November 2, 2009

Sengal sungguh

Walaupun tangan agak kejang..kugagahi jua untuk menaip di sini.

Weekend yg best! Jumpa bestfriends sekolah menengah, yang saya rasa even dah kawin dan beranak pinak nanti, diorng ni akan sentiasa disisi. (^_^)

Sabtu (30.10.09)

Janji pukul 11.30am. Tpi pukul 11.30am saya sorang je yg terpacak kat dpn kedai pizza. Walaupun tak cukup korum tapi jadik juga perjumpaan pagi tu. Mula dengan makan piza kat Batu Pahat Mall. mulala cerita kisah + updata masing2. sangat enjoy smpai org keliling trtoleh2 tgk ktorng borak. Masa tu dah tak kisah dah. Klau sorang tu maunya tebal muka.hehe.

Then, shopping skit area bp mall. Aman (Amanina) plan nak karaoke. Agak menarik tapi memandangkan antara kami bertiga..org la yg plg jarang karaoke. Last karaoke pun awal tahun lepas. See..? Lama tak? mahu berkerak anak tekak, pastu tetiba nak menyanyi segan la saya... Compare dengan mereka berdua yang kerap juga la. Yang wanie mmg minah karaoke, siap ada cipta lirik sendiri.

me: "Seyes kau buat lirik? Tak sangka ek budak medic ni boleh ada masa. Slalu nerd jek.hehehe"


wanie:"Weei..mestila..i kan future singer..nnt tgk org nnyanyi cmna. ;)"

Seterusnya kami bertolak ke Square One (mentang2 ada byk shopping mall kat Batu Pahat ni..kembang idung kjap.haha) Kbox sini baru buka and ramai kata best sbb dia nya screen LCD and ada button comel2 untuk tekan pilih lagu. Bilik dia pun cantik.hehe. (Ala..bak kata wanie..stil takleh lawan kat JB apatah lagi kat KL =P)

Dalam takut2 nak nyanyi tu..goyang pinggul jugak la lagi2 jmpa diorng kan. Teringat zaman2 sekolah dulu (^_^) Hari tu tamat dengan karaoke shj sbb Aman trpaksa pulang atas urusan rasmi bersama keluarga.

Ahad (31.10.09)

Pagi2 lagi diorng agak aerobik. Tapi apakan daya, dengan rumah yg jauh, tak sempat nak sampai sana pada waktunya. Lgpun..takda apa lg lemak yg leh dikeluarkan =P

Next agenda -> badminton.

Tau tak game ni last org main adalah masa form 3. Itu pun main kat pagar umah yang berdepan dengan jalan raya. Ada angin skit..lari2..pastu bola melencong sana sini..kjap masuk rumah Auntie Guan, kjap masuk rumah Makcik Kiah. Nasib baik time tu comel..sengih2 skit tak jd diorng nak marah.hihi.

Bila tetiba diorng ajak men badminton, mmg agak seronok tapi dh trbayang raket badminton yg dipenuhi habuk. Tak pasti tali dia tu selamat dari gigitan 'cik siti' ke tak. Maka saya mnta diorng je bawakan. (Even sport shoes pun dah sorok ntah ke mana..ades..org biasa bersukan dalam rumah je kan.. ^^)

Pagi tu janji main badminton pukul 9am.Tp seperti smlm, pukul 9am tu saya sorang je yg dh trpacak kat depan bangunan court badminton tu.Agak gelabah aa sbb tak pernah masuk situ. Plus, kjap2 lalu keta merc..kjap2 lalu keta honda civic, pastu keta pajero..dahlah yg drive tu chinese guy yg hensem2..menggugat keimanan jugak la.. Dalam terjenguk2 tunggu keta kancil diorng, saya call diorng...

Diorng suh book tmpat. Aiseh..nak book pun gelabah. Nasib baik masuk2 je dlm dewan tu ada sorang chinese guy yg hensem tegur, "Ya..ada apaaaaa?"

"Nak book satu court. skrg. " - buat2 muka confident jee.hha.

Selesai tu, kancil tiba..maka kami pun memulakan aksi. Dek kerana trlampau excited, saya lupa nak streching..bergelak..bergelak..smbil tangan pegang raket..tau2 je member kat depan dah mula servis.

Aksi seterusnya tak yah citer. Siap bawa balik tanda kat lutut sbb tergelincir.hehe.

Pulang dengan gembira~

Malam sakit2 badan..tapi tak berani nak cakap dengan mak sbb main badminton, nnt mak tak kasi men lagi. Org ckp sengal2 biasa je. dengan harapan bangun tidur dengan segar dan gembira~

Tapi hari ni...

Bangun tdur je sakit satu badan macam baru lepas eksiden! ish..ganas seh badminton ni. Org len main tetiap hari okay je.huhu. Sy smpai nak jalan dah macam itik..kejang peha..pastu nak semayang pun mengalahkan nenek. sakit gile nk sujuk sujud tu..sabar jela.. [thanks rai.hehe]

menari jugak yang best! =P



3 comments:

RAIFANA ABDULLAH said...

sujuk???

bukan sujud kah?

Anonymous said...

lain kali stretching dulu ye..^^

Anonymous said...

"Janji pukul 11.30am. Tpi pukul 11.30am saya sorang je yg terpacak kat dpn kedai pizza. "~kalau aku memang dah potong mood habis

Related Posts with Thumbnails