Showing posts with label Kuda Kepang. Show all posts
Showing posts with label Kuda Kepang. Show all posts

July 7, 2009

Ulang Tahun Ke-50 Sinar Warisan

Sy sungguh sibuk smlm dgn hari pendaftaran pelajar sesi kedua. Jd arini baru leh update.

Ahad lepas (5/07/09)

Org bawa student kuda kepang dari kelab bayan, utk wat persembahan pada Majlis Ulang Tahun ke-50 Kumpulan Sinar Warisan (dulu Kumpulan Kuda Kepang Sg Nibong).

Seperti yg dijangkakan agak rmai pengunjung yg dtg ke majlis tu. Turut hadir adalah YB Dato Aris, ADUN Semerah dan isteri. Pemberita dari RTM turut dtg utk merakamkan situasi yg agak gilang gemilang tu. hehe.

Penerbit yg dtg tu adalah yg sama yg dh buat rakaman sblm ni >> En Khuzairi dan Lyana. Citer psal shooting sblm ni, ia dh kuar tv1. dlm rancangan "Jari Seni". Kak Ilyana (Mdm Ilyana) dan Zack (Fauzi Sem 4) pn ada! Cuma kami je yg tak dpt nk tgk, tp sy dh minta video tu dr org RTM tu. hehe. Klau nk nnt sy akan bg pd En Azizan ;)

Wlaupun hujan agak lebat smlm, pastu bertukar jd renyai2 sampai ke petang, tapi program tu berlangsung dengan agak meriah =)

Program mula dlm pkl 3pm cmtu dgn ucapan alu-aluan dr VVIP, kemudian diselitkan persembahan selingan yg pertama iaitu silat. Persembahan yg kedua adalah dari Kumpulan Bayan Kolej Poly-Tech MARA (itu kami!!) Pastu diteruskan dengan acara penyampaian hadiah, kmudian diiringi dgn persembahan barongan. Slps itu acara ditutup dgn persembahan tarian zapin.

Yg benarnya penari kuda kepang yg sebenar seramai 4 org tak dpt hadir atas sbb2 trtentu jadi kami trpaksa mengganti dgn penari yg baru. Cuma tak sangka lak latihan selama semalam tu mnjadikan diorng dapat buat persembahan dgn ok, and dpt shooting lg dgn org RTM.hehe.


Wajah2 ceria sblm persembahan


Majlis penyampaian hadiah tu sbnrnya biasa2 je, cuma ia jd luar biasa bla Wak Naim sebut nama... "Nurdyana bt Leham..." sebagai penerima hadiah dr YB.haha. Bestnya rasaa~~ sape rasa tak best bla dpt hadiah yg klau ditempah dr Wak Naim berharga RM200! (^_^)

Selamat dh kat bilik org ^^


Persembahan barongan adalah sangat best! Sy tak pernah tgk persembahan barongan, jd ni first time. Wlaupun agak takut tgk movement diorng, tp sangat best n seronok! =D

Barongan (makhluk aneh) Kg Sg Nibong

Then, after tarian zapin (prsembahan terakhir) org RTM tu panggil sy. Trkejut gk, dia ingt kah sy?? Mmg dia ingt...hm.. sy tersenyum.. =) Then dia request utk shoot tarian kuda kepang dr Kelab Bayan kami. Mula sy ingt dia trsalah org kot mana tau dia ingt budak2 pkai baju tu budak wak naim kan. Rupnya mmg dia nk shoot budak kita pn...hehe. Bangga2. Sy tak msuk tv pn takpa la..asal berbaloi kejang kaki diorng 2 hari tu dpt msuk tv. =D


"Okay nnt ngadap kamera ni..."


Thanks to all my students especially budak penari kuda kepang bayan yg menjadikan program itu berjaya =)


~ Kelab Bayan : Kuda Kepang ~

Hrap2 YB perasan nama kolej tu disebut 2 kali..hehe. Sblm balik tu sempat juga YB tu bersalaman dgn Fauzi.. ^^ Thanks jugak kpd Wak Naim yg menjemput!

Tapi sayang tak sempat nkbergambar dgn YB dan Wak Naim, sbb masing2 sibuk melayan VIP. =(



July 3, 2009

Ulangtahun Kuda Kepang

Kumpulan Bayan kami a.k.a. Kelab Seni dan Kebudayaan dijemput (ececeh..=P) oleh Wak Naim kuda kepang dari Kumpulan Warisan untuk buat prsembahan di rumah dia kat Sg Nibong, Semerah sempena Majlis Ulangtahun ke-50 kumpulan warisan tu.

Sbnrnya, dia ada je group sendri, tp untuk memeriahkan suasana n menghargai kelab kami yg sentiasa bkerjasama dgn kumpulan kuda kepang dia untuk menjayakan Sukan Mara Semalaysia 2009 yg lepas, dia ajak la kami sama2. (^_^)

Majlis Ulangtahun tu akan diadakan pada 5hb Julai 2009, Ahad, pukul 2.30pm - 5.00pm bertempat di rumah Wak Naim, Kg Sg Nibong, Semerah, Batu Pahat.

Sapa nk tgk, jom la rmai2. Dia jmput rakan2 kolej gk. Tgk persembahan n mkn2 =D

June 18, 2009

[Updated] SUKMAS

Sungguh tak sangka, event yg besar gitu, dgn persiapan selama setahun, dan program yg berlangsung selama 5 hari, kami selaku ajk langsung takda amik apa2 gmbr...

Huk2...isk isk... Apapun,ni sikit update dari entry "SUKMAS" sblm ni.

.:: Gambar2 Penutup SUKAN MARA SEMALASIA 2009 ::.

Thanks to En Azizan for the great video! (^_^)

Snapshot Persembahan Kuda Kepang dari Kelab BAYAN.
Click to enlarge the image.



Snapshot Persembahan Choir dari Kelab BAYAN



Thanks to Alin Kaunselor, ni suma hasil tangkapan gambar dr kamera dia after event. ^^



Penyampaian hadiah dari Kelab BAYAN sempena perpindahan En Mohd Rusli, Pengarah KPTMBP. Hari tu adalah hari terakhir dia bersama kami - 12 Jun 2009 (Jumaat).
Jasamu dikenang~ =)


March 2, 2009

Shooting #2

Gambar-gambar~


Wak Naim sedang membuat ucapan alu-aluan kpd suma tetamu yg dtg mlm tu. Wak Naim yg pakai baju kaler merah tu. Sebelah dia tu adalah tukang main alat muzik. diorng guna angklung dgn gong je. Blakang yg bersandar2 tu adalah penari2.


This is us! Ahli2 bayan yg pegi melawat tmpt kejadian pada mlm tu. hehe. [belakang] dari kiri: me, kak ilyana dgn baby boy dia. [bawah] dari kiri: fauzi/zack, nazrin, dan sufyan. bawah tu en kuda yg takleh lari.


Ni parents sy! Sempat berposing kt situ berdua-duaan..ish ish ish...


March 1, 2009

Shooting

Rabu (25/02/09)

Bermula dgn sy call
Wak Naim Kuda Kepang utk dptkn IC dia. Sy nk wat surat perlantikan secara formal la kunun nk lntik dia jd trainer students Bayan (kelab kebudayaan) ktorng.

wak naim:
"Blh2..xda mslh, tak payah surat2 lantikan ni..awk dtg je. bila nk dtg ni?"


sy:
"em..mungkin ujung minggu ni. klau kami dtg mlm blh wak naim?"


wak:
"ehhh....xda mslaaah...mlm ni pn blh! "


sy:
"eh..blh ke mlm ni? ada latihan ke?"


wak
: "ooh...takda latihan..tp mlm ni org kl dtg, dia nk tgk tarian kuda kepang, klau awk nk dtg pn blh..bawa la ramai2 student awk tu?"


sy:
"org kl? tak mengganggu ke wak? org kl tu sapa ek?"


wak:
"org tv..saja nk tgk2..buat shooting..."
waaah...ini sudah bagussss! sbg seorang advisor kelab bayan yg berdedikasi, ini peluan baik ni nk promote kelab n kolej!! haha..bgus2!

sy:
"ok wak, insyallah sy dtg klau takda apa2..sy bawa 2 3 org student sy ya" <- ayat konon tak excited sgt la tuu...haha

After diskusi dgn student, sy suh diorng tunggu kt dpn sekolah rendah semerah tu kul 830pm.
bla tnya diorng mcm tau je tmpt tu. so takpalah.

then ajak ayah temankan, kot trlupa jln, maklumla..memalam buta cmtu..rsau gk... ^^. Tp..bla ayah pegi, mak pn nk ikut, bla mak ikut, angah pn nk ikut. dh suma pegi teman. adeii.....nk tunjuk jln je pn..

smpila di simpang yg dijanjikan..kami tunggu dgn penuh sabar. sabar tak sabar dh hampir 15 min gk la tunggu. tnya2..rupanya diorng sesat..haa..tu la akibat tak nak brtanya! Hm...takpa, perjalanan diteruskan..

smpi rumah wak naim, sy perkenalkan student n serta family sy, juga Kak Ilyana. (oh lupa nk bgtau Kak Ilyana pn ikut gk ^^) Wak Naim kata org RTM tu blm smpi. Ohh..RTM je pn...hehe. Dia suh ktorng tunggu smpi diorng dtg.

Kami cadang nk singgah kjap je, tak berniat pn nk stay lama. Yelah...i tak biasa la msuk2 TV ni. hikhik. Tp atas permintaan wak naim kami tunggu gk la. Adoi...dia punya preparation drpd 10 min smpi dkt 20 min tnggu..tak siap2..huhu. Akhirnya siap gk, lighting suma2, so penari2 kuda kepang memulakan tarian sperti biasa.

Show yg pertama diorng buat tarian biasa (takda khayal2 tu ek). Kamera siap sedia. Tp..bla lelama agak bengong tgk kamera man tu..adeke letak kamera setempat jek. pastu dh la port tak sesuai langsung nk amik gmbr cntik..penari2 tu semua membontotkan camera. huh! last2 sy gk yg dpt tangkap port best..suma nmpk wlaupun dgn kamera yg kecil lg brwarna pink.

Abis sesi tarian, camera man tu komen kt wak naim yg gmbr dia amik tak cantik sbb penari tak tgk kamera. Huh...kn btul sy kata! yg dia pn tak bergerak dr port terperosok tu sape suh. Pastu dia suh penari2 tu tgk kamera. Dh dia nk amik gmbr natural, ptut dia la yg kena brgerak. Pd sy, klau penari tu menari tgk kamera mmg tak jd, sbb diorng ada steps sendiri takleh ubah. ketua kuda tu mesti kena ngadap alat muzik. yg kameraman gi letak kemera kt blakang sape suh. Kelakar....tak tau apa dia blaja spanjang kt uni dia dulu..

Dia suh wat ulangan. Tp ketua kuda tu kata, "blh tp trmasuk dgn 'persembahan'. Yg ni kau kena amik gmbr btul2" Yg ada msuk isim tu la kot..

Yg kali kedua ni kameraman tak duk diam. dia asik bergerak ke sna ke mari. pastu amik gmbr dr tmpt ktorng duduk. Mmg tmpt ktorng tu port trbaik pn..haha. rugi dia (^_^). Dan kali ni ada sorang lg amik gmbr static. Sy pn tak faham, cmna diorng leh wat shooting guna satu kamera..biasa kn guna 2 kamera, so leh amik dr dua posisi yg berbeza..aii... RTM....

Sepanjang persembahan tu, sy suh student sy tgk step tarian diorng. Wlaupun step tu simple, tp nmpk bersungguh..jd org yg tgk pn jd asyik! Tp serius sy kata, tgk dr video n tgk dr real show, mmg berbeza. klau tgk real, somehow mata tu klau blh tak nak miss tgk diorng menari. tp klau tgk video..takda feeling sgt pn.. =)

After performance tu, (ni part best ni!) Pengarah shooting tu mnta nk interview kami. Debar rasa! Btul ke msuk tv? atau ni skadar selingan 5 saat? ntah la..tp memula wartawan perempuan tu bgtau siap2 soalan apa yg akan ditnya. dia kata mungkin sorang je akan diinterview. sy n kak ilyana plan biarlah akak yg kena sbb kak ilyana pndai skit mnjawab soalan2 cmtu. so sy tak prepare apa pn. lgpn pkai baju tak brgosok, tudung pn mcm 'karipap'.

Then tetiba, pengarah lelaki tu panggil sy, "dyana..awk dlu ya". Sy kata, "Eh..tak2..kak yana yg kena". Pastu pengarah tu kata, "Eh, suka la sy nk interview sape, awk dulu,nnt akak tu pulak".
Pulak daaah......gelabah seh...!

Spotlight dpn mata, dgn kamera besar, pastu dia pasang mic kecik kt baju, and alat kt punggung (baru trpk..ini rupanya alat yg budak AF tu pkai kt punggung ke hulu ke hilir agaknya...hehe). Ala...nk mekap pn tak sempat..huhu..lantak la...bkn msuk tv btul pn..saja je agaknya xnk bg ktorng kecik ati.

"bla...bla...bla". Pastu kak ilyana, pastu president kelab kebudayaan kami. haha...masing2 tak prepare..klau tau kena interview sure ktorng pkai baju lelawa..yg liplap tu! pastu mekap 2 3 inci. Ala..nk gi kmpung je pn...pkai baju biasa je dh...bkn sape nk tgk pn kn. Bf pn jauh.. =P

So diakhir cerita, kami brgambar bersama, makan bersama krew, then balik je tgk jam dh pukul 130am. Dgn parents saya, adik sy, suma balik lewat mlm tu. Tp harap2 parents sy gembira la, dpt amik gmbr dgn kuda dan ayah sy siap berucap lg. Em...pndai diorng ni amik ati..hehe.

Amanda: Rupanya diorng yg dtg tu suma bkn pro pn...yg pengarah nya tu Khuzairi, lecturer mass com kt uitm, pernah berlakon, dan jd pengacara tv. wartawan perempuan tu baru berjinak2, rupanya adik kpd khuzaimi (ptut asik kena marah..heheh), then krew2 len tak sempat brkenalan. Sempat lg amik no phone diorng, mana tau leh dpt sponsor ke..hikhik!

February 4, 2009

Wak Naim Kuda Kepang #2

1 - Kuda Kepang : Adunan Mistik dan Unik
Misteri yang menghiasi latar belakang tarian ini memang sukar untuk dirungkai apatah lagi apabila ada yang mendakwa pernah menyaksikan penarinya memakan kaca dan menanduk buah kelapa.

Fenomena itu sebenarnya tidak mustahil, akui Naim Marjini, seorang penggiat tarian kuda kepang di Semerah, Batu Pahat

2 - Misteri- ‘Naik seh’ akibat diresap semangat kuda kepang

Ketika itu, penulis terfikir kemungkinan penari itu pengsan kerana melihat usianya yang agak lanjut, namun Ketua Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan, Kampung Sungai Nibong, Naim Marjani, 65, atau lebih dikenali sebagai Wak Naim, berkata aksi sebenar kuda kepang sudah bermula.

Tidak lama selepas itu, penari yang pengsan sebentar tadi tiba-tiba bangun dengan keadaan bersawai dan berjalan terhuyung-hayang keliling gelanggang, namun langkah kakinya tetap menari mengikut rentak irama muzik

3 - Lawatan : Kuda Kepang di Negeri Johor
Contoh konkret bisa kita temukan di Mal Jusco. Di pusat belanja itu kita temui Naim bin Marjani (67), pembuat kuda kepang yang menjajakan produknya di lantai dasar Jusco. Naim adalah lelaki keturunan Jawa yang lahir dan tinggal di Johor. Dari orang-orang seperti Naim itulah kuda kepang hidup di Johor dan sekitarnya.

Ayah Naim, yaitu Marjani, adalah imigran dari Pati, Jawa Tengah, yang datang ke Johor tahun 1914. Dia bekerja di perkebunan Batu Pahat, sebuah distrik sekitar 70 kilometer dari Johor Bahru, atau 240 kilometer dari Kuala Lumpur

4 - Naim semai ilmu kuda kepang kepada masyarakat Johor

Naim yang mempunyai bengkel membuat kraf kuda kepang di Kampung Sungai Nibong, Semerah di sini sejak lima tahun lalu, telah melatih lebih 10 orang yang berminat dalam pembuatan kuda kepang.

Menurutnya, kesemua pelatih akan diberi elaun sebanyak RM300 sebulan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Negeri Johor untuk mengikuti latihan selama lima bulan


Wak Naim Kuda Kepang #1

Sy telah ditugaskan mncari peserta untuk wat persembahan kuda kepang di satu majlis yang akan dihadiri oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). Suma org tau TMJ suka tradisional nya theme. So selain tarian zapin, kami cuba dpt kuda kepang.

Plg dekat sy cuba cari org kwsn sy. Kebetulan tahun lepas ada satu rumah buat majlis berkhatan secara besar-besaran (3 hari 2 mlm) di tmn sy. Salah satu event dia adalah pertunjukan kuda kepang yg mabuk2 tu! Gelabah gk tgk org2 tu menari cm tak ingt dunia. Tp itu persembahan. Skrg sy nk cari org utk TARIAN shj. (no mabuk2 okay..)

Cari punya cari, dpt no contact Wak Naim, Sg Nibong, Parit Sulong.

Hari ini sy gi umah dia dgn ayah sy. Dgn ayah? Time cuti raya cina? A’ah..sbb byk kali sy tnya alamat umah dia dgn harapan leh pegi dgn driver van kolej tp dia bkn bg alamat umah tp direction..

haa..dr bndar..kau msuk situ..pastu belok sana..pstu trus…pastu kau jumpa itu..masuk sana..jmpa!”. – 3 kali tnya direction dr arah berbeza jd arahan pn berbeza..iii~~
Err..okay..nnt sy cuba cari” – tp tahukah dia bahawa sy ni buta jln? Hoho..

So langkah kanan. Dlm perjalanan cari umah tu, sy call dia..seperti biasa dia bg direction cm atas tu aa. Okay takpa sy suh dia ckp dgn ayah sy. Bila buku bertemu ruas..jawa sama jawa..trdgr aa gelak besar wak tu..haha! klau tak serius je dia ckp dgn sy. Sy langsung tak faham apa diorng ckp..faham yg “kene..kene” – “sini sini” Lain sengih je..

Smpi kami disambut mesra. Biasa je umah dia. (lupa nk tangkap gmbr) tp dipenuhi ukiran batik dan anyaman buluh cm rekabentuk kuda kepang. Mereka ckp jawa lg. Blh la faham skit2 tp tak pndai aa nk sebut pn..ehehe. Setelah beberapa lama borak, dpt info skit2. Tp wak ni bkn sebarang wak…rupanya dia ni dh trkenal!!

Intro lg dh hebat. “Sy nk wat event utk dipersembahkan pada TMJ, wak tau kn dia minat bnda gini. Jd sy nk mnta jasa baik wak ajarkan student sy wat tarian kuda kepang ….bla bla.”

Wak Naim angguk2..cm faham. Tetiba dia muncungkn mulut. Sy toleh tgk arah gmbr yg dia tunjukkan tu. Pergh! Dia bkn je ada brgambar berjabat tgn dgn TMJ, malah PM kita, dan beberapa org besar..hoho…sungguh menarik!!


Wak Naim: “awk pn nk blaja ke? Sy dh ada org klau nk”
Sy: “Bkn sy..kami nk latih student sy blaja kuda kepang utk persembahan tu, klau mereka dh okay, mungkin sy akan jdkan ia sbg salah satu tarian dlm Kelab Kebudayaan sy. Klau blh sy pn nk blaja gk”

Dia pn cerita la. Dia biasa amik percuma je klau org kpg nk blaja. Yg berbayar pn cuma bla dia bawa anak2 buah dia wat persembahan (tupun dia tak sebut brapa bayran nya..ikut ikhlas). Sy tnya mcm mana klau nk sewa pakaian dan kuda, dia diam je, biasa nya pn org bayar dia ikut suka. Tp sblm ni ada satu group sewa baju n kuda kepang satu set dia dibayar RM150.

Dia juga ada amik 2 org budak praktikal dr UiTM Shah Alam (course Seni Halus). Mantap! Bkn calang2 org leh amik budak praktikal ni. Rupanya dia dh mula amik budak praktikal 3 tahun lepas.

Dia dh cebur bidang kuda kepang ni sejak umur 18 tahun lg. Cuma skrg takda pewaris, sbb anak2 dia takda yang minat. Ada anak lelaki yg bungsu tu tau gk skit2, tp skrg dh kerja kt JB. Dia skrg pn dh 50 thn ++.

Dia buat kuda kepang tu sendiri, bersama sorang pembantu dia. Kuda kepang dia ada size..dr kecik smpi la besar. Suma ada bayaran tertentu. Kdg bayaran ikut pemberian org gk. Tp kebanyakan hasil kerja tgn Wak Naim ni adalah atas tempahan TMJ dan hadiah kepada beberapa menteri. Sapa tgk cerita Pontianak Harum Sundal Malam? Haaa…klau nk tau sape yg buat kuda kepang Ida Nerina dan Pontianak tu..Wak Naim laa!! Terkejut sy dgr. Klau korang mesti tak percaya kn. Tp sy dh tgk suma record dan anugerah yg dia terima dr Pusat Kesenian Kraft Tangan. Suma alatan untuk buat kuda kepang tu pun dia cari sendiri, takda upah org, dari buluh smpi la alatan melukis.

Tmpt Wak Naim bkn je dikunjungi oleh org2 tempatan. Tp pelancong dr Singapore, Indonesia, pelajar Lim Kok Weng, serata Universiti di Malaysia, Astro, MIX FM, Radio Malaysia, TV3, Majalah serta suratkhabar! Dulu dia pernah handle Barongan, tp sejak tenaga pengajar barongan dh meninggal dunia, aktiviti Barongan mereka terhenti cmtu je. Ada lg barang2 yg digunakan untuk persembahan barongan tu. Baju penari2 kuda kepang pn ada disediakan. Ada 12 set sumanya, setiap set untuk 9 org. Ada sesengah baju yg dia buat lebih. Suma dia uruskan sendiri.

Wak Naim juga sediakan muzik. Bla sy tnya, music tu dlm bentuk kaset atau CD atau mcm mana? Dia kata LIVE! Dia leh sediakan org utk main klau kita nk. Tp sy tak pasti kolej ada ke sediakan petempatan utk pemain music ni selain student kita? Jd mungkin nnt kita kena record sendri la kot. Klau nk blaja pn kena gi sana, untuk lebih selesa.

Bila dgr cerita dia, dan kemahiran yang dia tunjukkan, sangat istimewa! Terima kasih banyak, Wak Naim! Sy akan cuba bawa tarian tradisional Jawa ini utk diteruskan oleh generasi akan dtg =)

Sblm pulang, kami setuju utk deal dgn dia n hntr pelajar ke sana. Dia pn suka je sbb puas dia borak dgn ayah sy dlm bahasa Jawa! Gelak2 suma, sy pn gelak la jugak wlaupun tak faham..haha~

Wak Naim ni mmg tak pandai sgt nk bercerita, tp klau tnya dia jawablah. Daaaan..disebabkan ayah sy ckp Jawa dgn dia, lg rancak la cerita tu diselang selikan dgn kisah sedara mara kpg mereka tu..hehe

P/s: Dlm borak2 tu rupanya Wak Naim ni ada pertalian sedara dgn atuk saya…hikhik..kita sedara la Wak Naim..sy bangga!!

Info tentang Wak Naim Kuda Kepang:
Nama: Naim Marjani
Alamat: 94-16, Kg Sungai Nibong, 83500 Semerah, Batu Pahat, Johor.
No Telefon: 017-7805919

Related Posts with Thumbnails