June 15, 2009

SUKMAS

Baru pulang dari Sukan MARA Se-Malaysia (SUKMAS) 2009 Jumaat lepas (okay..sorry..backdated..too busy with.... zzzzz....) Penat mengalahkan pakcik tua balik kebun. Lenguh sendi tulang belulang segala...bkn angkat berat pn..tp kehulu kehilir dgn kasut..dgn cuaca terik.. huh..sungguh memberangsangkan untuk tdur n berehat..hehe

First day (Isnin, 8/6/09) agak suram...sbb sampai2 je dh dpt call kena gi meeting kul 3pm. Tp sempat lg lunch. Nk gi lunch tu pn byk dugaan nya...tp settle kn juga cepat2 sbb seriusly perut sgt lapar yg amat..tak penah2 mkn lunch lwat gitu..pulak jln jauh..mmg angin gastrik naik sungguh! Tu klau lmbt nasi msuk 2 3 min leh pitam..

Settle mkn dgn gembira, kami check-in ke hostel.. HOSTEL okay..bkn HOTEL.. hehe. Mmg hampir serupa la jugak dgn expectation tp mungkin better skit sbb dekat dgn bilik air..hehe. Tp mmg simen cm kt asrama mrsm org daulu2..berhabuk...katil single yg nipis tp tampak baru..almari tinggi (dulu almari org kecik je..hihi) dgn tingkap sliding (dulu org tingkat lapis2 je)..

Hm...letak barang n tgk keliling. K dila dh penat trus berbaringan..tp ntah cmna tak selesa lak nk baring trus. So sy kuar n usha bilik2 org len, suma org bawa msuk selipar.. Sy pusing bangunan gk la, plan nk cari penyapu..tetiba trnmpk "Bilik Rawatan", "Bilik Seterika" - klau org dulu2, bilik2 ni la yg slalu guna tmpt simpan barang2..so cuba gk buka satu persatu..last2 dpt gk buka bilik rawatan, sah btul! Bilik tu penuh dgn barang2 tgl budak2 asrama yg hampir smpi ke siling..timbun2 suma..hehe~

Sy berniat utk 'PINJAM' shj brg mereka selama 5 hari, pastu pulangkan la smula..maka, hasil selak2 tu jumpa la penyapu, mop, baldi, dan gayung. Hatiku sungguh gembira~~ (^_^) Nmpk gk sabun bsuh baju suma, tp pk balik bnda2 tu takleh pulang..so tak jd la nk 'pinjam'.

Makanya..kembali ke bilik, sy menunjukkan alatan tu kpd Kak Dila dgn wajah yg girang~ Dgn gaya tukang cuci, kami mula membersihkan bilik tu berdua dgn gembira, menyapu, mengemop, dan mengelap... Kemudian kami pn trtdur dgn tenang........................

Hari2 berikutnya berlalu dgn pelbagai cerita yg gembira, sedih, suram, dan pelik... Yg pentingnya pulangnya kami dr event tu, kami tau sapa sebenarnya mereka...ha ha ha~ Siapa "mereka"? hanya mereka dan keluarga mereka yg tau.... Sy mmg tak bawa kamera n tiada gambar, kang klau ada sy akan update.

Apa yg penting, pemergian sy kesana tak sia-sia wlaupun separa kecewa..isk isk... Ini kerana impian ku utk mndi laut tak kesampaian walau tinggi mana pn impian tu, namun klau bkn jodoh mmg tak leh nk wat apa. Kisahnya, bla kami ke Pantai Desaru sebanyak 2 kali, sy yg plg excited siap bawa baju persalinan, tp akhirnya kami tgk laut dgn pandangan mata kosong...kawasan tu sunggh tak menyelerakan niat murniku utk mandi. Tp yg bestnya, pd ptg Khamis tu, Kak Dila ajak gi Tanjung Balau.. Dek kerana kecewa dgn kedua2 kunjungan ke pantai desaru tu, maka, kurangla excitednya..lalu trlupa utk bawa baju spare..

Tanpa disangka2, rupanya pntai Tanjung Balau beribu kalinya best berbanding Desaru! (tp pantai port dickson beribu ribu kali best dr mereka berdua..huhu) Kecewa sungguh...peristiwa ptg tu berakhir dgn sy melihat Alin dan Intan mandi dgn gembira di tgh2 pantai yg SANGAT cetek..hehe. Dgn jarak lebih kurang 5 meter msih paras peha sy je air..hikhik.. (sy kn rendang...^^)

Apapun, BAAANYAK sy belajar dr event tu...especially dari segi protokol... =P

Dan yg penting, persembahan kuda kepang ktorng sgt best!! (^_^) Koir sy tak pasti sbb suara org len dgr lg kuat...apapun penutup tu mmg success =D

p/s: brg2 yg sy pnjam tu telah dipulangkan dgn jayanya~

No comments:

Related Posts with Thumbnails