February 23, 2010

Berangan =P

Saya beli contact lens baru! Yii~ =P

Ni suma sebab terpengaruh dengan Miye. Masa pegi wedding Aqeen aritu. Mcm biasa la kan girls gosip psal update terkini psal diri sendri, kwn2 sambil membangga diri =p. Masa tu tetiba jeles tgk mata Miye yang nampak anggun lg bersinar2. hehe.

"Eh..mana kau dpt mata ni Miye? Cantik la~", dengan gaya kagum ^^


"Aku beli kat internet. Dari korea. Nampak besarkan mata aku? ;)", sambil senget2 muka nak tunjuk mata dia tu.


"Eh iya? Boleh caya ke? Okay tak kau pakai? Cantikk~ iii....suka2! nak~ nak~"

"Okay je, dah banyak dah pun beli dari site tu. Murah je, dapat RM25."


"Cmna nak tau ia ori? Ada tag ke? Cmna nak tau power suma? Klau power aku lain2 boleh ke?"


"Boleh, dia ada tag. Power kau check la kat kedai. Klau macam aku, pernah beli contact lens kat kedai, jadi aku dah tau power contact lens aku brapa. Klau kau tak pernah beli contact lens, better check dulu kat kedai, sbb power contact  lens dengan cermin mata kadang2 tak sama."


"Oh...waa...nak2~"

Selepas peristiwa tu, org pun try la usha2 website yang Miye bagi ni:


Tapi tu cuma website original dia. Klau nak beli terus dari website tu sy takda credit card, so sy try usha blogger dari malaysia yang ada jual geolens tu. Sangat banyak okaaaaayyyy! Seller yang Miye suggest tu dh abis stock, kena pre-order, which is akan sampai sangat lambat, after march. Sy nak cepat (semangat sungguh..haha!)

Jadi terpaksa ushar blog len. Kebanyakan nya mahal more than RM35. Tapi ada satu blog ni dia ada ready-stock (jd tak yah pre-order ^^) dan price dia agak murah RM27 (untuk design yang saya nak).


Sebenarnya ada jugak brand lain utk big-eye ni kat kedai. Tapi agak mahal, RM50 above. Sebab kebanyakan kedai amik stock dalam kuantiti yang sikit. Kalau dari internet diorang amik sekali banyak, jadi boleh dapa dengan harga yang murah.

Sy hantar order form hari rabu, then malam rabu tu dia dah reply. Hari khamis sy buat payment, hari jumaat dia deliver. Then.....hari sabtu pukul 11am dah sampaiii!!! Sangat cepat okaaaayyyy!!! Seronok~ ^_^

Make sure check guarantee sticker dia tau. Kadang2 ada yang fake.

After belajar pkai contact lens dengan adik, sangat teruja bila benda tu leh masuk dalam anak mata. =D Berangan2, pastu simpan balik dalam bekas. hehe.

Actually ni second time sy pkai contact lens. =P Last sy pkai contact lens masa umur 18 tahun, tu pun sebulan jek. Pastu takleh pkai lagi sebab sakit mata sangat2. mata saya tak tahan silau..jd terpaksa pkai cermin mata semula wlaupun agak merimaskan.

Sekarang pun sbnrnya takleh nak pkai contact len kat luar jugak. Sbb klau nak beli contact lens utk astigma yg tinggi cm saya maunya lebih RM200. huhu. Jadi sbnrnya contact lens yang saya beli saja nak berangan pakai dalam rumah. haha. boleh tak? ;P

Saya nak yang nii...tapi dah kehabisan stock..huhu..

Jadi saya amik Fresh Color. Miye pakai yang grey tu. saya amik yang brown.


Mood berangan lagi~ la la la~




February 22, 2010

Loves in the air~!

Sempena bulan Februari, sempena bulan sale tanpa henti, sempena bulan yang ada smpai 3 hari cuti..saya rasa SAAAAAAANGAAAT gembira.

Jadi, dengan bismillah, saya nak announce, insyallah akhir bulan ni saya akan jadi tunangan orang.. ^^ Another stage in a relationship.yii~~! =D

Tahun ni masuk tahun ke-10 perkenalan saya dengan si dia. 10? 1 dekat seh! Tapi nama je 1 dekad. disebabkan kami long distance from the start..and REALLY long distance..jadi membuatkan kami rasa 10 tahun tu bkn lama sangat pun.. =)

Susah? Sedih? Terseksa jiwa raga? hoho.. Yes..definitely..but..it really teach me and him A LOT of experience, loyalty, patience and trustworthy. it give us A LOT of courage also to hold on this relationship until now, especially in time of heart-breaking moments =P

Masa perkenalan dari 2001 - 2010.
2 tahun berkawan ala-ala gaduh
-> masa form 4 & form 5 di mrsm. time ni cinta tak berputik pun lg. tapi dia dh mula gatal kot.haha. mcm teman tapi mesra gitu.

2 tahun berkenalan hati ke hati 
-> first year kat universiti. mula2 berhubung melalui email, pastu sembunyik2 guna telefon rumah.hihi. jumpa setahun 2 kali je time balik cuti sem. tu pun sekejap je. plg lama 3 jam. =P

2 tahun macam mesra ala-ala baru bercinta
-> tahun ketiga di universiti. time ni baaaanyak dugaan.. biasala adat orang bercinta. mesti ada ribut taufan punya. then bila dapat tmpt praktikal yang jarak 2 jam dengan tempat dia. sangat hepi! boleh kuar 2 kali sebulan. baru tahu rasa orang bercinta cmna.haha. tapi..masih tak tahu mana arah tuju relationship kami ni..just go with the flow~

2 tahun ni macam cinta sangat ala-ala confident la kunun. 
-> time ni saya dan dia dah masuk alam pekerjaan.. Wlaupun actually dah boleh kuar seminggu sekali, tapi kami limit, jumpa 1 kali sebulan. Time ni cam dah nampak sikit la the real man inside him. klau tak risau gak dengan perangai kanak2 dia tu. saya kanak2 takpa. la la la~ =P

Dan dalam pada 2 tahun ni jugak, tanpa kami sedar, kami dah mula planning untuk future yg mana dalam bercinta 6 tahun tu tak masing2 tak bukak mulut pun psal future planning.. Yelah..orang len bercinta kita pun nak cinta gak.hehe.

Anniversary? Declaration?


nope. kami takda declaration date. hihi. suma cam tetiba. mula berkawan dengan 'saya' 'awak', then tetiba satu hari dia tukar panggilan jd 'dear', then saya pun, "eh..tukar dah..? hm..okay~" pastu lama skit, dia tukar lg jd 'syg', saya pun, "eh..sy dh jd syg dia la..hehe. okay~" then lama skit dia tukar lagi (agak2 dh rmai sangat org yang dia panggil 'syg' agaknya..) jadi yang lebih special..dan aneh2 juga! haha. and saya? Okay je~~ ^^

So senang kata, our relationship evolution bergantung pada panggilan yang dia beri untuk saya. Dia tak tanya saya setuju ke tak, dan saya tak meminta apa2. Bila tiba masanya, hati dah ready, masing2 faham sendiri. Susah nak tau? Agak aa...dia pun bukan jenis yang senang tangkap hint. tu yang jadi bertahun..jauh lagi =P

Walaubagaimanapun..(ayat skema skeeett) saya harap kita akan berkekalan~ ^^
Our first and never ending love~ oh yeaah~ 


Related Posts with Thumbnails