September 15, 2010

Salam Aidilfitri Semua~

Salam Aidilfitri buat semua~ (walaupun dh agak terlambat..hehe)



Raya kali ni agak sibuk skit pada awalnya sebab banyak sangat yang perlu diselesaikan. Selepas beberapa tahun mak tak buat kuih raya tetiba tahun ni mak sibuk nak buat kuih raya atas permintaan istimewa daripada tuan rumah iaitu ayah tersayang. hehe.

Maklumla..tahun ni kan ayah pencen jadi dia mengidam la nak merasa kuih tart n kuih cornflakes mak. ^^ (takda kaitan...huhu...)

Rumah kami juga siap renovate. Tambah dapur dan bilik sebuah. Jadi sangat busy sebab proses cat mengecat adalah sendirian berhad okay. Tukang cat pujaan ramai adalah saya dan ayah.. (heee~)

Sebab adik2 saya balik cuti lambat, saya memang multitasking kot kat umah. Berenti mengecat saya kemas umah. Rehat sekejap mak panggil tolong buat kuih. Abis sementara tunggu membakar kuih tu, pasang langsir pulang..memanjat la jugak ke sana ke sini. (Saya tak dulik..nak jugak ada anak lelaki nnt..isk isk..)

Ketibaan perabot di rumah di sambut meriah. hehe. 2 in 1. Untuk bilik baru saya dan persiapan kahwin nnt. ^^ Walaupun ia tiba lewat 3 hari, tapi sempat juga la kami membuat perpindahan barang dan menyusun perabot segala..huh..penatnya tuhan je yg tahu.Dahla bulan puasa..aihh..



Raya pun tiba.....

Tahun ni sambutan biasa2 saja. Takda baju bertema mcm tahun lepas, tiada gmbar potret family mahupun gambar family. Pulak hari raya pertama hujan turun dengan sangat lebat. Proses lawatan ke rumah nenek agak terbantut smpai la tengahari. Bila ujan reda sikit baru kami keluar rumah.

Saya rasa rata2 semua orang terasa kot ekonomi agak goyang tahun ni..rasa kesian jugak kat budak2 kecik sebab mesti income diorngpun ada 'diskaun' gak bila berkunjung ke umah sedara mara. hehe. saya pun rasa sangat berat. ditambah dengan pembelian perabot dan barang2 untuk bilik baru, insurans kereta dan renew roadtax, bonus RM500 rasa mcm pegang sehelai rambut daripada rambut satu kepala. tapi kurang2 dapt juga la menampung ruang2 yang berlubang.. =D

Dengan baju raya yang cuma sehelai..saya pun jadi malas nak beraya sangat selain rumah sanak saudara. Cuma mengharap orang beraya ke rumah je la. (boleh tak cmtu? hee~ =P)

Tapi memang saya sangat terharu dengan pelajar2 saya yang pertama dulu. Sampai saat ni mereka masih lagi sudi datang beraya ke rumah saya. Thank you~~ Masing2 dah berjaya dan secara jujurnya saya sangat bangga dengan mereka.



Selain yang sambung belajar. kebanyakan yang bekerja selepas diploma mereka memang pandai bawa diri dan cari rezeki yang lebih baik dari yang mereka sangka. Ada beberapa yang dah berkahwin (advance ek korang dr saya..ceh..takleh jadi ni..! hehe) Tapi masih gigih nak sambung belajar sambil bekerja. Arip,Fazlina, Syuhaidah, Pidah,Muez, Zahir, Ezani, Saidah, Bob (Nizamudin), Aini.. dan geng2 korang..saya rindu nak jumpa korang lagi~~~

Cuma agak regret sebab saya sangat berharap tahun ni saya dapat bergambar berdua dgn si dia dengan baju raya sepasang: baju melayu siap samping dengan songkok dan baju kurung...sebagai tahun terakhir single. =(

Walaubagaimanapun saya gembira dari segi hubungan kekeluargaan, kami lebih baik daripada tahun lepas. Masing2 pun dah besar kan. Dan harapan saya semoga keluarga kami lebih baik dan bertambah besar tahun hadapan (^_^)


Related Posts with Thumbnails