April 6, 2010

Sex = Jantina atau Seks?

Saya selalu baca blog seseorang ni [Dunia Sebelah Zara], bagi saya agak unik penulisan dia. Saya suka ^^ Tapi saya tertarik dengan 2 topik yang dia cerita psal pelajar sekolah menengah (dia cikgu sekolah menengah)

Dua topik ni saya quote dari blog dia. Untuk entry penuh u all boleh baca dari blog dia.

"Aku" dalam perbualan ialah Cikgu Zara.



Pelajar : Cikgu, saya ada adik kembar, saya boleh dapat anak kembar tak?
Aku : Kalau ada dalam baka, insyaALLAH boleh.
Pelajar : Cikgu, nak tanya.
Aku : Apa dia?
Pelajar : Kalau sperma tu hentam laju-laju, ovum pecah dua, dapat anak kembar kan?
Aku : Teorinya begitu.
Pelajar : Kalau hentam perlahan pula jadi apa cikgu?
Aku : Jadi awak.




Pelajar S : Cikgu, tengok A!
Aku : Kenapa?
Pelajar S : Dia kata gam ni macam air mani.
Aku : (tersentak dan terperanjat) Betul ke awak kata macam tu?
Pelajar A : Takde cikgu.
Pelajar S : Ya cikgu. Dia cakap tadi.
Aku : Awak pernah tengok ke benda tu? Pandainya awak!
Pelajar A : Maaf cikgu.
Aku : Kalau awak kata hingus ke, cikgu boleh terima lagi.
Pelajar A : Main-main sahaja cikgu. Maaf.


Huhu..sungguh mencabar mengajar subjek sains di sekolah menengah sekarang. Diorng memang menyahut seruan pendidikan tinggi >> "job oriented instead of exam oriented"

Nasib baik pelajar kolej tak macam ni. Walaupun ada jugak gurauan2 merepek tapi diorng lebih bijak utk menilai soalan2 mcm tu ptut cakap dengan pensyarah atau tak.

Benda2 mcam ni buat saya terfikir..mencabarnya nak didik anak saya akan datang..huhu...




April 3, 2010

Durian Oh Durian!

Durian memang favourite keluarga saya. KECUALI saya...huhu

Setiap kali musim durian..hari2 kat rumah saya mesti ada seguni durian..abis satu..beli lagi satu... dan setiap kali tu jugak saya duduk jauh dari meja makan..huhu... serius saya tak tahan dengan baunya..apatah lagi nak makan. Bukan poyo..tapi ada sejarah disebalik tu...

Bukan nak citer sejarah tu, tapi nak share citer buah durian yang berbuah di batang.

Pelik kan? Tapi memang ada! Kalau sebelum ni kita terpaksa tunggu durian jatuh, tapi owner pokok durian ni cuma perlu petik je dari dahan. Menarik! Pemilik dusun ni rasanya orang indonesia. Malas nak buat research kat mana dan siapa namanya..sebab minat dengan durian nye tu je. Geram kan tgk! =P

 
Durian jenis ni orang panggil durian kura. Mungkin macam kura-kura kot =P



Mungkin sebab sangat senang nak petik (petik? haha..biasa durian gugur...aneh lak kan) pakcik ni terpaksa bersusah payah membungkus durian tu supaya orang tak ambil.


Waah...nampak sedaaap~


Dulu saya teringat lagi masa arwah atuk masih ada kat kampung, kami terpaksa tunggu sampai malam untuk tunggu durian jatuh. Bila jatuh jee..berlari2 kami adik beradik bersama sepupu2 yang lain mendapatkan durian yang jatuh sebijik tu..haha. Walaupun saya tak makan durian, tapi saya sangat mahir identify kat mana biji durian tu jatuh..so selalunya saya la yang dapat durian dulu.hehe. Masa tu siapa nak durian dari saya kena tunaikan beberapa permintaan saya =P Ala...bukan apa pun...setakat buatkan air..amikkan makanan..bukakan tv...saja suka2 je.. ^^



Related Posts with Thumbnails