July 31, 2009

Demam...

Lama tak dpt update. Demam 5 hari.. =(

Last week lepas UiTM Melaka diumumkan tutup, kami skluarga sibuk call adik sy tnya dia nk balik tak. Dia pn dh start demam2 wlaupun kampus UiTM dia tak trlibat dgn penutupan tu. Tp bkn jauh sgt pn 2 tmpt tu. Mula dia tak nak balik sbb kata nk gi kelas lg.

Selang beberapa hari. Bla demam dia dh mula menyerang, siap muntah2, and kwn2 dia pn takut nk jaga. Parents trpaksa amik dia mlm2 tu jugak.

Kmudian, UiTM Penang pulak umumkan penutupannya. Beberapa hari sblm tu adik sy yg blajar kt sana dh call kata demam. Demam truk gk. Kami suh dia balik cepat! Mlm tu jugak dia balik.

Bila ditanya, rupanya dia tak gi jmpa doktor lg kt sana,meaning blm wat saringan H1N1. Kami dh mula risau.. Smpai je kt batu pahat, ayah amik leave sbb nk amik dia. Then trus je bawa dia gi klinik sblm dia menyerang kluarga kami pulak. ish..ish..

Nasib baiiikkkk...dua2 org budak tu diistiharkan demam biasa je. fuuhhh...


Selang 3 hari....
Sy dh rasa tak sedap bdn...

selama 2 hari kepulangan adik2 kesayangan tu, actually sy langsung tak sentuh diorng pn.huhu. sy dh la kurang imunisasi bdn. tak berani weh. tp hari ketiga tgk ain n achik dh mula bgn,dan blh jln2 dlm rumah, sy pn berani la nk pegang,rasa2 dahi suma. Tp mlm tu jugak pening kepala dh. Ingtkan sbb byk sgt tgk muvi. Jd pegi gk keja ari jumaat tu. =p


sejak tu bermula la episod sy demam. selama 5 hari - dari hari jumaat(24/07/09) -> selasa (28/07/09). Tp suara still tak baik lg..huhu.

Lepas sy baik, ayah pulak demam..selang sehari lepas tu, adik bungsu sy pulak demam, selang 2 hari lepas tu..mak sy pulak demam.

Sekarang mak, ayah, dan adik bungsu sy msih blm baik.


Skrg kami di kolej, diWAJIBkan pakai mask. Bg yg pkai spec, agak mnyusahkan la.. tiap kali bernafas, berwap cermin..huhu. mungkin lps ni kena cari cara nk letak wiper kt cermin mata lak. =P


July 21, 2009

Final Paper + Harry Potter

Sesungguhnya sy tak minat bola langsung. Mungkin sbb tak faham knapa diorng beramai2 kejar bola kecik dlm satu padang yg besar. (Mungkin lelaki pn tnya soalan yg sama kot klau tgk girls men bola jaring?) Tp bola jaring kawasan dia kecik.

Ala..bola jaring pn diorng tgk gk, lg klau pkai skirts kan. ;) Mungkin pemain bola sepak kna pkai shorts yg lg pendek? Takda la..lg senang nk berlari kn.. =p

So sy tak kisah pn klau si farah fauzana tu dpt tiket MU ke tak. Dan tak kisah pn Malaysia menang ke tak. Klau menang, "Oh..menang ek? Okay..". Klau kalah,"Oh,kalah? hm..expected"


TAPIIIII....

Sy sungguh kecewa tak dpt jd antara yg terawal tgk citer HARRY POTTER di pawagam! huhu. Sy sudah cuba sedaya upaya utk tgk kekasih gelap sy secepat yg mungkin bersama kekasih sebenar (boleh kah?) tp tak dpt. Perebutan tiket sgt sengit. Seat depan sgt tak best!! Sy blh kena keretakan tengkuk + eye-movement disorder klau amik seat dpn. =(


TAPIIII...

tu tak bermakna sy tak berusaha gigih utk siapkan tgas hakiki sbg pembuat soalan final paper object oriented programming (OOP) dan C++ (first draft). Sy sungguh gigih. Tp atas sbb2 kesihatan yg tak dpt dielakkan + trpaksa kongsi pc dgn adik yg sibuk gk nk buat homework guna tenet, paper tu trdelay skit. Apakan daya...

The good part isss....

Sy happy sbb wlaupun dia minat football, tp dia tak fanatik MU. Jd blh la spend weekend sama2 instead of pegi beli tiket tgk bola kt padang. (^_^) Jd tak perlu la smpai tikam dia sbb balik tgk bola lmbt =P


Sy still happy dpt tgk Public Enemies dgn dia. Well..we did plan to watch 2 movies. Harry Potter & Public Enemies. Klau tak dpt tgk citer sy pn, at least dpt tgk citer yg dia nak =D


Sy happy sbb akhirnya dpt siapkn jugak Final Paper first draft.Lupakan psal format, dh tentu leh buat lg cpat dari tu..hampeh punya kotak2.


Gerhana Matahari!


Yeay!
Esok akan berlaku Gerhana Matahari Separa kt Malaysia. Nasib baik takda kelas. Tak dulik, esk mesti kena kluar nk tgk.

Cuma kali ni kita cuma dpt tgk Gerhana Matahari separuh je. Tu pn mungkin lebih kurang 17%. Tp kira okay la drpd tak dpt tgk langsung kan? ^^




Last org tgk Gerhana Matahari Penuh masa org darjah 4. Masa tu kebetulan tgh waktu subjek sains dan sgt kebetulan jugak masa tu under tajuk Solar Sistem. Jd Cikgu Kuek sedaya upaya mengarahkan kami suma sediakan baldi dan negative filem yg lama utk tgk kejadian tu. Sy yg tak tau cmna rupa bnda tu sgt2 teruja sbb slalu baca dlm ensiklopedia je, tp hari tu dpt tgk sndri mmg sgt teruja!



Tp masa tu seingat sy ia tak sampai 2 min pn. Sangat sekejap.

Tp utk ESOK (22 Julai 2009, Selasa), ia adalah mungkin yg paling lama yg akan berlansgung, selama 4 minit.

Dijangkakan dari pukul 9.04 am - 9.48 am.

Gerhana Matahari Penuh sgt susah nk tgk sbb semua, Matahari, Bulan, dan Bumi mesti berada dalam garisan yg btul. Bulan mesti dalam keadaan fasa penuh. Bayang bulan ada 2 bahagian - umbra (dalam) dan penumbra (luar). Jd bahagian bayang bulan yg mana yg kena kt kita tu la yg menentukan bntuk Gerhana Matahari yg akan kita tgk.

Gerhana Matahari Penuh dijangka akan berlaku di Tanah Besar China, jd tunggula berita esk! (sgt gembiraaaaa~~~)

>> Total Solar Eclips Full Image Here

July 14, 2009

Knapa bukan 30?

Di'TAG' oleh En Hakeem

Ini ada minggu yg letih..can't imagine how will it be during fasting month =((

Ntah knapa rasa mcm soalan2 ni dicipta sndri oleh Hakeem. huhu.

1) Bekas kekasih saya
>> tak pernah ada bekas kekasih. dulu kini selamanya dia En Raptor.

2) Saya sedang mendengar
>> suara org bergaduh kt tv (ayah tgh tgk wrestling)

3) Mungkin saya patut
>> tidur skrg...sbb kelopak mata hampir 'jatuh' =/

4) Saya suka
>> harry potter dan siti nurhaliza

5) Sahabat-sahabat saya
>> adalah sahabat suka dan duka..

6) Saya tak faham
>> bahasa jawa. huhu.

7) Saya kehilangan
>> zaman budak u yg sy inginkan..

8) Ramai yang berkata
>> sy dan si dia cm adik beradik.. =P

9) Cinta itu adalah
>> sabar + percaya

10) Di suatu tempat, seseorang sedang
>> demam.. (si dia)

11) Saya akan cuba
>> beri yg trbaik utk parents dan dia.

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud
>> hingga ke syurga

13) Telefon bimbit saya
>> adalah device yg dibeli khas utk Projek Akhir Tahun. Seb baik dpt A ^^(4 thn dh ek..)

14) Bila saya terjaga
>> sy mesti tgk hp,tgk ada msg dr si dia ke tak. (dh jd habit.huhu)

15) Saya paling meluat
>> driver yg tak bg signal masa belok. rasa nk hon smpi satu dunia dgr.

16) Pesta/parti adalah
>> seronok.=P tp bkn parti tupperware okay...

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui
>> puppy jumpa kt tepi jalan satu ketika dulu. rasa nk bela =p

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
>> bila kawin nnt. =P

19) Hari ini
>> sy puasa

20) Malam ini saya akan
>> tidur awl..sgt ngantuk...

21) Esok pula saya akan
>> wat meeting ko-q dgn student semester 4

22) Saya betul-betul inginkan
>> En Raptor.....

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
>> sy rasa rmbut mkin panjang, tp mata makin kecik. knapa ek?

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan
>> sy suka gi arked permainan dlm pusat membeli belah.

25) Makanan Barat atau Jepun?
>> Barat(KFC n McD sgt sedap!) Mknn jepun tak masak.

26) Bilik yang terang atau gelap?
>> Gelap. Sgt tenang dan trsembunyi.

27) Makanan segera adalah
>> jajan yg sungguh enak

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang
>> "i love u too.."

29) Siapa yang anda ingin tag:
>> nad tunang gajah
>> miza yg suka membebel

July 8, 2009

Kg Bintang

Ada satu kampung kt area kami ni agak special. Memandangkan perjalanan dari umah kami ke sekolah adik -> tmpat keja mak -> tmpat keja sy, agak jauh (lebih kurang 20km) dan mengambil masa lebih kurang 20 - 30 min, juga blh mencapai sehingga 40 min (jika jln sesak), maka sy telah mengambil initiative utk cari 'short cut'.

Dan 'short cut' trsebut adalah melalui kg bintang. melalui perkiraan sy la kan, klau pepagi nk hntr adik sekolah tu, klau lalu jln biasa (peserai) ia akan mengambil masa 30 min trmasuk dgn ekor blakang lori, berehat sbntar di dpn stiap kali budak sekolah melintas (dan kami trpaksa melalui 3 buah sekolah..huhu) dan road blok.. (polis mmg keji...pagi2 lg nk wat road blok, saja nk bg dyana gi keja lmbt.huhu) sy nk cadangkan lps ni diorng wat after pkul 8am, blh?

Kampung Bintang
(Ini peta yg menimbulkan kontroversi di kalangan ofismate. Peta kawin mesti la lg cantik dari ini.huhu.)


Jadi, klau melalui Kg Bintang ni klau ikut perkiraan sy, leh jimat 10 min. hehe. byk tuu.. Klau before ni sy kna kuar umah plg lbt 640am baru leh smpai sekolah adik 715am. Even lmbat 5 minit pn akan menyebabkan adik kena tulis nama kt pintu gate sekolah dia. Tp klau lalu bintang, even kuar umah kul 655am pn, blh tiba sekolah adik plg lmbt 718am. =D

Okay, perkiraan tu suma sy wat ketika mak sy tak keja la. Dulu klau mak ada sama dlm keta, mmg dia bantah sehebatnya, tak nak lalu kawasan kmpg tu.

Sebab:
1) jln raya kg tu sempit. dia plg gelabah bla selisih dgn motor n kereta. klau tgk mak, mcm nk melekat bdn dia dgn seat tu.hehe. tp klau ayah bawa, dia relax jek.

2) dia buat spekulasi sndri kwsn tu byk paku. huhu. mana dia dpt idea ni ntah. tp ada lah 2 org kawan sekerja dia yg stiap kali lalu kwsn tu mesti tayar kena paku. tu nasib diorng la. tp silap besar la org tu bgtau mak sy. mak akan pikir SEMUA keta yg lalu situ akan kena paku.

3) sbb sy yg drive. sbb mak kata takut sy bawa laju. (yelah sy bawa laju sbb nk kejar adik tu msuk sekolah b4 720am )

Tp ada satu hari tu sy nekad, tak bgtau mak yg sy nk lalu kwsn tu. Skit lg smpai simpang sy bg signal n trus masuk. Mak diam n tgk muka sy. Sy ckp, "Kita dh lmbat ni mak, lgpun dgr2 ada roadblok kt dpn sekolah tu". Mak jwb, "Oh.." smbil bersandar kemas dgn seat.

Tp hari tu sy tak bawa laju. Sy bawa relax je. Klau selisih motor sy bawa se'perlahan' yg mungkin. Kt simpang pn pelaaaaaaannnn je. Bawah 50 la kira. Then tgk mak makin selesa...dan akhirnya smpai hujung simpang dia diam tak tegur apa2.

Esoknya..sy lalu lg kawasan tu n buat bnda yg sama selama 3 hari.

Hari keempat, sy sengaja tak lalu situ n lalu jln biasa yg jauh.

Hari kelima, lg beberapa min nk smpai simpang Kg Bintang mak dh ckp, "Along, kita lalu sini je la, jln biasa tu jauh la, sesak, yg ni cepat skit". Sy pn ok je!

Tp sy tak tau mak sedar ke tak, hari2 selepas hari itu...speed sy semakin laju, 60 -70 and dia tak kisah..even bla selisih keta, sy tak tekan brek pn dia nmpk relax je..

Haha. akhirnya sy berjaya convince mak sy, yg lalu kt kwsn tu selamat (insyallah..) dan sy bawa tak la 'laju' mana.

Sekarang, hampir setiap hari sy akan lalu situ utk gi keja. Balik jarang lalu situ sbb mak suka singgah pasar borong peserai tu. ada je bnda yg nk dibeli nya. sy pn tak faham knapa dia tak nak beli sekaliarung.

****************

Di kisah yg len, di kampung bintang juga tgl 3 org rakan baik. mereka menyewa di situ. namun baru2 ni berlaku krisis di mana seorang rakan mereka En H, ingin pindah kerana telah membuat keputusan utk tgl bersama dgn seorang gadis di rumah sewa lain.

perkara ini menimbulkan kesedihan kepada 1 org rakan baik itu, En A. lg seorang rakan baik, En A juga, tak kisah sgt. tetapi, perpindahan itu juga memberi kegembiraan yg amat sgt kpd En H kerana dia bakal tgl dgn seorang gadis. Maka sementara En A sibuk mencari rakan baik yg baru, En H juga sibuk mengemas rumah barunya.

Namun, sy turut bergembira kepada En H kerana bakal melangsungkan perkahwinan dgn gadis trsayang pada 11 July 2009 nnt (^_^).

Mereka juga rakan baik sy~ cuma sy tak tgl bersama mereka la. hehe.

Ni gmbr kenangan mereka.
( Azahari & Sham - yg nk pindah tuu =P )


July 7, 2009

Ulang Tahun Ke-50 Sinar Warisan

Sy sungguh sibuk smlm dgn hari pendaftaran pelajar sesi kedua. Jd arini baru leh update.

Ahad lepas (5/07/09)

Org bawa student kuda kepang dari kelab bayan, utk wat persembahan pada Majlis Ulang Tahun ke-50 Kumpulan Sinar Warisan (dulu Kumpulan Kuda Kepang Sg Nibong).

Seperti yg dijangkakan agak rmai pengunjung yg dtg ke majlis tu. Turut hadir adalah YB Dato Aris, ADUN Semerah dan isteri. Pemberita dari RTM turut dtg utk merakamkan situasi yg agak gilang gemilang tu. hehe.

Penerbit yg dtg tu adalah yg sama yg dh buat rakaman sblm ni >> En Khuzairi dan Lyana. Citer psal shooting sblm ni, ia dh kuar tv1. dlm rancangan "Jari Seni". Kak Ilyana (Mdm Ilyana) dan Zack (Fauzi Sem 4) pn ada! Cuma kami je yg tak dpt nk tgk, tp sy dh minta video tu dr org RTM tu. hehe. Klau nk nnt sy akan bg pd En Azizan ;)

Wlaupun hujan agak lebat smlm, pastu bertukar jd renyai2 sampai ke petang, tapi program tu berlangsung dengan agak meriah =)

Program mula dlm pkl 3pm cmtu dgn ucapan alu-aluan dr VVIP, kemudian diselitkan persembahan selingan yg pertama iaitu silat. Persembahan yg kedua adalah dari Kumpulan Bayan Kolej Poly-Tech MARA (itu kami!!) Pastu diteruskan dengan acara penyampaian hadiah, kmudian diiringi dgn persembahan barongan. Slps itu acara ditutup dgn persembahan tarian zapin.

Yg benarnya penari kuda kepang yg sebenar seramai 4 org tak dpt hadir atas sbb2 trtentu jadi kami trpaksa mengganti dgn penari yg baru. Cuma tak sangka lak latihan selama semalam tu mnjadikan diorng dapat buat persembahan dgn ok, and dpt shooting lg dgn org RTM.hehe.


Wajah2 ceria sblm persembahan


Majlis penyampaian hadiah tu sbnrnya biasa2 je, cuma ia jd luar biasa bla Wak Naim sebut nama... "Nurdyana bt Leham..." sebagai penerima hadiah dr YB.haha. Bestnya rasaa~~ sape rasa tak best bla dpt hadiah yg klau ditempah dr Wak Naim berharga RM200! (^_^)

Selamat dh kat bilik org ^^


Persembahan barongan adalah sangat best! Sy tak pernah tgk persembahan barongan, jd ni first time. Wlaupun agak takut tgk movement diorng, tp sangat best n seronok! =D

Barongan (makhluk aneh) Kg Sg Nibong

Then, after tarian zapin (prsembahan terakhir) org RTM tu panggil sy. Trkejut gk, dia ingt kah sy?? Mmg dia ingt...hm.. sy tersenyum.. =) Then dia request utk shoot tarian kuda kepang dr Kelab Bayan kami. Mula sy ingt dia trsalah org kot mana tau dia ingt budak2 pkai baju tu budak wak naim kan. Rupnya mmg dia nk shoot budak kita pn...hehe. Bangga2. Sy tak msuk tv pn takpa la..asal berbaloi kejang kaki diorng 2 hari tu dpt msuk tv. =D


"Okay nnt ngadap kamera ni..."


Thanks to all my students especially budak penari kuda kepang bayan yg menjadikan program itu berjaya =)


~ Kelab Bayan : Kuda Kepang ~

Hrap2 YB perasan nama kolej tu disebut 2 kali..hehe. Sblm balik tu sempat juga YB tu bersalaman dgn Fauzi.. ^^ Thanks jugak kpd Wak Naim yg menjemput!

Tapi sayang tak sempat nkbergambar dgn YB dan Wak Naim, sbb masing2 sibuk melayan VIP. =(



July 5, 2009

Ichiro??

Ada satu nama, sy dpt dr satu blog yg sy tak knal pn, blog kwn dr kwn dr kwn.

They have a cute baby ANDDDDD their baby has a cuuuuuute (or 'aneh' ?) namee tooo!!

Darwis Ichiro.

But their parents is Malay. I want my baby to have a Japanese name tooo~ (Can i, dear? plss~ =p)

Kawaaiii... (^_^)


July 3, 2009

Ulangtahun Kuda Kepang

Kumpulan Bayan kami a.k.a. Kelab Seni dan Kebudayaan dijemput (ececeh..=P) oleh Wak Naim kuda kepang dari Kumpulan Warisan untuk buat prsembahan di rumah dia kat Sg Nibong, Semerah sempena Majlis Ulangtahun ke-50 kumpulan warisan tu.

Sbnrnya, dia ada je group sendri, tp untuk memeriahkan suasana n menghargai kelab kami yg sentiasa bkerjasama dgn kumpulan kuda kepang dia untuk menjayakan Sukan Mara Semalaysia 2009 yg lepas, dia ajak la kami sama2. (^_^)

Majlis Ulangtahun tu akan diadakan pada 5hb Julai 2009, Ahad, pukul 2.30pm - 5.00pm bertempat di rumah Wak Naim, Kg Sg Nibong, Semerah, Batu Pahat.

Sapa nk tgk, jom la rmai2. Dia jmput rakan2 kolej gk. Tgk persembahan n mkn2 =D

July 2, 2009

Lelong

Smlm sy try explore lelong.com.my. Sy dh ada akaun lelong tu 4 thn yg lalu lg. tp tak pernah beriya nk explore sgt. yg sy tau, bid brg and beli brg.



Cuma suddenly trpikir cmna nk jual brg kt situ sbb slalu gk trperasan ada org jual brg 2nd hand + ngarut2 kt situ tp stil ada gk org beli.

Ingt nk gk jual brg ngarut2, mcm pendrive 2nd hand ke, teddy bear yg dh berlambak dlm bakul kt umah sy tu, rantai/gelang/brooch yg dh xnk tp msih elok -> kt lelong. Klau jual kt luar sure takda org nk beli. Pastu klau buat 'garage sale', malaysia mana tau apa ke benda tu. Lg2 buat kt kmpg. mesti diorg ingt brg buruk kan?(mcm la nk buat..hehe)

Okay2. pendekkan cerita, lepas verified sbg member, verified handphone, email, then dia kata klau nk jd lelonger sejati kena verified ic.

Ok, so sy dgn rela hati pn upload ic, then... tiba2 last step, dia suh msuk duit rm20.Then klau nk jd seller, kna upload header bills. Ok ke ek? Sy takut skit bab2 privacy violation ni. Tp nk sell sumthing gk akan2 dtg.

Sebabnya? Senang. Klau nk pos brg ke, nk amik brg dr pos laju ke, just mnta org pos laju amik brg tu. Then kbnyakan urusan agak senang la. Tak perlu nk kesana kesini sgt. Cuma..yela, kena la capture gmbr n upload, baru org nk beli. Sy sungguh naif bab2 ni.

Dulu ms praktikal yela, sy ala2 pembeli lelong yg agak tegar. =P Tp utk jd seller n kena bg data gitu, takpa ke? Ke mmg cmtu? Ada pernah berlaku apa2 yg tak best tak?

(ni blm bukak store lg..lg byk kena byr =P )


July 1, 2009

New Pendrive!

Akhirnya arini sy 'ter'beli gk pendrive baru. 2GB.

Ha'ah mmg org kata tak berbaloi beli pendrive 2GB sbb pendrive 4GB dgn tmbahan beberapa puluh ringgit dh leh dpt. Tp klau dlm environment pembiakan virus yg begitu critical, pendrive 4GB adalah satu PEMBAZIRAN yg amat. Mmg boleh format, tp brapa byk data akan ilang klau nk kena format stiap kali?

Maka, dgn itu, sy mengambil initiative utk beli yg kecik je. Nk isi pn skadar file .doc yg beberapa ketul je. Dari kom office -> lab -> keliling office -> kursus -> moderation. Just around that circle.

So anything happen, gmbr2 sy yg kiut miut, music best2, coding2 template, encrypted password, n lelain bnda ngarut takkan ilang..SEBAB? suma tu akan disimpan kemas di dalam pendrive 4GB/8GB yg tentunya takkan bertukar tgn. (^_^)

Oleh kerana sy takleh nk amik gmbr n post kt sini, jd ni ada satu gmbr pendrive yg agak sama dgn pendrive org.. Dgn rantainye, bntuk, design, kaler (org nye pink pekat lg.hehe)


Oh ya, pendrive ni akan dijual pd hari Isnin, 6hb Jun 2009 kt KPTM Batu Pahat sempena registration student baru. Mereka kata...

1. Pendrive ni waterproof. Campak dlm air takda apa2. lap2 skit dh leh guna. Wlaupun sy tak pernah lak cmpak pendrive dlm air, tp kagum kan jugakla.. lalu berkata, "Waaah...canggih nya pendrive nii~~"

2. Pendrive ni ada pelbagai bntuk yg kiut miut dan sgt elegant. ada bntuk pen, ada bntuk teddy bear, ada bntuk mcm2 la. Hm..sy takda la kagum sgt, mmg tak minat bntuk gitu. Tp kagum gk sbb susah nk cari bntuk gitu. =P

3. Conclusion. harga dia RM35. Tp sbb design sy nye tu last (dia kata dh takda stok lg.ntah la) Jd dia offer kt sy with special price. ;) So special that I can't mention it here~ =D So sy jnji kt dia nk tlg promote. Ni leh kata promote la kot..haha.

4. Jd sila la beli. =P

----------------------------------

Peringatan: Amanda beli kerana keperluan dan bkn kerana bntuknya yg kiut miut. Tp miut itu satu bonus. hehe. (Time kasih abg kiut~)


Viva for Internship Students

Oh ya, lupa nk update. Smlm (Selasa, 29 Jun 2009) sy n kwn2 diminta jd interviewer utk viva student after praktikal. Terasa dh bsar lak interview org..hikhik. Dulu2 kita kna interview.

Dan sy rasa, spanjang sy jd lecturer ni, bla ingt2 balik tiap kali lepas bg nasihat kt student, tiba2 akan trsedar,

"Eh..mcm sama lak dgn lecturer aku ckp dulu. Terasa cm lecturer la pulak" (Mmg la sy lecturer pn =P )

Apapun, klau nk tgk post yg menarik mengenai interview session kali ni, sila lihat website kwn saya >> Raifana.

Happy reading~ ;)

Related Posts with Thumbnails