April 29, 2011

Tertekan

Tertekan la...

Semalam tengah pening2..dapat bad news lagi..sampai dah fobia dah klau kena panggil dengan bos..asyik dapat berita tak menggembirakan.. Tapi takpa..masih berharap sebenarnya untuk terima berita gembira seperti, "Dyana, permohonan awak diluluskan!" Hehehe..

Makin dalam orang tengah berusaha nak duduk dekat dengan hubby..hubby pulak dapat projek ke Teluk Ramunia bulan 7..lagi lambat saya berhenti, makin tak dapat tinggal dengan hubby.. ='(

Saya ada 2 bulan je untuk dapat dekat dengan dia..nnt hubby dah ke Teluk Ramunia saya jauh balik..tp sini pulak tak nak lepaskan cuti saya.. Nak berhenti terus nnt kena bayar balik pulak.. Isk isk isk...

Pleaseeeeeeeeeeee.........I just want to have some time with him.. Just this one time..nnt saya dah sihat skit..saya tak kisah dah orang nak bagi saya kerja bertimbun ke...

Tolongla ya Allah.. Berapa lama lagi saya kena bertahan..dah 8 tahun dah kami jauh...lepas kahwin pun jauh..saya sangat berharap time pregnant dia ada dekat dengan saya..

Mood: semakin menurun..sedang makan McD Fillet-O-Fish utk mengurangkan stress..nyam2..

April 26, 2011

Next Appointment

Esok adalah temujanji kedua saya dengan doktor: 27hb Apr 2011. First meeting aritu adalah pada 4 Apr 2011. Cuma kali ni saya pergi sorang la..husband dh tak dpt nak teman. Klau tiap kali appoitment dia teman, mahu abis cuti tahun dia. Hik hik.

(Wish dia dapat temankan setiap kali appointment..tapi takpa, saya akan tunjukkan yang wife dia ni kuat semangat..oh yeah~)

Appointment esok mak saya temankan (Hee..still ada orang teman :P). Walaupun saya stil kena drive sendiri, tapi apa2 hal mak ada..mak leh sediakan makanan, tolong tengokkan jalan raya. Tolong pinjamkan bahu ke kalau saya pening..hehe. Maklumla..klinik kesihatan kerajaan bila je yang waktu menunggu dia kurang 30min. Lagi2 klinik kesihatan parit sulung tu, bertuah la kalau kena panggil kurang daripada sejam. Kalau saya demam pun, paling cepat 1 jam setengah tunggu. Ntah apa cerita esok.. Huu..

Lagipun pagi2 sejak2 pregnant ni kadang2 saya cepat berpinar2 especially kalau matahari terik. Jadi kehadiran mak saya sangat2 dihargai..mak pun kena amik cuti. Adess.. Eh..bukan saya tau..baby ni yang gedik..i okay je.. =P

Esok bersamaan hari Rabu, adalah waktu minum glukosa dan beberapa pemeriksaan lanjutan lain. Sebab hari tu, saya punya darah dan air kencing ada masalah skit..jadi kena check lagi skali. Jadi..malam ni saya kena berpuasa..

Hah..tu lagi satu hal, penat saya fikir, macam mana saya nak berpuasa pagi esok ya? Malam tu saya tau la..tidur je ubatnya. Tapi pagi tu? Biasanya pun bangun tidur je belum turun katil pun lagi saya mesti kena makan biskut skit atau plg kurang minum susu, baru lah boleh bangun. Takpun mesti kena breakfast la..klau tak mahunya saya mabuk teruk haritu. Tapii....esok macam mana? Sementara tunggu giliran tu pun takleh makan kan..boleh ke saya bertahan?

Huhuhu...tolong la nurse cepatkan giliran saya...

Oh ya, saya dah 10 minggu pregnancy sekarang~~ ^_^


April 25, 2011

Lelaki ke Perempuan ek?

Banyak spekulasi dan jawapan teka teki yang dilontarkan pada baby ni. Mesti baby ni geleng kepala je..organ tu pun tak nampak lg kot..hehe.

Anak lelaki ke perempuan?

Ada yang cakap baby ni perempuan sebab..

"Baby ni perempuan kot sayang, sebab mengikut perkiraan jadual yang saya dpt dari akak2 opis ni..baby ni jadi bulan 2, so ia sepatutnya perempuan. 90% tepat hehe"
- Hubby


"Baby ni perempuan tak long, biasa perempuan cerewet, mcm along la skrg ni, nak tu la..nak ni la..kjap nangis, kjap happy, perasaan tak menentu je..apalah..makan salah..tak makan salah..aihh..."
- Nenek saya yang comel


"Saya rasa baby ni perempuan tak..sebab asik rindu kat husband je..org kata klau anak perempuan rindu husband, klau anak lelaki biasa tak kisahkan husband sangat.."
- Kawan opis tak ingt mana satu



Ada yang cakap anak ni lelaki sebab...

"Along ni dapat anak lelaki tak? asik selekeh je..baring makan baring makan...pergi la pkai baju molek2 skit..mandi ke..pkai bedak sana.. Mak dulu mengandungkan korang..asik melaram je tau..kat rumah pun pkai lipstik..hihi. Dah pegi mandi sana!"
-Mak saya


"Ntah2 ni lelaki tak? Ko tak suka asam kan? Biasa klau tak suka asam anak lelaki"
- Kak Alin World


"Aku rasa anak ko lelaki. sebab mak aku tak suka bau abah aku masa dia ngandung adik lelaki aku. Masa ngandung adik p'puan, mak aku manja sangat dgn abah aku. "
- Miza si ahli nujum


Dulu masa mula-mula kahwin, orang teringin nak anak lelaki sebab adik beradik orang suma perempuan..jadi teringin nak jaga budak lelaki cmna..tapi sekarang, bila dah mengandung..mana2 pun tak kisah sebab perasaan excited nak dapat baby tu sama je.. ^^

 Dan orang tetap akan jaga baby ni sama je..baik dia laki atau perempuan.. cuma sekarang dia agak kuat makan la..saya sentiasa lapar tapi tak larat nak makan sentiasa..bukan banyak pun makanan kat opis ni yang boleh dimakan..kalau rehat kat umah, boleh la juga saya buat air panas, susu + cornflakes, susu dengan honeystar ke..makan nasi putih dengan ikan bilis...potong buah...minus jus dr peti ais....mcm2 la blh mkn..

Kat opis ni dah la toilet jauh..air panas takda..peti ais apatah lagi....menyeksakan okay...dengan loya dan mabuk ni..terpaksa tahankan jugak...tak sabar nak habiskan kelas....nak rehat...nak cuti....waaa....nak duk rumah...... huk huk...


April 10, 2011

Rindu.....

Right now..i am really messed-up.. I am mentally and physically unhealthy...


Saya rasa apa yang saya rasa dan yang saya risaukan are makes sense now..all are getting real.. Samada my sixth sense are getting stronger sejak saya berkahwin or maybe it is just law of attraction..


Empat bulan lepas, sebelum kahwin, saya tak kisah sangat psal berbulan madu. Actually kami plan nak berbulan madu lepas bulan 2. Tapi directly after getting married, saya sangat risau yang kami tak sempat berbulan madu pun dan saya risau saya akan pregnant awal. Walaupun kami harap ia tak secepat itu memandangkan keadaan yang kami yang jauh tapi saya tetap rasa something will happen yang akan menyebabkan saya tak dapat nak berbulan madu after februari. So saya keep on forcing my hubby untuk berbulan madu. Walaupun dia tak brapa setuju sebab dia tak dapat cuti yang panjang but we managed to spent some time together to few places yang dekat2. It's not really the place that we planned for but enough for us for now.


Sebelum kahwin, kami ada discuss disebabkan oleh faktor kewangan, saya tak bercadang untuk pindah dari tempat kerja saya..walaupun emotionally saya sangat2 nak tinggal dengan husband di JB. Tapi sebulan lepas berkahwin, suddenly i have a feeling that i have to be with my husband no matter what..so just for preparation i try to discuss with my boss about few things that i have in mind. First of all, ada satu subjek yang hanya saya sorang je yang pegang selepas lecturer senior en zuraidin sambung belajar 2 tahun lepas. Jadi sebelum mula semester baru saya request dari Ketua Jabatan saya, in case ada 3 kelas pelajar yang amik subjek ni, satu kelas diberi pada lecturer baru supaya ada pelapis, at least kalau tetiba saya takda nnt ada lecturer yang boleh ambil alih dan dia boleh prepare at least 1 semester dengan saya. Sebab subjek tu adalah core subjek dan ia sangat susah untuk diajar for new lecturers sebab ia OOP in C++ sedangkan most lecturer baru batch saya belajar OOP in JAVA masa di Universiti.


Secondly, saya juga dah lepaskan tugas lain seperti penasihat kebudayaan sebab kalau tetiba saya takda nnt, saya fikir in case ada projek sedang berjalan susah untuk orang lain sambung. sebab sepanjang saya pegang penasihat kebudayaan tu, kelab tu sentiasa ada aktiviti samada luar kolej dan dalam kolej. And saya plan untuk taknak amik mana2 mentee baru sebab saya msih ada rmai mentee lama yang tak abis lagi, tapi sebelum masuk sem baru aritu, kaunselor minta saya amik mentee baru iaitu mentee ustaz yang dah pindah. Mulanya saya tolak but since kaunselor kata dah takda orang lagi, terpaksa amik.


Tapi semua tu just based on instict..yes sometimes i act based on instinct..walaupun cuma 70% je yang betul, tapi most of it become my precaution steps for better logical thinking.. Dan walaupun semua request saya will not be consider..yang penting saya dah suggest..so at least i've done my part before anything happens =)


Unexpectedly, pada awal bulan 3, saya disahkan pregnant 5 minggu, setelah 2 3 minggu asik tak sihat.. patut la demam berbalik2. After the good news..everything seems fine, saya jadi sangat berselera dan makan lebih banyak dari biasa. Muntah2 ke pening2 pun takda. Tapi bila masuk akhir minggu ke 7, saya dah mula rasa macam demam dan mabuk. Awal2 tu saya cuba tahan juga sebab cuma muntah dan mabuk sekejap2 je. Mana yang saya boleh tahan saya masuk je ke kelas, tapi mana yang pening sangat saya memang tak boleh tahan terpaksa cancel. huhu.. Next thing I know, saya asik pening dan mabuk non-stop dan muntah lebih kerap dari biasa walaupn kadar pemakanan saya lebih banyak. Dan saya asik berpeluh peluh walaupun dalam kelas dan office ada air-cond which is not normal.


Bila jumpa doktor, dia kata saya penat sangat, saya sendri tak tau yang mana buat saya paling penat,samada muntah2, atau drive jauh dalam keadaan pening, atau pergi ke kelas. Nurse klinik kesihatan saya bagitau awal2 mengenai simptom2 eclampsia semasa mengandung sebab dia kata since saya ada history migrain dan gastrik, jadi ada possibility saya boleh kena kalau terlalu penat. Sebab ibu mengandung automatic akan kurang antibodi untuk mengelakkan penolakkan baby. Lagi2 untuk first time pregnancy. I really hope saya tak sampai tahap tu. Right now, I just try to hold on..and really have a good rest..


About the work, saya tak tau..so far saya sangat tak larat. Almost every year, saya jarang amik mc dan cuti saya sangat banyak sampai abis taun, i even work on saturdays untuk latihan kelab dan event kolej Walaupun 3 taun mengajar dan workload sama je dengan taun2 sudah but this year.. saya sangat penat, more than previous year, mungkin sbb ada org ketiga. tp really hope baby kedua nnt tak teruk sgt la cmni. i try to reduce the workload but tak boleh. Kalau dulu saya tolak tawaran company lain sebab kesian dengan student, tapi sekarang...even takda tawaran pun, saya kesian lebih pada diri sendiri dan baby. Nak kesian dengan company pun, ntah2 company pun tak kisah saya ada ke takda.


I seriusly need to be close with my hubby right now..i am much more healthy when my hubby is around..

Related Posts with Thumbnails