Showing posts with label Fun. Show all posts
Showing posts with label Fun. Show all posts

July 3, 2011

Bow and Arrow

Selasa lepas buat pertama kali saya dapat rasa buat aktiviti memanah. Waah..serius sangat excited! Baby dalam perut ni pun excited agaknya..time orang nak panah je dia pun sibuk gerak2..hehe.

Lokasi kejadian adalah Ace Archery, Danga City Mall, Johor Bahru.

Credit: Google

Actually tak sengaja pun nak pergi memanah tu, plan asal adalah nak pegi order PC dan barang2 komputer untuk company hubby, tapi sebab ia perlukan masa kena tunggu, jadi kami pun pusing2 la area situ. Mula-mula ingt nak usha tempat bowling, tengok orang main bowling, tetiba tanpa disangka-sangka..

Hubby: "Ayang, kita pergi memanah nak?"
Saya: "Memanah? Bukan mahal ke benda tu?"
Hubby: "Eh taklah..murah je...jom!"

Saya tak terjawab, tersengih je..hehehe..sangat excited~~ Dari sekolah teringin nak main benda tu tapi takda kawan dan tak tau nak pergi mana. Dulu kitorang jarang dating sampai sini. Jadi memang tak berkesempatan la nak pergi pun. Plus saya ingat ia mahal. Hehe.. <-- Jakun~

Harga ia memang murah!
1 person = RM 5 (10 arrow)
2 person = RM 13 (36 arrow)
lagi satu apa ntah pakej dia..tak baca dah..

Kami ambil yang 2 person RM13 dapat 36 arrow.

Tu pun lenguh nak abiskan! Hehe. Masa mula-mula belajar kekok gak. Plus tangan kiri memang dah sakit. Tapi excited punya pasal, sakit pun sanggup tahan, demi nak menarik arrow tu. Orang tu puas suh tarik lagi..tapi seyes tangan dah tak mampu nak menahan. Takpalah..first time praktis kan. =D

Me and Hubby~


Ni klau praktis lagi mungkin boleh buat macam Lilia Stepanova - Contortianist (orang yang perform liuk lentok tu.. ;))

Dahsyat kan!





Lilia Stepanova ni adalah seorang gadis berusia 23 tahun yang berkebolehan melentukkan tubuh dalam pelbagai bentuk gerakan gimnastik yang unik dan biasanya gadis ni banyak membuat persembahan dengan anak panah dan busur. Dan setiap panahan dia amatla tepat. Dia telah banyak membuat persembahan dalam pelbagai pertandingan seperti NBA dan NCAA dan persembahan seperti di dalam America's Got Talent dan beberapa persembahan secara langsung di luar negara. Kalau nak tau lanjut, tengok kat You Tube. Hehe.


atau at least bergaya macam anime ni..hehe.





July 18, 2010

PIKOM PC Fair 2010!!

Okay, ia datang lagi!


PC Fair 2010 ni adalah kali kedua untuk tahun ni. Saya tak pasti tapi pernah ada orang kata PC Fair dibuat 4 kali setahun sejak beberapa tahun ni. Walaupun tak semeriah di tempat lain, tapi yang saya rasa ia sangat2 meriah compare to tahun sebelum2 nya sebab ini pertama kali saya pergi PC Fair dengan kekasih. Wii~ (^_^)

Hari sabtu yang ceria dimulakan dengan kedatangan kekasih ke Batu Pahat. Hm..kali ni dia datang dgn bas jadi saya tunggu dia tiba di rumah atuk je. Tapi sebelum dia sampai tu, saya sempat ke car wash (belakang telekom bersebelahan masjid bandar, dekat2 padang). Bagi saya situ memang the best! Tempat duduk sangat selesa siap ada astro, hasil cucian juga sangat bersih. Harga berpatutan dan ia syarikat MELAYU 100% =D.

Cuma kali ni, demi menyambut kedatangan si dia, saya buat water wax = RM10. Tambah skit dari normal car wash RM11. Jadi total = RM21. Saya pun first time buat. Nak buat yang waxing n polish cm mahal sgt. Hehe.

Ketibaan si dia..
First place kami pergi ke kedai printing: Massive Design & Multimedia. Saja usha design kad kahwin. ^^ Dah banyak kedai gak saya usha sendiri, tapi kebanyakan nya agak mahal tapi ada few friends suggest kedai tu kata murah skit. We pick one for my side, dan dia pun berminat juga dengan beberapa design. Saya mungkin akan tempah next week. Tapi sebab majlis di pihak dia lambat skit. Jadi dia need time utk discuss dengan parents dia. Thanks dear temankan saya~

Next..
Kami straight to BP Mall. PC Fair, we come! Happy sangat sebab kali ni pergi dengan tujuan. Hehe. Kalau takda tujuan biasa dtg pungut flyers, pastu balik tangan kosong. =P

Pacific Mall Batu Pahat

Lepas makan dengan kenyang di MK Restaurant, kami terus survey setiap kedai di PC Fair tu. Planning nak cucuk duit tapi hampa. ATM pertama (area pizza hut) tu rosak. Pastu ATM machine lagi satu dekat pappa roti tu pulak beratur punyala panjang! Cekalkan diri jugala beratur, tapi menambah kekecewaan sampai je kat depan, duit lak takleh keluar. Orang belakang2 pun takleh keluar duit juga. Nak tak nak terpaksala guna duit dia dalam tangan je.

Pendekkan citer, saya dapat external hard disk imation, 320GB percuma! Sebab dia belikan~ =D Saya sangat2 perlukan hard disk tu. Thanks sangat!
External Hard Disk Apollo II 320GB Imation


Dalam packaging tu siap cover dan usb cable. Biasalakan. Beserta lipatan kertas manual yang agak tebal tapi setelah dibuka rupanya instruction nya cuma 1/4 kertas A4, selebihnya tu hanya instruction dalam lebih dari 5 bahasa lain..hehe. Selain tu, kami usha juga beberapa device lain, especially laptop, digicam, dan graphic card baru (dia tgh gila game..hehe)

Then..
Jam baru pukul 5pm. Dah takda apa, kami pun singgah ke rumah atuk. Petang tu parents dia call nak jmpa di Ayer Hitam sebab mereka on de way nak balik kampung jugak. Jadi setengah jam lepas tu kami terus ke Ayer Hitam. Sementara tunggu parents dia sampai kami sempat la beli putu bambu kat tepi jalan tu. hehe.

Ada 6 biji dalam bungkusan ni. Putu bambu sedap! Plus dia belikan juga. hee~


Pastu singgah marrybrown. Kami order ice scoope, milo, dan curly fries with cheese. Saya memang tak suka dengan marrybrown sampai bila2. Ada kisah di sebalik curly cheese dan akak kaunter. huhu..


+



Later..
Lepas parents dia smpai, jumpa sekejap, pastu dia ikut parents balik kampung dan saya pulang ke rumah dengan senyuman~ (^_^)



July 14, 2010

Secret Room

Zaman kanak-kanak saya tak banyak permainan yang boleh dimainkan. Especially dengan rumah sewa pada masa tu yang sangat lapang sebab parents tak banyak beli perabot. Jadi salah satu permainan yang selalu saya main adalah 'hide-and-seek'

Saya selalu wish rumah saya pada ketika itu ada banyak tempat persembunyian. Yang kelakar nya..saya dan adik main 'hide-and-seek' bukan sekadar dalam rumah dan keliling rumah, tapi kawasan kami tak terbatas sampai kami boleh sembunyi kat rumah jiran kalau perlu..hehe.

Tapi tu dulu. Sekarang dah banyak game. Kalau dulu saya fikir, kalau dapat ada almari kosong pun jadilah untuk main hide and seek. But secret room? Never thought of that. Walaupun agak teruja dengan design rumah bangsawan british zaman dulu yang penuh dengan laluan rahsia dan bilik rahsia. Tapi tak pernah terfiikir benda2 tu boleh di apply untuk orang kebanyakan cam kami2 ni. heh.

Jadiii...masa saya survey2 untuk reka bentuk rumah online...saya jumpa ni!

June 21, 2010

Comic Blog

Sementara meratap kesedihan kehilangan handphone. Again, as usual, saya visit beberapa blog kegemaran and tetiba terasa nak tulis pasal mereka ni. =P

There are TWO blogs that really captures my heart.  These two blogs not a usual blog that WRITE about stuff but they DRAW story out of it. Interesting rite? ^_^




The owner is a cat, named Miao (hoho..bukanla kucing betul pun, tapi owner dia berasal dari Kuching, Sarawak) jadi dia buat main character dia as a CAT. hehe. Cute kan? Dia ada 2 ekor hamster, sorang nama Pafu, sorang lagi nama Wafu, tapi dua-dua ekor haiwan ni dah mati. Sekarang dah jadi roh yang selalu kacau Miao. Hehe.

Saya start baca blog dia sejak awal tahun 2008, masa tu dia guna free domain  blogspot.com. Tapi akhir tahun tu tak silap dia tukar guna domain .com (Tapi masa tu tak berapa pandai blogging, jadi jarang sangat comment...i was a silent reader. Kalau komen pun takda identiti sangat =P)

I tau pasal blog ni dari Nuffnang =D Dan one of comic strip dia pernah masuk dalam newspaper. Sangat cute! ^^




Blog ni dah lama, tapi dia baru start comic strip last year (2009) between March or April I think. Owner dia nama Kyoru. Walaupun watak dia tak berapa cute (but the real owner is cute! ^_^), tapi jalan citer dia best dan kelakar! Dia ni pun ada haiwan 'belaan' yang agak aneh kot - Centipede (called as Sen) dan Garr (anggur busuk..huhu). Apapun, dua2 haiwan ni ada dalam umah dia.. =P

Blog ni saya baru2 juga baca. Tahu psal blog ni dari Miao.

They actually already famous, but just want to share with you about these blogs. Serious, they can make u laugh tak hingat dunia punya..hehe. Rasa2 sedih di la blog diorng baca. hihi. Pernah juga jumpa beberapa comic blog yang len tapi stick kat dua ni je kot.

Have fun! (^_^)


May 2, 2010

Festival Layang-Layang 2010

Sambil menyelam minum air ;)

Kisah bermula bila kekasih hati ajak ke JB. Orang nak pergi tapi sebab ada komitment dengan tuisyen,terpaksa tolak.

Sehinggala hari Jumaat, tetiba terasa nak call Pusat Tuisyen:

Saya: Pusat tuisyen F***h ya? Esok tuisyen tak? (ntah kenapa tetiba tanya mmg takda alasan..)
Kerani: Esok semua kelas batal.
Saya: Batal? Kenapa batal? Batal tu maksudnya takda kelas ke?
Kerani: A'ah la. Ntah pengetua kata batal. Eh..awk tak tau ke?
Saya: Oh..takda lak orang inform.Haa.bgus la klau cmtu. Tq ya!

Pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. Terus saya contact kekasih

"Minggu ni saya leh teman awk tengok Ironman..yeeaaa!!!!"
"Hah? Boleh? Awak kata tak boleh?"
"Sebab tuisyen dah cancel minggu ni..hihi"
"Aih...ala..awak cakap last minute, saya dah janji kena standby kerja..."
(standby kerja tu apa? ntah..tak faham)
"Takpa..kita gi jugak tengok Ironman.. =D"


Actually tu la tujuan asal saya ke JB - 1. Jumpa dia   2. Pergi kenduri kahwin (tapi bagitau mak nak pergi kenduri kahwin..hehe)

Tujuan dia ajak saya gi JB - 1. Pergi kenduri kahwin. 2. Tengok Ironman.


Sampai je Larkin,dia ambil saya dan kami bergegas ke Jusco Tebrau konon nak tengok tiket. Actually kami tak sempat nak booking. Sebab dia kata semua FULL. Memang betul pun..SEMUA full setiap slot dari pagi sampai la pukul 1201 tengah malam.huhu. Dan barisan beratur untuk tunggu booking cancel..adalah dalam 50 meter. Sampai keluar wayang area kedai game tu.Kecewa..

Malas nak tunggu. Kami bergegas pulak ke majlis kahwin kawan dia kat area pasir gudang tu. Makan2 sampai kenyang. Pastu barulah boleh berfkir dengan waras..akhirnya kami takda arah tujuan. Tetiba kawan dia yang saing kami ke majlis kahwin tadi kata

Kawan dia: "Zam, gi bukit layang-layang jom"
Dia: "Ha..okay gak. Aku pun nak pegi bukit layang-layang gak"
ntah bila dia bincang dengan saya nak pergi bukit layang-layang tu ntah..hmm...
Kemudian baru dia tengok saya smbil berkata...
Dia: "Kita pergi bukit layang-layang jom ayang, nak?"
Saya: "Bolehh..ada apa situ?"
Dia: "Layang-layang.. ^^"

Akhirnya kami pergi bukit layang-layang. Rupanya situ ada festival layang-layang. Kata kekasih, festival layang-layang ni hanya diadakan setahun sekali je. Mereka akan jemput pemain layang-layang profesional (huh..apakah... ~_~) dari luar negara untuk menunjukkan kemahiran bermain layang-layang. Siap ada Muzium Layang-Layang lagi. 

Gambar dari Festival Layang-layang 2009

Ada pelbagai jenis layang-layang ditunjukan dan pelbagai cara memainkan layang-layang. Sangat seronok! Dengan famili yang bawa anak-anak, jualan ditepi-tepi jalan. Siap ada bentang tikar buat macam picnic sambil tengok anak-anak main layang. Design layang-layang pun bukan macam atuk kat kampung saya buat dulu-dulu. Canggihhhhhh! pasang siap macam pasang besi khemah bulat tu. Ada macam-macam design!

Yang jadi ia bukit layang-layang tu mungkin sebab bukit tu memang strategik untuk main layang-layang. Sentiasa berangin, dan anginnya kuat. Panas terik la macam mana sekalipun..angin nya tetap macam kat tepi pantai Batu Feringghi. ^_^

Hilang kisah tengok Ironman, akhirnya kami tengok Layang-layang Man. Tapi yang musykilnya sampai sudah tak nampak batang hidung pun kawan dia yang ajak dia pergi Bukit Layang-layang tadi..hehe.

Nanti ada gambar saya upload k. ^^



April 7, 2010

GiveAway~

GiveAway pulak..haha!

Bukan banyak masa tapi cari masa ^_^

Kali ni dari page Teratak Kasih Zie Fauzi


Saya tau blog ni setelah baca dari beberapa blog..tapi blog yang buat hati ni terdetik nak buat adalah blog IntanIzani sebab blog dia comel. (boleh tak?) haha~

GiveAway ni dah mula pun dari 1 April 2010 sehingga 30 April 2010.


SYARAT-SYARAT

1. Follow blog Teratak Kasih Zie Fauzi untuk mengetahui sebarang update terbaru tentang giveaway ni. [ Done! ]



2. Tulis entry paling2 simple yang pernah anda buat dan nyatakan darimana anda tahu mengenai giveaway ni. [ Ni kira paling simple la kot..haha.]


3. Akhir sekali,tinggalkan info2 di bawah di entry beliau.

* jejak anda (link url entry)
* nama follower anda (kadang2 nama bahagian komen dan follower berbeza)
* email (utk den hubungi sekiranya menang) =P

[ Siap! ]


HADIAH
InsyaAllah,sesuatu yang istimewa 'Handmade with love'...


KAWAN-KAWAN YANG WAJIB BUAT GIVEAWAY NI:

Cik Miza
Ima
Raifana
Ryne
Cik Joyah
Eliza Suraya
Nadxoxo

dan sesiapa la yang nak buat..dapat hadiah tau. hehe!
Dan jangan lupa link nama saya sebagai REFERER (^_^)


April 6, 2010

Lucky Draw: MemoryShop

Lucky Draw again!

Lepas menang hadiah lucky draw hari tu, ni second time buat lucky draw =P

Lucky Draw ni dianjurkan oleh [Memory Shop] bersempena dengan pembukaan smula kedai online diorng. Kalau tak silap dulu dikenali sebagai sweetsmemoryshop.blogspot.com



Lucky Draw ni very simple! Lucky Draw ni akan pilih 3 (TIGA) orang yang bertuah untuk dapat hadiah yang best2 for girls especially and for guys maybe (bagi la pada gegirl tersayang ^^)


Syaratnya ialah:

1. post di blog anda tentang LUCKY DRAW
2. follow blog ini


kepada mereka yang telah memenuhi syarat di atas boleh tinggalkan comment di sini berserta link posting anda.

KEPUTUSAN LUCKY DRAW AKAN DIUMUMKAN PADA 4/5/2010

Dan yang ditunggu-tunggu.....


Hadiah-hadiahnya adalah berupaaaaa....jeng jeng jeng...

.
.
.



1st = Rm30 + BROOCH ( PILIHAN ANDA )
2nd = Rm20 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )
3rd = rm10 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )



psst...bagi brooch yang cantik2 tau.hihi (^_^)


Sex = Jantina atau Seks?

Saya selalu baca blog seseorang ni [Dunia Sebelah Zara], bagi saya agak unik penulisan dia. Saya suka ^^ Tapi saya tertarik dengan 2 topik yang dia cerita psal pelajar sekolah menengah (dia cikgu sekolah menengah)

Dua topik ni saya quote dari blog dia. Untuk entry penuh u all boleh baca dari blog dia.

"Aku" dalam perbualan ialah Cikgu Zara.



Pelajar : Cikgu, saya ada adik kembar, saya boleh dapat anak kembar tak?
Aku : Kalau ada dalam baka, insyaALLAH boleh.
Pelajar : Cikgu, nak tanya.
Aku : Apa dia?
Pelajar : Kalau sperma tu hentam laju-laju, ovum pecah dua, dapat anak kembar kan?
Aku : Teorinya begitu.
Pelajar : Kalau hentam perlahan pula jadi apa cikgu?
Aku : Jadi awak.




Pelajar S : Cikgu, tengok A!
Aku : Kenapa?
Pelajar S : Dia kata gam ni macam air mani.
Aku : (tersentak dan terperanjat) Betul ke awak kata macam tu?
Pelajar A : Takde cikgu.
Pelajar S : Ya cikgu. Dia cakap tadi.
Aku : Awak pernah tengok ke benda tu? Pandainya awak!
Pelajar A : Maaf cikgu.
Aku : Kalau awak kata hingus ke, cikgu boleh terima lagi.
Pelajar A : Main-main sahaja cikgu. Maaf.


Huhu..sungguh mencabar mengajar subjek sains di sekolah menengah sekarang. Diorng memang menyahut seruan pendidikan tinggi >> "job oriented instead of exam oriented"

Nasib baik pelajar kolej tak macam ni. Walaupun ada jugak gurauan2 merepek tapi diorng lebih bijak utk menilai soalan2 mcm tu ptut cakap dengan pensyarah atau tak.

Benda2 mcam ni buat saya terfikir..mencabarnya nak didik anak saya akan datang..huhu...




January 25, 2010

Saya Menang! Saya Menang!!

Ingat tak sy msuk contest ni: Contest Lekat & Menang anjuran azizwan.com

Dannnn the result is....

Saya menang!!! yeay~~

Haha..actually bukan dpt first winner pun. Tp dpt jadi pemenang sampingan pun jd la kan ;)
Walaupun agak lambat tgk result..tapi agak berdebar la jugak kan. First time masuk contest tetiba kuar nama. Sangat seronok ookaaaaayyyy~~!!

Gembira sakan kan! Hahahahahahaha

First of all thanks to cik misznierah.blogspot.com sbb perkenalkan contest ni (secara indirectly sbb saya baca blog awak.hihi)

Second, thanks to en azizwan.com sbb anjur contest ni. Kalau nak ikutkan sebenanrnya pemenang dia adalah cik farra8978, tapi oleh kerana kebaikan hati en azizwan, dia telah memunculkan lagi 2 keping nama..dan walaaa~ my name on it! ^^


Best tak? best tak? ;P


So cik farra dapat topup RM50 dan saya dapat topup RM10. Hehe. Walaupun saya actually bukanla pengguna topup (saya guna post-paid since 2007..huhu) tapi..nanti la saya cuba fikirkan apa nak buat dengan topup tu..buat cungkil pintu masa ilang kunci pun okay gak =P

Just perasaan dapat hadiah tu sangat seronok sbnrnya. yii~ ^^
Miza, jgn jeles! =P

(ptutla si dia bagi hadiah keychain daun kering yg dah leminet tu org dh seronok..haaih..senang btul nak puaskan hati saya ni.. =( )


January 20, 2010

Gadis Si Bibir Tebal

Kadangkala kebosanan boleh buat imaginasi melampaui batas...




30 mins drawing...gini je la hasilnya..cuba teka ni model produk apa? ;)





Mangsa: Model Produk L'oreal
Majalah: Cleo


Sambil baca majalah tetiba nampak kertas A4 terbang bersepah..amik kjap ingat nak conteng buat jawapan quiz/test dalam majalah...belek2 tgk gadis ni cam menarik je.. Tak dapat muka cam dia, dpat lukis wajah dia pun jaaadi laaa...hehehe =P




January 13, 2010

Contest Lekat & Menang!

>> Sila lihat post sebelum ini untuk ENTRY TERBARU <<

Semasa sedang berjalan-jalan2 dari blog ke blog, sy jumpa satu post psal Penyertaan Contets Lekat & Menang anjuran http://www.azizwan.com




Saya tahu contest ni dari blog misznierah.blogspot.

Actually saya takda la kenal sangat Cik Nierah ni baik secara individu atau secara pukal, tapi agak selalu la visit and baca post2 dia. Cik Nierah mmg slalu buat contest ntah dari mana2 blog ntah. Suma sangat menarik cuma sy tak berkesempatan je nak join. Lama2 bila tengok dia join contest sana sini mcm best je. So terdetik lak hati nak buat contest yang ini. So kira ini first blog contest yang saya pernah join ^_^

Syarat Contest Lekat & Menang:

  1. Post ni mesti jadi sbg sticky-post. Maksudnya kena stay selama 2 hari (48 jam) kurang drpd 48 jam takleh, tapi klau lebih sangat la digemari kot..hehe. So klau terasa nak letak entry baru kenala letak b4 post ni. 
  2. Then, attach kan gambar duit tu kat post korang. Tak kisah la kecik ke bsar. Nak hias2 pun boleh kot.hehe.
  3. Pastu klau jumpa Contest ni dari blog orang len, boleh la tulis: "Saya tahu contest ini dari blog ..."
  4. Dah..itu sahaja. Senang kan? ;)


Hadiah: RM 50 untuk pemenang dan RM30 untuk referer. So kira referer saya ni Cik Misznierah la.

Tarikh tutup: 13 Januari 2010 sblm 12am.

Dia kata ia berbentuk lucky-draw concept, so dalam berjuta orang buat, cuma satu pemenang je akan dipilih. haaih...hrap2 nasib saya cukup lucky la kan. ^^

So agak2 sesapa nak join jom la! Especially to Ima, Rai, Azahari, Miza, dan En Raptor. ;)


January 4, 2010

Shopping Till I Totally Dropp!!

Ye, dlm akhir2 Dis last year DAN early Jan 2010, SETIAP minggu saya gi shopping. Hoho~ I ENJOY shopping tapi last week punya shopping btul2 buat saya rasa nak pengsan.En Driver apatah lagi..hehehe.

Last 3 weeks, shopping dengan mak. Y.E.S la katakan..borong habis.. Beli apa? Saaaangat banyak..dan selari jugak la dgn bilangan helai note 50 yang terbang..huhu..

Last 2 weeks, saya gi shopping ke JB, semata2 nak shopping kasut. Ye..kasut shj tapi seharian berjalan. Tapi tu la kasut paling mahal saya pernah ada, dan ia adalah present from kekasih. wii~ Tapi saya pun belikan dia satu kasut gk, so adil la kan ^^

Last week, shopping baju sambil bawa adik bungsu jalan2 gi JB (dia jd escort kita daa..aiih..) Org kata, klau jalan berdua lelaki dan perempuan, org ketiga adalah syaitannn...tapi saya jalan berdua dengan kekasih, orang ketiga adalah adikkkk....tercinta.. =P Takda halnya...kami masih blh bercinta apa. Plus mewujudkan perasaan cinta adik2 kpd bakal abg ipar..hohoho~~

Balik dari JB,kunun2 nak balik umah terus,tapi sbb terlampau kepenatan,sampai tak larat nak drive, jadi kami bermalam di rumah atuk je di bandar. Pagi esk nya baru pulang ke rumah di Tmn Sri Sulong.

Maka..
Di akhir kejadian shopping moping tu, maka kami pun kira la berapa pembaziran yang telah kami lakukan..alangkah terkejutnya melihat angka yang begitu panjang berderet2..haha~ Tapi takpa..sangat puas hati =D

Daaannn...the "great news" is angka itu bakal tidak berubah menjelang awal tahun 2010..mungkin bertambah - mengikut belanjawan terkini saya dan ibu..(sbb rolling duit sesama kami je..loan pn sesama sendri) =P



October 26, 2009

Kenapa 10.10?

Sambung daripada post yang ini: Masa itu emas

Masa saya di awal remaja dan sangat suka usha jam yang cantik2 di kedai jam or website, saya selalu tertanya2 kenapa kebanyakan jam yang advertised dan tak bergerak selalu tunjuk pada pukul 10.10.

Bila tnya parents..nnt suh tnya org kedai.Tp tak berani nak tnya sebab segan kan,mcm soalan budak bawah umur lak. =P

So sampai sudah pun tak tau jawapan nya. Sebab pada saya klau nak buat ia mcm senyum blh jugak wat kat 3.45 ke, 2.50 ke or 9.15 ke. tapi mostly akan buat 10.10 @ 10.08

Just last year (dah outdated dah pun..baru teringat nak post..hehe) saya try google dan jawapan nya pun tak brapa convenient tapi ada gk kebenarannya kot.

First, ada sebab yang kata ia adalah masa Presiden US, Abraham Lincoln ditembak pada 10.15pm, April 14, 1865 dan akhirnya meninggal pada 7:22 a.m., April 15, 1865. Wlaupun macam tak berapa tepat, 10.15 and 10.10 ada kaitan ke? hurm..

Tapi sebab yang paling sesuai adalah sebab, kebanyakan penerbit iklan kata 10.10 sangat sesuai untuk pengiklanan dan hampir menjadi standard kerana ia nampak lebih simetri (seimbang) dan tersenyum,

"We always put hands to 10.10 here and in other collections I'm responsible for. The answer is probably quite simply that it looks better, aesthetically and practically, as the clock has a 'smile' on its face (not just a marketing gimmick, it really does look better than a 'down turned mouth' at 8.20) and, as others have said, because it keeps the hands clear of signatures and other subsidiary dials. I note that not every firm uses that position in their marketing though. Synchronome, for example, appear to depict their dials at 3.00." - Jonathan Betts

"The opinions I've read tend toward 'framing' the maker's name on the clock face. Viz: when the logo is placed above the center, the hands are at 10:10 but when the logo is below the center, the hands are shown at 8:20 framing the maker's name. Wristwatch advertising follows this trend." - Les Lesovsky, (clock creator)

"Thomas A. Frank wrote: '...most manufacturers trademarks are just above the center pipe, and having the hands at 10:10 causes your eye to naturally follow to the trough, thus bringing your view right to the trademark....' and often the Model name is centered under the center pipe, ruling out any hand more or less straight down (between 5 and 7). Date windows most often are at 9 or 3, and subsidiary seconds usually at 6. For aesthetic reasons you want the two hands neither nearly covering each other nor nearly in a straight line. By default the 10h10 looks pretty good." - Fortunat Mueller-Maerki

"I too have heard the 'smile' theory, which makes some sense from the emotional marketing perspective. Equally likely is the fact that most manufacturer's trademarks are just above the center pipe, and having the hands at 10:10 causes your eye to naturally follow to the trough, thus bringing your view right to the trademark." - Tom Frank

Resource: www.ubr.com 



October 22, 2009

Pulau Redang

Hari si dia akan pergi ke Pulau Redang..ish2..org dah terbayang betapa bestnya pantai dia dan resort dia yang mahal tu...dgn air yang jernih..mesti sangat bahagia especially klau dapat snorkling dan tengok penyu~ (tapi lagi bahagia kalau pegi after kawin ^_^)

Pulau Redang ni antara yang pulau yang paling cantik kat Malaysia dan yang paling best untuk diving dan snorkeling.



Penyu yang comel dan choral yang bergemerlapan~


Er..dia yang nak pegi, orang lak yang seronok lebih.ntah2 dia takda perasaan sangat pun.hehe.Yang menambahkan kebahagiaan tu ialah..pemergian ke Redang tu di'sponsor' 100% hoho~ sangat BEST okaay....

Dan yang agak menarik, dia dan ajk sukan yang lain pergi Redang sbb disponsor oleh company, SEBAB mengendalikan acara sukan di SDE yang boleh dikira beberapa kali je.

Thennnn....i was thinking...alangkah bahagia klau sy pun dapat recognition cmtu ek.hehe. klau dikira aktiviti yang di'handle' mungkin tak SDE akan sponsor saya sampai ke Phuket? =P

Tapi....tu cuma bermimpi je kot...jgn harapkan Redang..Ledang, Muar tu pun blm tentu disponsor...siap kena bayar tambahan lg ada.hihi. KAALAU berjaya....kalau tak...tohmahan tanpa henti..(~_~) terima dengan hati yang separa terbuka. =P

Anyway, wish u have a safe and great journey, there! 



October 18, 2009

Pasta & Drift!

Semalam saya gi ke majlis kahwin kwn baik saya di bangi => Amir(Gajah) & Nadiah (Nad)

Majlis tu sangat meriah dan teratur. Suka sangat! Bertolak dari Batu Pahat (Si dia dari JB) pukul 930am (Si dia bertolak pukul 730am). Dengan berbekalkan peta pada kad kahwin dan mengharapkannya betul kali ni, kami cuba meredah highway dengan berani.

Ni first time tau kami drive berdua di highway.. SENDIRI lak tu..huhu. Dah la dedua bkn tau sangat jalan kat KL tu. Takpa, demi gajah n nad. haha. determine sungguh! (Sampai Si dia terpaksa bercuti walhal rakan2 sekerja dia bertungkus lumus menyiapkan last minute changes utk projek dia) Thank u, sgt2¬

Kami smpai pukul 1230 lebih cmtu la..tapi balik pukul 245pm cmtu. Yang buat saya pulun gile nk pegi majlis kawin kali ni wlaupun kat Bangi adalah sebab ia adalah best friend saya, and at the same time hoping to see my other 2 best friends - Wan dan Miza! Wan dah 5 tahun tak jumpa, dan Miza dah 3 tahun tak jumpa. Tapi atas sebab2 tertentu Miza tak dpt dtg. Manakala En Wan yang kunun nak konvoi ke umah Amir sudahnya dia sampai di saat kami hampir nak pulang.

To En Wan, sori sbb tak sempat nak borak lama sebab kami dalam kekejaran masa. Perjalanan kami masih jauh. Risau lak driver saya semakin letih klau balik lewat sangat.hehe.

Tapiiiii..dalam 'kelewatan' tu kami sempat lagi singgah ke BP Mall demi sebijik aiskrim. Kunun nak mkn aiskrim je, tp bila dah singgah kat Rengit Coffee tu, byk lak ordernya..dan akhirnya dapat jugak saya makan Pasta Bolognese yang diidam-idamkan since sblm raya aritu plus aiskrim! (^_^)

Lepas mkn2 tu plan nak singgah tgk Drift Show, tapi dah takda sebab dah malam... But stil dapat jugak tgk pamera kereta yang best2!

Gmbar amik dari Hanis.hihi.

Gambar blm sempat upload lg. Akan saya update nnt k ;)

August 27, 2009

Peristiwa Puasa


Dah hampir seminggu kita berpuasa - 6 hari. Dan lg 4 hari ke ambang Hari Merdeka. Tp suasana merdeka tu mcm ilang. tak mcm zaman kita sekolah dulu yg berebut2 beli bendera kecik.

Kadang2 bila tgh drive ke tempat kerja tu mengelamun la jugak teringat masa zaman sekolah2 puasa. mmg kelakar.

Saya start puasa masa tadika. Masa tu cukup gk puasa 30 hari, tp ada gk la 2 3 hari yg separuh hari.hehe. Tu pn bila hari2 terakhir puasa bila tak tahan tgk mak nye kuih tart..bau diaaa...pergh...mmg..bkn stakat menguji lg dh,membunuh keimanan puasa la time tuh.

Yg plg kelakar masa sekolah menengah form 4. Saya kat MRSM Mersing time tu, kelas Acturus. (hehe..bangga gila masa first time dpt nama kelas ni, sbb rmai org tak tau, "Acturus tu apa?" - "Acturus tu bintang laa.." =P )


Kisahnya..saya baru first time puasa kat mrsm. Cuaca di mrsm mersing blh diibaratkan mcm 50% padang sahara. sangat panas. klau sy di awal kemasukan dulu,payung mmg tak lekang aa dari tgn. pedulik apa org ckp puteri lilin ke apa,yg penting klau takda payung tu mmg takleh nk buka mata, dia punya terik tu. Tp bila dah lama2, kulit mata kaki suma dh lali..harung je suma.

Awal2 puasa tu adalah minggu exam (or quiz??) tak ingtla.. Duduk ala2 exam SPM dan melibatkan semua kelas termasuk form 1.Pada suatu hari,sedang tekun menjawab subjek yg sangat pecah kepala...

dan 2 jam berlalu...

"Masa dh tamat! Sila letakkan pen anda dan bla bla bla.."

Waah..leganya rasa masa dh tamat~
Tetiba kwn sy, eddie panggil dan bawa sy kat tepi pintu belakang kelas.

Saya: "Ish kenapa eddie?"

Eddie:
"hehe..saja nk tnya kau leh jwb tak paper td?"

Saya: "Uish..blh tp susah aa...tak faham sgt.. =( Tp..ni mcm ada bnda lain je nk tnya,knapa?"

Eddie:
"Hm..tp..klau aku tnya, kau jgn marah eh? Yela..baik aku tnya drpd azman yg tnya" (eddie ni kira rapat gk dgn sy dan duduk depan saya dlm kelas,azman lak kira musuh dalam selimut saya,suka mengutuk je)

Saya:
"Hm...tak la kot, knapa?" Eddie tetiba dekat dan berbisik, "Kau tak puasa ek?"

Saya: "Ish..(smbil menjauhkan kepala) puasala. Kan Dy sahur pg td"

Eddie:
"Abis..knapa td kau minum air?" Hah? Apakah?? Minum air? Hohohoho...terasa darah dari kaki naik lajuuuu ke kepala..panas muka dibuatnya.. Malu sungguh!

Eddie:
"Ha'ah..kau minum air..2 kali tau. Aku bkn apa..aku tak kisah sgt,tp klau ye pn tak puasa..tak baik minum air depan org tau..aku pn haus gk.hihi.. (konon dgn nada plg sopan supaya aku tak terasa..) Paper pas ni kau jgn minum lg tau..jgn marah eh..aku tnya je.."


Hoho...wlaupun saya cuba explain cmna skali pn, blm tentu Eddie percaya. But, the REAL thing is..mmg saya berpuasa.~~~ Cuma, tindakan luar sedar tu berlaku sbb dh kebiasaan. Mmg dh kebiasaan bila pening kepala je trus capai botol air. Air botol tu pulak mmg dh ada atas meja. Bawa dari semalam, waktu prep. Klau hari biasa botol air mmg sentiasa ada dlm beg dan atas meja (kering kontang tekak klau xda air..panas tuu)

Jd bila time exam tu, ntah bila capai botol air n trus gulk..gulk.

Hari tu berlalu dgn tanggapan Eddie sorang je nmpk. Agak senang hati la kan. Rupanya mlm tu time prep,azman dtg kt meja n tegur. "kau tak puasa kn tadi? " dgn anak2 mata jahat dia tuu!

Eiii...cis..


July 1, 2009

New Pendrive!

Akhirnya arini sy 'ter'beli gk pendrive baru. 2GB.

Ha'ah mmg org kata tak berbaloi beli pendrive 2GB sbb pendrive 4GB dgn tmbahan beberapa puluh ringgit dh leh dpt. Tp klau dlm environment pembiakan virus yg begitu critical, pendrive 4GB adalah satu PEMBAZIRAN yg amat. Mmg boleh format, tp brapa byk data akan ilang klau nk kena format stiap kali?

Maka, dgn itu, sy mengambil initiative utk beli yg kecik je. Nk isi pn skadar file .doc yg beberapa ketul je. Dari kom office -> lab -> keliling office -> kursus -> moderation. Just around that circle.

So anything happen, gmbr2 sy yg kiut miut, music best2, coding2 template, encrypted password, n lelain bnda ngarut takkan ilang..SEBAB? suma tu akan disimpan kemas di dalam pendrive 4GB/8GB yg tentunya takkan bertukar tgn. (^_^)

Oleh kerana sy takleh nk amik gmbr n post kt sini, jd ni ada satu gmbr pendrive yg agak sama dgn pendrive org.. Dgn rantainye, bntuk, design, kaler (org nye pink pekat lg.hehe)


Oh ya, pendrive ni akan dijual pd hari Isnin, 6hb Jun 2009 kt KPTM Batu Pahat sempena registration student baru. Mereka kata...

1. Pendrive ni waterproof. Campak dlm air takda apa2. lap2 skit dh leh guna. Wlaupun sy tak pernah lak cmpak pendrive dlm air, tp kagum kan jugakla.. lalu berkata, "Waaah...canggih nya pendrive nii~~"

2. Pendrive ni ada pelbagai bntuk yg kiut miut dan sgt elegant. ada bntuk pen, ada bntuk teddy bear, ada bntuk mcm2 la. Hm..sy takda la kagum sgt, mmg tak minat bntuk gitu. Tp kagum gk sbb susah nk cari bntuk gitu. =P

3. Conclusion. harga dia RM35. Tp sbb design sy nye tu last (dia kata dh takda stok lg.ntah la) Jd dia offer kt sy with special price. ;) So special that I can't mention it here~ =D So sy jnji kt dia nk tlg promote. Ni leh kata promote la kot..haha.

4. Jd sila la beli. =P

----------------------------------

Peringatan: Amanda beli kerana keperluan dan bkn kerana bntuknya yg kiut miut. Tp miut itu satu bonus. hehe. (Time kasih abg kiut~)


June 24, 2009

Wonderful beach....hmm..

Rasa nk gi pantai...blh tak..

Rasa nak mandi pantai..

Rasa nak mandi pantai tak pkai tudung..blh tak? :/

Rasa nak terapung kat pantai...

Bestnya klau ada private beach..yg girls je yg ada, jantan2 takda (kcuali husband) :P


Akak: "Okay..dgr sini peraturan sblm mandi laut..bla...bla...."
Adik: "Cepatla kak...tak sabar dh ni....huhu.."


Adik: "Wah...bstnya dpt msuk dlm air..hmm~~"
Abg2: "Cubala berenang klau berani! ha ha"


Adik: "Tak nak la...nak terapung tgk langit lg best~ ^^"
Abg: "Aik...asal kaki org lg pendek bkn kau lg pendek ke??"


June 3, 2009

Kabus Yang Hilang

Ni citer adik sy. Ada satu hari tu kami dlm perjalanan pulang ke rumah. Dlm keta tu cm biasa ada adik sy form 3, sy selaku driver yg berjaya, dan mak yg mata sentiasa pandang depan.. (even nk bg air kt org yg tgh drive ni pn mata tgk depan..huh..tu kempunan nk drive tak dpt la kot..)

Hari tu hujan lebat.. Kami borak2 as usual dlm keta..mengulas isu negara dan kampung2 kecil..

Tp hampir sampai kt area tmn rumah ktorng, cuaca dh berubah jd normal ala-ala panas.. Jam kul 700pm. Smpi umah..

"Tin..tin..", hon tu biasa menandakan SAYA yg balik..hehe. Kelihatan ayah sedang bergumbira berborak dgn pokok2 di keliling taman. Kami suma kuar keta dgn senyum. Tiba-tiba...

"Bapak! (mmg kami panggil 'bapak' sbb kami org jawa. xda isu2 kurang ajar di sini yek..hehe) nape bapak bakar sampah...asik bakar sampah je..nnt kan udara kita panas..", dengan muka yg serius adik sy form 3 tu bersuara dgn nada yg tak puas hati. baru blaja kt sekolah la tu... "Global Warming"la kunun =P

Tp kami suma termangu2 tgk keliling dgn tanda tnya.. Mana sampah nya?? Ayah sy pn cm terpinga2 gk.. "Bapak ada bakar sampah ke? kt mana?", ayah sy tnya..dgn muka konfius..

Then tetiba dia gelak smbil buka spec dia. Bila kami suma tgk muka dia,laaa............. rupa-rupanya cermin mata dia yg berkabus sbb kuar dr keta yg ber'air-con'...so dia ingt asap sampah....

Petang tu kami suma gelak besar...hikhik.
=D

April 15, 2009

Lompat-lompat!

Kelakar aa gmbr ni..org tgk dekat 15 min try to figure out how do they do it??? =D



[updated: 21/4/09] - gmbar ni patut leh nmpk animation tiang kabel yg tgh tu melompat-lompat and lg 2 tiang dpn dan blakang pusingkan tali kabel. (mcm org main lompat tali getah..) Sy tak tau knapa ia tak nak gerak. since dh letak..biar je la..hehe

Related Posts with Thumbnails