Showing posts with label Clothes. Show all posts
Showing posts with label Clothes. Show all posts

May 26, 2011

Blouse and Dress

Susah nak cari baju mengandung. Klau dah bulat betul lain citer, ni separa bulat. Baju kurung je muat, kain suma dah tak muat..isk isk..

Free2 ni survey2 jugak baju n sluar mengandung, sebab blm berkesempatan nak tempah baju kurung. Dah mula enakkk perut~~

Last 2 days saya shopping baju dgn hubby. Agak susah nak pilih yg comel dan murah..tp sbb dah malas nk jln2 sgt..cepat penat lak. So kami bercadang terus ke Jusco Tebrau, ada nurse klinik bgtau yang situ ada section untuk maternity clothes yang cantik.

Round punya round, akhirnya ketemu juak.. Tak dapat nak amik gambar pun sbb time tu excited sangat! haha. Seluar mengandung sangat unik! Ia ada getah kat depan perut yang leh membesar dan blh resize. hehe. Mula2 tak tau nak guna tali ubahsuai tu, dah pilih sluar semua longgar tapi bila test2, rupanya blh resize. Hehe

Rupa sluar saya lebih kurang mcm dalam gambar ni:

Credit to: http://butik-mydreams.fotopages.com

Saya amik 2 helai, satu warna peach mcm gambar seluar ketiga tu, satu lg warna hitam. =D

Pastu amik sehelai blouse ala2 t-shirt untuk buat jalan. Sebab blouse yang ada suma dah kecik2.. huhu sedih... Gambar ia lebih kurang macam ni:

Credit to: http://www.nurturedfamily.com

Tapi amik saiz S je la..sbb kecik lagi. Tu pun brand Scarlet, klau brand Scarlet tau la kan, saiz S dia besar mana..lebih dr standard Malaysian. Baju tu ada tali, jadi tali tu ikat abis aa kat pinggang. Nnt gemuk skit baru lawa pkai..hii.

Then arini saja survey online pulak, mana tau leh order online, tak yah nak gerak2 pilih baju..ada few sites yang saya suka design baju dia, tapi yang paling buat saya teruja adalah site ni: Muslimah Couture Online Boutique Yang ni link facebook dia, link site dia: http://www.muslimahcouture.com.my/

Cuba tgk sample baju-baju dia kat bawah ni:

Click to enlarge

Click to enlarge

Click to enlarge

Click to enlarge

Super cantik2 kan?! Ada banyak lagi yang cantik2, korang leh gi link facebook dia. Tapiii....walaupun saya sangat teruja, saya tak leh pakai lagi buat masa ni, just hope after bersalin lagi design yang cantik2 ni masih ada atau..lebih cantik..heee~

Site lain yang best untuk baju ibu mengandung dan baby>>

♥ http://www.armaya.com.my
♥ http://butik-mydreams.fotopages.com
♥ http://www.monstyle-shop.com
♥ http://www.urbankids.com.my

Mungkin kawan-kawan saya yang lain selaku ibu-ibu yang ada site lain klau boleh letak la link site lain, mana tau dapat membantu saya ibu baru yang masih terkapai-kapai cari pakaian yang sesuai.

**Nota sayang: Baby saya dah 3 bulan 3 minggu~~! (^_^)

December 17, 2010

Fesyen

Sebab dah jadi isteri ni saya ada fikir beberapa possibiliti mengenai fesyen. Saya mungkin kena tukar fesyen skit ikut kesesuaian environment para isteri kawan2 husband OR saya boleh kekalkan fesyen zaman remaja saya OR saya tukar just mengikut status saya sbg isteri dia.

Saja survey beberapa blog..

Semasa proses pembacaan tu..saya jumpa gambar2 ni. Hehe. Just for sharing. ;)

Credit to: Bujang Susah

Fesyen macam ni biasa gak nampak. Lepas kahwin ni saya mmg trfikir utk pakai lebih banyak baju ala2 dress daripada t-Shirt. Tapi mungkin takda la kot nak pakai legging ni. Just jeans je kot.


Tapi yang macam ni...huhu...tidak la sama skali... =(

Credit to: Bujang Susah
Mungkin dia ingt dia pakai sluar tight warna kulit tak nampak sangat, tapi bila basah smpai nampak camtu..ish..serupa tak pakai apa2 kot...huk huk..

Kata ustaz, lepas kahwin, dosa kita suami tanggung..kalau blh tak nak la dia tanggung banyak2 kan..sian dia. Jadi mana yang kita leh jaga, kita cubala jaga..btul tak? =)


January 5, 2010

Eh..sama lah!

Di suatu petang yang hening, berlaku la perbualan yang agak kelakar..


Amanda: Eh, milah (bkn nama sebenar) baju awak sama la dengan baju dy! Sebijik!

Milah: A'ah..dah tau. Pernah nampak Dy pakai..

Amanda: Eh iya?

Kedengaran gelak ketawa rakan2 yang mmg kuang asam sungguh. Plg kuang asam Kak Dila la (bkn nama sebenar jugak) Isshhhh...sabar je la...

Kak Dila: Haha..hah..dyana mesti dah tak nak pakai baju tu lagi lepas ni.haha!

Amanda: Ish...yelah..klau dah tau ada org baju sama tak kan nak pakai baju yang sama depan org tu.hehe.


Aiih...bengang btul. Kurang lagi satu baju kurung yang plg org suka tahun ni. Kenapa tak nak pkai je?? Bkn kisah pun kan? Kain tu kan dtg bergulung2. Rmai lagi akan beli kain tu utk buat baju. Dan kenapa kau nak bengang sangat? Aiiihhh...meh org listkan kenapa..

1. Sebaaabbb tu adalah baju kurung yang berbunga2! Klau baju t-shirt sama kaler tapi plain, takda orang perasan pun. Bila berbunga dan corak beserta manik beserta kain pun sama..tentunya2 jadi bahan tauuu...huhu..

2. Sebab saya kerja sebagai pensyarah. Let's say ada 2 org pensyarah pkai baju yang sama, pastu student perasan. Tak rasa macam..macam..aneh tak? =P Mcm pakai baju kendarat (waitress masa kenduri kawin tu) takpun mcm 2 orang maid indon kerja under satu employer dan kena pkai baju sama. Hoho..

3. Lagi satu sbb environment kerja kat sini ala-ala gomen,atau senang kata..environment yang agak mementingkan penampilan (wlaupun sy tak ikut sgt.huhu..) jadi even kita tukar gelang baru yang kjap nmpak kjap tak nampak dek trselindung dengan baju, puuunnnn orang blh perasan. Ni apatah lagi baju..

Klau company private, mungkin diorang tak heran pun klau terserempak dgn member2 yang pkai blouse/t-shirt yang sama masa lalu lalang sebab mungkin sluar or tudung diorng akan berbeza,and klau ada coat yang kaler len je,penampilan diorng dah leh jadi len. Klau baju kurung? confirm2 set baju n kain sama.

4. Sebab peristiwa persamaan baju dgn orang2 di sini merupakan insiden KETIGA. (Ketiga okaaay...)sejak saya menjejakkan kaki di kolej ini. Jadi setiap tahun ada je baju saya yang sama dgn student or staff. Sedih taaaakkkkk....huhu..

5. Jadi bila dah lebih 3 baju kurung kesayangan takleh pakai..maka bertambah kurang la baju keja saya..dan ia adalah satu PEMBAZIRAN sbb tujuan utama buat baju tu adalah untuk pakai waktu mengajar, bkn utk ke majlis kawin, atau dinner, atau ke pasar. (okay adik2..sedia k untuk amik baju ni haha.)

6. Dan last..sebab sekarang bukan zaman /high school/kolej/uni yang ada consept BFF (best friend forever) yang apa je fesyen yang dipakai nak sama..design pun nak sama. Dulu2 blh la..bila jalan BFF je baju klau blh nak kaler sama,fesyen kasut pun nak sama, handbag pun nak design yang sama. Skrg working time, lagi lain, lagi menarik ;)


Apapun tak leh nak buat apa. Logically mmg akan ada orang yang pakai corak kain yang sama sbb tentu2 ia datang bergulung2 dan diedarkan diserata duniaaa. Tapii...kenapala mesti bertemu di satu kawasan yang kecil ini (~_~)

Bila pikir on the positive side, ada la reason nak cakap kat mak beli baju baru~ yeay! ^^





Related Posts with Thumbnails