May 20, 2010

Selamat Hari Guru Ayah!

Suatu petang..

Mak: Along, nanti petang amik atuk eh, dia nak ikut kita balik
Saya: Eh..bkn mak pegi umah atuk ke tadi?
Mak: Iya, tapi hadiah penuh kat kereta bapak, atuk takda tempat nak duduk.
Saya: (dalam hati..penuh?) Ha..yelah. nanti along amik.

So petang tu before balik kerja, saya call atuk dan nenek supaya bersiap2, saya akan amik pukul 540pm. Nenek tu kalau tak diberitahu supaya bersiap, maunya kena tunggu dia 15 minit just untuk mekap sahaja, belum lagi pakai baju pastu tukar semula, pakai tudung bukak smula tukar tudung lain, mengalahkan anak dara tau.

So petang tu amik atuk dan terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan..

Saya: Penuh tuk? takkan bonet tak muat kot?
Nenek: Iya along..banyaaaak sangat..penuh bonet keta bapak along tu dengan hadiah. Kat tempat duduk belakang tu pun penuh separuh..kalau atuk naik keta pangku pulak hadiah tu. tak nak atuk, baik naik dengan along.
Saya: Ish..tak kan banyak mcam tu skali hadiah nya..bonet keta camru tu kan bsar.
Nenek: Nanti along tengok la sendiri.hehe. tu yang atuk nak ikut balik ni..nak tolong buka hadiah.hehehe. 

Sampai je rumah.. Masyallah Allah...punya la banyak hadiah!!



Hadiah-hadiah yang dikumpulkan tgh hall rumah..ni belum masuk yang dah diterima awal pada hari Jumaat



Hehe...ayah sangat seronok dapat hadiah banyak2! Tapi dia tak tau yang anak-anak dia dah jeling-jeling je hadiah tu minta belas ihsan..hihik



Bagi yang kurang berkemampuan, mereka msih nak bagi hadiah walaupun hanya dengan hasil kreativiti mereka. Cute sangat kan ^_^ (ada beberapa lagi handmade kad yang tak sempat nak amik gambar)



Dari yang se-kiut2 teddy bear smpai la sebaik-baik Al-Quran (teddy bear kecik-kecik ni ayah dapat sangat banyak..adalah dalam 15 batang cmtu..mesti diorng pakat beli ramai2 kat satu kedai..untung pakcik kedai tu..hihi)

Ada jugak murid yang beri buku 'Ibadat dan Fadhilatnya' dengan ayat pada kad: "Saya tahu cikgu suka membaca, jadi saya harap cikgu dapat membaca buku ini selalu :)" Baikkan? Kata ayah murid perempuan tu memang antara yang bijak dan bersopan. Ayah dia pun educated tapi tak sure kerja apa.



Ni antara hadiah daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Yang lain adalah saguhati, piala, buku-buku dan cenderamata.  Sekolah ayah berikan hadiah cermin dinding berukir yang saaaaangat besar. Sampai sekarang kami belum gantung lagi..tak tau nak letak mana. Kena tunggu rumah siap renovate baru ada idea nak letak mana. Saya cadang letak kat sisi dry dining room. Tengok la camna =)

Ada 2 set pinggan mangkuk yang agak mahal hadiah dari kelas. Saya dah cop satu! :D 
Untuk kegunaan after wedding. 

"Bapak tak nak sponsor along ke benda nii...? ^^"
"Hm...ye la ye la amik je...mak pun dah ada lagi satu tu"
"Hihii...thank u very much!  mak jangan jeles~ :D"
(mak wat muka muncung sebab dia nak dua2 hehe)


Malam tu ada lagi sebuah hadiah paling besar sebesar almari, tak silap cermin besar yang dihantar oleh kawan ayah sebab kereta ayah tak muat nak letak hadiah tu. Ish ish.. dahsyat kan! ^^

Majlis tu sebenarnya sempena hari guru at the same time, menyambut majlis persaraan ayah saya. Sambutan sekolah tu memang sangat special. Pagi-pagi lagi murid2 ayah dah beratur panjang tunggu giliran untuk bersalam dengan ayah saya. ada yang berebut2 untuk berjumpa dengan ayah sambil melambai2 tangan. Lepas majlis ucapan dan sebagai nya, ayah dan ibu menunggu di pintu pagar sambil bersalam dengan seorang demi seorang murid yang memberi hadiah. setiap hadiah yang ayah dapat diberi pada pengawas untuk dimasukkan ke dalam troli. kemudian pengawas hantar hadiah tu ke dalam kereta ayah.

sebelum pulang, ayah dan ibu diarak menaiki mercedes (tak tau milik sape ntah..hehe) meninggalkan perkarangan sekolah. sedih sangat... (bak kata mak la..) budak-budak sekolah tu memang sangat cute! ^_^


p/s: Terima kasih juga buat students saya baik yang telah grad mahupun yang masih belajar yang telah wish saya 'Selamat Hari Guru' pada hari Ahad dan Isnin lalu. Saya doakan semoga kamu semuaa cemerlang dalam academic dan juga akhlak. Yang dah grad, smoga dapat kerja yang diinginkan dan cepat dapat jodoh! =P

Hope hubungan kita berkekalan sebagai kawan dan ex-lecturer ;) mish u guys~!



6 comments:

Nadiah Suhaidi said...

banyak gile hadiah!! kalah hadiah kawen i :P sonok kan jadi cikgu? :)

Amanda Eltiqaz said...

hehe. hadiah kawin u sikit tapi bsar2 n mahal2 ^^

wanie said...

fullamakkk...dh mcm adiah besday tgk nye :P ekekekeke

Anonymous said...

sekali dengan persaraan...patutlah luarbiasa banyknya.kalau dorg bc blog ni,tgk2 korg share2 hadiah..mesti kecik ati kan? ke tk?huhu

Latest Entri : Peristiwa Subuh

Amanda Eltiqaz said...

wanie: mmg hadiah besday + bersara :P Klau hadiah besday saja mmg blh kira dgn jari ^^

fndrocka: eh..tak..tu mmg hadiah ayah. tp ayah bek hati nak bagi keluarga dia. :D

denaihati said...

Rakan baru www.denaihati.com/blogroll

Related Posts with Thumbnails