January 31, 2010

Kebaikan Evening Primrose Oil

Saya selalu kena sakit bahu belah kanan dan lenguh kaki kiri.. Jadi ada satu masa tu pergi berurut, tukang urut tu kata badan byk kolestrol, belah kanan mungkin lebih truk kena sbb byk mengangkat tgn. Actually sy bkn la slalu angkat tgn mcm student nk jwb soalan tu. sbb sbb sy pendek kan, jd bila menulis kat whiteboard tu, mmg selalu lenguh pun.

Dan sebenarnya cikgu2 len pun menulis gak kat whiteboard mcm saya. Tp yelah antibodi n ketahanan fizikal stiap org berbeza kan. So berbalik kpd tukang urut td, dia suggest sy beli produk dia,Omega-3 (dikenali juga sbg minyak ikan kod). Menurut dia, supplement dia tu lebih baik dr produk2 di farmasi. Tapi sebab produk dia ialah Elken which is saya tau memang agak mahal, jadi saya takda beli pun. Cuma later saya try cari info psal Omega-3 ni.

Paling2 pun saya tau minyak ikan kod ni bgus untuk minda. Sbb kuar dalam iklan kat TV =P

Jadi, daripada beberapa sumber yang bercampur sana sini, antara yang saya dapat,minyak ikan ni mempunyai asid lemak omega 3 yang tinggi yang datang dari sumber makanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak omega 3 banyak terdapat dalam walnut,plankton marin dan ikan berlemak.


Komponen utama minyak walnut adalah asid alinoleik (ALA),sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan dan minyak ikan adalah EPA dan DHA.Manakala minyak sayuran pula mempunyai kadar asid lemak omega 6 yang tinggi saperti minyak jagong dan minyak soya yang mengandungi kadar asid linoleik(LA) yang banyak.


Dalam tubuh manusia,ALA juga boleh di tukarkan kepada EPA dan DHA.Walau bagaimana pun,proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.

Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-



  • Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
  • Menggalakkan kecerdasan fikiran
  • Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
  • Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
  • Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
  • Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
  • Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
  • Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
  • Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi


Then, saya tak nampak pulak ada cakap boleh kurangkan kolestrol. So mak kata, tak yah la beli sbb dia just nak promote produk je. Kita jaga makan je. Prevention is better cure. Hm..btul jugak kan!

Tapi based on statement kat atas, saya mcm berminat pada Omega-6 tu. Saya rasa macam pernah ternampak Omega-6 tu pada salah satu supplement yang mak saya amik, iaitu Evening Primrose Oil (EPO) dari Bio-Life. Sejak saya sekolah menengah mak suruh saya makan tapi saya jenis tak suka makan ubat kan, lelagi kapsul. Dulu..even panado pun mak terpaksa cairkan dengan air sirap.. Bila masuk universiti, mak jauh, bila demam, nak cari sirap leceh, terpaksa la belajar telan panadol. Lama jugak la belajar, lama2 okay je..hehe. 

Okay, balik pada EPO tadi, saya pun try cari info psal EPO.. Rupanya EPO ni SAAANGAT la baik utk perempuan. hehe. Even one of my fren yang amalkan supplement ni dari dia muda, sekarang even dia dah ada anak rmai pun, dia nampak lebih muda berbanding rakan2 yang sebaya dengan dia. Agak teruja sebenarnya.. ^_^. (Sebab si dia nampak lagi comel n muda dari saya =P)


Kebaikan Minyak EPO berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan:

  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah


Plus, mak saya (nurse) kata, doktor yang dia assist masa klinik breast cancer pun slalu suggest pada patient dia supaya beli EPO. Jadi saya pun cubaaa.....



After few months, my period dah normal berbanding bertahun2 yang tak normal. Migrain pun dah kurang, dan alergic kulit pun dah kurang (klau tak,klau kena sabun basuh pinggan atau sabun basuh baju tu pun, kulit mengelupas teruk..huhu). Suka~

Tapi sakit2 bahu kanan tu masih ada..huhu..


* * * * *

Info tambahan, klau korang nak baca, baca la. But worth reading it ;)

Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.

Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.

“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya.


Sekian~ =D

60 comments:

alin said...

EPO is actually good for women hormones... akak ade kale mkn gak EPO ni... especially bile time sakit2 pompuan tu dtg...so actually in a way..dia ni dpt le stabilkan hormon kite...

err...kurus kudut mcm dy pun ade kolesterol ke? hak hak hak..xde le...tu bkn kolesterol tu... maybe bahu tu penat sbb selalu menulis d whiteboard..akak pun selalu gak gitu...so biasenyer kalo sakit sgt..g beli koyok tampal kt bahu tu...legeee....

nur adam said...

assalamaualaikum..salam pekenalan..nice info,ada EPO kat ruma ni..tapi jenis yg malas makan supplement..lately ni bila mcm2 da rasa x sedap kat badan ni..baru lah nak start semula..atleast sentiasa muda tu penting!! umur bukan semakin muda..kalo kita tak nak jaga syg diri kita..hu3

Amanda Eltiqaz said...

btul tu. sejak2 sy lepas kawin sy pun makin kna rajin la mkn ni. hehe

tiatyot said...

sebelum makan calcium, pinggang asyik sakit-sakit..bila dah makan calcium, tak sakit lagi..mungkin awak kekurangan calcium kut? cubalah 21st century maxical..bagus untuk orang yang kekurangan calcium

HamidWati said...

salam perkenalan..info yg u bagi ni..memang baik,saya pun ambil lennox kolagen...mana lebih elok di amalkan evening primose oil atau kolagen?

Zuriati Ismail said...

hye , sy pn nak share lah sy punya pngalaman ..sy berumur 20 tahun dan sy mengalami sakit pada payudara .. sy mula m'dpt pnyakit tu msa sy berumur 16 tahun ..msa umur sy 18 tahun sakit tu makin serius .. lpas pergi buat treatment , doctor tu suggest kan kta EPO neh dan alhmdulillah smua dh back to normal.. EPO neh jgak baik utk kulit .. sehingga skrng sy still ambil pil EPO neh .. =)

Zuriati Ismail said...

hye , sy pun nak share jgak pngalaman sy ..sy berumur 20 tahun dh mengalami sakit pada payudara..sy mula sakit pada umur 16 tahun dan sakit tu mula serius masa umur sy 18 tahun .. lpas buat treatment kat hospital , doctor suggest EPO pd sy dan alhmdulillah smua dh back to normal ..klau sblm neh sy sllu sakit sendi2 dan sakit tulang belakang .. pil EPO neh pn baik utk kulit ..

KatekateKite said...

terimakasih atas info nih!

kite share tau =)

IeDa said...

menemui info yg dicarik! thanks!

ina zarina said...

INFO YG BAGUS....TQVM

ina zarina said...

info yg bagus...tqvm

tinie said...

good info..pernah makan epo dulu atas saranan doktor.

Amanda Eltiqaz said...

welcome~ thank u for reading ^^

Anonymous said...

dlu tak tahu pasal benda ni, hari tu kena keputihan teruk g pharmasi, orang tu bg ubat keputihan, n lagi 1 dia suggest amk EPO, so try jela, baru sebulan, tak tahu apa perubahan dia, mungkin lama2 nt baru terasa kot

Amanda Eltiqaz said...

better amik berterusan..baru nmpk perubahan..lgpn ia bkn ubat, ia supplement utk kesihatan especially wanita.. tp klau pregnant saya rasa consult doktor dulu blh terus amik atau tak. =)

shasha said...

sy mmg makan EPO sejak dari mula datang haid hingga sekarang..dan sekarang umur saya 30 tahun..mmg bagus sgt EPO ni..dan sy selalu cadangkan pada kawan2 yg bertanya ttg rahsia awet muda sy..hehehe...mmg EPO elok tuk wanita..tahniah bagi yg telah mencuba..yg masih belum mencuba..kena cuba sebelum terlambat...

Anonymous said...

nk tnya sket...dl sy mkn epo brand seven seas.. lepas tu, baru je ari nie beli brand kordel... epo kordel tu halal ke x? sb sy ada tjumpa 1 forum nie ha..dia kata, epo mgandungi gelatin..( tp dia sndiri x pasti gelatin pork atau ikan..) klu da was², baik x yah amik kan? (tp sy dah beli brand kordel nieeee.. :((

@inurISLAM said...

salamalaik..
sy memang tgh cari info tentang EPO ni, sbb sy bru nak try, mak sy yg suggest mkn ni sbb sy ad sakit kulit dan kdg2 masalah PMS gak.. thanks for the info, sy bertambah yakin untuk trus mengamalkannya..tQvM =)

Anonymous said...

pi jumpa perawat Islam.. ada yang bertenggek kat bahu tu....

Anonymous said...

salam..
Pi la jumpa perawat Islam Darul Syifa ke...
nak pasti cuba baca surah Al Kahfi smpai habis...

Anonymous said...

salam.. nak tya cara pemgambilan (mkn) EPO mcm mane? adakah perlu di makan setiap hari?

Amanda Eltiqaz said...

anonymous3: sebaiknya setiap hari, ia bkn la ubat pn actually, ia mcm supplement, mcm kita perlu minum susu hari2, mcm tu jugak mkn epo. =)

tapi klau awk skip pun ia tidak la memudaratkan.

emi said...

sakit bahu kesan menulis di white board?? ye, mungkin betul sakit bahu tu bpunca dari tu..mungkin disebabkan oleh 'wrong posture' during working..dan ditambah lagi dgn 'repeatative work' dimana awak melakukannya berulang2 setiap hari dalam jangka mase y agak panjang(selama btahun2 awak bkerja)..work posture utk tangan (y diangkat)yang disarankan di luar negara (since ergonomic is not familiar among us malaysian)adalah tidak melebihi paras jantung. kerana darah tdak dpat bjalan dgn baik ketika tgan melebihi paras jantung (seems logic sbb kalau cedera pon kita angkat tgan tinggi spaya darah xkuar banyak).apatah lagi jika dilakukan berulang kali (repeatative work) lama kelamaan memberi kesan negative kpada awak..=sorry menyampuk,sye cari info primerose sbnarnya,tq 4 d info

Anonymous said...

oh ingtkn epo utk owg da kawen je =.='

Anonymous said...

sy da cuba amik EPO, mmg bagus...kalo sblm nie period sy xpenah teratur since masuk Universiti...pnah gak jmpe doc, then doc bg ubat hormon...sbb takut nk mkn ubat tue sy pon try la EPO, alhamdulillah...period sy da semakin ok...kulit pn bertambah cantik.thanks EPO !

Akak Kembang said...

saya mengalami sengugut kembali..walaupun dah ada anak 2..brp RM EPO tuye?

Anonymous said...

kalu plan utk pregnant boleh makan x EPO ni?

Anonymous said...

salam semua wanita2 yang ingin kekalkan kecantikan.. saya juga ada ambil EPO ni n saya bli di guardian saje..pastu masa bli kita kna la tngok betul2 ingredient dia..kadang2 dia ckp softgel yng dibuat dri gelatin tu dri sumber ikan, bovine (ni sumber dr lembu)or porcine (ni bahaya sumber dri babi).. sya kalau dia tulis sumber dri bovine pun xbli coz pengeluarnya omputeh..takut lak kan x sembelih..so amikla jenama islam spt safwa.. atau yng tulis for vegetarian. ada 1 ni jnama centrylife kut..dia vegetarian so bebas dri lemak2 hewan ni

Amanda Eltiqaz said...

oh..saya tak tau lak mengenai yang ini, sy pun slalu beli je dr farmasi dr jenama yg ada.

thanks for your info =D

Anonymous said...

saya start makan epo umur 12 thn ms tu mak sy bl tp dia tak mkn pun...jd sy tukang mkn semua vitamin2 dia...n abah sy terus blkan sy sampai sy dah msk u pun abah msh blkan...bl dah keje sy bl sendir cm start 4 thn lps stop mkn coz mengandung...lps abis pantang tak sambg coz lupa jer nak pegi bl...yg sy perasan lps 4 thn tak mkn epo kulit sy dah tak berapa glow...ms nak period pun skt je perut nie...n yg terbaru kene migrain lagi...jd bl fkr2 nape semua nie jd br teringat dl saya nie mkn vitamin tak puts2 jd skrg sy sambg blk...cm nasihat sy kalo nak ambik apa2 vitamin baik detox dl bdn kasi kuar semua toksin...kalo nak lagi cantik mkn lar epo dgn propolis...mcm saya dl umur 27 tp org ingat umur 17 thn...huk3x...

miss daya said...

i mmg mkn epo.. blackmores.. mmg rasa lebih ceria n sihat.. moody time period pun hilang :)

RIZZNA said...

Saya baru saja ambil EPO ni selepas diperkenalkan rakan. InsyaAllah akan terus amalkan

http://cintaitumisteri.blogspot.com/2012/04/epo-baik-untuk-wanita.html

ARMY'S WIFE said...

baru nak try....good info...tapi bagus jugak yg komen2 nie bgtahu ttg bovine...so pas nie sy akan tgk label dulu...

Anonymous said...

salam..

sis makan EPO brand ape ek? brp gram per kapsul n brape harge?
(=

Anonymous said...

i pun mengambil epo..mmg bgus..bkesan untuk kulit dan keseimbangan hormon..

Anonymous said...

Epo jenama apa yg bgs ah...?

Anonymous said...

I makan epo ni....effectnya lain pulak.... I got migrain about a week jugak..... And my face appear pimples....o.m.g......i sgt frust.... So... I need suggestion from u guys....tq

Anonymous said...

Bagus la info ni.now saya ambik lennox collagen & monavie.Teringin nk try EPO ni.Tapi nak ambik berapa gm ye? saya sekarang umur 30tahun.TQ

Kasih Ibu Arif said...

Salam, Salam kenal...
Saya baru je amik EPO sejak semalam.. baru la sangat2 semuanya bila sy mengadu pd seorg sahabat sy teringin nak mengandung anak ke 2 tp dah tahun mencuba masih tak berhasil, sahabat sy syorkan amik EPO kerana dia membantu untuk menyuburkan, harap2 berkesan dengan izin ALLAH.. doakan sy ye dan terima kasih tuan blog sbb bg info berguna untuk sy!

Anonymous said...

salam,,,nk share jugak,,,hehe,, EP0 ni mmg bagus,,,sy mula amik EP0 ni sejak um0 24 tahun,,, masa 2 sy baru abis blajar,,, n0w um0 sy dah 30,,, tp sumer x cayer bila sy cakap um0 dah 30,,, mesti cakap sy 23 0r 24,,, siap ada yg cakap sy cam masih blajar,,, hehe,,,

Anonymous said...

Just nk tny epo brand mana yg ok? Or is it all the same?

Anonymous said...

Hai salam perkenalan. . .sya pun prnah makan VCO( virgon coconut oil), baru 3 botol abis berat badan naik sampai 3 kg tak tau la pasal apa. Tahun lepas pun ada ambik vco ni cam tu juga berat bdn brtambah. Pastu stop early this year saya ambik balik tp tak sangka plak berat badan kembali naik. So, saya stop da hampir 2 weeks berat badan da sust 1kg..pasal EPO ni plak saya mmg ambik da brtahun tp slalu tukar brand sebab nak cari yg paling best. So far saya ambik epo tak de plak masalah berat badan. .

Anonymous said...

Terima kasih...kak for the info. Asalnye saye tak begitu yakin bila nk Cuba tkot tak berkesan....tp Oleh sbb, blog akak saya lg confiden utk mbeli Dan mengakhiri kesakitan menstrual yg melampau...^o^....thanks a lot!

Anonymous said...

Blh ke mkn epo dgn ubat lain .. Dgn zenoctil . Ubat buang minyak

Anonymous said...

hye,,sy pon pengguna EPO brand naturalle...ade cop halal n murah jga...dye plus fish oil skali...so far bgus sbb period sy da teratur skrg.... :)

raudhah said...

best la info ni. sy bru jew bli epo biolife smlm. hrp2 dpt menyeimbangkan hormon dan menyuburkan rahim. usaha nak pregnt ni :-)

Unknown said...

Itu healing crisis rasanya...after seval days makan nk regulate hormon dgn baik..insyaallah akn ok..

Anonymous said...

Hey would you mind letting me know which hosting company you're using? I've loaded your
blog in 3 different internet browsers and I must say this blog loads a lot quicker then most.
Can you recommend a good web hosting provider at a fair price?
Kudos, I appreciate it!

My web blog - http://Www.dailymotion.com

Anonymous said...

Thanks for a marvelous posting! I definitely enjoyed reading it, you
can be a great author.I will always bookmark your blog and will eventually come back very soon.
I want to encourage you to ultimately continue your great writing, have a nice evening!


Feel free to visit my web page; Microsoft Office Gratuit

Noniey said...

salam Dear,

Info yang sagant berguna tentang EPO. Noniey juga nak kongsikan yang Shaklee juga ada produk same fuction as EPO yang dikenali sebagai GLA Complex. Bezanya EPO dan GLA Complex ini ialah kandungan GLA daalm GLA complex lagi tinggi. Just sharing...

Unknown said...

Salam. Hai semua. Sy nk tnya. Nk mkn vtmin ni mcm mne ek? Slps mkn or sblm mkn? Risau jgk men bedal je mkn nnti skit plak. Huhuhu epo mmg kaya dgn vtamin e. Tpi sy mkn jgk vtamin c. Uihhh nk cntik pnya psal. Telan mcm2. Ade effect x? Hihihi sbnrnye sy nurse. reti jga org laen. Tpi x reti jga dri sndri. rse klakar plak

Amanda Eltiqaz said...

Wanie Sayang: blh tgk kat tepi bottle tu nya instruction. biasa saya mkn lepas mkn. So far saya mkn compare sblm mkn, period saya makin normal, pening kepala kurang, dan better skin complexion, tapi for long term kot baru nmpk kesan. saya dh mkn since remaja smpai la dh anak satu ni.hehe.cuma masa mengandung je saya stop kejap.

Anonymous said...

Slm.. Sllunya epo jnis apa ya? Sy cuba mkn epo y bli kt farmasi je.. Tp makin byk.jrawat kt muka.. -.-

Anonymous said...

cuma untuk bkongsi..maklumat tambahan ttg EPO.ada diselitkan waktu bila sepatutnya kita bleh ambil EPO ni-bg yg dh bkahwin n merancang nak hamil..

www.drzubaidi.com

Anonymous said...

Nape kulit sy jd tmbul jerawat slpas amk epo ni?

Unknown said...

Sy pn mngamal EPO sejak remaja...smpai skrng umr dah 25 tapi org selalu ingat sy ni budak spm..hihii..mmg bagus EPO ni...

Unknown said...

Sy pun dah lma amalkn EPO..sejak remaja smpai skrang sy dah umr 25 tapi org slalu ingat sy budak spm..hihii..EPO mmg bagus..

Unknown said...

Salam..sbaiknya epo ambil sblm or slps mkn?sy br nk try...sila bri tunjuk ajar

Anonymous said...

Betul ke de info yg sy t'bc EPO penyebab cyst? Mohon pencerahan...tq

Unknown said...

salam nk tye..lau mkn EPO ni akn ade mslh berat badan x? parut2 menggelupas akn hilang x?

Related Posts with Thumbnails