September 20, 2011

Jamuan Raya

Takda mood..saya dah taip post panjang berjela siap gambar lagi..tapi akhirnya bila nak publish komputer hang lalu semua huruf hilang ditiup angin... (dan bunyi cengkerik.........) arrghh...

Kesimpulannya, disebabkan terlalu banyak beraya, saya mengalami tekanan darah rendah dan darah cair...huk huk.. mungkin kepenatan yang amat sebab beraya. Double triple la taun ni, memenuhi kehendak semua pihak dalam keadaan sekarang memang menguji ketahanan fizikal betul!

Beraya umah parents dan sedara mara saya, beraya umah keluarga parents-in-law, beraya umah rerakan yang jenis wajib-datang, pulak tu sekarang saya dah duk JB, semua kawan2 kat bp, berulang lagi...yang lahir baby lain, yang kawin lain...tak nak pergi, tak sedap pulak, tapi bila pergi, baby kena bawa skali, tak kan nak tinggal umah..hehe. Seyes, after ni memang tak larat sangat nak jalan, sorry la kalau saya terpaksa menghampakan beberapa jemputan kawin/open house/kunjung-mengunjung...melainkan tuan rumah bersedia untuk tolong lahirkan anak takpa..

Saya nama je keja kat UTM, tapi officemate bukan ada pun, hehe. Nak kata ada jamuan raya meriah macam dulu2 takda la kan, bawa sebalang kuih raya pun dah 3 minggu tak abis-abis. Siap bawa balik baki lagi. Kalau dulu ya la, tak sampai seminggu dah lesap, student yang tak pernah ajar pun boleh berenti depan meja dan bertanya khabar sambil tangan buka balang. Hehehe.

Tapi macam mana pun, ada juga sambutan di UTM yang sempat saya hadiri, itupun sebab besar-besaran, department takda la kan... =P Jamuan hari raya ni adalah untuk semua staff UTM yang diadakan di padang kawad. Ada lebih 20 khemah yang menyediakan pelbagai jenis makanan secara percuma...okaaayy..saya ulang PERCUMA~ hehehe...sangat banyak okay, bukan setakat kuih raya, tapi macam bazaar ramadhan dah gamaknya, ada sate, puding, aiskrim dan etc.. Boleh amik secara membabi buta..haha. Tapi ikut sense la kan..ingt2 orang di belakang..







Amboi makcik memang tak sabar-sabar nak amik makanan.. =P



Saya pun bersama rakan sekerja dengan berbesar hati memenuhi jemputan tu..hihihi. Satu shopping bag penuh =P Kami tak duk lma kat situ sebab sangat sesak dan ramai orang. Lepas tapau, kami balik dan menikmati di office je.. wiii~ =D

Sate adalah meja wajib! Heeheh




2 comments:

fauzani~ said...

rindu kat utm.....huhuhu

Amanda Eltiqaz said...

hehe. meh la sini =D

Related Posts with Thumbnails