Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

July 2, 2011

Alahan Mengandung II: Gusi Berdarah

Minggu ni saya kena gusi bengkak dan berdarah...sakitttt~~ =(

 Saya ada amik gambar untuk gigi sendiri tapi kata hubby sangat menakutkan, jadi saya rasa better saya tak yah nak letak kat sini. Tapi saya ada satu gambar dapat dari Google, yang kurang menakutkan..hehe. (Actually mula-mula rasa sakit tu cmni la rupa dia..bila dah teruk tu yang nampak menakutkan..huuuu)

Gusi berdarah...pastu bengkak2.. (tapi gambar ni tak bengkak pun..)


Asal kejadiannya, adalah dalam 2 minggu camtu setiap kali saya berus gigi, gusi akan berdarah. Saya ingat itu normal sebab gusi lembut kan. Then bila ia terlalu kerap, lama-lama saya rasa sakit pada gusi depan (mcm dlm gambar tu la), asik nak berdarah je, then setiap kali lepas makan rasa mulut berbau walaupun dah guna mouthwash - listerin.

Lepas 2 3 hari jadi camtu saya pun ngadu kat hubby. Dia terus suh gi klinik. So the next day, saya amik off dan ke klinik kampung melayu - dalam ia ada klinik gigi skali.

Nak tunggu di klinik kerajaan sangat la lama. Klinik gigi swasta lain tak tau nak pegi. Dari pukul 830am sampai pukul 11.00 baru dapat jumpa doktor, tu pun doktor biasa, lepas tu baru dia proceed kan pada doktor gigi. Nak jumpa doktor gigi tunggu lagi, bila sampai turn je klinik gigi dah nak tutup, jadi doktor gigi tu sempat check je dulu, pukul 2.00pm kena datang balik untuk rawatan seterusnya.. =(

8.48 am tu baru dapat smpai deoan kaunter..kena beratur juga nak amik no..dahsyat kan. Punya la ramai orang sakit pada hari biasa. ish ish...


Pukul 2.30pm saya sampai bilik doktor gigi tu, dia terus bagi masuk sebab dah ada appointment. Jadi doktor pun check, dia kata ni bukan depan je yang dah bengkak, semua gusi bahagian bawah dah bengkak cuma yang paling teruk kat depan sebab depan lebih lembut dari bahagian geraham tu. Huhuhu...doktor cakap memang ibu mengandung akan lebih mudah kena gusi berdarah tapi sepatutnya saya kena jaga gigi dengan lebih baik.

Ntah la..saya rasa saya gosok gigi dan guna mouthwash seperti biasa je. Cuma mungkin ni first time mengandung kan, tak tau la kena jaga lebih baik. Lepas jumpa doktor gigi, dia nasihatkan saya guna berus gigi yang lebih lembut dan ubat gigi yang sesuai untuk penjagaan gusi. Then guna mouthwash yang sesuai, cadangan doktor tu adalah Colgate mouthwash warna pink. Dia kata Listerin tak sesuai untuk gusi sensitive. Biasanya untuk gusi berdarah doktor akan beri antibiotik, tapi sebab pregnant, dia tak beri dulu, tengok lagi seminggu kalau tak surut juga walaupuns selepas guna mouthwash, baru datang smula klinik gigi untuk dapatkan antibiotik.

Doktor kata tengah mengandung takleh cabut gigi (walaupun ada yang rosak, kecuali serius sangat) jadi dia cuci je. Hoho...nama je CUCI, tapi dia punya sakittt...leleh jugak la air mata.. Doktor tu siap physco lagi,

"Ni anak pertama kan, klau awk beranak nanti...100 kali lagi sakit tau dari ni, tahan yaa..."

Waaa....terima kasih doktor.... isk isk...

Malam tu saya pun beli berus gigi dan mouthwash yang baru. Hubby pun turut menumpang beli berus gigi baru jugak..hehehe.

Colgate Plax Sensitive dan Colgate 360 Ultra Soft


Note: Good news is...klau kita bawa kad merah (ibu mengandung) charge untuk rawatan gigi adalah PERCUMA~ ^^


April 29, 2011

Tertekan

Tertekan la...

Semalam tengah pening2..dapat bad news lagi..sampai dah fobia dah klau kena panggil dengan bos..asyik dapat berita tak menggembirakan.. Tapi takpa..masih berharap sebenarnya untuk terima berita gembira seperti, "Dyana, permohonan awak diluluskan!" Hehehe..

Makin dalam orang tengah berusaha nak duduk dekat dengan hubby..hubby pulak dapat projek ke Teluk Ramunia bulan 7..lagi lambat saya berhenti, makin tak dapat tinggal dengan hubby.. ='(

Saya ada 2 bulan je untuk dapat dekat dengan dia..nnt hubby dah ke Teluk Ramunia saya jauh balik..tp sini pulak tak nak lepaskan cuti saya.. Nak berhenti terus nnt kena bayar balik pulak.. Isk isk isk...

Pleaseeeeeeeeeeee.........I just want to have some time with him.. Just this one time..nnt saya dah sihat skit..saya tak kisah dah orang nak bagi saya kerja bertimbun ke...

Tolongla ya Allah.. Berapa lama lagi saya kena bertahan..dah 8 tahun dah kami jauh...lepas kahwin pun jauh..saya sangat berharap time pregnant dia ada dekat dengan saya..

Mood: semakin menurun..sedang makan McD Fillet-O-Fish utk mengurangkan stress..nyam2..

April 25, 2011

Lelaki ke Perempuan ek?

Banyak spekulasi dan jawapan teka teki yang dilontarkan pada baby ni. Mesti baby ni geleng kepala je..organ tu pun tak nampak lg kot..hehe.

Anak lelaki ke perempuan?

Ada yang cakap baby ni perempuan sebab..

"Baby ni perempuan kot sayang, sebab mengikut perkiraan jadual yang saya dpt dari akak2 opis ni..baby ni jadi bulan 2, so ia sepatutnya perempuan. 90% tepat hehe"
- Hubby


"Baby ni perempuan tak long, biasa perempuan cerewet, mcm along la skrg ni, nak tu la..nak ni la..kjap nangis, kjap happy, perasaan tak menentu je..apalah..makan salah..tak makan salah..aihh..."
- Nenek saya yang comel


"Saya rasa baby ni perempuan tak..sebab asik rindu kat husband je..org kata klau anak perempuan rindu husband, klau anak lelaki biasa tak kisahkan husband sangat.."
- Kawan opis tak ingt mana satu



Ada yang cakap anak ni lelaki sebab...

"Along ni dapat anak lelaki tak? asik selekeh je..baring makan baring makan...pergi la pkai baju molek2 skit..mandi ke..pkai bedak sana.. Mak dulu mengandungkan korang..asik melaram je tau..kat rumah pun pkai lipstik..hihi. Dah pegi mandi sana!"
-Mak saya


"Ntah2 ni lelaki tak? Ko tak suka asam kan? Biasa klau tak suka asam anak lelaki"
- Kak Alin World


"Aku rasa anak ko lelaki. sebab mak aku tak suka bau abah aku masa dia ngandung adik lelaki aku. Masa ngandung adik p'puan, mak aku manja sangat dgn abah aku. "
- Miza si ahli nujum


Dulu masa mula-mula kahwin, orang teringin nak anak lelaki sebab adik beradik orang suma perempuan..jadi teringin nak jaga budak lelaki cmna..tapi sekarang, bila dah mengandung..mana2 pun tak kisah sebab perasaan excited nak dapat baby tu sama je.. ^^

 Dan orang tetap akan jaga baby ni sama je..baik dia laki atau perempuan.. cuma sekarang dia agak kuat makan la..saya sentiasa lapar tapi tak larat nak makan sentiasa..bukan banyak pun makanan kat opis ni yang boleh dimakan..kalau rehat kat umah, boleh la juga saya buat air panas, susu + cornflakes, susu dengan honeystar ke..makan nasi putih dengan ikan bilis...potong buah...minus jus dr peti ais....mcm2 la blh mkn..

Kat opis ni dah la toilet jauh..air panas takda..peti ais apatah lagi....menyeksakan okay...dengan loya dan mabuk ni..terpaksa tahankan jugak...tak sabar nak habiskan kelas....nak rehat...nak cuti....waaa....nak duk rumah...... huk huk...


January 26, 2011

Sehat kot..

Officially hari ni saya dah SIHAT sepenuhnyaaaa!! Dah takda batuk2 dan selesema lagi~

Saya demam sejak 2 minggu lepas.... tp mcm datang2. Kjap2 rasa panas..kejap2 rasa sejuk..kejap rasa ok, kejap rasa pening sangat2...kejap rasa mabuk.. siap pakej la dengan batuk dan selsema..meleret2 sampai 2 minggu.

Yang anehnya, slalu kalau saya demam saya kurang makan..tapi kali ni makan dengan sangat byk! Asik2 lapar. asik2 rasa lapar. Pastu tak leh tidur malam..2 minggu demam tu, 2 minggu tu jugak susah nk tidur. Kalau ada hubby takpa jugak, ni dia jauh...takda orang nak jaga kalau sakit malam2..huhu.. Agak seksa la kan..sebab sem ni saya banyak kelas pagi. Jadi sangat letih bila di ofis..


Bila dah gitu, pelbagai andaian la jugak datang bertalu2..

"Along, jgn makan panadol tu! Ni sakit2 ni buatnya ada isi cmna?"
"Huhu..dah tu klau tak mkn ubat cmna nk baik, mak... =( "

"Eh..ko gi check aa dy..mana tau ntah2.."
"Hm..nnt la gi check.."


"Dy ko gi klinik tak check?
"Dah. doktor kata ok"
"Tu hari pertama demam..this week ni gi la lagi..nnt takut ko mkn ubat membahayakan baby..klau ada la kan..ihik"
"huhu..haa yelah..nnt org gi"


Sudahnya mmg saya tak makan ubat pun selamat dua minggu tu. Tapi klinik, tak jugak pegi2. Hehe. Cuma 3 hari yang pertama demam tu je makan ubat. Saya minum air ECPI dan makan buah je. Tu pun bila agak2 kurang air je mula la rasa tak sedap badan.

Tambahan semua kelas saya pagi. Memang agak letih bila mengajar dengan batuk dan selesema tu. Malas nak amik cuti sbb nak menggantinya tu lagi seksa dari menahan demam. Huh. Jadi selalu lepas kelas tu bila tak larat sangat mula la saya baring je atas meja....

Tapi lepas 2 minggu bila dah rasa tak sangat tak selesa dengan rasa seram sejuk je badan. Saya pun plan, pegi je la klinik..

Takutt sebenarnya...

Then hari sabtu minggu lepas bagi meleraikan segala kemelut. Saya gi klinik minta consultation doktor dan klau blh nak minta ubat yang kurangkan pening. Then buatla testing skali... End up..takda apa2.. Heee~ =D

If ia positif..saya tak nak jauh dengan hubby macam ni.....


August 18, 2010

Kebaikan Berbekam

Kalau sebelum ni saya pernah cuba buat bekam lintah, kali ni saya nak citer skit pasal bekam darah dan bekam angin.

Saya start buat bekam tahun ni. Itu pun atas paksaan ayah sebab saya selalu mengadu sengal belakang dan pening kepala. Salah satu sebab ialah kipas berdiri betul2 berada belakang saya. huhu. Sejuk angin kipas tu bukan macam sejuk aircond yang sekata tapi lebih tajam n menyucuk-nyucuk. Tak percaya? meh esk korang tutup aircond pastu hala kipas tepi muka hari2 selama seminggu! Tak pasang kipas, berpeluh-peluh pulak. Ntah bila la pegawai office saya nak take action pasal service kepada pekerja2 nya ni. Dah 4 bulan kot..

Bekam darah .(sumber)




Okay, lantak aa kisah aircond yang tak sudah tu. Berbalik pada bekam. Saya cuba dengan pakcik kawan ayah gk. Dekat dengan taman. Dia ada amik kursus berbekam dan kat umah dia siap dengan machine dan keperluan berbekam. Cuba dia tak buat secara komersial. Dia buat service utk kenalan rapat je. Jadi bayaran yang di ambil pun murah je. Asal saya bekam sebab untuk lancarkan perjalanan darah dan saya selalu migrain.


Bekam angin (sumber)

Tak sakit sangat la compare tu kena amik darah kat spital. huhu. Lepas buat bekam memang rasa lega sangat.Selain massage, saja cuba teknik lain. Jarum dia pn kecik2 je. Dia cucuk tak sampai pada salur darah. Jadi darah yang keluar adalah darah kotor. Tapi make sure orang yang buat tu berkebolehan dan tahu kat mana point utk sakit kita. Jangan selamba buat sendiri kat umah.

Yang boleh buat sendiri tu bekam angin je. Jadi meh kita citer skit pasal bekam ni.Saya biasa buat bekam darah sebab lebih lega. Tapi takda la buat banyak2 mcm dlm gambar. Buat sikit je. Menumpang time ayah n emak pegi. Heheee~ (Takut sebenarnya.. =P)


Dari mana datang idea berbekam (cupping therapy - english) ni?

Terdapat hadits Shahih Al Bukhari dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi Saw, bahawa beliau bersabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

Kesembuhan itu ada 3 hal, yaitu dalam pisau hijamah, meminumkan madu dan pengobatan dengan besi panas, dan aku melarang ummatku melakukan pengobatan dengan besi panas.”

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

Sesungguhnya cara perubatan yang paling baik bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection)".

Pada hadits lain termuat : ”Lakukanlah olehmu Hijamah pada rongga kuduk, karena akan menyembuhkan 72 penyakit.


Jadi apa tu berbekam?

Dalam bahasa arab, Hijamah bererti membuang dara. Secara praktikalnya teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. Toksid / toksin adalah endapan racun / zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin – toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, zat penaik, penyedap rasa, pemanis, pestisida sayuran dan lain-lain.


Kenapa perlu berbekam?

Berbekam boleh menghilangkan berbagai macam penyakit (dengan amalan berterusan). Rasullulah SAW mengisyaratkan ada 72 macam penyakit yang dapat disembuhkan dengan jalan berbekam, seperti: Asam urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, stroke, sakit gigi, vertigo, sinusitis, jerawat, sembelit, wasir, impotensi, wasir, kencing manis, liver, ginjal, pengapuran dan lain lain

Jika terdapat terlalu banyak toxid balam tubuh, ini akan menyebabkan penyumbatan darah, dimana system darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menggangu kesihatan baik fizikal dan mental sesorang. Akibatnya orang tersebut akan terasa malas, murung, sering mengeluh,kurang sihat,mudah bosan,mudah mengantuk dan selalu terasa tertekan, dll. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, akan mengakibatkan pesakit terganggu emosinya sehingga perlu mendapat rawatan jiwa.


Bila waktu yang digalakkan berbekam darah?
  • 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.
  • Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.
  • Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.


Bila waktu yang tidak digalakkan berbekam?
  • Setiap hari RABU kerana hari tersebut turunnya penyakit kusta.


Larangan-larangan sebelum berbekam (smbg Kebaikan Berbekam II..)


August 17, 2010

Semoga Sembuh!

Hari ni selepas 3 hari adik saya Ain msuk hospital, dia dibenarkan keluar. (yeay!) But not fully recovered. Sebab? Ward terlalu penuh, sampai ada patient baru masuk terpaksa duduk atas kerusi sandar sementara tunggu patient lain discharge. Dan mungkin doktor percaya mak saya boleh jaga n wat treatment sendiri kat rumah since mak saya kan nurse. =D


4 hari lepas (Jumaat)..
Adik saya balik umah dari UiTM Melaka dengan kawan dia. Sampai rumah dia ngadu pening kepala dan rasa tak sihat. Bila mak rasa badan. hah! panas macam pegang cerek panas! Mak paksa dia batal puasa walaupun dah tengahari. Berkeras dia tak nak minum air. Akhirnya dia dah tak larat, dia makan juga ubat.

3 hari lepas (Sabtu)..
Bawa gi hospital (locum) doktor bagi ubat and amik darah. Suspected denggi tapi masih tahap rendah. Dia suh minum air banyak. Tapi Ain tak leh makan/minum. Semua muntah smula. Minum air je muntah. Ah..sudah. cmna nk makan ubat?


2 hari lepas (Ahad)
Pagi2 lagi mak bawa gi klinik kesihatan. repeat amik darah lg untuk compare result. tekanan darah dia makin turun, komposisi kuman dlm badan makin naik. Panas badan tak surut. Terus doktor proceed warded! Diorang bawa guna ambulance. Saya suggest nk bawa nek kete sndri since mmg bawa keta td tp tak dibenarkan sbb kes agak serius.


Ain tengah tunggu turn jumpa doktor ;)

Mak ikut ambulance, saya n angah drive ke hospital dan singgah kedai roti jap beli mknn sikit utk ain. tengahari kami sempat melawat ain sekejap. tgk apa yg patut. kami nak balik tu ain sedihhh jee..huhu.. "takpa ain..nnt ktorang datang ptg k =)"

Mak (tudung merah) sempat lagi borak dengan kawan2 lama dia. Sekarang mak kat klinik pakar 2, jadi bila jmpa kawan2 lama. Borak smpai lupa kejap anak sakit.hehehe.

Selepas waktu melawat kami sempat tgk langsir =P (huuu..sempat. abis bila lagi? ni pun byk kedai dh tak amik tempahan tau!) Dalam masa 2 jam kami solat, pastu pulun pilih langsir dan terus tempah. kami tempah kat nagoya carefour. hehe. boleh tahan murah la. layanan pun best! =D

pukul 430pm kami ke hospital smula lawat ain. kami berbuka di rumah atuk je ptg tu. takleh buka kat spital sbb nurse tak bagi melawat lebih pukul 7.


Semalam (Isnin)..
Doktor confirm adik saya demam denggi. mmg kalau ikut pandangan orang, kawasan perumahan kami (tmn sri sulong) ialah black area denggi. org kena denggi silih berganti. fogging hampir every week since last 2 months. Tapi sbb adik saya dh demam sebelum dia balik umah. jadi kes ni di hantar ke hospital melaka.

Sempat lagi cuba nak buat 'peace' tu..haha. Rehat2 k ainun~

Ain merayu nak balik. dia pressure duk sana. muka pn sedih je. kejap2 amik darah. satu hari lebih 5 kali amik darah. Saya urut satu badan dia..smpai angin keluar. baru leh sendawa. lega skit. Saya paksa dia buat exercise jari, tangan, gerak2 keliling supaya badan dia tak stiff sgt.

malam tu saya call dia,"ain nak balik esok tak? haa..kalau nak balik esk buat cara nak balik. jgn sedih2. gerak badan, mnum ecpi 1 botol bsar mlm ni. niat sihat. faham?" konon2 marah. haha.


Hari ni.. (Selasa)
mak call, "along! ain dah balik ya!" hehe..
best2~ walaupun dia tak fully recover dari demam tapi sekurang-kurangnya, dia dah keluar dari tahap yg memerlukan pemerhatian doktor 24 hours. skrg just kena maintain makan ubat dan minum air je. yeay! boleh buli dia kat umah~ (^_^)

okay semua, nyanyi lagu, "i want to move it, move it..i want to move it, move it.. i want to exercise!"


July 14, 2010

Manusia Aneh

 Within 10 weeks after event…
Saya sentiasa dihantui panggilan yang bertanya khabar daripada customer mengenai bayaran. Saya seriously tak tau apa patut cakap sebab saya dah setelkan documentation 3 bulan lepas. Apa yang saya boleh cakap hanya, Tunggu lagi 2 minggu..tunggu lagi 2 minggu… Minggu ke 10, staff tu kata semua dah setel.

Who's calling?

Minggu ke-12 after event..

March 29, 2010

One Week Marathon

Update! Update!

Lebih seminggu saya tak update..sorry..huhu..banyak benda berlaku..so let's hear FEW updates..hehe.

22/3/2010 - Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, KL

Berikutan dengan bingkai spec yang patah aritu, hari2 yang saya lalui semakin kabur.. Agak terseksa sbnrnya, sebab pening dan tak kenal orang sangat. Tapi di sebalik derita tu ada bahagianya jugak. Ramai lak puji cantik.. [bangga kejap] hahahaha!

Okay, balik citer hari Isnin, saya ke KL bersama beberapa wakil pensyarah ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2010. Actually saya bukan wakil utama, tapi sebab menggantikan orang. Klau orang tu tak suh ganti pun kalau perlu saya nak merayu pada Kak Huda supaya bawa saya.Hehe. Pesta Buku okaaayyy...saya mmg giler dah lama nak pergi ke pesta buku cmtu! :D

Suasana sangat best, sangat banyak pilihan buku dan semuanya MURAH2! Cuma yang membataskan perjalanan saya adalah sebab saya tak nampak.huhu.Jadi bila terlalu ramai orang, saya jadi pening.. Pening2 pun saya sempat capai beberapa majalah, 1 novel, 1 kamus besta (dr fadzlee tu) dan 3 buku2 ilmiah. RM400 habis kat situ je! =D Tapi Kamus besta tu mmg agak berbaloi. Harga biasa RM498, tapi kat situ dia offer RM298! Best kan? ;)


23/3/2010 - Demam...

Saya RASA saya demam..tp doktor kata "Awak tak demam.."
Mula kuar mata ikan (ulser) kat bibir..mata saya merah dan mengecil..kepala pening..tapi doktor kata tak demam? Ye..mmg badan tak panas..tp saya RASA saya demam.. =(

Mengajar dengan penuh rasa malas...


24/3/2010 - Btul2 demam..

Check doktor di klinik skali lagi..kali ni dia bagi MC dan paracetamol SHJ. Dengan tanya soalan2 pelik. Msuk bilik rawatan, mcm biasa dia tnya, "Sakit apa?" (doktor sekarang mmg pelik..ptut dia yang check dan bgtau kita sakit apa..tapi dia tanya kita lak..huhu)

Saya: Rasa mcam demam..pening kepala..panas dalam kot..
Doktor/MA: Penat jaga anak yaa...
Saya: (Apa dia merepek ni??) Jaga anak apa..saya takda anak.
Doktor: Oh..puan penat sangat kot..
Saya: Saya belum kawin la (Pertama kali doktor tnyna soalan mcm ni dalam seumur hidup saya.Cis!) Ni pun dah lmbt pegi klinik sbb takda org nak hantar.
Doktor: Oh ya ke. Nape tak suruh abg hantar..abg sayang...
Saya: Dah, takda kaitan abg dgn demam saya. Saya takda abg.
Doktor: Ala..len kali cari la abg supaya dia leh hntar awk gi klinik.
Saya: Huh. Saya nak MC. Saya tak keja arini.

Saya malas nak jwb lepas tu. Ingt ada kekasih untuk hantar klinik je ke..huh! Kekasih org jauh la kerepek!

Tapi malam tu mak tak puas hati dengan doktor kerepek tadi, sebab badan saya mula kuar bintik2 merah serata badan! huhu..gatal tak terhingga! Tapi demi menjaga kulit badan agar tak calar..terpaksa menahan garu macam nak pengsan..huhu.. Mak bawa gi hospital.

Doktor kata saya allergi KOT. Jadi dia bagi ubat gatal dan injection. Banyak lak tu dia inject, doktor pertama kata 100 dos, tapi doktor kedua bagi 200 dos. Mungkin sebab saya kata.. "Doktor buatla camna skali pun doktor asal saya boleh baik secepat mungkin..saya ada program penting sabtu ni..(smbil buat muka sedih)"


25/3/2010 - Warded

Masih demam dan bintik2 merah semakin teruk! Sekali lagi pegi hospital. Kali ni doktor kata saya suspek denggi lak! Lepas check darah, dia kata saya terpaksa dimasukkan ke wad malam tu jugak! Saya dah gelabah..aahhhh sudaah...

Saya: Doktor,bila paling awal boleh keluar dari wad ya?
Doktor: Klau darah awk stable smula..esk (Jumaat) dah leh kuar =)
Saya: Most probably?
Doktor: Saya jangka awk kuar hari Ahad atau Isnin..

Waaa...


26/3/2010 - Makin teruk..

Bintik2 merah semakin banyak especially di muka. Mata makin kecil dan merah. Bibir abis merekah. Plg merisaukan..doktor tak dapat identify sakit apa sebab suma simptom2 sakit saya tak msuk langsung dengan denggi. Daripada elok2 semalam dia pasang kelambu, hari ni dia buka. Nak kata allergi? pun bukan sebab badan saya tak respon dengan ubat allergi yang diorang bagi. Nak kata campak? pun bukan sebab langsung takda mata. Merah2 tu suma dalam kulit.

Aaahh...saya dah risau camna nak jumpa kekasih ujung minggu niiiii... Sebab sure lambat kuar ward selagi doktor tak dapat identify, dia takleh nak bagi ubat..dan tangan sentiasa msuk air.. Dah tak comey nak jumpa kekasih..huhu..

Malam tu saya minum air mineral sebanyak mungkin..abis 2 botol 1.5ml tu. Majalah kata, klau minum air banyak denggi/campak/allergi or whatever sakit cepat baik.. Dah pastu asik gi toilet jee..haha. lantak..yang penting cepat baik..


27/3/2010 - Beransur pulih

Bangun pagi rasa gatal dah kurang.. (^_^) Pagi tu 3 kali gak doktor datang check dan 2 kali amik darah. The best thing to hear..dalam tengah hari gitu..doktor pakar datang dan cakap, "Sorry to tell u that kami masih belum tau awk sakit apa. Tapi since demam awak dah baik, kami benarkan awk pulang. Tapi lagi sebulan awk kena datang smula untuk tahu result SLE"

Hari ni birthday saya. My present is discharged from hospital. (^_^)

Hari tu jugak kekasih hati saya datang. Yiiii~~ Pagi tu saya mandi setelah 3 hari tak mandi. Itu pun sebenarnya doktor tak kasi mandi sebab kalau mandi merah2 tu naik. Tapi saya mandi jugak sebab taknak la jumpa orang tersayang dengan tak mandi.yeewww...

Wlaupun terpaksa jumpa kekasih hati dengan keadaan yang sangat tak comey dengan bekas2 merah kat muka suma, tapi suka sangat bila dia datang ^^

Saya dapat hadiah teddy bear yang tekan perut kuar bunyik =P

Related Posts with Thumbnails