Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

June 4, 2011

Libido?

I am 16 week pregnant!! (^_^)

Sangat happy dan sangat excited, despite of lack of sleep and quickly exhausted, saya sangat seronok sebab tiap2 hari nampak muka hubby, klau tetiba terasa nak peluk, toleh je dia ada. Hee..

Yelah, dulu sedih tak hengat sebab nak tunggu seminggu tu..bagai seabad lamanya..huuu..

Suatu malam Isnin selepas dinner, saya dengan excited nya bukak website psal pregnancy. "Ayang..apa jadi kat baby kita minggu ni ya?" Saya check setiap malam isnin sbb saya nye first checkup dulu ari Isnin, jadi mcm seronok nak tau perkembangan setiap minggu pada hari Isnin.

"Cuba la buka, ayang baca saya dengar =D" Sambil duduk sebelah saya dan selak surat khabar.

Saya pn explain la satu2, tapi takda la baca mcm budak tadika, sy amik keypoint je. Setiap point kami seronok. ^^ Then sampai satu paragraph ni saya baca tapi tak dpt nak faham sangat...

Spotlight on Increased Libido at 16 Weeks PregnantSpotlight on Increased Libido
16 Weeks Pregnant
In the second trimester, your husband or partner may be pleasantly surprised by the sudden change in libido. Since you're feeling better, you may notice an increased desire to be intimate.

Some pregnant women describe lovemaking as more pleasurable. This is due to increased blood flow to your private parts, causing heightened sensation during relations. You may also find making love more enjoyable due to your sensitive breasts and more sensitive vagina. On the other hand, other women find that intimacy in pregnancy is uncomfortable.

Always talk to your partner about how you feel. If you don't want to have sexual intercourse, you can still remain intimate in other ways – such as cuddling and kissing.
Credit from: http://www.womenshealthcaretopics.com/pregnancy_week_16.htm


"Ayang..libido tu apa? Saya tak penah jumpa abdomen pempuan nama libido pun..?" Sambil saya baca berulang kali nak fahamkan ayat tu.

"Err..libido eh..hm..libido ni macam..camna saya nak citer kat ayang ek.." Dia dok pk dengan muka kerut2.. "Hm..takpala..ayang baca la kat wikipedia tu..saya pun tak tau nak ckp cmna.."

Libido refers to a person's sex drive or desire for sexual activity. The desire for sex is an aspect of a person's sexuality, but varies enormously from one person to another, and it also varies depending on circumstances at a particular time

Credit: http://en.wikipedia.org/wiki/Libido


"Oooohhhh...okaaayyy....hihihihi...ayang tau la maksudnya ni? hihihi..." Muka dh blushing (^_~)

"Tahu..." Sambil buat2 baca surat khabar tapi tersenyum..hihi..

Sorry la..kolot skit.. =P

May 18, 2011

Majlis Khatam Quran

Dalam keadaan mabuk+loya ni saya masih sempat join majlis khatam quran di rumah atuk belah hubby. Ya kwn2, kuat tak kuat semangat, nak tak nak kena pergi jugak kan. Tp of course la semangat lagi kuat bila berada di samping hubby tersayang..hehe. Cuba suh pegi shopping sorang2..kalau dulu ya la seronok, sekarang tak nak maknanya.

Actually majlis tu dah lama plan sejak sebelum saya pregnant lagi, meaning the day after we married. Plannya atuk nak sambut dua2 menantu di kampung dan memperkenalkan menantu-kepada-cucu (hehe..susah lak nak explain) kepada seluuuuuruh penduduk kampung.. cucu-menantu sulung la katakan.. :P

Tapi kalau setakat buat kenduri biasa macam tak menarik, jadi makcik2 menambahkan rasa memberi cadangan untuk membuat majlis khatam quran skali utk cucu2 atuk yang lain. Mana sangka kan pengantin dah bunting..hehe.

Nak tak nak, saya terpaksa menyarungkan baju yang saya tempah sebelum kahwin dulu. Haaa...boleh bayangkan camna sempitnya baju tu? Saiz baju tu sama saiz dengan baju nikah saya. Cuma lain kaler je. Cutting suma sama, mmg ikut shape takda kesian pnya lah.

Bila saya nak sarung, adoyai...punya la susah sebab baju dh sempit..perut pun sempit. Nak buka apatah lagi. Menahan nafas je la sepanjang majlis tu. Orang sibuk baca, dalam saya membaca sempat juga kunyah gula2 nak kurangkan rasa mabuk.

Jom tgk gambar..hehe.

menahan mabuk.. 
Ni waktu majlis khatam quran, yang khatam depan tu, yang 3 orang blakang tu cuma hiasan je.hihi. Tengah mabuk gak time ni, tu yang pegang perut.. :P

cousins~

hubby selaku jurukamera~ ^^

hubby & abg lan

Dengan akak~ (rmai org kata mcm adik beradik tp kami sbnrnya adik beradik ipar hehe)


Menantu dan ibu bapa mertua~

Hee... ^^



December 29, 2010

Bercuti Bersama~

Saya akan record semua yang terjadi dalam diari hidupku~ ^^

Pertama kali dapat berjalan-jalan bersama hubby DAN overnight di mana je DAN balik lewat malam sesuka hati adalah sangat seronok okaayy..! hehe.

Saya mula bercuti LAGI since isnin last week sehingga esok. Hari Khamis baru naik office smula.

Since last monday, sepanjang hari bekerja saya berbahagia je di rumah. Dapat jugakla berangan jadi surirumah sepenuh masa.eceh! Pagi2 siap2 kan baju dan pakaian utk, then siapkan air panas utk dia. Bila dia balik kerja sediakan air panas dan goreng2 (klau rajin =P)  Malam tgk tv sesama, dating kat shopping mall sesama. hehe. suka suka suka~

On weekend saya hubby dan kawan2 dia on trip to Perak. Majlis kahwin kawan rapat hubby masa di kolej dulu. Actually kami bertolak hari Jumaat dan singgah di KL dulu. Kami bermalam di rumah sedara dia di Salak Selatan. Malam tu takda ke mana2 sangat pun, just hang out dengan abg lan dan bakal kakak ipar =D

Pagi2 Sabtu saya, hubby dan rakan-rakannya berkumpul di tol Sg Buluh sebelum bertolak ke Perak. Semua mereka adalah orang KL. Kami je la yang dari Johor. Hm..agak aneh di situ sebab SEMUA yang nak pergi tu actually tak tau pun jalan ke rumah member diorng yang nak kahwin ni. Apatah kami yang buta jalan. Jadi dengan berbekalkan GPS handphone Nokia X6 saya (agak teruja bila baru tau yang handphone saya ada GPS percuma dan baru tau cmna nk guna masa on the way nak ke KL ituari. hehe) kami dengan penuh keyakinan bergantung harap sepenuhnya pada GPS. Tak pasal2 kami me'lead' perjalanan tersebut walaupun sebenarnya, alamat member hubby ni tak keluar pun pada map, kami men redah je letak daerah dia. haha.

Budak2 palap mmg confident. Bak kata kawan dia, "Alah..kita pergi je sampai Perak...sampai sana nnt kita ikut instinct la.."

Atas beberapa masalah teknikal, kami terpaksa lalu jalan dalam. Jadi perjalanan kami jadi super lambat dek kerana hujan dan jalan yang berliku-liku. Dan nak jadikan drama, pada hari itu kami (saya, hubby, dan kwn hubby dlm keta yang sma) menjadi saksi utama accident yang berlaku DEPAN mata kami. Sebuah kereta wira yang tiba-tiba hilang kawalan. Selepas kereta tu melempar ke kiri dan kanan dengan laju, ia terus melambung dan  tegak pada kedudukan pukul 12 pastu terbalik dan terhumban dalam parit tepi jalan raya. Nervousnya saya Tuhan je yang tau. Nak call ambulance n polis pun saya gigil2. Nasib  parit tu berair dan tanah lembut. Cerita lanjut di sini.

Kami teruskan perjalanan..dengan hujan renyai2 tu..kami lebih berhati-hati..

Kami pulang ke KL pada hari itu jugak. Tiba di KL lebih kurang pukul 830 malam. Selepas berehat seketika di rumah sedara hubby tu,kamiy, abg lan dan kak fatiha bercadang utk menziarah ke rumah sedara sorang lagi di Shah Alam. Memang kebiasaan kan bagi pengantin baru untuk melawat rumah sedara mara. Balik dari rumah makcik tu kami tak terus pulang, abg lan bawa kami berjalan ke I-City. Yuhuuuu~~~

Saya memang teringin sangat nak pegi I-City tu! Taman yang penuh dengan lampu-lampu yang cantik. Pelbagai bentuk pokok dan haiwan diukir dengan lampu yang berwarna-warni. Sangat cantik! Dan since kami dah jadi husband n wife..seriusly..ni la pertama kali kami berjalan waktu malam dengan rasa super seronok sangat tanpa rasa risau, susah hati atau rasa serba salah. hehe.

Puas round dan rasa penat baru terasa nak tengok jam. Hah?? pukul 3 pagi dah???! Tapi orang masih ramai kat situ. Takda pun unsur2 pukul 3 pagi macam kat Batu Pahat. Dengan nenek, anak kecik, mak orang, bapak orang, foreigners...semua ada. Couple jgn cakap la..berlambak.. Apa orang KL mmg tak tidur malam ke? Aneh... Kami pun pulang dengan rasa enjoy sangat. Hilang segala penat siang tadi ^_^

Ahad pagi, kami bertolak pulang dari KL, tapi kami tak terus pulang, saya dan hubby rasa macam nak tidur hotel la. hehe. Jadi kami singgah di Port Dickson. Oleh kerana kami tak booking pun, men redah je. Jadi tak banyak bilik seperti yang kami inginkan available. Setelah survey beberapa hotel, akhirnya dapat jugak. Our priority is dapat tengok pantai yang cantik dan ada aktiviti pantai. Petang tu jalan2 pantai, duduk di gerai makanan smbil tunggu sunset. Sangat cantik.... =)

Malam tu hubby ada program khas. Dia nak tengok bola, Malaysia vs Indonesia. Walaupun mulanya saya macam bosan...tapi tak sangka..itu adalah pertama kali seumur hidup saya suka sangat tengok bola. Tengok bola dengan hubby mmg best! Daripada tak paham satu hape pun game tu, dia explain satu2 dari corak permainan sampailah nama2 pemain dan positionnya. Dan in the end, kami sama2 bersorak kejayaan Malaysia. Tahniah Malaysia!! Hm...not bad bola ni ek. ^^ Oh ya, kami tengok kat bilik hotel jek sebab dia ada siaran langsung dari TV1. Hee~

Malam ni kita tengok sama2 ya Indonesia vs Malaysia. =D

Tengahari Isnin tu kami check-out dari hotel dan bertolak ke Johor. Tapi tak terus balik pun. Kami bercadang nak menyinggah lagi.

Hubby: Apakata kita pergi Zoo Melaka, nak tak?
Saya: Zoo? Kenapa kita nak pergi zoo? Taman Rama-Rama pun ok jugak. dekat2 situ je..hehe
Hubby: Zoo Melaka saya tak penah pergi lagi. Cam best je. Saya suka tengok haiwan2 ni. (dengan muka teruja)
Saya: Ohh..ha..boleh je! Jom!

Jadi kami ke Zoo Melaka. Aneh tapi benar. Haha. Masa awal2 dulu pun kami dating kat Zoo Taiping. Kemudian kami ke Zoo Johor Bahru. Jadi kami ada misi untuk pergi semua Zoo di Malaysia ni bersama2. haha.

Puas bergambar dan mengajuk haiwan, akhirnya kami pun terus pulang ke Johor Bahru. Agak haiwan2 tu pun pelik. Siapa yang patut duduk dalam sangkar ni agaknya. Kami ke mereka. Hehe. Sampai JB dah pukul 10pm. Kemas2 barang skit, pastu hubby dah pening kepala. Saya jaram kepala dia pastu dia terus lena.

Tiba-tiba..
Pukul 330 pagi dia bingkas bangun. Rupanya nak tengok bola. Ceh! Terus hilang pening tadi. Orang penat2 terus jela tdur, dia boleh lagi bangun semata-mata nak tengok bola.  Game: Arsenal vs Chelsea.

December 15, 2010

Why I Need to go to Work?

Kenaaaapa saya kena gi keja? Kenapa ek? Aiih...

Ada lagi 4 minggu sblm masuk semester baru. Start 14.12.2010 (Selasa) saya dah kena msuk keja semula sbb cuti dah tamat..aiih..sedih kan.

Bkn sedih sangat pun kena gi keja. Tapi sebab kena berjauhan dengan hubby..huhu.. Ngengada kan..dulu masa couple n tunang takda kisah sangat pun jumpa sebulan sekali je..ni baru 2 hari berpisah dah sebak macam kena berpisah bertahun.. =( 

(Rindu seh..emosi gila ni..badan je kat opis..hati ni..tuhan je yang tau.. =P )

Mmg malas sebenarnya nak pergi keja bila hati bkn kat sini. Cuti banyak lagi pun tapi taktau nak wat apa. Nak gi hunnymoon pun dia tak dapat cuti lagi. Kang amik cuti sesaja duk umah bosan pulak sebab siang dia takda..

Nak ikutkan kami plan gi hunnymoon bulan 3 nnt, means after majlis menyambut menantu kat umah pihak lelaki. Advantagenya, kitaorang dapat kumpul duit banyak skit utk plan hunnymoon yang btul2 superb best fantasia punya! Tapi...byk disadvantagenya..

Disadvantagenya , in case saya tak dapat tukar keja lagi dan masih di sini, based on academic kalendar, bulan 3 tu baru je lepas mid exam = tanda paper. Plus ada ISO checking = kena prepare documentation super mantap. Jadi risau gak klau tgh hunnymun asik pk keja. Daaaannn...mengikut perkiraan para ibu yang mahir di opis dan di rumah..saya mungkin..mungkin la kan..klau ada org ketiga..ha cmna? takkan nk bawa 'dia' skali gi hunnymun? tak best la kan..org nk berdua jek..haha. So sgt tak convenient la kan bulan 3 tu actually.

Kalau dapat tukar keja kat jb...alangkah bahagianya rasa..takyah gi hunnymun pun takpa..isk isk.. (sebak la ni konon...)

Okayla..saya nak study cuti kejap, then nak plan apa blh saya buat dengan cuti yang tgl lagi 8 hari ni. :P

Daa~

rindu kot dgn dia ni.  =P

Benci aa duk jejauh...huh...
Macam maaana opismate saya yang jauh dengan husband bertahun2 tu blh jadi super sabar? Aiihh....mungkin saya pun kena jadi extreme sabar... =(


August 16, 2010

Cinta Yang Halal

Last week masa tengah mengecat rumah, saya ada terdengar lagu ni. Seriusly saya sangat tersentuh. Pulun menyalin lirik. Yang saya dapat dia asik ulang for the rest of my life Sebab miss tajuk lagu dia n penyanyinya.

Nasib baik ayah tukar channel, kalau tak, takdanya Hot.fm atau Fly.fm nak main lagu ni..huhu

Hari ni saya cuba cari lirik lagu ni yang hampir2 dengan lirik yg saya salin. Tapi tak sama sangat. Dari Brian McKnight la, Rita la, TAPI kebetulan sungguh kan. Saya visit blog kawan saya dan dia ada review mengenai satu penyanyi Maher Zain. Sumpah saya tak knal langsung siapa Maher Zain ni. huhu.

Sedang membaca tu tetiba ternampak line ni:


"Oh..ntah2 ini kot lagu yang saya cari2 tu..?"

Terus bersungguh-sungguh cari lirik dan lagu.. 
"Yesss....this is the song! Thank you Jijah! Thank you~"

Found at: - FilesTube


Lyric:

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


Bila baca betul2 lirik dia dari husband kepada wife. But I wish I can give this to him. 
Thank you, Allah =)

July 18, 2010

PIKOM PC Fair 2010!!

Okay, ia datang lagi!


PC Fair 2010 ni adalah kali kedua untuk tahun ni. Saya tak pasti tapi pernah ada orang kata PC Fair dibuat 4 kali setahun sejak beberapa tahun ni. Walaupun tak semeriah di tempat lain, tapi yang saya rasa ia sangat2 meriah compare to tahun sebelum2 nya sebab ini pertama kali saya pergi PC Fair dengan kekasih. Wii~ (^_^)

Hari sabtu yang ceria dimulakan dengan kedatangan kekasih ke Batu Pahat. Hm..kali ni dia datang dgn bas jadi saya tunggu dia tiba di rumah atuk je. Tapi sebelum dia sampai tu, saya sempat ke car wash (belakang telekom bersebelahan masjid bandar, dekat2 padang). Bagi saya situ memang the best! Tempat duduk sangat selesa siap ada astro, hasil cucian juga sangat bersih. Harga berpatutan dan ia syarikat MELAYU 100% =D.

Cuma kali ni, demi menyambut kedatangan si dia, saya buat water wax = RM10. Tambah skit dari normal car wash RM11. Jadi total = RM21. Saya pun first time buat. Nak buat yang waxing n polish cm mahal sgt. Hehe.

Ketibaan si dia..
First place kami pergi ke kedai printing: Massive Design & Multimedia. Saja usha design kad kahwin. ^^ Dah banyak kedai gak saya usha sendiri, tapi kebanyakan nya agak mahal tapi ada few friends suggest kedai tu kata murah skit. We pick one for my side, dan dia pun berminat juga dengan beberapa design. Saya mungkin akan tempah next week. Tapi sebab majlis di pihak dia lambat skit. Jadi dia need time utk discuss dengan parents dia. Thanks dear temankan saya~

Next..
Kami straight to BP Mall. PC Fair, we come! Happy sangat sebab kali ni pergi dengan tujuan. Hehe. Kalau takda tujuan biasa dtg pungut flyers, pastu balik tangan kosong. =P

Pacific Mall Batu Pahat

Lepas makan dengan kenyang di MK Restaurant, kami terus survey setiap kedai di PC Fair tu. Planning nak cucuk duit tapi hampa. ATM pertama (area pizza hut) tu rosak. Pastu ATM machine lagi satu dekat pappa roti tu pulak beratur punyala panjang! Cekalkan diri jugala beratur, tapi menambah kekecewaan sampai je kat depan, duit lak takleh keluar. Orang belakang2 pun takleh keluar duit juga. Nak tak nak terpaksala guna duit dia dalam tangan je.

Pendekkan citer, saya dapat external hard disk imation, 320GB percuma! Sebab dia belikan~ =D Saya sangat2 perlukan hard disk tu. Thanks sangat!
External Hard Disk Apollo II 320GB Imation


Dalam packaging tu siap cover dan usb cable. Biasalakan. Beserta lipatan kertas manual yang agak tebal tapi setelah dibuka rupanya instruction nya cuma 1/4 kertas A4, selebihnya tu hanya instruction dalam lebih dari 5 bahasa lain..hehe. Selain tu, kami usha juga beberapa device lain, especially laptop, digicam, dan graphic card baru (dia tgh gila game..hehe)

Then..
Jam baru pukul 5pm. Dah takda apa, kami pun singgah ke rumah atuk. Petang tu parents dia call nak jmpa di Ayer Hitam sebab mereka on de way nak balik kampung jugak. Jadi setengah jam lepas tu kami terus ke Ayer Hitam. Sementara tunggu parents dia sampai kami sempat la beli putu bambu kat tepi jalan tu. hehe.

Ada 6 biji dalam bungkusan ni. Putu bambu sedap! Plus dia belikan juga. hee~


Pastu singgah marrybrown. Kami order ice scoope, milo, dan curly fries with cheese. Saya memang tak suka dengan marrybrown sampai bila2. Ada kisah di sebalik curly cheese dan akak kaunter. huhu..


+



Later..
Lepas parents dia smpai, jumpa sekejap, pastu dia ikut parents balik kampung dan saya pulang ke rumah dengan senyuman~ (^_^)



June 17, 2010

Nak Dengar Lagu Tak?

Suatu petang. Seperti hari2 biasa saya akan buat laporan terkini tentang keadaan semasa seorang gadis. Laporan wajib adalah waktu gadis tu tiba ofis, bila gadis lunch, bila gadis tu balik ofis, dan bila gadis tu tiba rumah. Laporan harus adalah bila gadis tu perlu singgah ke mana-mana. Pendek kata,macam laporan harian la. =P

Cuma petang tu berbeza skit.. gadis tu telefon jejaka tu untuk hantar laporan yang dia dh tiba rumah sambil bertanya khabar. Mengikut perbualan trsebut,jejaka itu masih tersekat dlm kesesakan lalulintas. Masa tu kalau bawa keta 500cc pun dh tak guna. Laporan berakhir dgn senyuman. Off handphone. Jam menunjukkan pukul 715pm.

Selang beberapa minit kemudian...telefon berbunyi lagi..

Jejaka: Ayang..ayang.nak dengar lagu tak?
Gadis: Ye ye..haa..lagu? Boleeehhh...
Jejaka: Kejap eh..kejap eh..
Bunyi radio kjap kuat kjap perlahan..pastu dgr la lagu berkumandang sayup2.. Tetiba..

Jejaka: ♪♫♪♪♪ Hanya kerna kau yang cukup indah  ♪♫ Untuk dimiliki dan untuk dicintai~ ♪♪
Gadis tu terdiam.. 'Dia menyanyi ke?' Dengan suara separa M. Nasir separa Jason Myraz..dia sambung lagi..
Jejaka: ♪♫♪ Ku tahu kau mahu ada di hati  ♪♫  Untuk didampingi untuk disayangi~  ♪♫

Gadis tu hanya mampu tersenyum smbil mendengar tanpa suara... Lagu tu msih lagi kedengaran.. Jejaka asyik menyanyi sambil diiringi muzik di radio yang sayup2... =)

Gadis tu pun asyik mendengar..  Tanpa gadis tu sedar tetiba ada manik2 turun dari mata... 'Eh apa ni?'   ( ish..kesat..kesat..)

Jejaka: Alaa...dah abis lak lagu ni.. Haa..cmna best tak lagu ni? ^^
Gadis: (Diam..) Best ayang menyanyi... =)
Jejaka: Eh..ayang nangis ke? Alala...saya wat salah apa...
Gadis: Eh...takla..saya suka..suka sangat...hehe.. Ayang nyanyi sedap~ ^_^
Jejaka: Best kan lirik dia~ Saya dengar tadi, tetiba terasa nak bagi ayang dengar, tu yang call.hehe
Gadis: Iya? Sy suka..thanks ayang~ Thanks sangat2~  'Keluar lagi manik2 jernih ni..ish..sibuk je org tgh happy2 nak keluar..huhu'

 * * * * *

Selang dua tiga tahun sebelum petang tu... dalam kereta...
Gadis: Eh ayang..best la lagu ni..jom la nyanyi..jom~ =D (sambil menyanyi~    ♪♫♪ )
Jejaka: Tak nak la..saya bukan tau nyanyi pn..
Gadis: Ala..ayang kan tau lagu ni....jom la nyanyi sama... ^_^ (smbg nyanyi   ♪♫♪ )
Jejaka: Malasla..ayang je nyanyi..suara ayang sedap..
Gadis:  Ala..bkn kisah suara sedap..nak ayang nyanyi sama2 je... Ayang nyanyi dengan kawan boleh  =(  (berenti nyanyi..)
Jejaka: Dengan kawan lain.. Ayang je la nyanyi..saya suka dengar ayang nyanyi
Gadis: (senyap..)
* * * * *

Ya..jejaka tu memang susah nak menyanyi. Peti suara berkunci emas. Cuma ada jugak kadang2 dia nyanyi2 kecil dalam keta, tapi kejap2 je. Tapi petang tu, gadis tu terasa macam badan terbang melayang-layang je bila dengar dia menyayi. Macam love cupid terbang2 dalam citer Night At The Museum II pun ada. haha. =P

Sampai hari ni lagu ni masih terngiang-ngiang lagi di telinga. Bukan suara Aliff Satar..tapi suara jejaka tu.. =)



Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com

Lirik: Sini

Sejak kebelakangan ni jejaka tu selalu je buat gadis tu terharu..sangat terharu okaaay! You know what..I know, you don't know..but that,  is just sooo sweet~ ^_^ 

.:: Love stories ::.


May 4, 2010

Pop-up Handmade Greeting Card!

Dulu masa zaman sekolah, suka buat handmade card utk kawan-kawan especially time besday diorng. Tapi of course la tak semua orang dapat. Biasa orang tu slalu buat saya happy dan bila ada mood nak buat kad.hehe. Kata orang, handmade card ni special. Tapi ntahla. saya boleh kira dengan jari siapa je yang saya bagi handmade card.

Dulu masa zaman sekolah tingkatan 4 saya pernah bagi handmade kad pada seorang lelaki ni. Saya pun tak sure saya 'suka' dia ke tak but one thing for sure saya suka tengok dia. Dia sangat comel! hehe. wlaupun takda la suka in term of cinta pun.

Kad ni saya buat sikit2. satu hari skit. dan biasanya bila tengah malam after study atau time bila roomate takda. sbb diorng sangat kenal mamat ni. nnt jd gosip lak. i dont like. saya nak bg kat dia senyap2. besday dia 6 august. seingat saya 2 bulan awal saya start buat skit2. sampailah akhirnya siap dan saya bagi kat dia.

mula-mula plan nak buat simple je. sbb pikir, 'ala..dia bukan special pun'. tapi ntah kenapa setiap kali buat ada je idea menarik dan setiap kali buat kad tu,sedih2 saya suma hilang dan asyik sangat. adalah 2 3 draf yang saya buang sebab tak cantik. Saya cakap kat dia saya buat guna bahan terpakai sebab nak jimat. Padahal kos kad tu lagi mahal daripada beli siap.haha. (dah bagi dia baru saya kira balik kos. =P) Sebab actually saya xcukup bahan, jadi saya beli marker baru,kilat2,kertas warna, pen kaler2, gunting corak.

lastly tanpa saya sangka, birthday kad tu adalah pop-up handmade kad saya yang pertama! ^_^ Bukanla pandai sangat pun buat pop-up kad tapi ada beberapa kali pegi kedai buku ternampak buku kraftangan yang ajar cmna nak buat pop-up kad,nak beli tak mampu. Jadi ingatla skit2 caranya. beberapa kali juga buat tak jadi.hihi. (pulun gila..haha)

walaupun lelaki tu bukanla jenis yang creative sangat dan saya tak expect dia untuk hargai kad tu. tapi saya sangat puas hati dan suka sangat bila nampak dia senyum dpt kad tu ^_^. So far takda sorang pun kawan-kawan saya yang tau saya bagi kad tu pada dia even bestfriend saya. Tapi saya tak pasti dia bagitau dengan siapa lagi. Sebab tak nak orang gosip. Bukan cinta dia pun,suka je tengok dia. ^_^


Tapi sekarang dah ada macam-macam design pop-up, boleh tempah online lagi Cantik tak kad-kad ni?

Saya dapat design cantik-cantik ni dari azlina-lin.blogspot.com


Ni antara kad-kad yang paaaaaling saya suka!

Just For You Card

Wedding Card

Custom Birthday Card

Ada banyak lagi kad-kad yang cantik dari blog Lin ni. Boleh pilih dari design yang sedia ada atau tempah.  Kalau la masa zaman saya kat mersing dulu ada design-design macam ni. Tentu2 tak payah susah payah buat kad berbulan-bulan.hehe.

Kalaula kad tu ada lagi, teringin nak tengok kad yang saya buat tu. Ntah macam mana rupa ntah. dan tak sangka sangat. After kami grad mrsm, kami mula ala-ala bercinta. dan tak sangka jugak. akhirnya dia ajak saya tunang. dan tak sabar rasanya nak berkahwin~ la la la~


May 2, 2010

Festival Layang-Layang 2010

Sambil menyelam minum air ;)

Kisah bermula bila kekasih hati ajak ke JB. Orang nak pergi tapi sebab ada komitment dengan tuisyen,terpaksa tolak.

Sehinggala hari Jumaat, tetiba terasa nak call Pusat Tuisyen:

Saya: Pusat tuisyen F***h ya? Esok tuisyen tak? (ntah kenapa tetiba tanya mmg takda alasan..)
Kerani: Esok semua kelas batal.
Saya: Batal? Kenapa batal? Batal tu maksudnya takda kelas ke?
Kerani: A'ah la. Ntah pengetua kata batal. Eh..awk tak tau ke?
Saya: Oh..takda lak orang inform.Haa.bgus la klau cmtu. Tq ya!

Pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. Terus saya contact kekasih

"Minggu ni saya leh teman awk tengok Ironman..yeeaaa!!!!"
"Hah? Boleh? Awak kata tak boleh?"
"Sebab tuisyen dah cancel minggu ni..hihi"
"Aih...ala..awak cakap last minute, saya dah janji kena standby kerja..."
(standby kerja tu apa? ntah..tak faham)
"Takpa..kita gi jugak tengok Ironman.. =D"


Actually tu la tujuan asal saya ke JB - 1. Jumpa dia   2. Pergi kenduri kahwin (tapi bagitau mak nak pergi kenduri kahwin..hehe)

Tujuan dia ajak saya gi JB - 1. Pergi kenduri kahwin. 2. Tengok Ironman.


Sampai je Larkin,dia ambil saya dan kami bergegas ke Jusco Tebrau konon nak tengok tiket. Actually kami tak sempat nak booking. Sebab dia kata semua FULL. Memang betul pun..SEMUA full setiap slot dari pagi sampai la pukul 1201 tengah malam.huhu. Dan barisan beratur untuk tunggu booking cancel..adalah dalam 50 meter. Sampai keluar wayang area kedai game tu.Kecewa..

Malas nak tunggu. Kami bergegas pulak ke majlis kahwin kawan dia kat area pasir gudang tu. Makan2 sampai kenyang. Pastu barulah boleh berfkir dengan waras..akhirnya kami takda arah tujuan. Tetiba kawan dia yang saing kami ke majlis kahwin tadi kata

Kawan dia: "Zam, gi bukit layang-layang jom"
Dia: "Ha..okay gak. Aku pun nak pegi bukit layang-layang gak"
ntah bila dia bincang dengan saya nak pergi bukit layang-layang tu ntah..hmm...
Kemudian baru dia tengok saya smbil berkata...
Dia: "Kita pergi bukit layang-layang jom ayang, nak?"
Saya: "Bolehh..ada apa situ?"
Dia: "Layang-layang.. ^^"

Akhirnya kami pergi bukit layang-layang. Rupanya situ ada festival layang-layang. Kata kekasih, festival layang-layang ni hanya diadakan setahun sekali je. Mereka akan jemput pemain layang-layang profesional (huh..apakah... ~_~) dari luar negara untuk menunjukkan kemahiran bermain layang-layang. Siap ada Muzium Layang-Layang lagi. 

Gambar dari Festival Layang-layang 2009

Ada pelbagai jenis layang-layang ditunjukan dan pelbagai cara memainkan layang-layang. Sangat seronok! Dengan famili yang bawa anak-anak, jualan ditepi-tepi jalan. Siap ada bentang tikar buat macam picnic sambil tengok anak-anak main layang. Design layang-layang pun bukan macam atuk kat kampung saya buat dulu-dulu. Canggihhhhhh! pasang siap macam pasang besi khemah bulat tu. Ada macam-macam design!

Yang jadi ia bukit layang-layang tu mungkin sebab bukit tu memang strategik untuk main layang-layang. Sentiasa berangin, dan anginnya kuat. Panas terik la macam mana sekalipun..angin nya tetap macam kat tepi pantai Batu Feringghi. ^_^

Hilang kisah tengok Ironman, akhirnya kami tengok Layang-layang Man. Tapi yang musykilnya sampai sudah tak nampak batang hidung pun kawan dia yang ajak dia pergi Bukit Layang-layang tadi..hehe.

Nanti ada gambar saya upload k. ^^



March 31, 2010

Tag: Diriku Dirimu =P

Sorry Rai..dy baru buka blog arini.haha. gila lama lost dari alam maya. =P

Ditag oleh Miss Rai (^_^)


1) Siapakah diri anda di rumah?
> kakak sulong. tapi bila adik2 yang lain semua takda, saya jadi anak bungsu kesayangan parents~ ^^



2) Siapakah diri anda di samping rakan rakan?
> depends siapa rakan saya tu kot..kalau dia jenis banyak cakap..saya jadi pendengar, kalau dia pendiam, saya jadi peramah, kalau dia matured, saya jadi kebudakan, kalau dia keanakan, saya jadi orang yang matured, tapi kalau dia gila-gila, saya pun jadi gila-gila, kalau dia budget cool, saya pun ala-ala cool gak,kalau dia jenis formal, saya pun leh jadi seorang yang formal gak.. =P



3) 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai.
> laptop sendiri
> digital camera
> dinner atas kapal persiaran
> berenang
> kahwin =P



4) Siapakah nama pasangan anda?
Azam bin Hassan. Saya panggil dia 'ayang' =P



5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
> Kelakar
> His smell ^^
> Unpredictable. Jadi saya tak pernah bosan~ =D
> Protective
> Sweet dan romantik (in his unique way)~~


6) Bila tarikh anda couple?
> er..takda tarikh declare... [sila baca entry ni]



7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
> bila ada orang ketiga



8) Lagu tema cinta anda?
> Er...takda jugak..every month akan ada lagu baru dia/saya tujukan untuk dia..



9) Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
> Perubahan? Hurm....er..mungkin tak nak comel sangat kot...nanti pegi kedai makan waiter asik tegur dia comey..bukan saya..haha!


10) Tag 10 rakan yang lain
> RaptorArena
> Miza
> Jijah
> Kak Nik
> Zhu
> Hanis
> Adeq

dan sesapa la yang nak buat. tapi tag link dy balik ya! TQ~ (^_^)

February 22, 2010

Loves in the air~!

Sempena bulan Februari, sempena bulan sale tanpa henti, sempena bulan yang ada smpai 3 hari cuti..saya rasa SAAAAAAANGAAAT gembira.

Jadi, dengan bismillah, saya nak announce, insyallah akhir bulan ni saya akan jadi tunangan orang.. ^^ Another stage in a relationship.yii~~! =D

Tahun ni masuk tahun ke-10 perkenalan saya dengan si dia. 10? 1 dekat seh! Tapi nama je 1 dekad. disebabkan kami long distance from the start..and REALLY long distance..jadi membuatkan kami rasa 10 tahun tu bkn lama sangat pun.. =)

Susah? Sedih? Terseksa jiwa raga? hoho.. Yes..definitely..but..it really teach me and him A LOT of experience, loyalty, patience and trustworthy. it give us A LOT of courage also to hold on this relationship until now, especially in time of heart-breaking moments =P

Masa perkenalan dari 2001 - 2010.
2 tahun berkawan ala-ala gaduh
-> masa form 4 & form 5 di mrsm. time ni cinta tak berputik pun lg. tapi dia dh mula gatal kot.haha. mcm teman tapi mesra gitu.

2 tahun berkenalan hati ke hati 
-> first year kat universiti. mula2 berhubung melalui email, pastu sembunyik2 guna telefon rumah.hihi. jumpa setahun 2 kali je time balik cuti sem. tu pun sekejap je. plg lama 3 jam. =P

2 tahun macam mesra ala-ala baru bercinta
-> tahun ketiga di universiti. time ni baaaanyak dugaan.. biasala adat orang bercinta. mesti ada ribut taufan punya. then bila dapat tmpt praktikal yang jarak 2 jam dengan tempat dia. sangat hepi! boleh kuar 2 kali sebulan. baru tahu rasa orang bercinta cmna.haha. tapi..masih tak tahu mana arah tuju relationship kami ni..just go with the flow~

2 tahun ni macam cinta sangat ala-ala confident la kunun. 
-> time ni saya dan dia dah masuk alam pekerjaan.. Wlaupun actually dah boleh kuar seminggu sekali, tapi kami limit, jumpa 1 kali sebulan. Time ni cam dah nampak sikit la the real man inside him. klau tak risau gak dengan perangai kanak2 dia tu. saya kanak2 takpa. la la la~ =P

Dan dalam pada 2 tahun ni jugak, tanpa kami sedar, kami dah mula planning untuk future yg mana dalam bercinta 6 tahun tu tak masing2 tak bukak mulut pun psal future planning.. Yelah..orang len bercinta kita pun nak cinta gak.hehe.

Anniversary? Declaration?


nope. kami takda declaration date. hihi. suma cam tetiba. mula berkawan dengan 'saya' 'awak', then tetiba satu hari dia tukar panggilan jd 'dear', then saya pun, "eh..tukar dah..? hm..okay~" pastu lama skit, dia tukar lg jd 'syg', saya pun, "eh..sy dh jd syg dia la..hehe. okay~" then lama skit dia tukar lagi (agak2 dh rmai sangat org yang dia panggil 'syg' agaknya..) jadi yang lebih special..dan aneh2 juga! haha. and saya? Okay je~~ ^^

So senang kata, our relationship evolution bergantung pada panggilan yang dia beri untuk saya. Dia tak tanya saya setuju ke tak, dan saya tak meminta apa2. Bila tiba masanya, hati dah ready, masing2 faham sendiri. Susah nak tau? Agak aa...dia pun bukan jenis yang senang tangkap hint. tu yang jadi bertahun..jauh lagi =P

Walaubagaimanapun..(ayat skema skeeett) saya harap kita akan berkekalan~ ^^
Our first and never ending love~ oh yeaah~ 


February 7, 2010

Wedding Aqeen

Sabtu lepas (6 Feb 2010) rakan2 sek men tigs termasuk saya sekali lg reunion di umah Aqeen pada hari perkahwinnannya. Last wedding yang saya ikut sama + reunion ramai2 adalah wedding chep (Sharifah Nur: pengacara Nasi Lemak Kopi 'O TV9).

Chep & Me

Walaupun majlis Aqeen agak simple, tapi kemeriahan bersama kawan mmg seronok!

Pg2 lagi saya dh bersiap sbb plan dengan member nak dtg awal utk majlis nikah nya pukul 10am. Tp terlewat jugak, saya dari umah pukul 10am, then smpai bandar 20min lepas tu. Singgah kat Hyundai Service Center (sempat lagi hntr service keta..hehe =P) Then Aman amik saya kat service center tu.

Next,ktorng rushing ke kedai kek untuk amikkan kek Aqeen di Kedai Noys berderet dengan Celcom Center, Bukit Pasir. Kek 3 tingkat, klau tak silap kek yang plg bawah tu adalah jugak dalam 3 or 4 kilo kot! Tiba nya rumah Aqeen, dia dah siap nikah dah..hihu...

Tahniah Hamim & Aqeen!

Pastu sempat saya dan Aman escape kejap untuk beli hadiah.hehe. Kami beli yang besaaaar punya! Dan sempat jugak saya singgah beberapa kedai utk tgk2 brg2 preparation majlis saya akhir bln ni ^^

Pada pagi tu jugak, dalam rancangan Nasi Lemak Kopi 'O, Sharifah Nur turut mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk Aqeen kerana dia tak dapat hadir pada majlis ni. Sweet~

Nasi Lemak Kopi O, TV9




February 3, 2010

Febuary Sayang~

Sempena Valentines ni..ramai sure ramai couples yang tak sabar2 nak celebrate.

Sweet~ ^^


Tapii..bukan sebab Valentine tu, tapi mungkin ia merupakan tarikh2 special buat sesetengah orang ;) For this year,mungkin lebih ramai yang akan celebrate 14 Feb sebab ia adalah Chinese New Year dan holiday~!

Saya tak kisah Chinese New Year tu tapi yang saya kisah adalah price-cut in every shop dan its HOLIDAY! Apa lagi, time ni la nak amik kesempatan beli barang keperluan rumah dengan harga rendah dan handbag dan baju dan kasut dan...er..okay cukup.. ^^

Selain tu mungkin jugak ada sesetengah couple akan amik kesempatan tarikh tu yang kebetulan holiday utk buat majlis. Contohnya pakcik saya yang bakal berkahwin buat kali kedua pada tarikh itu setelah kematian isteri 4 tahun yang lalu. Harapan smoga isteri baru akan dapat menjaga suma makan minum dan kperluan diri memandangkan anak2 semakin membesar dan tinggal jauh. Tahniah untuk pakcik~ =)

Untuk Aqeen, tahniah utk majlis perkahwinan awk 6hb Feb nnt. Pinkies' on the way~~ ^^

Pasangan lain macam mana? Senang kata, bulan 2 kali ni insyallah bakal memberi banyak kebahagiaan buat ramai pasangan yang saya kenal. Tahniah jugak buat suma yang ada majlis2 len ;)

January 9, 2010

New Semester!




Bermula nya semester baru kali ni memang sangat berharap dapat pelajar yang lebih baik. At least improve from previous semester. Same goes to me la kan. Harap boleh jadi SAAAAAAAANGAT PENYABAR berbanding kesabaran sebelumnya2.

Lepas 2 tahun keja ni, apa org belajar psal student ni. Setiap batch(kemasukan baru) dia akan ada satu persamaan yang nyata despite of variation of attitude and IQ.

Masa saya mula2 mengajar dulu (end of 2007), kebanyakan student batch tu adalah yang agak out-spoken,mesra alam dengan pensyarah) but at the same time,saaangat hormat pensyarah. We can be friends but at the same time msih rasa dihormati. Most of them adalah gila-gila (in terms of giving ideas and response to our teaching in class) but not in a rude way. Dan mereka msih boleh keep in touch with lecturers here until now.



Next batch blh dikatakan glamorous batch. Baik lelaki baik perempuan sangat suka bergaya dan tarik perhatian pensyarah. Yang lelaki gaya rambut bagai pelakon korea, yang perempuan gaya cakap macam Sharpay dalam High School Musical. Academic - half2. half are veryyyyy good, dan half are just okay..

Then next batch, most of the students adalah agak pendiam, tak se'aktif' pelajar2 before tapi majority of them are quite good in academic. Group ni sangat kurang respond to our teaching in class. Blh kata separuh semester tu saya cuba cari macam2 cara utk dapatkan attention diorng, sbb klau tak, saya tak tau samada diorng faham atau tak apa yg saya ajar. Klau faham pun diam, tak faham pun diam, ntah2 nak tnya pun tak tau apa yg diorng nak tanya. =P Buuuttt...they can stil respect the lecturers.Sangat helpful.^^

New batch - HAPPENING! but lack of attitude. lack of respect. very brave in expressing thier feeling tapi agak rude sumtimes. very talkative - caaakap je tak tentu masa, org tgh mengajar pun msih nak bercakap kosong. academic..hurm...majority are okay..just okay.. Tapi masih dapat rasa suasana hormat kpd lecturer skit2..

Next batch (Julai 2008) - the most violent, rude, NO respect to lecturers, and NO motivation in study. huh. << majority of them. yang okay dan msih sihat hati dan nurani tu sangat sikit.Mereka mcam gara masakan, sikit tapi sangat menyenangkan hati lecturers, sbb mereka la lecturer msih boleh tahan sabar.

The truth is. Saya saaaaangat tak kisah kalau student tu tak pandai. Sebab saya tau, tu la tujuan dia dtg kolej tu, nak belajar kan. Dan saya tak expect suma orang akan faham apa yang saya ajar sbb penerimaan dan cara belajar setiap org berbeza wlaupn impianya sama. Cuma saya memang sangat geram dgn student yang pemalas + kurang ajar. Baik dia tak pandai + pemalas atau pandai + pemalas..dua2 adalah penyakit. Pelajar mcm ni dulunya sorang dua je utk setiap kelas. Tapi last batch penyakit tu mungkin dh merebak.. Hampir 80% ada penyakit ni. Haaih.. =(

Perjalanan students2 ni umpama perjalanan dari Batu Pahat ke KL. Ada yg naik keta, ada yg naik motor, ada yg naik flight dan mungkin ada yg jalan kaki. Suma akan sampai cuma cepat atau lambat je bergantung pada cara/kenderaan mereka. Jadi my challenge is to make sure, mereka suma akan sampai ke destinasi dalam kadar masa yg lebih kurang sama..by showing them the BEST WAY to understand all chapters then, the rest are up to them whether to accept it or not ;)

Whatever it is....Just hope for the best in this new semester and new year! =)

December 17, 2009

Love NEW!

Heh. Tak tau nak bagi tajuk apa. Minggu ni minggu kedua di tempat duduk baru. Hee =D

Banyak benda baru sejak kebelakangan ni. Is new good? Yes,this NEW is good~ ^^ Bila byk benda baru, rasa macam pegi tempat baru. Smangat pun baru. Mood baru. Hopefully next year status baru. Hihi!

Mula dengan officemate pindah sbb dapat offer master. Sure dia seronok gile. Dahla dpat sambung master, gaji jalan, klau rezeki ada dapat sponsor MARA lg. Tp..kami sedih la sbb takda sifu network kat sini. Borak2 psal benda merepek, komputer, blogging, macam2 la (byk merepek lg kot..haha)

Then dapat pindah tempat baru~ Dapat je news Kak Jiha nak pindah, awal2 lagi dh cop tmpat dia. ^^ Tmpat duduk lama sy sgt bosan..dh la dekat dgn dua2 pintu..klau student kuar masuk rmai2 kat situ, mesti bising.tension je. Tmpt baru ni sgt selesa dan nak mekap2 pun senang ^^ (ni klau performance keja tak naik tak tau la..hihi =P)

Lepas 2 tahun, tetiba terasa nak buat new arrangement kat bilik tdur. Deco! Deco! Deco! Setelah mereka beberapa pelan dan perabot yg kena kuar dan kena beli, akhirnya esk akan mula projek mengubahsuai bilik, yiiii~~ Bukan byk pun skit2 je. Tapi sbb bilik tu sempit dan barang sgt byk, mmg leceh aa klau nak tukar2 tmpat perabot2 tu. Mana tak nya, barang saya sejak sekolah menengah pun ada lagi. Sayang nak buang =P

Dapat jam tangan baru! >> Solvil Titus (sama tak dengan Solvil et Titus? ntah..ada kata sama, ada kata lain)
Setelah beberapa lama teringin nak ada jam baru (lihat post ni) akhrnya impian kesampaian~ Ala..bkn takleh nak beli sendiri, mengada je nak tunggu orang bagi,baru ada sentimental value ;) Shape mmg exactly mcm yg saya nak,bentuk segiempat =P


 Tadaaa~ tp tak nampak sangat la..silau.. =P


Azam saya tahun 2010: hurm...sama mcam tahun lepas, nak ada Azam yang sama sampai bila2 ;)



December 14, 2009

One week..

Banyak benda berlaku sepanjang minggu lepas..tak sempat nak update. Walaupun agak outdated, tak kisah la kan.. ;)


1. Staff Day: 5.12.09 - 6.12.09

Staff Day ni every end of year akan dibuat. Macam tahun ni buat di Port Dickson (seperti biasa la kan.hehe) Tapi kali ni buat di Ancasa Suite Resort.

Overall adalah best! Aktiviti, hadiah, dan arrangement better than last year. (^_^)




2. Atuk sedara meninggal dunia 7.12.09

Berita kematian dapat pada pg subuh, tapi sbb jenazah belum sampai, jadi saya pergi juga kerja pg tu dan plan utk amik 2 hours leave ptgnya. Tapi pukul 2pm lebih tu sanak saudara dh ramai yg berkumpul di rumah saya. Serba salah jugak jdnya.jd trpaksa balik awl.



3. Atuk kandung sblh ibu meninggal dunia 8.12.09

Antara datuk yang agak rapat. Panggil Tok Ya (nama penuh Zakaria). Dia dh sakit tua lama..tapi masih boleh bergerak dan solat penuh sehari. Tapi sakitnya makin teruk 3 minggu sblm dia meninggal. Dalam 3 minggu tu juga dia duduk di ICU. Nak cerita keadaan dia mmg sedih. Tapi sbb mmg hrap dia akan sembuh.Sehari sebelum dia meninggal dia dimasukkan ke wad biasa sbb doktor kata pernafasan dia makin ok.

Tp pada 8.12.09 tepat jam 315pm, bila mak sy call beritahu "Along..atuk dh takda..." Saya mmg tak dpt nak tahan sedih lg dh. Ptg tu juga sy ke hospital. Nenek dah balik dulu sbb nak kemas rumah dan sediakan tempat utk letak jenazah. Sy cuma tlg mak uruskan documentation pengebumian atuk di hospital.

Malam tu ramai saudara mara bermalam bersama jenazah di rumah nenek sam. Jenazah atuk ya selama dikebumikan pada keesokan harinya. Selama 3 hari, bermula hari tu dan 3 seterusnya tu juga saya dan mak bermalam di rumah atuk untuk menguruskan majlis tahlil. Lepas ni, tak dpat la jmpa nenek sam selalu lg. Sbb dia akan ikut makcik balik ke KL. Jadi org KL dh dia.hehe.

Smoga rohnya dicucuri rahmat.. Aminn..



4. Jumpa kekasih 13.12.09

Setelah sebulan setengah tak jumpa akhirnya dapat jugak jumpa si dia wlaupun hanya utk 3 jam je. Cuma, perjumpaan kali ni tak mcm perjumpaan sblm2 nya. Kali ni saaaangat bermakna. Dh besar rupanya kami ni..hihi. ;)


September 17, 2009

Rayaku rayamu juaaa~

Lagi 2 hari nak raya. Mood raya tu dah berterbangan di sekitar kolej ni termasuk la student dan staff2.

Yang pensyarah2 nya dah pakat amik cuti hari Jumaat, jd student pn cuti hari Jumaat demi menghormati sambutan Syawal (ececeh...yela sangat..haha) Tapi yg menjadi kemusyikilan sy smpi hari ni (khamis) bangunan kolej ni dah jadi mcm padang jarak padang terkukur...kur kur.. Sungguhpun namanya kolej, tp yg tgl hanya staff-staff serta beberapa keping student yg dipaksa dtg oleh pensyarah2 yang berdedikasi nk ngajar jugak.hoho~

Saya kunun antara yg berdedikasi tu la. Sbb takda masa la nk ganti2 after raya nnt. Byk lg keja lain yg lebih berfaedah blh dibuat daripada sibuk mengganti kelas yg tak sudah. Lalu sy telah mewajibkan pelajar saya dtg jugak..

Dengan harapan yg tinggi..sy telah ke kelas..tp tetiba terasa kena kilat lak. Student 4 org jek? 4 org je ke?

"Tak dulik..saya nk ajar jugak..sape tak datang kira absent.."

Suasana sunyi...empat2 pelajar tu tgk saya..smbil tunggu episod seterusnya..

"U all tak balik kmpung ke?"

"miss kata nk buat kelas..ktrng dtg la..kita nk blajar apa ek miss?" (dengan wajah ceria..huhu..terharu..)


saya dah blank tgk 4 org jek. Klau diorng ni mcm zman saya study dulu takpa gk. wlaupun tak dtg reti gk nk study sndri. Diorng ni kang, dh la tak dtg..naik2 je next class sedap2 mulut je ckp, "Tak faham laaa misssssss..." Mmg sabar tahap dewa dewi je laa time tu. Bila tenung muka mereka2 ni. saya tak jadi nk ngajar.

"Okla..today we'll discuss ur mid. For those who get below than D, pls submit correction..FULL correction.."

Okay..sudah yg tu. Masuk satu lagi kelas. Kali rmai gak..adalah lebih 10 org. Pun sama, sy discuss paper mid. Muka masing2 dah mcm budak darjah 1 baru blajar puasa..huh. Sblm abis kelas seperti biasa..wishing raya and bebel skit: "Don't drink n drive..even sirap"

Tetiba..tadaaaa.... "Miss..nah..ni parents sy bagi.. =)"



Oh..so sweet.. "Waah..thanks a lot...extra marks..hehehe" <- ayat gurau okayyy.. =P Selama saya ngajar ni la first time dapat kuih raya! Sblm2 dapat kad raya dari beberapa org student.. Wlauapapun thanks to all my students yg bagi kad raya DAN kuih raya. (^_^)

September 16, 2009

Jemputan?

Smlm dia call:


raptor: sy dpt kad jemputan kawin ni. diana bima. knal lg?

saya: oh, knal. bila?

raptor: 10hb oktober ni. nak pegi tak?

saya: eh..(teringat sumthing!) saya pn ada jemputan kawin gk 10hb tu! (kalut2 cari kad jemputan) Oh..eh..bkn2..tu rumah pempuan..kita gi umah lelaki la ek. kat bangi je. 17hb. Amir kawin,kwn baik sy dulu,ingt tak? Gajah la..

raptor: er..ingt..

saya: Blh2. kita gi umah diana dulu pastu next week gi umah amir. pastu..bla..bla...bla..



Smlm si dia dpt kad jemputan dari sorang kawan x=mrsm mersing. Sy pn kwn dia gk tapi tak semesra dia dgn diana tu (scandal? hehe) Majlis kawin tu kat Kota Tinggi.

Then kebetulan sy pn dpt kad jemputan gk hari sblm nya. Yg ni kwn baik masa kt UTP dan dia pn knal dengan pasangan ni. Majlis kawin nya kat Bangi.



Plan nak gi dengan dia gak cuma blm sempat nk bgtau lg. Jadi bila dia call tnya psal jemputan tu,sy baru teringat psal plan sy jgak. Maka..saya pun kalut2 bincang trus time tu.. tetiba blank tak tau nk gi cmna.Sbb ktorng tak pernah lg gi KL sndri..


saya: mcm mana ni awk..?

raptor: Ntah... saya call ni sebab nk ckp psal majlis kawin diana,awk lak sibuk ckp psal plan dia =/

saya: Oh..eh..hehe...okla..yg ni kita discuss nnt. Kita discuss pasal nak ke Kota Tinggi dulu k.



Hehe..kesian dia blur2..time tu dia nk bincang psal plan ke Kota Tinggi, tp tak sempat nk ckp apa2 lg org dh ckp bertalu2 psal plan nk ke Bangi. =P

Hm..akhrnya kami setuju nk pegi dua2 tempat tp caranya cmna..tak tau lagi..haha. Kerana? Saya perlu bawa perbincangan ni kepada upper-management lak..iaitu Raja Leham dan Permaisuri Zainon..huhu.



Related Posts with Thumbnails