May 4, 2010

Pop-up Handmade Greeting Card!

Dulu masa zaman sekolah, suka buat handmade card utk kawan-kawan especially time besday diorng. Tapi of course la tak semua orang dapat. Biasa orang tu slalu buat saya happy dan bila ada mood nak buat kad.hehe. Kata orang, handmade card ni special. Tapi ntahla. saya boleh kira dengan jari siapa je yang saya bagi handmade card.

Dulu masa zaman sekolah tingkatan 4 saya pernah bagi handmade kad pada seorang lelaki ni. Saya pun tak sure saya 'suka' dia ke tak but one thing for sure saya suka tengok dia. Dia sangat comel! hehe. wlaupun takda la suka in term of cinta pun.

Kad ni saya buat sikit2. satu hari skit. dan biasanya bila tengah malam after study atau time bila roomate takda. sbb diorng sangat kenal mamat ni. nnt jd gosip lak. i dont like. saya nak bg kat dia senyap2. besday dia 6 august. seingat saya 2 bulan awal saya start buat skit2. sampailah akhirnya siap dan saya bagi kat dia.

mula-mula plan nak buat simple je. sbb pikir, 'ala..dia bukan special pun'. tapi ntah kenapa setiap kali buat ada je idea menarik dan setiap kali buat kad tu,sedih2 saya suma hilang dan asyik sangat. adalah 2 3 draf yang saya buang sebab tak cantik. Saya cakap kat dia saya buat guna bahan terpakai sebab nak jimat. Padahal kos kad tu lagi mahal daripada beli siap.haha. (dah bagi dia baru saya kira balik kos. =P) Sebab actually saya xcukup bahan, jadi saya beli marker baru,kilat2,kertas warna, pen kaler2, gunting corak.

lastly tanpa saya sangka, birthday kad tu adalah pop-up handmade kad saya yang pertama! ^_^ Bukanla pandai sangat pun buat pop-up kad tapi ada beberapa kali pegi kedai buku ternampak buku kraftangan yang ajar cmna nak buat pop-up kad,nak beli tak mampu. Jadi ingatla skit2 caranya. beberapa kali juga buat tak jadi.hihi. (pulun gila..haha)

walaupun lelaki tu bukanla jenis yang creative sangat dan saya tak expect dia untuk hargai kad tu. tapi saya sangat puas hati dan suka sangat bila nampak dia senyum dpt kad tu ^_^. So far takda sorang pun kawan-kawan saya yang tau saya bagi kad tu pada dia even bestfriend saya. Tapi saya tak pasti dia bagitau dengan siapa lagi. Sebab tak nak orang gosip. Bukan cinta dia pun,suka je tengok dia. ^_^


Tapi sekarang dah ada macam-macam design pop-up, boleh tempah online lagi Cantik tak kad-kad ni?

Saya dapat design cantik-cantik ni dari azlina-lin.blogspot.com


Ni antara kad-kad yang paaaaaling saya suka!

Just For You Card

Wedding Card

Custom Birthday Card

Ada banyak lagi kad-kad yang cantik dari blog Lin ni. Boleh pilih dari design yang sedia ada atau tempah.  Kalau la masa zaman saya kat mersing dulu ada design-design macam ni. Tentu2 tak payah susah payah buat kad berbulan-bulan.hehe.

Kalaula kad tu ada lagi, teringin nak tengok kad yang saya buat tu. Ntah macam mana rupa ntah. dan tak sangka sangat. After kami grad mrsm, kami mula ala-ala bercinta. dan tak sangka jugak. akhirnya dia ajak saya tunang. dan tak sabar rasanya nak berkahwin~ la la la~


10 comments:

nanad said...

sweetnyer :)
nk try jugakla wat kad ntok si dy .. mne tau end-up btunang jugak mcm sis amanda ... ehe ;)

RanumSetia said...

hemm..tak lama dah tu..la ni cerita pasal greeting card, lepas ni agaknya tentu cerita pasal kahwin, kan cik amanda kan..hehehe..

Amanda Eltiqaz said...

nanad: hehe. cuba la cuba lah! mesti dia suka~ ^^


cik ranum: haha. cik ranummmmmm....ngada tau!

pakcikLie said...

amanda, sweet memory...halamak dah teringat masa buat hantaran sendiri...tangan keras pon jadik jgak..

Amanda Eltiqaz said...

pakcikLie:
Waah...tu lagi sweet~ rasanya si dia tak usik kot gubahan hantaran..takut jd tikus membaiki labu lak..hehe

raptorarena said...

oh..rasanya ada bukti yg lelaki itu masih simpan lagi kad2 tersebut kan ;-)

raptorarena said...

oh..rasanya ada bukti yg lelaki itu masih simpan lagi kad2 tersebut kan ;-)

Inspirasi Puisi said...
This comment has been removed by the author.
Noor Azlina Abdul Samad K. said...

Such a sweet story....tak sangka kan...because of a card, that was made from the heart, finally he is now your sweetheart! hehe! How sweet! I wish the same thing can happen to me one day...hehehe....thank you for showcasing my work here too! Appreciate it a lot dear! ;)

Amanda Eltiqaz said...

azlina: i love ur handmade card~ sy smpat promote pd kwn2

Related Posts with Thumbnails