December 2, 2009

Nenek Kebaya

Korang sure tau cerita 'Nur Kasih' yang katanya macam fenomena tu kan, sampai pakcik yang dari KL tu sanggup nak balik awal after raya haji aritu semata-mata nak kejar cerita Nur Kasih kat umah dia.

Kami sekeluarga tak brapa amik port sgt pun dgn citer tu. Bukanla tak tau langsung, amik tau la jugak plot citer dia tapi mulut orang la,takda nak tgk sangat.

Tapiiii..cerita fenomena family ktorng adalah cerita 'Nenek Kebaya' kat TV3 dan TV9 tu. Kalau cerita 'Nenek Kebaya' mmg kami takkan miss walau satu episod pun! Even mak tgh masak pun sanggup matikan api tgk citer tu sampai habis. Klau ayah nak jumpa kawan dia pun, after citer ni. Klau tgh mandi pun sanggup mandi ala kadar sbb nak tgk citer ni..haha! Nenek Kebaya mmg best!

Cerita ni termasuk dalam genre Lagenda dan ada 20 episod tapi sekarang baru ada 17 episod. Ditayangkan setiap hari dari hari Isnin - Khamis pada pukul 430pm di TV3 dan ulangan 835pm di TV9. Tapi yang kat TV9 tu ada beberapa frame yang dia potong. Contoh mcm, patut nenek tu cakap terima kasih, dia potong. Kira tak frame2 yang tak brapa penting la.

Watak utama cerita ni ialah Linda Rafar Diana Rafar. Dalam citer ni Diana bawa 3 watak at the same time. Watak Samsiah (sbg isteri Tuan Adam), watak Intan Sari dan watak Nenek Putih (masa roh mereka bertukar) Saya mmg suka giler dia berlakon dalam cerita ni. Sangat semulajadi, sangat mantap dan setiap perubahan watak yang dia bawa semua nampak perbezaannya. (dah suka kan..suma pun best.haha! ) =D


Barisan pelakon cerita lagenda 'Nenek Kebaya' [source: utusan malaysia]

Cerita ni pun tak macam citer sumpah puteri bunian ke segala yang merepek + lembap + tak logic. Tapi jalan cerita Nenek Kebaya ni sangat teratur, detail, kamera shoot dia pun best. Jalan cerita dia pun logic sebab benda2 macam tu mmg wujud pun. Walaupun saya tak suka sangat dengan Zed Zaidi, tapi saya suka cara dia bawa watak ustaz dalam citer ni. Nampak dia cool dan tenaaaaang je... ^^

Ni sikit sinopsis cerita Nenek Kebaya:

Nenek Kebaya bermula dengan kisah purba mengenai tuduhan percintaan cucu Mak Inang, Indera Laksamana dengan Puteri Sinar Cahaya diketahui Raja Negara Kembayat Cahaya.


Indera Laksamana sudah pun bertunang dengan cucu angkat Mak Inang, Intan Sari yang kemudian memusuhi Puteri Sinar Cahaya yang dianggap perampas kekasihnya. Sultan mendakwa Mak Inang menjadi orang tengah di antara puterinya dan Indera.


Sebagai hukuman, Mak Inang dibuang ke tengah rimba selepas matanya dibutakan manakala Indera Laksamana dijatuhi hukuman mati. Puteri Sinar Cahaya dikahwinkan dengan Putera Wira Satria.


Di dalam hutan, Mak Inang telah diselamatkan oleh Intan Sari. Matanya disembuhkan oleh Sang Pertapa yang mempunyai pelbagai ilmu, tetapi membawa kepada kejahatan.


Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangnya dan menuntut ilmu daripada Sang Pertapa. Namun, dia harus menunggu sehingga tujuh keturunan untuk membalas dendam.


Selepas tujuh keturunan, hanya tinggal seorang pewaris generasinya, Nenek Putih atau Nenek Kebayan dan cicitnya, Samsiah. Samsiah digunakan oleh Intan Sari untuk melaksanakan dendamnya. Tuan Adam pula adalah keturunan ketujuh yang dimaksudkan itu. Apabila Samsiah dikahwinkan dengan Tuan Adam, pelbagai perkara ganjil mula berlaku.



Sila la tengok~ sila la tengok~ Marila tengok~ Seyes SANGAT BEST okaaaay!





4 comments:

f a i z a h 's said...

Linda rafar ke Diana Rafar?? :D

Amanda said...

haha. diana rafar. org minat linda tu. tersalah lak.haha.

miza said...

ye memang sedap. tapi aku sangat terbakarrrr kerana waktu siarannya ialah semasa ofis hour!

aku cuma tgk time aku ponteng keja itu hari je. sekarang aku sudah ketagih nk tgk citer ni. tapi takkan aku nak ponteng keja tiap-tiap hari? huhu
sedey

Amanda Eltiqaz said...

tgk malam aa miza. pukul 835pm setiap hari kat tv9. takpun tgk online kat link blog yg dy bg tu. ^^ <-- pulun nak tgk citer ni. dah abis pun. best gak ending dia =D

Related Posts with Thumbnails