July 23, 2010

Twilight Saga: Eclipse

Semua post ni adalah daripada blog Fendi a.k.a fndrocka : Khas untuk mereka yang sudah menonton filem Eclipse sahaja

Review yang menarik dan lain dari yang lain.. ;) (Macam tag lak kan..huhu..) Anyway saga = hikayat yg bersambung2.So newmoon, eclipse and breaking down ialah kesinambungan dari twilight, sbb tu ada orang panggil twilight saga.

[Image source: here]

Cerita vampire memang sentiasa menarik minat saya walaupun ia cliche je  (lelaki hensem dgn gaya cool bagai =P), jadi macam tertarik untuk share some opinion daripada review incik fendi (boleh kan incik fendi? ^_^) Untuk post penuh sila ke page fndrocka k. Zass~


1. Bella masih anak dara..
- Setuju2. Kalau Edward tu manusia, confirm tak lama Bella tu.=P Tapi mungkin sbb dia takut nak tanggung risiko kalau2 dia terhisap darah bella kalau dia buat lebih dari tu. Dia kan tak nak bella jd vampire ;)


2. Ramai yang bukan main bangga mengaku depa team Edward atau team Jacob. Tapi aku lebih kepada team Charlie a.k.a bapak Bella ..
- Saya team bella. wii~ (team pempuan..kih kih)


3. Edward dengan Jacob ada superpower..tapi bergaduh separuh mati nak dapatkan sorang pompuan.
- Haha...bella je pun perempuan kiut miut kat kampung tu dan siap boleh relax dan simpan rahsia  makhluk2 aneh macam mereka tanpa rasa takut. Plus, Bella je pun yang Edward tak boleh baca fikiran dia, adventure la kot kan daripada pempuan lain diorng boleh tau apa ada dalam fikiran diorng, dah tak seronok pulak =D


4. The idea of love they portray in this movie..
- Oh..this happen in reality too my dear~ perempuan kalau dah bercinta susah mau kata..kih kih. Lagi-lagi kalau dapat jadi muda sentiasa pulak tuu.. ^_^



5. Kalau Edward lawan Jacob one on one…aku rasa Jacob menang.
- Haha. Kan? Bapak dia dia pun sama aneh dgn anak perempuan dia  dan bakal2 menantu dia! ^_^


6. Masa Edward dengan Jacob sorokkan Bella kat atas bukit, Bella punyalah kesejukan..gigil mengalahkan penagih kesangapan je..
- Hmm..ni mungkin bab egois skit. Mungkin Edward tak nak tinggalkan bella walau sesaat pun lagi2 dengan Jacob. (walaupun for sure Jacob akan jaga Bella kan) Kalau jd apa2 pada bella masa ketiadaan dia walau sesaat, sure dia menyesal sebab tak dapat protect Bella. Takpun, kalau Jacob yang dapat selamatkan bella, sure jatuhla ego dia. hehe. logic tak ;)


7. Kemusykilan dan ingin tahu...
- Hm..saya rasa ni sama macam no 1. Sbb dia dah sehabis baik tahan tak hisap darah yang manis tu masa cium kot. Klau buat 'tu', nnt mungkin dia akan cederakan Bella atau tertukar Bella jadi vampire. Dan dia kan tak nak bella jadi vampire. =P (Bagi Edward kalau jadi vampire hilang soul,jadi dia taknak Bella hilang soul, tapi bagi Bella lak..cinta lebih berharga dari soul dia.aihh..) - Part ni memang tak best sbb it shows that Edward still not confident yang dia boleh control diri dia towards Bella..huhu..

Writer dari Twilight Saga: Stephenenie Meyer

Hoho..pandai2 je kan saya..kalau salah jangan mara ye. Apa pendapat korang?  

image source: here

p/s: Anyway, saya still lagi suka Vampire Diaries.  ;)  walaupun tau ia banyak tak logic dari real. haha~


July 22, 2010

Kenapa Saya Perlu Tidur Awal?

Saya tak tau apa masalah saya, tapi tidur boleh jadi salah satu isu dalam relationship rupanya selain communication.

Sampai satu tahap saya dah tak tau nak buat macam mana lagi untuk overcome masalah ni dan satisfy my partner. huhu.


Masa belajar i was having a very bad sleep for almost 4 years. Awalnya sebab saya selalu stay-up sampai pukul 2-3 pagi. Lama-kelamaan, saya selalu tak dapat tidur malam dan kerap terjaga even dengar bunyi air menitis dari bilik air atau bunyi pensil jatuh dari meja. Dan setiap kali gap kelas adalah sangat penting bagi saya untuk tidur walaupun sejam. Saya pernah jumpa farmacist siap utk amik ubat tidur sbb tak dapat cukup rehat dan cepat penat tapi...dia tak bagi sebab dia suruh saya belajar tidur awal. huhu. (Mana boleh tidur awal, nanti assignment tak siap..huhu)

Tapi sejak mula bekerja saya belajar untuk tidur awal (atas nasihat doktor untuk kurangkan migrain). Lagipun malam takda buat apa sangat. Paling lambat pukul 10pm. Lama-kelamaan saya dah terbiasa. Lebih dari pukul mata saya dah penat dan badan jalan macam zombi..huhu. Tapi atas beberapa sebab. Saya cuba untuk stay up lama skit. (buatla apa2 yang patut pun..hehe) Selepas setahun saya boleh la cover sampai pukul 12. Tapi seriusly lepas tu saya jadi bapak zombi lak! Tapi kena tegur lagi dengan seseorang yang kata saya tak normal sebab tidur awal. Jadi saya cuba stay-up lagi smpai pukul 1. (Lebih dari ni memang saya dah tak tahan sangat unless weekend yang takda buat apa2 termasuk kerja2 rumah)Tapi..masih kena tegur.huhu.

So apa masalah saya sebenarnya? Reason saya untuk tidur awal adalah sebab: Saya kena bangun seawal pukul 530am dan keluar rumah pukul 630am. (Kalau tdur lambat akibat saya bangun lambat dan adik sampai sekolah lambat..huhu). Drive selama sejam baru sampai office.  Keja sampai 530pm, tapi sampai rumah near to 7pm. Every workdays. Jadi bila tiba rumah saya dah macam kepenatan yang amat. Jadi kalau saya tidur pukul 1230pm, saya cuma dapat tidur 5 jam sahaja.

Dan seriusly, kalau saya tidur kurang 6 jam, saya memang akan jd agak penat esoknya. Jadi untuk recover penat tu saya rasa saya perlu tidur awal pada malamnya. Tapi still saya kena stay sampai beberapa waktu conventional untuk tidur supaya dapat meluangkan masa lebih lama bersama orang-orang tersayang. Jadi circle tu macam hampir never stop.

Kadang-kadang bukan saya nak tidur awal pun especially bila ada citer best kat TV~ =D tapi nanti akhir saya akan tertidur juga. =P

Dan saya percaya sangat, after kahwin nanti, masa tidur saya akan jadi lebih kurang berbanding sekarang. Yang merunsingkan saya ialah kalau sekarang pun dah rasa tak cukup tdur, macam mana saya nak handle akan datang? Anyway, saya ada juga tanya beberapa rakan2 saya yang single mahupun berkahwin, kebanyakan cakap diorang tidur average antara 7-8 jam sehari (tak termasuk nap dan tidur siang) Dan kebanyakan mereka awet muda~

Based on my own experience, paling best bangun pagi adalah bila saya dapat tidur tanpa gangguan selama 6-7 jam. Especially weekend. Tidur pukul 11 dan bangun pukul 630am..hehe. Fuh..masa tu memang rasa macam wanita anggun =D

Tapi kenapa bagi lelaki mereka boleh tidur kurang daripada 5 jam tapi masih boleh rasa segar keesokan hari tanpa rasa letih yang amat? Adakah saya yang tak normal sebab kerap tidur awal? Adakah saya tak normal sebab kena tidur lebih 5 jam? Ketidaksamaan waktu tidur, masalah tidur awal dan pengurangan masa communication buat saya tak tenteram sebenarnya.. Saya sangat confius dan risau..huhu..

Please help me.... =(


Related Posts with Thumbnails