August 28, 2009

Blh kiss husband tak? ^^

Artikel ni saya amik 100% daripada website ni: Serambi Dakwah

Mana tau boleh membantu =)

Berikut beberapa hukum berkenaan puasa yang sering ditanya oleh orang ramai. Moga artikel ni dapat menjernihkan kekeruhan yang bermain di fikiran dan semoga dapat menjalani ibadah puasa dgn tenang.

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)


2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja’ atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.


3) Pil elak haid untuk puasa penuh :


Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.


4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :


Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

http://www.patientnewsletter.com/UserImages/resposito3/asthma%20inhaler.jpg

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)


5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.


6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : “Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).


7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah” (Riwayat Ibn Hibban)


8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : “Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya” (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

“aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)” (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi’ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah “berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya ” (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.


9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : “Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya” ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )


10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai’e, Hasan albasri, As-Sya’bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.


11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.


12) Menelan air liur

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)


13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa.


14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)



August 27, 2009

Tentang Dia ^^

Round2 dalam internet terjumpa gambar2 MRSM Mersing, tapi sekarang dah makin cantik hasil penat lelah batch kami menanam pokok serta bercucuk tanam (haha..still nak amik kredit). Rumput pun kami tanam! Nak kata apa.. ;)

Cuma yang paling menggamit memori..adalah gambar ini (setelah di'edit' la kan.hihi):



Dulu main jeling2 je dari blok akademik ni...nk lambat miye, skali 'dia' pn ada, tak jadi nk lambai..kunun2 ego..haha. kat sini juga kami berlari2 anak.

Wlaupun tak bercinta time tu, tp sgt seronok sbb dia sangat comeeyyyyy~~

Bila berjalan2 berdua..nnt cikgu2 tegur.. "dating ehh...", maka sy jawab, "eh tak la cikgu..ktorng kawan je.."

.

.

.

Tp mungkin doa cikgu..hasil gosip cikgu2 hampir setiap hari.haha. dari 'cuma kawan' jd centa.. (^_^) (ada ke cikgu doa anak murid bercinta?? =P)



Peristiwa Puasa


Dah hampir seminggu kita berpuasa - 6 hari. Dan lg 4 hari ke ambang Hari Merdeka. Tp suasana merdeka tu mcm ilang. tak mcm zaman kita sekolah dulu yg berebut2 beli bendera kecik.

Kadang2 bila tgh drive ke tempat kerja tu mengelamun la jugak teringat masa zaman sekolah2 puasa. mmg kelakar.

Saya start puasa masa tadika. Masa tu cukup gk puasa 30 hari, tp ada gk la 2 3 hari yg separuh hari.hehe. Tu pn bila hari2 terakhir puasa bila tak tahan tgk mak nye kuih tart..bau diaaa...pergh...mmg..bkn stakat menguji lg dh,membunuh keimanan puasa la time tuh.

Yg plg kelakar masa sekolah menengah form 4. Saya kat MRSM Mersing time tu, kelas Acturus. (hehe..bangga gila masa first time dpt nama kelas ni, sbb rmai org tak tau, "Acturus tu apa?" - "Acturus tu bintang laa.." =P )


Kisahnya..saya baru first time puasa kat mrsm. Cuaca di mrsm mersing blh diibaratkan mcm 50% padang sahara. sangat panas. klau sy di awal kemasukan dulu,payung mmg tak lekang aa dari tgn. pedulik apa org ckp puteri lilin ke apa,yg penting klau takda payung tu mmg takleh nk buka mata, dia punya terik tu. Tp bila dah lama2, kulit mata kaki suma dh lali..harung je suma.

Awal2 puasa tu adalah minggu exam (or quiz??) tak ingtla.. Duduk ala2 exam SPM dan melibatkan semua kelas termasuk form 1.Pada suatu hari,sedang tekun menjawab subjek yg sangat pecah kepala...

dan 2 jam berlalu...

"Masa dh tamat! Sila letakkan pen anda dan bla bla bla.."

Waah..leganya rasa masa dh tamat~
Tetiba kwn sy, eddie panggil dan bawa sy kat tepi pintu belakang kelas.

Saya: "Ish kenapa eddie?"

Eddie:
"hehe..saja nk tnya kau leh jwb tak paper td?"

Saya: "Uish..blh tp susah aa...tak faham sgt.. =( Tp..ni mcm ada bnda lain je nk tnya,knapa?"

Eddie:
"Hm..tp..klau aku tnya, kau jgn marah eh? Yela..baik aku tnya drpd azman yg tnya" (eddie ni kira rapat gk dgn sy dan duduk depan saya dlm kelas,azman lak kira musuh dalam selimut saya,suka mengutuk je)

Saya:
"Hm...tak la kot, knapa?" Eddie tetiba dekat dan berbisik, "Kau tak puasa ek?"

Saya: "Ish..(smbil menjauhkan kepala) puasala. Kan Dy sahur pg td"

Eddie:
"Abis..knapa td kau minum air?" Hah? Apakah?? Minum air? Hohohoho...terasa darah dari kaki naik lajuuuu ke kepala..panas muka dibuatnya.. Malu sungguh!

Eddie:
"Ha'ah..kau minum air..2 kali tau. Aku bkn apa..aku tak kisah sgt,tp klau ye pn tak puasa..tak baik minum air depan org tau..aku pn haus gk.hihi.. (konon dgn nada plg sopan supaya aku tak terasa..) Paper pas ni kau jgn minum lg tau..jgn marah eh..aku tnya je.."


Hoho...wlaupun saya cuba explain cmna skali pn, blm tentu Eddie percaya. But, the REAL thing is..mmg saya berpuasa.~~~ Cuma, tindakan luar sedar tu berlaku sbb dh kebiasaan. Mmg dh kebiasaan bila pening kepala je trus capai botol air. Air botol tu pulak mmg dh ada atas meja. Bawa dari semalam, waktu prep. Klau hari biasa botol air mmg sentiasa ada dlm beg dan atas meja (kering kontang tekak klau xda air..panas tuu)

Jd bila time exam tu, ntah bila capai botol air n trus gulk..gulk.

Hari tu berlalu dgn tanggapan Eddie sorang je nmpk. Agak senang hati la kan. Rupanya mlm tu time prep,azman dtg kt meja n tegur. "kau tak puasa kn tadi? " dgn anak2 mata jahat dia tuu!

Eiii...cis..


August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan~

Sempena menyambut bulan Ramadhan esk (22 Ogos 2009) saya ingin memohon maaf kepada

1. Family tersayang~

2. Org tersayang (^_^)

3. Semua rakan-rakan uni yg jauh terutama mana2 yg telah bertunang/berkahwin kalau tak dapat hadir ke majlis mereka atas sbb2 yg tak dapat dielakkan.huhu..

4. Officemate yg comel lg riang ria.hehe. Mana tau ada gurauan terlampau terutama dgn azahari n kak dila. haha. (tp klau tak kcau diorng rasa kosong aa..hehehe)

5. Semua kwn2 sekolah - Ayu, Aman, Hanee, Miye, dan semua laah. Raya ni buat reunion cm dulu lg ya!! ^^



Selamat Menyambut Ramadhan


Haircut #2

The next day... (Friday)

Pada ketika para lelaki sedang khusyuk beramal mengerjakan solat jumaat di masjid, kami kaum perempuan single lg ayu beramai2 meramaikan Summit. Hari tu student takda, dan ramai lcturer lain cuti, jd kami menjadi galak berjalan di Summit smpai tak ingt dunia.

Jam dh pkul 230pm. Masing2 cm malas nk balik office tp tak tau nk gi mana...

saya: "Gi gunting rambut nak? ^^"

gadis-gadis: "Boleh gak..jom!"

Saya ajak diorng gi tmpat yg sma.hehe.Tp nasib baik kali ni tak ramai customer, jd sy pilih student perempuan potong rmbut saya.

*potong...

*potong..

*potong..


"Ok tak rmbut ni ima? Mcm pelik tak?"

"Ntah ek..mcm tak balance..senget2"


Setelah membelek2, dan mengomen2 rmbut sy oleh 2 org gadis lg, akhirnya saya panggil tukang gunting rmbut perempuan tu skali lg.

"Btulkan skit boleh? Sini..and sini mcm tak balance..sini panjang dari sini.."

"Okay2..u duduk smula"

*potong...

*potong..

Tapi kali ni lg lambat dari first time td. mungkin dia sangat berhati2. jd tak sabar lak saya. Skali dtg bos dia.. (mungkin dia tgk muka sy cm tak puas hati je kot..)

"chong cheng chong cheng.." smbil tunjuk2 kt rambut sy..

Last2 bos dia amik gunting dari student perempuan tu and chop2 rambut sy dgn pantas smbil mulut tak berenti berckp dlm bahasa cina. Pergh..mmg mantap n cekap. Sudahnya bos dia yg potong rambut sampai abis.. Puas hati? Memang sangat puas hati! =D

Tp...Ah sudah.. Ni bos dia dh pegang, risau gk harga dia letak mhal. Duit dh la bawa cukup2 je..huhu.


saya: "Brapa miss?"

bos: "Hm.....RM 5"

Fuhh...mmg menarik nafas lega. tersenuym smbil kluarkan not RM5

bos: "Sorry eh miss td student baru blajar, lmbt skit"

saya: "It's okay.. (^_^)"


Tak kisahlah, yg penting seronok sbb dpt bos yg potong tp bayar RM5 jek. =P

August 20, 2009

Haircut #1

Hari tu saya jln kt summit sesorang. Plan nk gunting rmbut tp tak tau kt mana. Sbb tak biasa pegi salon, jd tkut gk nk men masuk suka2. Dalam jln2 tu jmpa satu salon plg murah:

Haircut - RM5 (student)

Biasanya harga cmtu sbb student yg potong. Klau hairstyler dia yg potong sure mahal. Saya pn just nk trim rmbut je, bkn nk fesyen2 pn, so tak kisah la student yg potong. The last time sy potong rambut kt salon (masa tu first time potong rambut kt salon.haha) setelah selesai dia buat mcm2 kt rmbut sy, tetiba dia nmpk sy pegang tudung.

Cina tu siap tnya, "Do u really want to wear that?? (refering to my tudung, with big eyes)" - sure dia tension stelah dia berpenat lelah buat rambut sy, pastu sy pkai tudung. =P

Ikut hati.."sygnya rmbut tgh comel"..ikut iman yg ala2 tebal.."ish..kena pkai juga bnda ni.." S0o...sy pkai gak..hehe.

Okay, berbalik kepada salon James Poh ni. Bila msuk, ada 3 customer tgh potong rambut, 2 customer tgh tunggu. To kill some time, i dont mind waiting..and start the conversation..

saya: "Lama dh tunggu?" <-- gaya mengorat..haha

customer 1: "Lama la jugk..student buat kan..tengok tu cmna dia buat"

saya: "awk 2 org nk gunting juga ke?"

customer 2: "Tak, tunggu kwn (smbil muncungkan bibir kt 2 org kwn dia yg tgh buat rmbut),ptut dh siap.. ktorng nk gi tgk wayang pasni" (dengan muka resah)

saya: "Oh.." sambil melihat ke arah tukang gunting rmbut tu.


Aduish..main rambut ke gunting rmbut.. Rambut2 yg gugur tu pn sehalus tepung je rasa. Bila nk siapnya..huhu. <-- demi RM5 sy tunggu jugak...


*sambung borak...

*kutuk...

*borak...


Tiba2 dtg sorang lelaki panggil. Erk..that's the guy yg ktorng kutuk cara dia potong rmbut kwn customer 1 td. Huhu..do i really have to cut my hair with that guy..oohh...no.. ~_~

Saya bgn dgn malas smbil dial no mak. Nk call bf baru je lepas call. Saja nk lmbt2 kn masa supaya tukang gunting rambut len ada. Sambil duduk kt kerusi gunting rambut tu saya call mak..


mak:
"Along kt mana? Lambat lg ke balik?"

saya:
"Dalam summit, nk gunting rambut"

mak:
"Along balik sekarang boleh?Bapak tak dpt nk hntr ain balik la. Tetiba dia mcm nk pitam lepas balik kebun td. "

saya:
(jam dh pukul 415pm)"Haa..? Tp..along..."

mak:
"Td mak call tak dpt. Ala..lmbat2 nnt bas abis. Balik sekarang eh.?" <-- ni adalah ayat pertanyaan yg berunsur arahan.huhu..

saya:
"Err...um..okay..."


Smbil tgk pada tukang rambut tu dgn muka yg malu tahap gaban, saya minta maaf kt dia sbb trpaksa cancel.Lalu pulang dgn trkocoh2.huhuhu... Saya dh duduk kt kerusi gunting itu okay..customer len pn tgk saya dgn muka confius..

But the good side is.. Rambut sy selamat daripada belaian tukang gunting rmbut lelaki yg teruk itu. hihihi~

August 17, 2009

Cikgu! Cikgu! Ni mcm mana?

uhuk..uhuk..
aiih..batuk ni tak ilang2 lg.. dh 3 botol ubat batuk mengalir kt anak tekak. baik sehari jek, pastu batuk balik. yg trbaru ni batuk ilang dr pagi smpai ptg..mlm start batuk smula..huhu..

last week adalah hari terakhir sy ngajar tuisyen kt Prestige. bkn lama pn kt situ. baru 1 bulan setengah. tp cukup la pengalaman kt situ. teruk.

1st reason,psal payment.

Bkn org mata duitan sgt pn, tp reason utama org nk wat part time kn utk duit tambahan, tak kisahla buat part time apa pun. tp sbb dh bidang kita mngajar,so tuisyen mmg menarik perhatian.

Pengalaman org kt tempat2 tuisyen len, klau hari tu gnti kelas tuisyen, abis kelas trus dpt duit. And so far, tak pernah kurang RM100 utk 2 jam.

First time org jd guru gnti kt situ akhir bln Jun, sy trus tnya psal payment mcm mana. Dia kata...dia blh bg plg minimum pn leh dpt la dlm rm50 cmtu. Ok..so agak excited la.

Rupanya, payment dia delay 2 minggu. Tp bla dpt payment, RM26 je! Sengal nya..duit minyak org pn tak leh cover, apatah lg duit jajan. Masa tu org dh start ngajar 2 minggu kt situ. Nk berenti trus takut payment bulan tu tak dpt,so truskan gk smpai akhir bulan Julai.

Akhir bln Julai org tnya payment cmna, dia kata akan byr next week (minggu pertama Ogos) First week Ogos, org tnya lg, dia kata minggu depan.

Eh eh..main suka suki nk byr lmbt2. Minggu kedua Ogos org call kerani kewangan tu 2 kali. Tp dia kata dia dh bg kira2 tu pd pengetua. Sabtu minggu kedua tu trpaksalah org dtg juga tuisyen tu. But to my surprise, jmlah student daripada 18 org yg dtg cuma 2 org. Huhu..

Lg la tak berbaloi..dtg jauh2 dr parit sulong, semata2 nk ajar student 2 org yg bayaran nye cuma RM26 utk sehari. Time tu juga sy pegi jumpa pengetua nk berhenti.

pengetua: "Klau blh jgn la berenti. Kita perlukan cikgu kt sini,lgpun awk bgtau last minit, bkn senang nk cari cikgu gnti.. Klau nk berhenti pn abiskan bln Ogos ni la ye"

saya: "Sy tau susah nk cari cikgu gnti, tp klau last minit baru tau yg bayaran cmtu,bkn senang sy nk truskan keja sini, tak berbaloi, cikgu. awl2, cikgu kata leh dpt dlm rm100 lebih. sy mnta maaf la bebanyak"

pengetua: "ye la..sy faham..rumah pn jauh kan.."

saya: "Hm...tu la. Klau blh hari ni sy amik bayaran yg bulan lepas"

pengetua: "Hm...bulan Julai...total suma...hm... RM 58.90..."

saya: "Hah? (dgn muka trkejut..) ni dh trmasuk suma photostate dan buku yg sy claim??"

pengetua:"ha'ah...ni dia jmlah student...dan suma pmbayran mereka..ada 3 budak tak byr lg..jd kita pn takleh nk bayar cikgu la.."

saya: "Eh..cmna ni cikgu, sy ajar diorng, akhir bulan ptut sy dpt la, tak ksah la diorng byr ke tak yg penting bkn ke tmpt tuisyen ni ptut cover utk byar cikgu."

pengetua: "Kami tak mampu.."

saya: "Hm..klau cmtu bila sy leh dpt bayaran selebihnya?"

pengetua: "Bulan depan.."

saya: "Sy nk berhenti hari ni juga, cikgu"


.

.

.


Tak snggup sy nk continue dgn mslh management kt situ. kang tak psal2 kena gnti cikgu itu ini..pastu tak dpt apa2 atas alasan amal jariah..huhu.

Wlaupun sgt kesian kt budak2 darjah 4 tu sbb rasa dh serasi dgn diorg...tp, apakan daya..cikgu trpaksa pegi.. (~_~)

August 8, 2009

Alarm Clock

[jiwang mode on]

Dh lama tak ckp psal dia. After all yg berlaku sekelilig tmpt keja sy, dia slalu bg motivation utk sy to keep on moving..

Last 6 August 2009,Thursday, birthday dia yg ke-24. I was so excited to wait for that day.Sbb terasa kita dh besar sama2 dh ^^.

Mlm selasa tu sy trtdur awl..pastu tetiba mimpi sy dtg tmpt dia wat surprise.haha.wish it's true! Pastu tetiba trjaga tgk dh pkul 12am tepat. trus call..lupa plak hari itu baru hari rabu. =P.

So mlm esk tak tdur pn smpi kul 12 and wish him. wlaupun kali ni tak dpt jmpa dia..but actually i've prepare sumthing for his birthday..cuma..tak kesampaian pulak.. Sgt sedih.. =(

The thing is...3 hari sblm besday dia sy ada submit request dlm Fly.fm Alarm Clock section utk birthday wishes. Tp after 2 days berlalu, stil nothing happened, i guess we're not so lucky...sorry dear.. No present this time. =/

Bila fikir2 balik...tak sangka..tdur mkn tdur mkn.. It has been nearly 7 years we've been together. ^_^

Sy dh jmpa lelaki yg kaya..dia blh belikan apa je sy nak..
Sy dh jumpa lelaki yg sgt alim..dia blh ajar sy hal2 agama dgn sgt baik..
Sy dh jmpa lelaki yg kacak..yg blh buat sy bangga..
Sy dh jmpa lelaki yg sgt baik..smpai dia sanggup buat apa je untuk sy..
Sy dh jmpa lelaki yg sgt kelakar..yg blh buat sy happy sepanjang masa...
Sy dh jmpa juga lelaki yg sgt bijak...yg blh ajar anak2 sy suma bnda..
Juga lelaki yg agak kuat...yg blh protect sy dlm kesusahan....

Tp sy tetap ada dia ^^
For him...i love him for his imperfection... because for me I dont want a hero, i just want him to grow old with me..with love and care.. =)

Happy Belated Birthday, Mr Raptor!


[jiwang mode off]

August 4, 2009

Deadly Flu

Dpt info terbaru!!

Sorang pelajar kolej didapati positive H1N1.

Ptg dia diconfirmkan positive H1N1.

Yg geramnya..sepanjang hari dia blh dtg kelas mcm biasa..bergaul dgn kwn2. Org sempat mengajar lg kelas budak tu.huhu. Kolej nk comel ini, dgn kawasan yg limited, even rumours pn 1 jam blh trsebar, apatah lg virus ni. klau sorang je kna..aiiih....

Mcm mana la nk control wabak ni, klau org yg suspected pn buat tak kisah je. Kita jlnkan hidupkan cm biasa sedangkan virus tu berterbangan dgn gembira di udara.. =((

Adakah kolej sy juga akan ditutup??
Tak nak dh msuk kelas tu lg....


August 3, 2009

Shessh...

Sejak akhir2 ni, rasa sgt tak selamat berada di kawsan kolej. Motivasi nk mengajar dh semakin berkurangan.


Tambah2 proses pemakanan sesama rakan gosip semakin berkurangan..


Dengan perangai student baru.. Sgt tak suka..berlagak. Klau korang polite, xdanya ada bnda nk kacau.


Hate 'that' case....

Related Posts with Thumbnails