May 27, 2010

Bernafas Sebelah Hidung

Well ini ada satu info menarik untuk saya share kan dengan korang semua.. Bernafas Sebelah Hidung ;) (bukan bernafas dalam lumpur tau..hehe)

cutee~ ^^

Semalam saya ikuti satu kursus/latihan/bengkel (whatever la kan diorng panggil..) ISO untuk memantapkan kedudukan dan standard tmpat kerja saya ni la. Kursus ni dianjurkan oleh Rektor (a.k.a Naib Chancellor klau di universiti) kami sendiri bersama consultant Paisley.

Dalam banyak-banyak yang dia cakap selama dari pukul 9am - 4pm tu..saya sangat suka ayat yang ini:

"Kenapa lubang hidung ada 2? kenapa mulut cuma satu? "

Actually mula-mula saya ingat pertanyaan tu hanya pertanyaan biasa, tapi saya sangat curious dengan jawapan dari dia. Saya pernah dengar bermacam2 jawapan untuk soalan tu - tapi kebanyakan jawapan adalah bodo2 dan dengan cara consultant ni..dia tak macam orang yang akan beri jawapan bodo2. Tapi soalan tu berlalu begitu sahaja..ahh..kecewa..

Tapi dh lama skit tetiba dia tnya balik, "Eh...nak tahu tak apa jawapan untuk soalan tadi?"

Dengan excitednya saya jawab, "Naaak~"

Dia kata.. (campur saya ubah suai ayat dia ikut logic..hehehe)

Manusia bernafas melalui hidung, kita ada hidung kiri dan kanan, walaupun dua2 lubang digunakan untuk menarik dan menghembus nafas tapi sebenarnya fungsinya tak sama. Hidung sebelah kiri mewakili bulan - mengeluarkan udara sejuk dan hidung sebelah kanan mewakili matahari - mengeluarkan udara sejuk.

Hidung sebelah kiri juga mewakili perempuan sebab perempuan lebih banyak bernafas menggunakan lubang hidung sebelah kiri. Manakala hidung sebelah kanan mewakili lelaki sebab lelaki lebih banyak bernafas menggunakan hidung sebelah kanan. Sebab tu la perempuan banyak sabar berbanding lelaki.. ^^

Jadi kalau kita rasa panas, cuba la tutup lubang hidup sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Tunggu lebih kurang 5 min.. Buat la ulang2 kali..nanti akan rasa lega. (Saya memang kena buat benda ni supaya tempat duduk tu rasa SEJUKK skit..) Pastu kalau rasa sejuk..tutup lubang hidung belah kiri dan cuba bernafas dengan hidung belah kanan.

Okay..tu dia kata. Saya pernah juga terbaca beberapa article dulu yang kalau sakit kepala boleh juga cuba cara ni : tutup lubang hidung kanan dan bernafas guna lubang hidup belah kiri lebih kurang 5 min (tarik...tahan...hembus - ulang2)

Untuk orang lelah pun elok. Mak kata (mak saya nurse~) boleh juga ikut cara ni: tutup lubang hidung kiri, nafas guna lubang hidung kanan, pastu tukar tutup lubang hidup kanan, nafas guna lubang hidung kiri. tukar2 dan ulang smpai lega. Kalau berterusan sakit dada/lelah akan kurang.

Tapi yelah..ni kira cara meditasi. Bak kata consultant tu, kalau kita sentiasa amalkan teknik pernafasan yang betul, badan kita akan sihat. Memang dia bukan doktor, tapi memang btul pun. Statement tu banyak diakui oleh doktor2.

Teknik pernafasan yang betul untuk orang dewasa juga ada. Cuba korang tarik nafas sekarang..tarikk..tahaaann...hembus!

Haa..cuba korang check, korang bernafas melalui perut atau dada (diafragma) ? Kalau perut korang mengembung masa bernafas, maksudnya korang bernafas melalui perut. Kalau dada korang mengembang dan perut kempis masa bernafas, maksudnya korang bernafas melalui dada.

Untuk orang dewasa, teknik pernafasan yang betul adalah menggunakan dada. (Macam budak AF tu laa.. =P) tapi untuk kanak2 kecik biasanya diorng akan bernafas menggunakan perut. Nanti bila diorang besar boleh la ajar cara bernafas..hehe.

Cumaa...ada satu statement yang consultant tu cakap buat kami semua segan2 pelik:

"kalau nak dapat baby lelaki masa buat tu cubalah bernafas guna lubang hidung sebelah kanan..kalau nak anak perempuan nafas guna hidung sebelah kiri.."

kawan saya kata dengan muka confius, "Er..biar benar? Boleh kee?"

Statement yang tu saya tak pasti kesahihannya. Belum cuba belum tahu. Tapi tekniknya? Haaa..korang fikirla sendiri.. ;)

anehnya...cmna nak bernafas ni..huhu

Rahsia hidung dan jenis-jenis hidung leh cuba baca kat sini.


6 comments:

alin said...

yeay!!jd org first comment...errr....bleh try teknik nk dpt bby boy tu..hak hak hak... :8

Amanda Eltiqaz said...

k alin:
haha. takpa. akak cuba dulu. nnt saya menyusul :P

Nadiah Suhaidi said...

menarik nih dy. leh try. skrg ni asik rasa panas je, kuat sungguh peluh. mandi patpuluh kali sehari :P

Amanda Eltiqaz said...

nad:
uish...dahsyat..dahsyat.. dy mandi peluh 40 hari sbb ofis takda aircon..haha.

elizsue said...

nice info...
biler baca entry ni, hidung kembang kempis....hehehe..

Amanda Eltiqaz said...

eliz:
mcm lagu ayat2 cinta :kembang kempis dadaku~~

Related Posts with Thumbnails