Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

December 14, 2009

Kronologi Staff Day '09 - #2

Day 2: 6.12.09
Click image to enlarge




Pagi2 lagi dah ada tai-chi dan poco2. Pastu siap menari ala-ala salsa lagi. hehe. Jadila buat basah2 ketiak =P


 
Kecur tengok orang len panjat makhluk ijau ni. Sudahnya sy pn ikut panjat gak. Tapii..boleh pulak time org nak turun tu ada seorang jejaka yg ntah dtg dari mana, tetiba panjat de other side of the bukit ni, sampai bergoyang bukit ijau ni. Dgn saya2 sekali bergoyang~ Jadi sedar tak sedar saya dah turun bawah dgn tangan slide kat tali tu..huhu. Sakit uuu tangan...tersiat sikit kat kulit.hihi. Adalah bukti memanjat.haha~



 
3 gadis sunti yang tak penah jumpa bnda biru nih!


 
Yeayy~~ Excited sungguh ima. Mainnya tidak.hihi


 
"Marilah kita bersenam~" - En Nik


 
"bye~ Saya pegi dulu~"


 
Setelah berjaya pujuk beberapa org lecturer dari Kota Bahru, akhirnya saya dapat jugak naik bot ni dengan Kak Muhafizah ^^. Tak sabar nak gi tgk pulau dan bagi makan ikan.Yii~~


Penat bermain, silalah menjamu selera dengan buah-buahan tempatan~
Jenuh jugak dirong memetik buah-buhan ni =P

 
Dari kiri: Mimi, Dyana, Ima, Rai (duduk), Aza

 
Dari kiri: Aza, Rai, Mimi, Ima, Dyana, Azahari (eh..ada je dia ni ek.hihi)

 
Sebelum pulang~

Other link >> Kronologi Staff Day '09






Kronologi Staff Day '09

Day 1: 05.12.09


Hari pertama tiba di Ancasa Resort Allsuites,Port Dickson. Suma orang dah tak sabar nak check-in dan berehat kat bilik. ^^


Orang len sibuk dengan melompat-lompat kat tengah padang, kami enak2 aja bergambar.hehehe. Eh, azahari ada? biasala, azahari mmg dh register masuk group perempuan =P



Cantik tak? ^^
Dapat buat inai percuma kat entrance masuk hotel. Setiap design yang dia buat untuk setiap orang sumanya lain2.Takda satu pun yang sama. And dia langsung tak tgk cnth mana2 design. Ktorng tak pilih corak pun, suma design dia sendiri pikir. idea keluar macam air dr otak org yg buat tu. menarik kan? ;) Nak dapatkan inai pnya la lama...satu jam saya tunggu! Sbb dia cuma buka kaunter dari pukul 830am - 3.00pm. By the time sy smpai pun dah pukul 2pm. Tapiii...berbaloi-baloi~ ^^


- Kampung Seri KPTM -
Tema dinner malam tu ialah "Kampung", jadi suma design meja dan keliling ada lah kampung.


Orang len sibuk pakai kain batik n baju kurung bunga2 kecik, ktorng pakai langsung tak ikut tema =D


 
Sedaaaaaapnyaaaaa!! Kambing golek. Nyum~ nyum~
Tapi..
:
:
saya tak leh makan pun.. =(


 
Penyanyi Haiza.
Biarpun dia tak brapa famous, tapi persembahan dan celoteh dia malam mmg TIP TOP!! Riuh sekampung! Hehe. Dia sangat kelakar dan "menarik" ;)


 
Aaa...eh..kamera..ades..tak sempat posing.haha!


 
Akak ni baru balik pasar ke? Haha..selambe dia amik 2 ikat buah tu bawa kat meja ktorng. Ktorng pun apalagi..balun beramai-ramai~ Durian pun ada! Teringat kat kampung atuk dulu. Kumpul ramai2 makan buah-buahan kampung (^_^)


 
Persembahan 'Biarla Rahsia'
Persembahan yang dapat No 1. Diorang buat scene 'Aci-aci buka pintu' macam dlm citer p.ramlee tu. Sbijik! Mmg menarik! Yang jd aci tu pun perempuan india gk.hehe.


 
Pn Zai dan En Bakhtiar (x sure btul tak ejaan nama ni.huhu)

 
Antara hadiah cabutan bertuah. Banyak lagi hadiah yang menarik! >> Printer all-in-one, percutian 2 hari 1 malam, comforter mahal, set PC toshiba, mesin basuh, peti ais kecik, jam tangan mhal, handphone samsung yg paling kurang pun RM400 lebih. ish..banyak lagi la! Nasib baik tak baik je. =P


 
Daaan...saya antara yang bernasib baik tahun ni sbb dapat hadiah jam tangan~ Mmg dalam wishlist jam tangan tu, cuma tak expect dpt yang mahal cmtu. Thanks KPTM ^^


 
Pakcik2 ni bila dah jumpa Haiza, gelek tak ingt dunia.haha. Dari malu2 smpai senget2 badan.hihi.


 
Malam tu abis dengan joget lambak. Tapi ktorng tak join pun, sbb dah ngantuk sangat2 dah. Smpat la bergambar dengan Faiz dan Ima. =P



continue>>






December 1, 2009

Oasis of The Seas

Dulu2 kan..masa muda2.. (skrg dh dewasa okay..=P) saya suka sgt berangan nak naik kapal. Terpengaruh dengan citer Titanic.haha! (even skrg pun teringin gak..=P)

Masa kat Penang dulu,slalu lepak kat tepi pantai area Seagate tu. Jadi selalu la nampak ada kapal atas laut yg penuh dgn lampu meriah. Sure ada org buat majlis kat situ. Rasanya tu kapal milik Pulau Jerejak Resort. Mcm best je~

Baru2 ni saja usha2 pasal kapal persiaran/cruise ships. Jumpa satu kapal yang terbesar yang pernah dilancarkan dan paling mewah selepas Princess Kaguya. >> The Oasis of The Seas.


 The Oasis of The Seas, the most largest and expensive cruise ship, during sea trials

Kapal milik Royal Carribean ni akan mula berlayar pada December ni after sea trial dia pada November 2009 lepas. Ia amik masa 6 tahun utk siap and dengan berat 225,000 tan, Oasis of the Seas is, by far, the largest cruise ship ever built.

It measures a staggering 16 decks high, or 65 metres (213 feet) above the waterline, and measures 1,180ft long and 154 ft wide and has the capacity to accommodate 6,360 passengers and 2,160 crew members. (Source:dailymail.co.uk)



It also have 21 swimming pools, an aqua park, a carousel, a rock climbing wall and a science lab and picture below shows AquaTheatre.



Selain tu, kapal ni juga ada 7 kawasan 'neighbourhoods' : Central Park, Boardwalk, the Royal Promenade, Pool and Sports Zone, Vitality at Sea Spa and Fitness Centre, Entertainment Place and Youth Zone. (sila la tgk video ni~)



Best kan! (^_^)

Wish dapat rasa naik kapal yang lebih kurang mcm ni.Hehe. Syg, take note =P








October 22, 2009

Pulau Redang

Hari si dia akan pergi ke Pulau Redang..ish2..org dah terbayang betapa bestnya pantai dia dan resort dia yang mahal tu...dgn air yang jernih..mesti sangat bahagia especially klau dapat snorkling dan tengok penyu~ (tapi lagi bahagia kalau pegi after kawin ^_^)

Pulau Redang ni antara yang pulau yang paling cantik kat Malaysia dan yang paling best untuk diving dan snorkeling.



Penyu yang comel dan choral yang bergemerlapan~


Er..dia yang nak pegi, orang lak yang seronok lebih.ntah2 dia takda perasaan sangat pun.hehe.Yang menambahkan kebahagiaan tu ialah..pemergian ke Redang tu di'sponsor' 100% hoho~ sangat BEST okaay....

Dan yang agak menarik, dia dan ajk sukan yang lain pergi Redang sbb disponsor oleh company, SEBAB mengendalikan acara sukan di SDE yang boleh dikira beberapa kali je.

Thennnn....i was thinking...alangkah bahagia klau sy pun dapat recognition cmtu ek.hehe. klau dikira aktiviti yang di'handle' mungkin tak SDE akan sponsor saya sampai ke Phuket? =P

Tapi....tu cuma bermimpi je kot...jgn harapkan Redang..Ledang, Muar tu pun blm tentu disponsor...siap kena bayar tambahan lg ada.hihi. KAALAU berjaya....kalau tak...tohmahan tanpa henti..(~_~) terima dengan hati yang separa terbuka. =P

Anyway, wish u have a safe and great journey, there! 



June 24, 2009

Wonderful beach....hmm..

Rasa nk gi pantai...blh tak..

Rasa nak mandi pantai..

Rasa nak mandi pantai tak pkai tudung..blh tak? :/

Rasa nak terapung kat pantai...

Bestnya klau ada private beach..yg girls je yg ada, jantan2 takda (kcuali husband) :P


Akak: "Okay..dgr sini peraturan sblm mandi laut..bla...bla...."
Adik: "Cepatla kak...tak sabar dh ni....huhu.."


Adik: "Wah...bstnya dpt msuk dlm air..hmm~~"
Abg2: "Cubala berenang klau berani! ha ha"


Adik: "Tak nak la...nak terapung tgk langit lg best~ ^^"
Abg: "Aik...asal kaki org lg pendek bkn kau lg pendek ke??"


June 15, 2009

SUKMAS

Baru pulang dari Sukan MARA Se-Malaysia (SUKMAS) 2009 Jumaat lepas (okay..sorry..backdated..too busy with.... zzzzz....) Penat mengalahkan pakcik tua balik kebun. Lenguh sendi tulang belulang segala...bkn angkat berat pn..tp kehulu kehilir dgn kasut..dgn cuaca terik.. huh..sungguh memberangsangkan untuk tdur n berehat..hehe

First day (Isnin, 8/6/09) agak suram...sbb sampai2 je dh dpt call kena gi meeting kul 3pm. Tp sempat lg lunch. Nk gi lunch tu pn byk dugaan nya...tp settle kn juga cepat2 sbb seriusly perut sgt lapar yg amat..tak penah2 mkn lunch lwat gitu..pulak jln jauh..mmg angin gastrik naik sungguh! Tu klau lmbt nasi msuk 2 3 min leh pitam..

Settle mkn dgn gembira, kami check-in ke hostel.. HOSTEL okay..bkn HOTEL.. hehe. Mmg hampir serupa la jugak dgn expectation tp mungkin better skit sbb dekat dgn bilik air..hehe. Tp mmg simen cm kt asrama mrsm org daulu2..berhabuk...katil single yg nipis tp tampak baru..almari tinggi (dulu almari org kecik je..hihi) dgn tingkap sliding (dulu org tingkat lapis2 je)..

Hm...letak barang n tgk keliling. K dila dh penat trus berbaringan..tp ntah cmna tak selesa lak nk baring trus. So sy kuar n usha bilik2 org len, suma org bawa msuk selipar.. Sy pusing bangunan gk la, plan nk cari penyapu..tetiba trnmpk "Bilik Rawatan", "Bilik Seterika" - klau org dulu2, bilik2 ni la yg slalu guna tmpt simpan barang2..so cuba gk buka satu persatu..last2 dpt gk buka bilik rawatan, sah btul! Bilik tu penuh dgn barang2 tgl budak2 asrama yg hampir smpi ke siling..timbun2 suma..hehe~

Sy berniat utk 'PINJAM' shj brg mereka selama 5 hari, pastu pulangkan la smula..maka, hasil selak2 tu jumpa la penyapu, mop, baldi, dan gayung. Hatiku sungguh gembira~~ (^_^) Nmpk gk sabun bsuh baju suma, tp pk balik bnda2 tu takleh pulang..so tak jd la nk 'pinjam'.

Makanya..kembali ke bilik, sy menunjukkan alatan tu kpd Kak Dila dgn wajah yg girang~ Dgn gaya tukang cuci, kami mula membersihkan bilik tu berdua dgn gembira, menyapu, mengemop, dan mengelap... Kemudian kami pn trtdur dgn tenang........................

Hari2 berikutnya berlalu dgn pelbagai cerita yg gembira, sedih, suram, dan pelik... Yg pentingnya pulangnya kami dr event tu, kami tau sapa sebenarnya mereka...ha ha ha~ Siapa "mereka"? hanya mereka dan keluarga mereka yg tau.... Sy mmg tak bawa kamera n tiada gambar, kang klau ada sy akan update.

Apa yg penting, pemergian sy kesana tak sia-sia wlaupun separa kecewa..isk isk... Ini kerana impian ku utk mndi laut tak kesampaian walau tinggi mana pn impian tu, namun klau bkn jodoh mmg tak leh nk wat apa. Kisahnya, bla kami ke Pantai Desaru sebanyak 2 kali, sy yg plg excited siap bawa baju persalinan, tp akhirnya kami tgk laut dgn pandangan mata kosong...kawasan tu sunggh tak menyelerakan niat murniku utk mandi. Tp yg bestnya, pd ptg Khamis tu, Kak Dila ajak gi Tanjung Balau.. Dek kerana kecewa dgn kedua2 kunjungan ke pantai desaru tu, maka, kurangla excitednya..lalu trlupa utk bawa baju spare..

Tanpa disangka2, rupanya pntai Tanjung Balau beribu kalinya best berbanding Desaru! (tp pantai port dickson beribu ribu kali best dr mereka berdua..huhu) Kecewa sungguh...peristiwa ptg tu berakhir dgn sy melihat Alin dan Intan mandi dgn gembira di tgh2 pantai yg SANGAT cetek..hehe. Dgn jarak lebih kurang 5 meter msih paras peha sy je air..hikhik.. (sy kn rendang...^^)

Apapun, BAAANYAK sy belajar dr event tu...especially dari segi protokol... =P

Dan yg penting, persembahan kuda kepang ktorng sgt best!! (^_^) Koir sy tak pasti sbb suara org len dgr lg kuat...apapun penutup tu mmg success =D

p/s: brg2 yg sy pnjam tu telah dipulangkan dgn jayanya~

May 1, 2009

Cuti dan Kereta..

Hari pertama cuti (Khamis, 30/4/09), stil kena hntr mak gi keja.Tp takpa, leh lepak kt umah atuk aftr. Agak seronok sbnrnya, cuma ada rasa sumthing missing..huh. apa ntah, cuma bla tetiba bla bgn pg tgn takda menaip apa2 rasa pelik. sukar sungguh kehidupan sbg org IT.

Computer is PART OF our LIFE! Mmg rasa KEHILANGAN bla tak menaip komputer or wat apa2 dgn komputer.

Takleh jd,then sy kuar smula umah tuk n settlekan urusan perbankan sendri (bayar la sgala utang kt bank - keta,asb,maxis,laptop)

Habis suma tu sy singgah kt bengkel keta Nazwan kt Jln Kluang, deret2 dgn Hyundai dan brdepan dgn Shell,dkt gk dgn roundabout Simpang Rantai.

Ok,bkn kdai tu yg sy nk citer tp keta sy. Dh sebulan sbnrnya 'air terjun' kt cermin dpn keta tu tak kuar. (korang paham la ek,xtau nk bg nama apa). Wlaupun dh isi air, stil tak kuar gk.Agak scary sbnrnya memandu dlm keadaan takda 'air terjun' tu terutama bla kabus pg menjelma. Yelah klau dh kuar umah kul 630am, kabus pg tu sgt normal. Tp fikir nnt nk hntr servis akhir bln, so biar je dulu. Tp bla ujung bln menjelma..keadaan sungguh berbeza. Kegawatan ekonomi negara turut dirasai oleh cik amanda,jd niat nk wat service keta trpaksa dibatalkan demi kemakmuran beberapa pihak len. So sy kuatkan smangat bawa keta gi check kt bengkel yg best itu dengan harapan abg bengkel itu akan trgoda..hahaha. (check je pun..tak kan nk charge kn.. =P)

Dengan senyum simpul, abg pomen tu pn check, check punya check rupanya box tmpt nk kluarkan 'air terjun' tu cm dh rosak, or kipas dlm box tu dh weak sbb air stil kuar cuma perlahan jd ia tak kuat nk jd 'air terjun', cm dh kena catu lak.

Dengan senyum simpul, sy pn tnya brapa kos nk gnti bnda tu, dia kata, mahal gk n dia takda brg tu klau nk gnti pn (huh...seb bek xda...)

Saya: "Oh..um..ala..xda la pulak ek bang,klau gitu takpala.."

Abg pomen: "Um..tp klau adik nk gnti bek gi service center dia sbb diorng ada original brg dia,klau hyundai nye brg sy takda, klau lelain nye brg sy leh kaw-team dgn kwn2 sy kt service center diorng."

Saya: "Oh ya ke..um..tu lah..ingt nk gi gk nnt.Tp klau nk wat minor service lelain leh ke nk wat kt sini? Kwn2 sy rmai kata sini bgus."

Abg pomen: "Oh iya? blh je,takda mslh.sape rekmen tmpt ni kt adik?"

Saya: "(alamak..sape ek..xda sapa..diri sendri =P ..ok tukar topic!) Um, abg.. ni check2 ni brapa ek casnya?"

Abg pomen: "Ala..adik blanja abg mkn nasi ayam je la kt dpn hospital tu,adik kn doktor kt situ.. (smbil trsenyum dan tutup but dpn keta)"

Saya: "(Doktor? ada rupa doktor kah? first time ni,slalu org panggil sy 'cikgu' wlaupun first time jmpa..) Eh, mana abg tau? (Smbil senyum lg..)"

Abg pomen: "Ala..abg tau la..adik keja kt hospital tu kn,slalu nmpk lalu.. Um..takpala,ni free je. Len kali dtg lg k (senyum2)"

Haha..doktor mmg la kt hospital kejanya,xkn kt bengkel kot.. =P, sah abg tu slah org. mana org ada lalu situ slalu. tp takpala..dh bg free tu. Okay laaa~!

Saya: (Buat2 trkejut) "Eh, iya? Time kasih byk2 eh bang..baik la abg ni. (^_^)"

Lalu sy pn berlalu...

Moral of the story:

  1. At least, sy dh tau apa penyakit nya 'air terjun' tu xnk kuar.. gnti? tu len kira..
  2. Tak sangka pkai comot2 gitu pn org kata doktor. Bang..sy bkn doktor org, tp doktor komputer. Mak sy yg keja kt hospital tu,assist doktor.. hehehehe
  3. Bengkel tu best. Bkn sbb dia bg free tu, tp sbb bla sy tnya ayah dia kata tu satu2 bengkel melayu yg mmg TIP TOP nye servis. Btul tak dFadz?

April 8, 2009

Kepulangan yg dinanti..

Ceh..mcm la sgt dinanti..apapun saya kembali~~!!

Lama seh tak update. Kunun2 sibuk..sibuk tak tentu arah.. ni la susah org klau takda laptop.. (hehehe)

Okeh..before start new topic..let's see what i've been missing.. Back to back action ;)

Isnin, 6/04/09

Sy gi tmpt berkuda. Plan nk wat sukan berkuda lak sbg subjek ko-q utk kolej kami yg tak seberapa ni. Skrg ni pantang nmpk benda best sket sure nk amik jd subjek ko-q. tu baru usha2. org tu cm okay je. yg best nya..tak sangka kt batu pahat ni ada tmpt berkuda! :D Cuma..agak trkilan sbb pkai baju kurung time tu, jd tak dpt la merasa naik kuda. huhu. 1 jam = RM50 tu. Em...next time maybe.. ;P

Sabtu, 4/04/09

Dating. after 2 months tak jmpa. akhirnya! hehe. Happy! (^_^) Story? tak yah citer la..confidential ;) yg penting...the best birthday gifts ever. bkn barang tp layanan.. ;)

Khamis, 2/04/09

Main event mlm tu, adalah solat hajat. Jd dgn hati yg suci murni, kami lecturer wanita gi solat hajat bersama2. Um..adalah 3 org je. Okay..as usual..tup tap. abis smayang.. best part utk event mlm tu..adalah sesi mkn2 nasi beriani~ hehe..ni kes dh lma tak gi kenduri kawin. tringin nk mkn nasi beriani.. =P. But, the best part mlm tu..kami berjalan2 di Tasik Y lepas solat hajat tu.. Bkn apa adik2 semua..kami ni nk menenangkan hati je..tgk bintang di langit bersyukur kebesaran tuhan.. (^_^)

Yg bestnya, tak penah2 seumur hidup sy di dunia ni, jalan kt tmn rekriasi cmtu dgn baju kurung, siap men buaian segala! kepingin jd kanak2 balik..tu aa kanak2 skrg bkn reti nk bersyukur..sibukberangan nk jd org besar, menyanyi, pkai baju cm org besar, mekap suma..apa daa..

Cmna pn kami msih sedar diri..tetiba baru teringat.. "Eh..kita ni bkn ke lecturer??" so tetiba jd sopan smula..hikhik.. Kami pulang sblm tgh mlm..sbb xnk ada kasut kaca yg trtgl.. (apekah??)

Khamis, 26/04/09 - Ahad, 29/04/09

Gi Kursus Pedagogy kt Port Dickson. Suppose to be LIKE a KURSUS tp ktorng dh wat program tu ala-ala honeymoon bersama rakan-rakan sejawat. hehe.. Best gile tmpt tu! Utk org yg jarang2 pegi hotel (kcuali yg disponsor oleh kolej - seb bek kolej sponsor klau tak bntuk hotel pn tak tau cmna..aih..) hotel tu PLG cantik sy penah pegi! Seyes jakun~

Kursus ni jugak menyebabkan sy tr'delay' pengajaran selama 2 hari..trmsuk la kursus2 len. Tp takpa..ni la masa nk mandi pantai~~ (^_^) Apapun..stil namanya kursus, so takda apa nk citer..tgk je gmbr kt bwh.. (pulun ni nk letak gmbr..huh)

Yg tak senonohnya, bila penceramah tu suh bg nama kumpulan, automatik letak nama "Peda-peda". Mana dtg nya nama tu? Tu bahan je sja kenakan azahari, tup tup jd nama group lak..layan~

Isnin, 23/04/09

Malam Gala bersama Rektor. Kecoh bila dpt berita ni. Sengal lutut pn ada. Tak psal2 kena kerah bala tentera mpp utk bertugas pada hari ahad sblm nya tanpa sebarang reward.huhu.. kesian gk kt diorng, tp kesian gk kt diri sendri sbb letih tak ilang lg baru balik dr Camping kt Bekok, dh pulun wat keja weekend. Dlm mengomel2 tu..mmg berusaha jugakla dgn dak2 MPP dan advisor Unit Aktiviti Pelajar yg len sbb kami plan nk jadikan Malam Gala ni cm platform utk ajar student MPP sy wat event Grand Annual Dinner 2009 nnt.

Cmna pn, sy SANGAT2 berpuas hati dgn feedback dan hasil kerja mereka. Seriusly beyond my expectation, jugdement ni bkn nk merendahkan sesiapa tapi based on previous event and previous students performance yg agak kureng. Tp kali ni mmg fantastic! So congrats to them! ;) Cuma sbb beberapa mslh teknikal yg diluar bidang kami, so lantak..yg penting protokol n suma persembahan mereka mmg bombastic! Muaah2 la!

Jumaat, 21/04/09

Camping JPA di Bekok. Ni mmg sgt best! Rasa khemah msuk air sbb hujan, pastu jln mlm, pastu esok expedisi mendaki bukit2 yg dh mcm gunung rasa. Mula ingtkn dekat je..rupanya lebih 2 jam mendaki! dgn aksi gulingan dlm lumpur (dh leh kwn dgn kerbau dh budak2 ni..haha) pastu msuk route kedua yg blh tahan mencabar aa..ingtkan 10 min leh smpi rupanya sejam lebih! kena tipu idup2 dgn org JPA tu..cet..

Click gmbr klau nk besarkan.

Pastu kami ditakut-takutkan dgn kehadiran pacat yg comel lg bijak (dgrnya dia leh msuk baju ntah cmna dia pnjat tak tau) Maka kami girls yg juga tak kurang comelnya beriya la sapu krim pelbagai dgn harapan supaya pacat tak trgoda dgn kami. Kunun2 geli + takut gk la...pstu guys pn blh tahan geli gk tp cover macho siap buka betis tayang bg pacat trgoda..huh.

Tp seperjalanan kami di sana, tanpa sy sangka2 rupnya..bkn pacat trgoda dgn kami, tp girls ni pulak yg trgoda dgn pacat. Tak penah dibuat org la, diorng ni pegi amik pacat tu elok2..belai2 pastu letak kt bdn, tgn, kaki masing2 bg pacat kiss..huhu.. Bahaya seh..leh wat kram kaki klau salah letak.. Mls nk layan..biar je. Episod seterusnya nnt, sendri rasa..hehehe.

Psal mkn, takyah pk, suma ada tukang msak..best punya kem! =P Then kami mandi air terjun sepuas-puasnya and balik dgn bahagia~

Sabtu, 14/03/09

Karnival kebudayaan - Indraloka 2009
Diketuai oleh Salleh. Best sgt2..mungkin blm ada sambutan lg dr org luar..tp performance mmg tip top!


Antara acara yg dibuat - Pertandingan Gadis Melayu, Pertandingan Anyam Ketupat, Pertandingan Zapin, Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak, Persembahan Drama..dn byk lg la.. (^_^)

Khamis, 12/03/09

Result SPM kuar hari ni. Cm biasa keja bkn hakiki stiap tahun - marketing. Suma lecturer ditugaskan gi ke sekolah2 di seluruh area johor utk wat marketing - grab pelajar2 SPM yg baru dpt result tu msuk KPTM. ntah ek..wlaupun kami ni mmg takda skill nk wat suma tu..tp mungkin mmg dlm diri kami ada natural skill utk bodek org..jd blh la kot nk guna skill bodek tu sket2..hahaha. Sy kena gi satu sekolah kt Muar. Letih nk promote sbb mcm ckp dgn batu..takda perasaan n takda hati nk msuk mana2 kolej. ktrorng dr tone tu sweet mcm madu dh berubah jd tone mcm masam kelat mcm asam..asam pn sedap lagi tau.


Khamis, 5/03/09 - Ahad, 8/03/09

Moderation kt Genting. Waaa~~ Mcm best....tp tak best langsung..dduk mcm kt lembah2 genting je..takda apa yg leh kami wat. Mlm je cuba hibur2 kn diri dgn jln tak tentu hala keliling hotel secara berjemaah.. Klau sorang2 mcm pakcik compang camping, tp sbb kami pkai baju comel2 dan beramai2 jd nmpk mcm pelancong sesat..hahaha!

Suh kita moderate paper jejauh..pastu nk amik bas kena jln sejauh 1km dgn beg yg berat mcm batu besar (bkn batu kecik ehh..) huhu...kejam2.. Tak nak nek bas lg pegi moderation!!!! Dh la tak dpt nek sky way...keciwaaaaaa~~~~



Related Posts with Thumbnails