa, Komiks..haha..dah besar rupanya saya!

Saya kuarkan suma majalah REMAJA dan Dewan Siswa. Simpan sikit majalah CLEO dan komiks. Then masukkan majalah-majalah baru saya yang munkin lepas ni akan jadi koleksi terbaru saya =)




Related Posts with Thumbnails