Showing posts with label Student. Show all posts
Showing posts with label Student. Show all posts

March 22, 2011

Mari Masuk Kolej~

Esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar SPM 2010. Jeng jeng jeng~~

Maka secara rasminya..semua lecturer kolej saya 'dijemput' untuk hadir ke sekolah2 dan menawarkan program lepasan SPM kepada anak2 setahun jagung itu. Dengan harapan tiada seorang pun dari mereka akan ketinggalan utk mendapatkan ilmu pada peringkat pengajian tinggi..

Mana tau ada result yang tak cukup syarat utk memasuki universiti mengikut course yang diminati. Mana tau kita ada sumthing yang diorng mahu, kan. Kadang2 ada juga parents yang tak nak anak diorng pergi jauh2, nak duk dekat batu pahat je, dan satu-satunya kolej terbaik yang batu pahat boleh offer adalah KPTM (selepas UTHM la kan..hehe) walaupun anak diorng bagus2.

So apa yang ditunggu lagi? Marilah ke KPTM! =D

Pelajar kolej kami juga boleh mendapat bantuan pinjaman bersyarat dari MARA selain mendapat jaminan melanjutkan pelajaran ke peringkat degree kemana-mana universiti yang dikenali seperti UiTM, UniKL, UTM, UTP atau ke luar negara (tajaan MARA)

Esk saya akan ke 2 sekolah, Simpang Renggam dan Kluang. Hope diorng semua mendapat result yang baik dan berminat untuk masuk ke kolej kami. ^^

So..see me there my future students! Smoga semua mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat hadiah yang best dr parents.hehehe.


August 24, 2010

~ pengsan ~

huk huk huk...penat dan rasa nak pengsan...

Bulan puasa tahun ni rasa letih yang amat. dah 2 minggu puasa malam memang tak bermaya langsung..huk huk huk..rupanya bila kelas dah diepercepatkan jadi sangat letih dan terkejar2. Tapi advantage nya dapat balik awal..hehe. daripada abis pukul 530pm, time puasa ni pukul 430pm semua kelas dah setel. =D

malam lepas berbuka je dah mula ngantuk..paling tahan pun lepas terawih, tgk tv sekejap pastu tau2 je dah belayar ke alam mimpi..huhu..baru mula nak menanda mata dah jatuh....tau2 bila terjaga kat badan dah ada selimut. (mak selimutkan..hehe. trima kasih makk~ saaaaayang mak~ ^^)


maaf la ya..belum sempat lg update utk kebaikan berbekam tu. berbekam pada bulan puasa lagi elok kata orang tu sebab lagi cepat proses pembersihan dan perlancaran darah berlaku. 


Oh ya! Kuih raya almond london dan tart gulung nenas saya semua makin laku~ minggu ni tempahan terpaksa ditutup sebab terlalu banyak, takut nnt orang tu tak sempat buat. maaf la ya. untuk masa terdekat ni saya amik order orang terdekat je pulak. by next week semua kuih akan di hantar pada orang2 nya~ (^_^)

okayla. mari semua bersiap2 untuk berbuka~~!!!! Semangat! =D


* * * * * * * * * * *

I LOVE MY STUDENTS THIS SEMESTER~ SO MUCH!! (^_^) 

♥ DIT 5(1) - Data Communication Concept
♥ DIT 5(3) - Data Communication Concept
♥ DCSN 3(3) - Data Communication Concept
♥ DBIT 1 - Object Oriented Programming (Java)
♥ DIT 4(1) - Object Oriented Programming (C++)


July 27, 2010

Entry About Me?

Nice and Teruja! ;)

Never thought ada orang akan buat entry about me =P

Why Amanda Eltiqaz? Namanya pelik tapi ada cerita di sebalik nama tu. ^^ Saya dah guna nickname tu in mirc officially since form 3 --> mrsm --> universiti --> sekarang.. =)

Thanks for the post, Nazmi!

His last entry: Mungkin Berdua Lebih Baik

June 2, 2010

Baju Merah Baju Biru

Rindu ke? Tak lah..cuma teringat je..teringat kat students saya..  =P

Hari ni pkai baju merah. Memang jarang eh..jarang ke..mmg boleh kira dengan jari la berapa kali org pakai baju warna merah. Bukan tak suka. Tapi tak banyak.

Baju yang sama dengan hari ni, saya pernah pakai pada suatu hari ketika waktu kelas..

Hari tu hari pertama saya pakai baju merah ni. Dengan tudung baru jugak :P Actually baju lama tapi tak pernah pakai untuk gi mengajar. Rasa tak sesuai. hehe. Org kata baju yang kita pkai ada aura dan boleh affect mood kita. Saya tak percaya. Cuma teringat satu peristiwa yang berkaitan dengan baju merah ni..


Saya: "Alrite class, today we're going to discuss past year final exam papers. I've told u to complete at least Q1 and Q2, rite? Have u finish?"
Students: (senyap..)
Saya: "Class...? Have u finish or not? (smbil round every table..) Nisa...where's ur answer? "
Nisa (nama samaran): "Er..tak buat miss.."
Saya: "Eh..kenapa tak buat? Buat sekarang (smbil jalan to next table) You. ur answers please.."
Abu (nama samaran): "Er....(smbil hulur paper) buat sikit miss"
Saya: "Haa..good..at least u've tried. Anyone else who have tried few questions? "

Habis sesi me'round' setiap students..saya dapat conclude'kan kebanyakan mereka buat cuma ada beberapa soalan yang tak dpat jawab. So fine la kan. So saya continue discuss jawapan. Siapa yang tak dapat atau tak sure cara nak buat, biasanya diorng akan angkat tangan dan saya akan tunjuk.
Saya: "Okay. Q1(a) the answer please.."
Students: (senyap....)
Saya: "Anyone..answer please...."
Students: (senyap lagi..)
Saya: "Classss....i want ur answer.. Ok minah, ur answer?"
Minah: "(long pause..) er..saya miss?"
Saya: "ye syg..jawapan awk laa..just give me ur answer.. tak kisah salah ke betul"
Minah pun jawab dengan takut2..

Okay to be honest..after kelas saya mmg sangat  geram. Hari tu semua soalan saya tanya diorng diam je tak nak jawab. Selalu okay je.. (nasib baik takda evaluation..fuhh..) Padahal jawapan masing2 depan mata. Pastu tak dpt jawab, tak nak bagitau. Selalu klau tak faham, boleh je tanya.

Saya sangat risau sebab hari tu adalah lagi 1 minggu nak final exam. Diorng masih terkial2 nak buat jawapan. Saya dah bagi kertas soalan tu 2 minggu sebelum hari saya nak discuss..even soalan 1 pun diorng tak buat. Yang ada dah buat pun tak berani nak jawab sebab tak yakin dengan jawapan diorng (mmg ptut pun. sbb 90% jawapan diorg salah.huhu)

And i have to call names to make them answer every questions. End of class saya bagi ceramah why that subject important to score now and in future. (fuhh..dah lama tak bagi ceramah kat kelas tu..but..they normally active..why aa?)

Keesokkannya..
Seperti biasa saya masuk lagi kelas tu. Sama juga membincangkan past year final papers. Cuma kali ni diorng nampak happy je..tak mcm semalam. Hari ni saya tnya apa2 diorng jawab wlaupun kadang tu jawapan bodo2 juga (takleh jawab pastu buat lawak bodo..huhu)

Saya: Ai..happy je harini..anything to share?
Student 1: Hari ni miss pkai baju baru eh?
Saya: Ala..baju lama..baru saja pakai tahun ni. Kenapa? Tak ok?
Student 2: Eh..ok sangat. hari ni miss nampak tenangggg je.. ^^
Saya: Yela..hari ni u all suma baik..mesti la saya suka =D
Student 1: Ntahla..semalam miss pakai baju merah, miss nampak garang. kitaorng nak jawab pun takuut.. hari ni miss pkai baju biru..kitaorng tengok pun relaxx je..hehe

Yang lain sibuk mengiakan apa yg student 1 cakap tadi. Huhu..betul ke baju effect apa yg diorng rasa? Setahu saya semalam saya masuk sama je macam keesokkan harinya. Cuma saya agak bengang lepas suma soalan saya diorang bukan je tak jawab tapi diamm je. Dan hari esknya saya happy sebab diorng suma happy. Ke diorng happy sebab saya happy? Waah..berpusing2 kepala!

Tapi sejak tu saya dah nekad tak nak msuk kelas dengan baju merah. I think tak banyak sikit it really affects my mood. Betul atau tidak, tak pasti.. apa pendapat korang?

------------------------------------------ iklan ----------------------------------


Masa sekolah rendah, suka warna merah/maroon/pink (around that color)
Masa sekolah menengah, sejak masuk form 1 smpai awal masuk universiti, saya suka warna biru
Masa kat universiti saya suka purple. (tapi ada few years yang most of stuff yang saya pilih adalah kaler coklat. tak tau kenapa)

Until now still purple.

Cuma saya takda obses macam sesetengah orang yang suma benda nak kaler purple. Cuma kebanyakan collection baju warna purple. Ada few baju yang warna hijau (which i hate i dont know y) sebab saja nak variasikan kaler. itupun not really hijau but hijau+biru.

Barang-barang yang saya leh pilh purple saya akan amik purple melainkan ia barang2 standard yang tak sesuai warna purple cnth mcm jam/kasut/calculator <-- kalau purple tak elegant dan mcm budak2.saya cikgu. :P


April 18, 2010

Cikgu, Dia Kata Nak Beli Kondom!

Hari ini tuisyen lagi. Oh ya, tak pasti saya pernah bgtau atau tak tapi saya ada jugak amik part-time mengajar tuisyen mathematic year 6 ujung minggu. saja memeriahkan hari2 =P

Tapi saya tak faham apa yang berlaku dengan budak sekolah rendah sekarang..atau..sebab dulu saya sekolah perempuan?

Insiden2 ni semua berlaku sejak ada seorang murid baru masuk kelas saya.


Insiden 1:

Budak perempuan 1: Cikgu dia kacau saya cikgu. Asik tolak2 kerusi jee..
Saya: Eh..awk baru ya? siapa nama? kenapa kacau dia? Cepat minta maaf.
Budak lelaki 1: Mana ada cikgu. Dia yang mula dulu cakap saya suka kat dia.Perasan.
Budak perempuan 1: Eh..mana ada. Dia yang cakap saya gedik.
Budak lelaki 1: Eleh..perasan.
Saya: Dah2.Dua2 minta maaf sekarang.
Budak lelaki 1 & budak perempuan 1: (diam)
Saya: Minta maaf saya kata.. (cubit tangan sambil bulatkan mata)



Insiden 2:

(suasana sangat bising dikalangan murid2 lelaki..)
Saya : Ni apa bising sangat ni? kan cikgu kata buat dengan tangan bukan dengan mulut.
Budak lelaki 1: Dia ni (budak lelaki 2) gay cikgu, dia kata dia suka Firdaus.
Saya : La..apa salahnya. Kita kan mesti sayang kawan-kawan kita.
Ramai2: Tak cikgu! Tak cikgu! Dia memang suka kat lelaki..eii..gay..
Budak lelaki 2: Mana ada cikgu. Saya tak cakap apa2 pun, diorng ni je suka tuduh2.
Budak lelaki 1: Ye cikgu, td dia kata dia sayang Firdaus.Hehehe
Budak lelaki 2: (diam..)
Saya: Ish..apa cakap macam tu? Awak sayang tak dengan abang awak?  Awak sayang tak dengan abah  awak? Sayang tu tak semestinya bercinta. Sayang tu maksudnya dia ambil berat. Bukan gay. Boy 1, minta maaf pada Boy 2. Kalau  awak cakap lagi bukan2, saya cubit mulut  awak tu, nak?


Insiden 3:

Budak lelaki 1: Cikgu! Cikgu! Dia (budak lelaki 3) cakap dia nak beli kondom!
Saya: Ish..ni apa cakap bukan2 ni?
Budak lelaki 1: Dia ni cikgu, tadi dia kata dia nak beli kondom
Saya: (cekak pinggang pada boy 3)
Budak lelaki 3: Eh..kau pepandai je eh. Aku cakap nak beli kondominium..bukan kondom. Bodoh.
Saya: Ish..mulut..! Awak (budak lelaki 3) jangan sesekali cakap orang lain bodoh. Dan awak (budak lelaki 1) tau ke kondom tu apa? Pandai2 je mulut tu menyebut ya. Awak dua orang siapkan soalan no 1 sampai habis. Selagi tak siap tak boleh balik, faham? Kalau saya nampak awk berdua meniru, saya cubit kulit tangan awak tu.



Waaahh...kenapa kehidupan mereka dah berkisar pada perempuan, gay, dan kondom..huhu.. Kalau dia tau mengenai kondom pada umur 12 tahun, diorng tahu ke mengenai seks? Budak lelaki 1 itu memang mencabar sebab sebelum kemunculan dia, pelajar kelas tu tak berani pun nak buka mulut pasal benda2 macam tu. Sebelum ni kalau mengadu pun..

"Cikgu, kenapa buku dia lagi tebal dari buku saya?"
"Cikgu, dia bising cikgu"
"Cikgu, dia tiru saya cikgu.."
"Cikgu, kalau saya tak ikut cikgu saya jawab macam ni boleh cikgu.."


Saya dulu sampai tahun pertama di universiti baru tau kotak durex di tepi kaunter tu adalah kondom. Itu pun lepas peristiwa di satu pasaraya yang biasa saya pergi..

Saya ternampak kotak gegula yang ada design baru dan perisa baru (sebelum tu kotak warna tu takda tau) bersebelahan dengan tempat gula2 Mentos. Lalu saya ambil sambil belek2. Sebelum2 ni tak pernah ada keinginan nak pegang pun kotak tu sebab tengok macam tak sedap je gegula tu. Tetiba kotak yang design baru ni siap ada gambar buah-buahan dan bentuk love yang comel. Seyes takda ciri2 'benda' tu pun ok.

Tapi smbil saya belek2 tu ada dua tiga abang kat belakang sengih2. Saya pun letak balik dengan tertanya2. Then next time saya datang tmpat yang sama, saya tunjuk pada kawan saya pasal kotak candy baru yang ada pelbagai perisa. Then barula saya tau isi sebenar..huhu.. Sangat malu okaaaaayyyyy......


Haaiihh..budak darjah 6 sekarang.....




Related Posts with Thumbnails