March 22, 2011

Mari Masuk Kolej~

Esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar SPM 2010. Jeng jeng jeng~~

Maka secara rasminya..semua lecturer kolej saya 'dijemput' untuk hadir ke sekolah2 dan menawarkan program lepasan SPM kepada anak2 setahun jagung itu. Dengan harapan tiada seorang pun dari mereka akan ketinggalan utk mendapatkan ilmu pada peringkat pengajian tinggi..

Mana tau ada result yang tak cukup syarat utk memasuki universiti mengikut course yang diminati. Mana tau kita ada sumthing yang diorng mahu, kan. Kadang2 ada juga parents yang tak nak anak diorng pergi jauh2, nak duk dekat batu pahat je, dan satu-satunya kolej terbaik yang batu pahat boleh offer adalah KPTM (selepas UTHM la kan..hehe) walaupun anak diorng bagus2.

So apa yang ditunggu lagi? Marilah ke KPTM! =D

Pelajar kolej kami juga boleh mendapat bantuan pinjaman bersyarat dari MARA selain mendapat jaminan melanjutkan pelajaran ke peringkat degree kemana-mana universiti yang dikenali seperti UiTM, UniKL, UTM, UTP atau ke luar negara (tajaan MARA)

Esk saya akan ke 2 sekolah, Simpang Renggam dan Kluang. Hope diorng semua mendapat result yang baik dan berminat untuk masuk ke kolej kami. ^^

So..see me there my future students! Smoga semua mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat hadiah yang best dr parents.hehehe.


March 21, 2011

Nak tidur...huk huk

Dekat seminggu ni sangat susah nak tdur/rehat..bkn sbb mimpi ngeri atau banyak kerja..tapi ada banyak sebab

Satu - sakit2 da belakang ni..huhu...Terpusing-pusing nk cari posisi yg sesuai nk tdur tapi tetap tak selesa.. =( Susahnyaa...nak meniarap rasa senak perut pulak.

Dua - Kaki pun dh mula lenguh yang amat. Mungkin kena beli kasut baru kot. Yang leper skit..walaupun sangat tak bergaya, tapi terpaksa okay.. Kulit betis dh pecah2 rasa..huhu.. Tdur pun terpaksa tinggikan kaki, letak atas bantal baru selesa.

Tiga - Suhu macam tak sekata, kalau sejuk, sejuuuuk sangat rasa..kalau panas..panaaaaas sangat. Pastu asik rasa gatal2 je tapi takda merah2.. =( So saya kena sentiasa sapu bedak tiap kali rasa gatal, kalau garu kang abis kudis2 kaki dh tak cantik..tahan je la nak garu..

Empat - Kepala sentiasa pening..rasa macam nak tdur je. Tapi pening ni bukan macam sakit migrain. Lain skit. Nasib baik takda loya2 atau muntah2..kalau tak jenuh nak g bilik air je.. Mak pesan kalau tak nak muntah2 atau loya2, bila rasa pening je cepat2 minum air banyak2.. Amik, sehari 2 botol besar orang abiskan..hehehehe. Tapi bila dh minum air banyak sangat asik nk gi toilet saje..malam2 pn asik nk gi toilet je...huuu..

Sabtu lepas gi urut, sbb tak tahan lenguh kaki sangat..rupanya tukang urut tu kata, satu badan dah masuk angin, banyak betul tukang urut tu sendawa..hehe. Dia siap pesan tak leh makan pedas, takleh makan timun, labu, air sejuk..pulut..semua tu sejuk. Ptut pun.. Minggu lepas, semua tu saya kaut..tak tau kan.hehe. Tetiba terasa nak makan pedas je..hari2 makan sambal mak. Sedap sangat kan, lagipun dh lama tak makan pedas. Haa..amik..sakit2 satu badan.hehe.

Rupanya mengandung lagi kerap masuk angin, klau sebelum mengandung pun saya selalu masuk angin, apatah lagi time mengandung, double triple la kot. Tu yang jadi malas semacam je..rasa nak baring je..

Hubby dah balik semalam. Rindu la sangat2.. Kan best klau ada remote fast forward dan blh skip weekdays..trus weekend. Weekdays sangat bosan..


March 16, 2011

Mum To Be

Haha...lama seh tak update! Maklumla sibuk dgn husband je.. (gediks~)

Sangat lama tak update, wlaupun terlalu banyak cerita..tapi since last post...mmg malas + penat tahap dewa dewi punya la.. Balik2 je dari opis, tdur..balik2 je dari opis paling rajin pun buat keja skit..pukul 11 dh tdur.. This sem mmg sangat penat. Pergi opis pun dah takda mood sbb penat ='(

Plus, ulang alik BP-JB-BP every week mmg mempercepatkan lagi proses kejatuhan kelopak mata..

Stil...I have good news! Segala penat lelah berulang alik ke JB tu berhasil la kot..haha. (Sengal... :P) Hari ni hari ketiga saya dapat tau yang Saya bakal jadi Ibu~~~~!!! 5 weeks sudah... ^_^

Seronok tak? Seronok tak? Marilah berseronok bersama sayaaaa!! Okay saya sgt seronok skrg. Hehe.

Macam mana tau ni? Haa..cmni ceritanya.. (setelah ditapis oleh FINAS, ni lah hasil cerita tu ya..takleh citer real..nnt kena buang ;) )

 Saya dapat tau hari isnin (14 Mac 2011) pada pukul 515pm. Haa..sebab masa kuar klinik tu saya sempat jeling kat jam dinding. Hee.. Saya ke klinik tu bukan la nak check pregnancy pun, juga tidak la expect apa2 la yang berkaitan pregnancy..seyesly saya sangat takut dengan pregnancy test tu okay.. Saya ke klinik sbb nk minta mc, saya tak brapa sihat hari tu sebab sehari sblmnya saya busy membantu majlis perkahwinan cousin saya di Shah Alam selama 3 hari. Tapi ntah mcm mana doktor tu suh wat ujian air kencing. Mulanya taknak sbb ingt nak amik ubat je tapi check la juga..claim je pun dgn company heee..

Pastu saya tunggu luar. Bila doktor panggil, dgn muka selamba dia kata, "Awk pregnant."
"Hah? Apa doktor?" saya terkejut okay n tak percaya pun ada.
"Ni ada 2 garisan, awk pregnant" sambil tunjuk pregnancy stick tu..
"Haa? pregnant??" muka masih terkejut..dh nak nangis dah ni..takut okay..btul ke??
"Eh..awk ni dh kahwin belum?" doktor pn jadi blur..hahaha
"Eh..dah doktor, dah.. Boleh saya panggil husband saya doktor?" air mata dh leleh dah..ish..apa saya nk buat ni..huhu...banyak benda terus bermain kat kepala..dah la jauh dengan husband..pastu hari2 penat..pastu camna saya nak jaga budak kecik..huhu...takuttla...tak nak pregnant sorang2...huhu...

Azam datang masuk dgn muka serius, dia lak ingt dia kena tarbiah dengan doktor sbb saya selalu sakit..maybe doktor suh makan ubat apa2 ke. Skali bila doktor bagitau saya pregnant je, dia trus tersengih, "Eh iya? Heee...bagus2..sambil usap kepala saya.." Oh i wish dapat rakam muka dia time ni.. ^^ Hee...suka lak tengok muka dia gembira..hilang rasa takut tadi..baru saya leh senyum... ^^ Doktor dgn nurse gelak je tgk kitaorng. Terus doktor bagi 2 hari MC, suh rehat2. Lagi sebulan doktor suh datang balik buat kad and scan.

Tanda2 pregnant?
Ntah..macam takda apa.. period saya mmg slalu delay..plus saya ada gastrik..jadi stakat loya rasa nk muntah tu biasa seminggu sekali mesti ada..jadi takda perbezaan apa pun.. dan sebab kitaorng jauh kan..so tak expect la jugak..budget2 lagi 2 3 bulan..hehe. Cuma, emak dan makcik2 la ada jugak tegur, cakap saya dah tembam sangat, makan banyak tapi asik lapar je. Ntah, saya tak perasan lak, yang saya tau, asal rasa lapar je saya mesti kena makan, kalau tak saya kena gastrik. Itu fakta.

Jadi dah dpat ni..kira rezeki la kan ^^ So happy dpat tengok dia happy. Tak sempat pergi honeymoon pun lagi..last week cuti seminggu plan nak gi honeymoon tapi tetiba dia tak dapat cuti. Takpa, kami tetap akan plan honeymoon jugak berdua nnt ;)


5 weeks pregnancy.. [img: iampregnant.com]

Saya ada amik gambar perot jugak utk minggu ke-5 pregnancy ni..tapi tak nak post kat sini. Saya nak simpan as personal collection dulu. ^^ Pastu nak amik setiap 4 minggu pregnancy..hehehe...

Thank u, dear for your support~ Klau tak i dah nangis2 dah risau apa nak buat jauh2 ni.


Related Posts with Thumbnails