Mulai 7.10.2009(Rabu) ni adik bungsu sy mula menduduki paper pertama PMR. Tak sangka dia dh besar.hehe. tgk mcm kecik lg. (tp badan lebih kurang je pun dgn kakak dia. =P)
Dan mulai rabu tu juga mak saya start amik cuti, sampai la hari terakhir PMR iaitu pada 13.10.09 (Selasa). Pelik tak? Tapi mak orang mmg suka amik cuti bila time anak dia exam, even exam biasa. Cuma bila dah smpai 5 org, kadang tak sempat gak.
Tapi, macam mana sibuk pun tmpat keja dia tu, bila ada exam besar macam UPSR, PMR, SPM, Presentation Final Year Project, dan Final exam kat universiti. mak mesti amik cuti.
Dulu orang tak faham sangat 'Kenapa mak nak bercuti?' bukan dia kena baca buku ke apa. siang pun bukan dia buat apa2 pun, bukan dapat jumpa or tgk ktorng exam pun. bila dah tiba sekolah, kami exam macam biasa juga.
Tapi bila saya dah lepas UPSR, baru saya tau. Tu pun bila saya nampak apa mak buat time angah amik UPSR (ktorng beza setahun je).
First skali ialah perubahan menu breakfast. mak suh ktorng makan telur separuh masak dan kismis tu wajib. (time saya n angah la..time adik bungsu ni dia dah mewah skit..makan makanan minda yang pelbagai dah) dan yang pasti menu tu tak kan berminyak sangat.
Then, sepanjang hari tu pelbagai doa n solat sunat mak buat smpai la malam. Tapi time anak2 dia tak nampak la. (aha...nmpk sangat saya suka menceroboh bilik mak =P) Pada saya kira masa anak2 dia exam tu usaha dia lebih dari kebiasaan la. Sebab tu dia kena amik cuti kot..klau tak mesti penat nak bangun pagi kan.
Bila saya dah masuk MRSM, dah jadi kebiasaan kami adik beradik, tiap kali nk exam even amik quiz pun kami akan call mak bgtau yang kami nak amik exam esk. Selagi tak dapat call selagi tu kami call. Sbb ntah la...lepas call tu cam rasa confident je nak jawab. Kat MRSM tu lagila..asal ada quiz je call..klau ada 5 subjek yg ada quiz, 5 kali call, mcm la saya sorang anak dia. ala..takpa..public phone kt bwh kelas je. reverse call lak tu =P
Masa kat UTP, saya pernah semalaman tak dapat call rumah,call handphone mak pun tak dpt. (zaman2 mak baru nak blajar guna handphone). Esknya, org nak masuk exam hall dah ni,masih tak dapat call lagi. Orang lain suma dah masuk,masa tu serius otak blur..even semalaman tak tdur study,tp pagi tu bila kwn2 tanya2 suma tak leh nak jawab.Rasa cam nak nagis pun ada. Tetiba mak call.. ayat biasa dia,"masuk exam baca selawat tau,mak doakan along eh,jgn lupa baca doa". Nasib baik dalam dewan tu, once tgk soalan, tetiba suma yang saya baca, saya ingat smula =)
So far, apa yang mak buat banyak membantu. Sebab kami adik beradik ni bukan pandai sangat pun. Usaha macam nak pengsan pun, klau mak tak doakan kejayaan kami ni..mungkin kami tak berjaya setinggi macam sekarang.
Dan sekarang adik bungsu saya nak exam PMR. Saya doakan dia boleh jawab exam dengan baik. Kami sangat berharap dia dapat 8A supaya dapat masuk MRSM. Dan kami sangat berharap dia dapat masuk MRSM. Kami mmg berharap jugak dia akan dapat scholarship MARA after dia SPM.
Daaaan..yang membuatkan kami sangat kasihan + teruja ialah... sejak hari pertama raya, dia satu2 budak PMR yang dalam family kami yang tak nak kuar beraya dengan gembira. Pegi mana2 pun dia mesti bawa buku dia. Senang kata dia memang tak beraya sangat la walaupun cousin2 yang sebaya dengan dia suma bergembira mengumpul duit raya.
Walaupun mak ada jugak tegur supaya dia pegi je beraya dan bergembira tapi saya lak cakap dengan dia, raya tu tiap2 tahun pun ada kan, PMR skali je. Hadiah lepas PMR tu mungkin lagi bernilai dari duit raya yang dia hilang tahun ni. So dia mmg struggle jugak la. hehe.
Good Luck Ikah!
3 comments:
Pegi mana2 pun dia mesti bawa buku dia <-- dulu aku pun macam ni gk.
rasa tak best raya time tgh exam year. tapi bestnya AFTER exam year psl org tya result aku. bila jawab, aku sure dpt duit raya extra punya psl result aku flying colors.
ckp kt ikah, adatla tu org exam besar. krang besok2 dh takdelagi dh. haha
miza: tu la..klau belah family yg educated skit..diorg tak kisah.
menggalakkan lagi adalah. tp belah family yg kureng educated ni..sian adik dy jadi bahan gurauan dan gelak2..huhu.
seb bek adik dy tak amik kisah. pedulik apa,yg penting PMR nnt dapat 'Kaler Terbang' hehe
dyana, gud luck with ur PMR
Post a Comment