Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

January 6, 2011

Best Tak Kawen?

"Best tak kawen dy?"


"Cmna? apa perasaan lepas kawen?"


"Takut tak dy kawen ni?"


For me, saya tak tau ada ke jawapan lain bagi soalan di atas selain, "Best!!" atau nak saya kata "Sangat best!!" :P


Ye, mmg tu jawapan yang paling senang untuk simpulkan semuaaa perasaan yg ada. Tapi actually..banyak perkara yang lagi best dari yang saya apa yang saya expect. Even saya tak sangka pun, kadang2 simple thing pun blh buat saya tersenyum dan rasa, "mcm ni pun dh jadi best ke. hihi"


Selain perkara 'ituu'..alaa..suma pun tau kan..tak yah nak buat2 innocent.. :P  Ini adalah beberapa perkara yang saya tak sangka perasaan best rasa like very very deep inside.. =)


(tengok wayang, jalan2 honeymoon, dapat hadiah tu suma stended la kan..confirm2 best la..ni kita citer  selain itu.hehe)






1. Semayang jemaah

Perkara pertama yang buat saya sangat happy dan berdebar adalah pada tahun baru Hijrah (6.12.2010) Untuk pertama kalinya kami semayang berjemaah.

Kat rumah kami tak dapat nk smayang jemaah sebab ruang tak cukup, tapi kebetulan pada akhir tahun Hijrah tu kami berada di rumah sedara di Labis yang bilik semayang dia agak besar. Lepas masuk waktu magrib (tahun baru Hijrah), saya dah amik semayang, dia pun sama. Selalunya kami ikut giliran, tapi kali ni dia tanya, "Nak semayang jemaah tak?"

"Wah..ye ke? A'ah kan ruang besar..nak~ nak~" Sangat excited! (^_^)

Saya sangat berdebar okay dan ntah knapa...hati rasa lain sangat..tersentuh...sedih..gembira..bangga...yang penting rasa bahagia lah yang amat sangat bila tengok dia jadi imam depan mata. Huish...ni korang kna rasa sendri. hehe. Tapi saya tengok dia cool je. =P



2. Persiapan

Pilihkan dan sediakan baju dan sluar bila lepas dia mandi, bentangkan sejadah kalau dia nak smayang, iron baju, sediakan towel, kemas beg...Walaupun kalau nampak macam mendewakan dia kan, tapi saya sangat suka buat ni. Eleh.. padahal dulu blh je dia buat sendri.. =P

yelah, bak kata orang, baru2 kawen mmg la gitu, tapi dah lama2 nnt dah malas. But actually i really wish saya berkesempatan buat mcm tu smpai kami tua. Sebab stiap kali tengok dia guna suma benda yang saya dah prepare, saya rasa seronok sgt~ ^^

Cuma tulah...buat masa ni..2 hari seminggu je dapat buat gitu..huhu...



3. Masak2 n Minum2~

Hurm...since kami msih duk di umah mak masing2, jd takda la berkesempatan sngat nak masak untuk dia SENDIRI. biasanya saya tolong2 je. cuma masak simple2 adalah. Tapi..... saya tak penah sangka yang menunggu dia komen masakan adalah agak mendebarkan...hehe

setiap kali dia nak mkn/nak mnum air yang saya buat sendiri..mesti saya nak tengok reaksi muka dia smbil tunggu dia kunyah dulu dengan hati berdebar, dan tanya, "sedap tak?" tapi so far jawapan dia, "okay la" belum ada lagi jawapan, "Sedapla!" . takpa2 leh improve next time. hehe.



3. Driving?

Sebelum bertolak ke KL, we are like.. "Yeyay! Kita nak jalan2 sama ke KL~ yeyay~"

Dalam kereta sebelum bertolak..dengan muka excited, "Ayang, btul ke kita pergi berdua ni? Uuu...best2!!"

On the way... "Ish...tak sangka aa kita dah boleh tidur hotel pasni! Suka~ suka~ suka~"

Like..jakun tak..hahahaha. Ni la akibat jarang dating..huhu... Walaupun selalu je sebulan sekali keluar berdua jalan2, tapi ntah ek.. Even drive berdua je pun, tapi perasaan happy dia tak macam masa dating kot.. he look soooo sweet while driving~~ ^^


4. Zakat

"Eh ayang..pasni zakat ayang la yang bayar kan..? "
"Eh..iya kan? Ayang dah jadi isteri saya..hehe. Ala..apa ada hal RM5 je pun"
"Hehe. Seronok kan..dulu ayah bayar, sekarang ayang bayar... ^^"

Hehe..memang la RM5 je pun, tapi bukan sebab jimat duit ke apa, tapi perubahan tanggungan tu rasa macam..ish...tak sangka kan sekarang ni saya tanggungan dia...dah bukan ayah saya lagi.. ^^ *touched*

Banyak lagi la yang best, dan actually kalau dapat pegang tangan dia hari2, even sekejaaaap je pun dah cukup dah, rasa happy sangat nak gi keja..btul tak Kak Lim? Skrg baru dy faham kenapa akak wajib salam tangan husband akak, kalau dah jauh pun sanggup patah balik salam tangan. ^_^

Tapi yang ni kena tunggu la skit lagi 2 3 tahun..sekarang tak dapat lagi buat cmtu...



So, kalau orang tanya, "Best tak kawen?" Jawapannya adalah, "Best!" =)

Atau korang ada nak share apa yang buat korang rasa best lepas kahwin berbanding dating?


December 10, 2010

Just Married!

Saya sudah berkahwin~~

6 hari sudah. Lega rasa semua dah setel. Any info blh contact org2 yg saya dh listkan dalam Preparation Wedding #1 dan Preparation Wedding #2.

Sekarang saya online kat umah mentua. Ada lagi 2 hari sebelum masuk kerja di opis smula..tapi rasa cm nak smbung cuti la..hehe. Blh tak tuan pengarah?? Ala...blh la blh la~ pleaseeeee~~

Apa? Boleh? Yeay!! << harapan yg menggunung. hehe

Anyway, terima kasih semua yang telah sudi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan dy & azam. Terutama kawan2 sekolah menengah TIGS, MRSM Mersing, UTP, officemate KPTMBP dan student2 kesayangan ku~

Special thanks to Sean a.k.a Khairul Anwardin (ex-UTPian) dan Muhammad Mudi & his wife dari UTP yang sudi datang ke majlis dy. ^^ Sorry belum dpt gambar lagi. Hehe.

Terima kasih juga pada adik2 dan family. (Of course la kan..hehe) Kepada Yusri (insyallah bakal adik ipar), Dayah (kawan Eqa), jiran2 dan sedara mara yang telah membantu menjayakan majlis ini. Love u all~ mmuah~

Mari kita tgk gambar sama2 ;)

Eternal Love

 MRSM Mersing + TIGS girls


[From left:Melyna Hani, Hilma, Farhana, Zuraidah, Ida Julaili, Amanina, Rumaizah.
Bottom: Syazwani Acturus, Amalina, Syazwani Sahar, Radin Nur Iftitah, and my cousin]


My best friend
[From left:Amanina, Rumaizah, Wani Sahar, Siti Hidayu. Hanee n Sazlyni dtg tapi blm dapat gmbar lagi sabar ya..hehe]




Current dan  Ex-Students

My Lovely Family

Main fotographer: Rahmat bin Ali. Additional fotographer: Iqbal dan Keri
Thank u semua~

Suka tak dengan gambar2 ni? Kalau suka leh contact dgn Abg Rahmat. Dia cover satu Malaysia! hehe.
email: jgd5115@yahoo.com
contact : 019-7100002


November 26, 2010

Preparation Wedding #2

sambung dari entry ni: preparation wedding #1. Okay let's see....

Hm...ni yg paling penting skali..


6. Kad Jemputan

Ni kad jemputan saya ♥ Simple jek :P

Budget = RM 670

Kad jemputan ni saya amik yang paling murah kot. huhu. Sekarang dah tak dapat kad murah dan cantik. Mostly kawan2 saya go for more than RM1 tp saya tak mampu kot sbb jemputan sangat ramai. Since this is first time jadi parents budget jemputan dalam 2000, jadi kad jemputan haruslah 1000 or more.

Kad ni custom made. Layout dan font saya sketch dan bagi org tu. Initially ada 4 design dan yang ini yang terakhir. My plan utk buat yang simple n sweet. Budget kat atas tu including 2 bunting dan sampul yang aneh. haha.

Design by Massive Design di Jalan Omar (bus stand lama) Batu Pahat, Johor.

Tapi last week, kad jemputan dah jadi tak cukup untuk orang2 taman. Padahal org yang buat kad tu dah extrakan 50 keping tu. huhu.. Maklumla parents kan. Jumpa siapa2 kawan2 dia tengah jalan, baru teringat, "Eh,dia kawan saya dulu la zai..kena bagi ni..!" Haa..ayah pn bagi. Nanti mak pulak, "Eh abang..kawan saya dah 5 tahun tak jumpa ni..kena bagi laaa!" Pastu beraya aritu. Ada pulak tetiba jumpa sedara jauh yang lama tak berhubung macam jejak kasih kan. hehe. Bagi kad. Jadi dah lebih daripada listing. Ini suma normal. =)


7. Gubahan hantaran

Budget = RM300

Kalau based on perjanjian antara keluarga pihak lelaki dan perempuan, lelaki 9 perempuan 11. Tapi kalau in case tetiba last minute pihak lelaki/perempuan ada nak buat penambahan dulang, itu digalakkan..hehe.

Contoh biasa ada sesetengah orang, klau pihak lelaki tambah barang, yang pihak perempuan pun kalut2 cari dulang utk tambah. Kami takla kot. Ikut je perjanjian. Tapi kalau diorng nak tambah, tambahlah, takda masalah pun. Kalau kami pun ada rezeki lebih nak tambah, kami tambah, kalau tak, tetapla 11 ituu... =P Orang memberi kita merasa kan ^^

Untuk gubahan saya gubah sendri. Jadi just beli bahan2 je. Dan ada gunapakai barang yang sedia ada masa tunang aritu. Jadi jimat skit. =P Cuma letih menggubah je la. Buat sikit2 every night since the last 2 weeks.. Ni pun tak siap lagi..huhu..


8. Barang Hantaran

Budget = RM xxxx

Kos yang ni bergantung kepada pasangan. For me saya budget at least RM1000 la. But my suggestion is, ikut kemampuan. Tak yah nak compare2 dgn orang lain mahal ke apa. Yang penting kita ikhlas nak bagi kat dia. Sebab kalau pulun nak bagi yang mahal pun tapi dia tak pkai sangat atau tak mampu utk maintain akan datang, tak best gak. For me, saya bagi apa yang dia biasa pakai dan affordable utk dia maintain akan datang.

Hm..untuk hantaran kami tak share sangat. Kami pergi shopping sama2 tapi apa yang saya nk bagi dia, saya bayar, apa yang dia nak bagi saya dia bayar. Cuma saya tlg la dia pilih design, color suma. ^^

So budget adalah rahsia. =P


9. Kursus Perkahwinan dan Surat Nikah

Budget = RM 267

Haa..ni yang PALING penting skali. Pastikan dah pergi kursus kahwin. Kat Batu Pahat, untuk amik borang sahaja dah kena bayar RM 5 seorang. Lepas tu bayaran utk kursus kahwin adalah RM120 seorang. Lepas tu untuk interview kena bayar lagi RM17 untuk document. Then kena buat HIV test suma.


10. Lain-lain

Ini termasuklah..
  • kompang dan persembahan
  • jamuan orang rewang dan kenduri
  • hiasan rumah (cnth: langsir, renovation, perabot)
  • hiasan bilik  tidur (cnth: langsir, cadar pengantin, set bilik tidur, hiasan)
  • rumah bersanggah dan sewa homestay
  • surat kepada majlis perbandaran (kalau perlu utk sekat jalan)
  • surat kepada polis/rela
Semua yang di atas ni ayah saya yang uruskan dengan jiran2, jadi saya tak tau sangat kos dia brapa. Tapi yang saya tau, untuk hiasan bilik. sebab saya dapat bilik baru dan kosong, jadi budget utk hiasan bilik termasuk perabot, langsir dan bilik air semua adalah lebih RM3000 waaa~

Nampak mcm simple je. Tapi belanja sangat besar.. Ingat nak buat kat taman je cam omputih, tapi mak tak bagi la..kang pak imam nak duk kat mana. hehehehe =P


November 24, 2010

Preparation Wedding #1

Oh..saya sangat susah hati dgn preparation wedding masa awl2 dulu. Sbb rasa tak tau apa2 pun. Mak saya pun anak sulung, jadi takda pengalaman pun menguruskan wedding. Tapi daripada hasil bertnya2 dengan jiran kami buat persiapan mana yg penting2 dulu.

Entry just for information only sebab ada kawan2 yang tanya budget suma utk next year kan. Haa so kena la prepare awal2. Ada sesetengah orang yang anak kedua or bungsu agak senang sebab kos makin kurang plus ada sponsor dr kakak2 jadi tak banyak kuar duit sndri sangat.hehe. Ni adalah fully budget utk saya la. Lagipun first timer kan. Jadi mungkin ada yang terlebih dan terkurang.


1. Tempahan Pakej Andaman

[Gmbar]

Budget = RM 2400

Saya amik Armz Collection. Kat Jln Simpang Lima, deretan kedai yang bersebelahan dengan Sek Dato' Onn. Kedai dia dekat dgn kedai tayar Yokohama. Actually malas nak fikir panjang, ni andaman yang saya amik masa tunang aritu. Pakej yang saya amik siap pelamin astana, bilik tidur, backdrop meja makan, baju sanding, make-up suma la. Reason pilih sbb dekat dan baju dia cantik.

Andaman ni saya booking tarikh bulan 3. Then bulan 4 saya confirmkan dengan bayar deposit. Hee..maklumla bulan 12 kan ramai kawin, takut org amik tarikh tu melepaslah saya..hee.. =P



2. Katering

Nak design yang lebih kurang cm warna purple tu klau blh. Hehe [Gambar]

Budget = RM16 800

Saya D'zan Katering. Lokasi di Kg Bintang, Peserai, Batu Pahat. Makanan dia mmg superb. Since awl tahun saya n emak stiap kali gi majlis kahwin yang mkanan sedap akan tanya siapa wat katering. Then kami listkan sorang2, termasukla Dzan ni. Then kami survey setiap satu dari segi, kos, service, dan pakej pengantin. Lepas tolak satu demi satu, pada kami ni la yang terbaik. Dengan buget RM8 seorang, dia blh bagi service plg best (hrapnya la kan..hehe) dan pakej yang best.

Sebab pada kami, kalau gi majlis kahwin orang pun kami mengharapkan makanan yang best. Yelah orang datang jauh2 tgh lapar pulak tu..klau blh kami nak diorng mkn kenyang pastu baru tgk pengantin. Then klau pelamin tak ok pun asal perut kenyang sure diorg senang hati. hahaha.

Pakej ni termasuk dengan makanan makan berdamai, kek, khemah, kerusi banquet, pelayan tetamu dan bungkusan nasi utk tetamu yang pulang. Katering saya booking tarikh dan bayar deposit bulan 5.



3. Cenderahati utk tetamu/Goodie Bag

Wish dapat yang macam ni, tapi mahal sangat la pulak kan. huhu [Gambar]

Budget = RM 8000

Saya budget setiap bag dlm RM4 - RM5 kot. paperbag saya beli kat Nilai sbb kebetulan aritu singgah sana dari KL. Harga dia lg murah drpd Air Hitam. =D Content dalam bag ni rahsia. hehe. Kena datang baru tau. Tapi mmg special dan tak pernah diberi oleh orang lain. (klau ada pun sure korang jarang jumpa kot. :P) My intention adalah supaya orang boleh guna utk keselamatan dan kesejahteraan diri dan keluarga utk selamanya.

Cenderahati saya start prepare pembelian barang bulan 7. Then buat packaging bulan 9 after raya. Dah siap pun just tinggal beberapa barang yang bakal dimasukkan 2 hari sblm majlis sbb nak ia fresh. ;)



4. Photographer

Budget = RM1500

Ni saya amik yang plg murah kot (utk level custom album). Saya amik Rahmat Ali Fotografi. Hm...saya ada jugak tgk Razali n beberapa yang lain. Tp saya fikir dari segi kos dan hasil. Saya fikir ni kot yang terbaik. Fotographer saya booking tarikh bulan 2 lepas tunang tu. Huhu. Masa tu excited sangat kot. Then saya bayar deposit bulan 4. Nak tengok hasil dia meh gi sini:

Fotopages: http://nourarahmat.fotopages.com/
Facebook: Rahmat bin Ali


5. Baju Nikah + Baju Family


Budget Nikah = RM450
Budget Baju Family = RM 700
Total = RM 1150

Baju nikah ni saya beli yang murah je. RM150 sepasang. Saya tempah 2 pasang baju. Lagi sepasang bakal mak mentua bagi. hihi.Untuk pakai malam lepas sanding di rumah lelaki. Harga tempahan baju pengantin RM150 sepasang. Dia kata tu mmg harga stended utk baju pengantin. Mahal ke murah saya tak sure sbb tak pernah survey pun tmpat lain. Tapi klau nak compare dengan baju biasa yang saya tempah, ni mahal la kot. Huu..tp sbb org tu mmg tailor biasa saya. Sy pn tak byk mulut la kan. Jadi total harga tempahan RM300.

Konon nak buat design macam gambar tu tapi tak blh sbb Cina tmpat saya beli kain tu pegi potong baju plain saya 2 meter 2 meter. Patut potong 4 meter trus blh saya buat jubah.. Takpalah..dah siap pun baju. Hehe. Masa fitting mmg cantik n puas hati la! Tapi on de way pulang tu risau pulak. Takut ayah marah sbb mmg betul2 fit kat badan..adoyai. Actually saya pesan dah kat tailor tu buat longgar skit. Tapi dia kata dia biasa buat baju pengantin fit badan. Lepas anak 3 kang confirm tak muat lagi..huhu...

Yang baju family pulak kunun2 nak buat baju sedondon parents n adik2. kunun nak murah kan belilah kain plain je 4 meter sorang. Saya cakap pandai2 la korang beli kain tambahan nk buat baju cantik. Tup2 tgk2 baju tambahan diorg lagi mahal, pastu buat design mcm nak pegi jumpa sultan kan. Hah..harga tmpahan lagi mahal dari kain. Nama pun 4 adik perempuan kan..huhu. Tapi dh siap tu ok la..puas hati. Average harga tempahan setiap orang dalam RM 40 la.

Tukang jahit ni saya buat di Butik Anfa, Parit Raja. Kedai dia di bangunan arked mara berderet dengan KFC kat Parit Raja tu. Klau dari Bandar Batu Pahat, nampak KFC trus bagi signal masuk kanan. Pertanyaan lanjut call Kak Ana: 013-394 3985



Oh..total nnt korang kira sendiri la ek. Payment utk pakej andaman, fotographer, baju nikah, hantaran, gubahan, kad dn hiasan bilik pengantin suma saya tanggung. Payment untuk katering, baju family dan cenderahati parents tanggung.

Ok la..saya nak gi mamam dulu. Kita sambung cerita kad kahwin, gubahan dan hantaran k ;)


Bersusah-susah dahulu....

Hehe...baru bangun dari tidur kot rasanya. Lepas raya mmg SANGAT malas nak update blog. Lepas satu isu, satu. Tapi hati ni sangat malas nk taip. Lagi taip lagi berat kepala. Akhirnya suma tak ter'publish'. Bergulung je dlm arkib.

Saya ada 2 minggu je lagi utk ke hari istimewa saya sebagai seorang perempuan. Marriage~ Yes. I'm getting married! (^_^)

♥ Dyana & Azam ♥


Yes sangat happy! Tapi rupanya mkin dekat makin berserabut kepala kot. Dugaan mmg banyak..huhu.

Sebulan sebelum raya, kami didatangkan dengan seorang manusia yg ntah datang dari planet mana, ngaku knal dgn tunang, then mula cakap psal tunang saya berlaku curang di belakang saya. Huh. Hati mana yg tak sedih kan. Sabar2. Sedih2 pun saya cool lg cuba tnya lanjut dgn mamat tu. End-up dia knal tunang saya baru setahun jagung. Saya knal tunang saya dah 7 tahun, ok. So who should i trust? Dan perempuan yg dia kata berlaku curang dgn tunang sy adalah kawan baik tunang saya. Yang mana saya pun knal bau-bau bacang. Klau ikutkan hati mmg nk nangis je. Tapi kat office kot time tu. So saya minum air banyak2 then baru call tunang sy. Sy tnya dia explain, sy tnya dia explain. Wlaupun darah naik ke muka beberapa kali tapi tahan2. Dan saya percaya tunang saya dengan syarat.


Rupanya lelaki tu ada hati kat perempuan tu dan pendekkan citer, perempuan tu tak nak dgn mamat tu. So dia jeles perempuan tu baik dgn tunang saya, yang dah kenal dgn perempuan tu since first year kt uni. Heh elek...saya jeles gak. Ingt tak jeles ada perempuan rapat dgn tunang? Setiap perempuan yang jalan sebelah dia pun saya jeles tau. Tapi relax aa tak yah sampai nk buat cerita sampai blh retakkan hubungan orang lain kan. Ingt jantung aku tak laju baca cerita kau buat tu? Lelaki tu mmg durjana la. Saya benci dia!


Masalah perempuan mmg menyakitkan, tapi masalah pasangan yang tak memahami lagi teruk. Jadi saya rasa sangat bersyukur sebab saya takda masalah dengan pasangan saya. Gigit lidah skit2 adalah kan. Wlau apapun kami masih blh berbincang. Klau saya mengada tahap melampau, dia masih blh bersabar dan pujuk. Dan kalau dia gatal tahap melampau suka kacau awek (tp dia tak sedar :P) saya masih blh cool. Klau mcm pasangan dlm Vampire Diaries, kami masih blh control supaya tak jadi vampire la. Hehehe.


Then kewangan mmg super duper teruk la. For starting seminggu sebelum raya saya kena bayar insurans+road tax yang masih RM1000++. Masa tu juga saya kena beli set perabot utk bilik tidur yang berharda RM2000. (Klau tak saya tdur lantai je la.huhu) Raya saya mmg tunduk je la. hihi. Budak2 kecik je la yang dpt ya. Adik2 sekolah form 4 ke atas mmg dh tak dpt lg. Coweyy... :P


Then masalah tempat kerja. Super duper sedey sebab bila memikirkan lepas kahwin nanti kami masih hidup berjauhan..huuuuuu~ huuuu~~~ Saya cuba apply beberapa tempat di Pasir Gudang tapi belum ada jawapan. Klau ada pun tak sesuai dgn scope saya. Since saya pun dah mula mengajar, klau blh saya nak continue blajar. Blh je jadi pegawai IT or HR sbb dulu minor sy pun corporate management, tapi jiwa dah takda. =(


Cmna pun saya cuba juga la apply as pegawai mana2. Pastu ada few places yang saya call bila diorng tanya gaji saya skrg brapa trus diorng macam tawar hati sbb pada diorng, diorng takleh nk tawar gaji lagi tinggi dari gaji skrg. Huhu..saya tak kisah gaji asalkan dapat dekat dgn hubby..pls la amik saya kerja~~


Then handphone ilang. Tahun ni je 2 kali handphone saya hilang. Selama 3 tahun saya bertahan dgn handphone lama, tetiba je dia hilangkan diri pada bulan 3 aritu. 7 bulan gak la saya tak beli handphone. Konon berkabung la. hehe. Saya pakai handphone atuk je. (Atuk pun bukan tau guna. Kami je call dia. Pastu dia suka dgr suara orang kat phone tu. hehe. Padahal telephon umah ada je :P)

Then last month saya beli handphone baru. Baru 3 hari guna handphone saya kna curik lagi. Kali ni saya tau mcm mana ia hilang. Kna curik dgn student. Pergh. Mmg sedih tak hengat la kan. Mana tak. Ni la handphone plg mahal saya pernah ada. Pastu ada sentimental value plak tu. Beli dgn tunang tau. Dia yg pilih. Mau saya sekeh je student tu. Tapi tak jadi sekeh sbb saya jugak yang salah sbb main letak je atas meja tanpa pengawasan.=P (tapi dulu letak purse pun takda sape kisah. student skrg mmg hantu tau..huh)

Mlm kehilangan handphone tu kami sekeluarga buat solat hajat ramai2 minta handphone tu dipulangkan. Dulu mak saya pernah juga barang kena curik, sampai sakit kembung perut org tu dibuatnya smpai la dia pulangkan pada mak saya baru dia sihat. Then adik saya pun sama, purse dia kena curik. Seminggu hilang, wlaupun kami dh buat report polis tapi hari2 kami buat solat hajat. Cukup seminggu ada org poskan purse adik saya tu ker umah tanpa hilang satu sen pun. Alhamdullillah la kan.

Cuma bila kena kat handphone saya ni, saya ckp kat family, takmo buat dia sakit apa2, biar dia pulangkan handphone saya dgn rela hati. Yang penting jangan usik contact number n simcard saya. Sebab akan dtg mungkin saya akan ajar budak tu jugak. Jadi saya tak nak knal budak tu sbb klau saya knal, kang saya tak suka dia dah tak berkat ilmu budak tu dapat. Dan alhamdullillah malam tu jugak saya dapat handphone tu smula. Handphone tu dipulangkan melalui orang lain. Wlaupun semua content dlm handphone dia dah buang. Tapi saya bersyukur contact number saya dlm simcard masih ada. Cuma contact number dlm handphone je yg hilang. Jadi mana2 no yg sy simpan dlm phone memory mmg takda la. At least yg penting2 ada lg ok la kan. Bersyukur sangat2. Lepas ni saya akan lebih berhati2.

Oh persiapan utk wedding ya? Saya akan citer next episod k. ;)

June 14, 2010

Wife Aaron Aziz

Pagi tadi bangun dengan menangis dan meleleh air mata.

Sebelum tu...
Tiba-tiba saya terjaga. Bangun je ramai orang keliling, rasa macam saya pengsan tp tak tau kat mana. Tiba datang mak andam, terus solekkan saya. pastu pakaikan saya baju yang sangaaat cantik macam baju pengantin warna kuning.rmai orang keluar masuk bilik tu. saya sangat blur masa tu tapi masih boleh senyum. Saya tnya, yang tukang solek tu, "Awak siapa?"
"Saya hafez mak andam awk. lepas nikah tadi awk pengsan" jawab tukang andam tu sambil solek dengan berus.
"Eh..mana armz? saya dah cakap dengan arm taknak orang lain solek.. arm kat mana sekarang?" saya confius.
"Arm takda, dia solek orang lain kat majlis lain" majlis lain? saya agak kecewa..

Lepas tu saya diarak ke pelamin dalam satu dewan yang sangat besar dan cantik..ada 3 pasang kerusi pengantin atas pentas (ntah kenapa lak ada 3 pasang..mimpi yang aneh..huhu) lepas semua pengantin perempuan duduk atas pentas. Dari jauh saya nampak ada 3 pengantin lelaki berarak masuk. walaupun dah kena tutup muka dengan kipas mak andam saya cuba juga jeling2 tengok siapa lagi 2 pengantin lelaki tu. Saya nampak aaron aziz, dan 2 lagi pelakon tapi saya tak ingat nama. Tapi takda bayang tunang saya pun.

Saya dah risau. Saya cakap dengan mak andam tu, "Eh..saya rasa awak tersalah orang la...lagipun ni bukan baju yang saya tempah. mana baju purple saya tu?" saya sangat gelisah.
"Shhhh..diam2...tu pengantin lelaki datang. Ok, senyum2" arah mak andam tu

Bila kipas penutup muka tu dibuka saya tengok aaron aziz depan mata saya dan terus duduk kat kerusi sebelah sambil tersenyum (waaah....sangat cair tengok dia senyum~ ^^) tapi at the same time saya tanya mak andam, "Mana azam?"
"Azam who? Tu sebelah tu suami you, dah jangan sebut2 nama orang lain"
Saya toleh lagi sekali. "Aaron? Aaron suami saya?" eh..biar betul nii?

Mak andam tu langunsg  tak menghiraukan soalan2 saya. Tak lama lepas tu jurugambar dah rmai mengerumuni depan kami dan tangkap gambar tanpa henti. Sampai sesi bergambar berdua, tetiba Aaron Aziz bangun dan peluk bahu saya sambil tersenyum. Rasa pelik...mmg saya suka tengok Aaron Aziz tu, tapi bukan la nak kawin dengan dia. Plus, bukan ke kalau lelaki peluk akan rasa best..tapi kenapa dia peluk rasa tak selesa. Tapi saya senyum juga depan kamera (mungkin ni kot perasaan artis, tak suka pun kena senyum..huhu) Selesai sesi bergambar dan bersalaman dengan tetamu, kami dibawa ke bilik pengantin.Hiasan bilik pengantin macam suite..ada ruang tamu, ada dapur, ada tv, ada bilik air yang ada bath tub dan perabot dan finishing yang saaaangat cantik.

Apabila masuk bilik pengantin, tapi saya masih confius, mana Azam? Tetiba telefon Aaron berbunyi. Dia dpat panggilan dari pengurus dia. sambil beri signal dia terus keluar bilik.. Saya amik kesempatan tu untuk telefon Azam. Tapi saya cuba banyak kali tetap tak dapat. Saya jadi sangat tension. Saya nak sangat cakap dengan dia. Tak lama lepas tu Aaron masuk bilik semula. Dia tnya kenapa saya menangis, saya cakap saya tak boleh buka kasut tinggi yg saya pkai (huhu..ntah kenapa saya tak jawab betul2 dlm mimpi ni..ades..) Lepas tu Aaron datang bukakan kasut saya yang bertali2 tu dan letakkan kedua2 nya kat tepi katil.

Then dia tengok saya sambil senyum. (okay..cair sekejap..haha) Then dia pegang tangan saya macam nak cakap sumthing..
"Sayang, sorry sangat I tak dapat nak stay lama harini. Ada panggilan utk buat iklan kjap lagi. I akan balik before malam. Kita dinner sama2 k. If anything I akan call u k" (dia cakap macam dalam drama lak..huhu..mimpi yg typical)

Then dia bangun dan bersiap. Saya tengok je dia bersiap sambil senyum. Tak sabar nak tunggu dia keluar. Bila dia keluar je dari bilik, saya terus call Azam semula, saya try call handphone tak dapat, call rumah pun takda, call Suza (bestfriend) dia pun tak dapat. Asik dengar suara, "Please try again later.tq." Saya mula nangis semula..mana dia pegi..kenapa dia tinggalkan saya..kenapa dia bagi saya kahwin dengan Aaron ni..saya tak nak..huhu.  Pastu sy cuba call mak andam saya,  Arm angkat phone..

"Arm, nape u tak datang majlis saya? mana gaun pengantin purple yang saya tempah tu? kan saya dah booking awk lama..kenapa awak buat majlis orang lain..." sambil nangis teresak-esak..
"Helooo.. apa awak cakap ni? majlis awak bukan hari ni la...majlis awak kan lambat lagi...baju awak dah siap separuh..sabar yee"
Haa? bukan harini..abis ni semua apa? Tetiba saya dengar orang ketuk pintu..Rasa macam suara mak. Cepat2 saya kesat air mata.pastu tekup muka kat bantal.

"Along, along..bangun..dah subuh. Bangun. Gi siap2 nak gi keja. Mak cuti arini"
Saya buka mata sambil tengok keliling. 'Keja?'.

Saya masih confius..aku mimpi ke tadi? "Mak..pening kepala la mak, tak nak keja la arini"
"Ish..jangan ngada2, kan along nak simpan cuti untuk kahwin nnt" marah mak.
'Kahwin...? Nanti?' Saya tengok calendar kat phone, waaa...harini baru 14 June, yeaaa!! Meaning saya masih ada Azam sebagai tunang saya~ saya betul2 lega time tu =D

"Dah bangun2.."kata mak sambil berlalu keluar.
Saya senyum je tengok mak. Wii..pagi tu tunang saya sms. Wahh...dia masih ada dengan saya. Sepanjang driving saya masih teringat mimpi saya. Sangat real...sangat sangat sangat real...dan air mata tu..sangat2 real. Teresak-esak tu yang tak tahan..haha. But I really wish itu semua tak kan jadi kenyataan. Sampai office saya call dia, suka sangat dapat dengar suara dia harini~ Love u so much! ^^


May 27, 2010

My Jewelry Shop ;)

Last week saya ke KL untuk hadir majlis kahwin sedara saya. Majlis tu hari sabtu. Selesai majlis tu kami pulang ke Klang untuk bermalam di rumah pakcik.

Tapi sebelum pulang ke rumah sempat jugak la kami singgah BEBERAPA (biasala kan perempuan.. =P) shopping mall konon2 untuk usha baju nikah dan baju after sanding at the same time tambah keperluan majlis tunang cousin tu skali. (yelah...klau tak mesti ayah n pakcik tak nak ikut kami ke sana =P) Actually bila keluar mall tu tak beli apa2 pun..hehe..jalan je lebih..

Kami masuk je entrance plaza apa ntah kat Klang tu..then first kedai yang kami jumpa adalah...tadaaaaa....!




Welcome~
Kedai saya sendiri =D!

Memang sblm ni saya really wish dapat jumpa satu kedai/barang/jenama yang namanya betul2 sama dengan nama saya, Bkn 'Dyna' bukan 'Diana' bukan 'Diyana' dan bukan juga 'Diy' <-- jeles dengan cik amanina sbb nama dia bersepah-sepah orang guna untuk barang branded: especially - 'Nina' =P

Akhirnya ketemu~
Berangan nak beli emas kat kedai ni..tapi..tapi..tapi...boleh ke ek? (pusing2 jaring sambil jeling2 kat tunang ) (^_^) ♥


April 28, 2010

Kursus Pra-Perkahwinan

Dah laaaaama saya nak pergi kursus kahwin ni. Since first year kat universiti lagi. Walaupun time tu actually saya takda la so-called boyfriend pun.hihi. Even sblm tahun akhir pun saya teringin nak pergi kursus kahwin walaupun time tu hubungan kekasih ni macam ombak lagi.. =P

Dulu setiap kali ajak mesti dia tak nak.

Mula-mula ajak..
Saya  : "Jom la awak..kita pergi. Sekarang murah. RM50 je..nanti dah mahal susah"
Dia  : "Ala..malas la..lambat lg"


Kemudian..
Saya  : "Awak..jom pegi..ni kali terakhir dia buat sehari. RM80 je. Nanti dah jadi 2 hari dan mahal lak tu. dah leceh"
Dia  : "Ish awk ni. Kalau nak pergi biarla sebab nak belajar bukan sebab murah. Berapa2 pun nanti saya boleh bayar.Kalau awak nak awak pergi dulu.."
Saya  : "Tak nak..orang nak gi saing awak.."


After tunang..
Dia  : "Bila ek kita nak pergi kursus kahwin?"
Saya  : "Haa..secepat yang mungkin~ hihi. Takpa biar saya survey. Ayang( sudah tukar..=P) pun survey juga tau."


Jadi dengan itu..
Pada sabtu dan ahad minggu lepas (24hb April - 25hb April) kami dengan tekunnya pergi ke kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Batu Pahat. Seronok sangat sangat sangat dapat tengok dia pakai baju melayu lengkap dengan samping dan songkok.. Waah...mcm pahlawan~ (termaktub dalam peraturan okay..kalau tak, takdanya dia nak pakai gitu.hihi) Last saya nampak dia pakai baju melayu adalah masa kami form 5, iaitu selepas 7 tahun.

Kesimpulan mengenai kursus itu..? Sangat MEMBUKA MATA.. Ya..kami insaf insaf.

Susah rupanya nak jadi isteri..apatah lagi isteri solehah..huhu. Especially bila dia tanya, "Okay, para bakal isteri..para bakal suami tengok ya.. Siapa antara kamu disini yang dah berlatih seawal pukul 5 pagi untuk membuat sarapan?"

Saya? Tak boleh angkat tangan..huhu... (jujur okay...tapi yakinkan diri..takpa takpa..nanti lepas kahwin saya mesti berusaha jugak..bangun tu boleh..tapi buat sarapan nya yang BELUM boleh.. =P)

Ingatkan bercinta je penat. Ye..penat sebab dah la bertahun-tahun jauh. Setiap kali keluar mesti rasa macam satu Johor tengok. Sana kawan ayah, sini kawan mak, kawan nenek..pun ada, tak masuk student lagi..ades..  

Kalau kahwin dapat duduk dekat. Boleh tengok wayang midnight sama-sama, mandi laut, berkhemah di kaki gunung, melancong jauh-jauh <- ni suma niat suci nak kawin pada awal ketika sebelum bertunang. hehe =P

Tapi lepas kursus tu kena betulkan balik niat ye cik Dyana. Kahwin kerana Allah.. (sambil teringat tenungan ustaz ke arah saya..huhu)


Banyak yang kami belajar. Untung dapat pergi sama-sama sebab dua-dua dapat ilmu yang sama. Kalau ikutkan hati dulu sibuk nak ambil awal sure dah lupa. Betul duit takda masalah. Yang penting ilmu (^_^) Thanks for coming, dear~


[ MC lagii.... =( mata merah doktor bagi 3 hari cuti. ]

February 7, 2010

Wedding Aqeen

Sabtu lepas (6 Feb 2010) rakan2 sek men tigs termasuk saya sekali lg reunion di umah Aqeen pada hari perkahwinnannya. Last wedding yang saya ikut sama + reunion ramai2 adalah wedding chep (Sharifah Nur: pengacara Nasi Lemak Kopi 'O TV9).

Chep & Me

Walaupun majlis Aqeen agak simple, tapi kemeriahan bersama kawan mmg seronok!

Pg2 lagi saya dh bersiap sbb plan dengan member nak dtg awal utk majlis nikah nya pukul 10am. Tp terlewat jugak, saya dari umah pukul 10am, then smpai bandar 20min lepas tu. Singgah kat Hyundai Service Center (sempat lagi hntr service keta..hehe =P) Then Aman amik saya kat service center tu.

Next,ktorng rushing ke kedai kek untuk amikkan kek Aqeen di Kedai Noys berderet dengan Celcom Center, Bukit Pasir. Kek 3 tingkat, klau tak silap kek yang plg bawah tu adalah jugak dalam 3 or 4 kilo kot! Tiba nya rumah Aqeen, dia dah siap nikah dah..hihu...

Tahniah Hamim & Aqeen!

Pastu sempat saya dan Aman escape kejap untuk beli hadiah.hehe. Kami beli yang besaaaar punya! Dan sempat jugak saya singgah beberapa kedai utk tgk2 brg2 preparation majlis saya akhir bln ni ^^

Pada pagi tu jugak, dalam rancangan Nasi Lemak Kopi 'O, Sharifah Nur turut mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk Aqeen kerana dia tak dapat hadir pada majlis ni. Sweet~

Nasi Lemak Kopi O, TV9




Related Posts with Thumbnails