January 20, 2009

Sejarah Yg Takda Dlm Buku Sejarah Ting 1-5

Tau tak mana datang nama 'Labis', Segamat tu?

Di kala kesunyian mencari ilmu lalu jari jemari menunjuk ke arah ini..

Sejarah Nama Labis

Labis bermula daripada sebuah kampung kecil yang diberi nama Kampung Paya Merah. Kampung tersebut mendapat nama daripada sejenis rumput sungai yang mana menjadi makanan kura-kura di sungai. Pada awal abad ke-20, Pegawai British datang ke kampung tersebut untuk meninjau beberapa kawasan baru untuk dibangunkan di Daerah Segamat.

Pegawai British terkejut melihat kura-kura sungai memandangkan mereka tidak pernah melihat binatang itu sebelumnya. Mereka bertanya penduduk kampung nama binatang tersebut dan penduduk kampung menjawab "Labi-labi, tuan,". Disebabkan mereka tidak tahu nama binatang tersebut, Pegawai British memberi nama binatang tersebut Labis. "S" adalah simbol lebih dari satu di dalam bahasa Inggeris. Oleh itu. Pegawai British tersebut mencadangkan nama kawasan tersebut sebagai Labis.


Labis ni rmai sedara mara sepupu sepapat keluarga belah mak. Dr kecik, tiap kali raya mesti dtg sini, tp dari tahun ke tahun..kunjungan itu semakin kurang sbb makcik2 n pakcik makin meningkat dewasa lalu berhijrah. Skrg moyang pn dh mula nyanyuk (msih hidup tau!) .

Moyang lelaki dh meninggal masa usia nya dh dekat 100 tahun.. 97 ke 98 cmtu aa (tp mlas nk heboh dlm surat kabar umur dh seratus..) Moyang ni tak tau umur dia brapa sbb tiap kali tnya dia kata dia msih remaja..huhu.. (asik kata anak dia blm balik sekolah..pdahal anak dia dh umur 50 dh pn!) Pastu asik tunggu husband tak balik2 keja..pastu tetiba ckp sorang2 suruh atuk sy buka pintu sbb husband dia balik keja.. (kdg2 seram gk..dia nmpk sape? laki dia kn dh takda lama dh.. ~_~)

Skrg, klau raya dh tak balik sana lg. Tp seingat sy la...sepangjang kunjungan raya setiap tahun tu..tak pernah la pulak nmpk labi-labi kt kawasan tu. Seb bek ada zoo..hanya zoo la harapan sy nk tgk segala haiwan yg wjud di muka bumi ni..aaihh..

Moral of the story: Peliharala hutan kita! dan haiwan comel jugak!

January 17, 2009

Belilah barangan buatan Malaysia

Puisi Ciptaan Sasterawan Negara Usman Awang

sekiranya kami rakyat negara ini berjanji
membeli barang buatan Malaysia
Bagaimana pula anda,
Para pemilik para pengarah para pengurus
Syarikat-syarikat pengeluar terbesar Malaysia
membeli dengan wang yang anda terima dari kami?
.
Kami rakyat bersetuju bahawa sekiranya Malaysia
ingin maju dan jaya, para pekerja kita
mendapat pekerjaan dengan gaji selesa
maka kami sendiri mesti membeli
dan menggunakan barang buatan negara kami
Ertinya rakyat jelata senantiasa perlu membayar
harga yang agak tinggi untuk mendapatkan
barangan yang kadangkala bermutu tidak tinggi.
Maka lebihan yang mesti kami bayar ini
membolehkan anda melonggokkan keuntungan besar
di samping memperoleh ganjaran yang juga besar.
.
Kami rakyat ingin pula mengetahui
Bagaimanakah anda membelanjakan dividen
dan pendapatan dari harga mahal
yang semuanya datang dari saku kami
yang membeli pengeluaran Syarikat anda?
.
Kami ingin bertanya pula
Adakah anda juga membeli barang buatan Malaysia?
Mari kita mulakan dengan pakaian yang anda pakai
Di manakah pakaian itu dijahit?
Dan pakaian dalam yang menyaluti
bahagian-bahagian penting dan sulit tubuh anda itu
anda beli di mana dan buatan mana? "
bagaimana dengan pakaian isteri anda?
Baju dan pakaian dalamnya yang tentu mahal itu
dari jenama apa dan buatan mana?
.
Bagaimana dengan rumah. anda?
Adakah kerusi meja itu hasil tangan tukang Malaysia?
Adakah jubin dan segala perkakas bilik air
dan tandas tempat anda melepas itu diimport?
Dan putera-putera anda, adakah mereka sedang menuntut
di sekolah rendah dan menengah di luar negeri?
Bercakap tentang negara kita yang indah ini
di manakah anda menghabiskan cuti bersama keluarga?
Tentang kekayaan pula, di manakah anda melabur?
Cerahlah masa depan anda!
.
Orang-orang seperti anda sangat mementingkan kesihatan
Adakah anda mendapat rawatan perubatan di luar negeri?
Adakah anda dan keluarga anda dirawat
dengan biaya Syarikat?
Apakah Syarikat anda menggunakan perkhidmatan
jurubina (arkitek) Malaysia atau jurubina asing,
dan jurubina tempatan sekadar untuk mendapatkan
tandatangan mereka saja?
.
Dan sebagai pelanggan berapakah jumlah
yang perlu anda bayar untuk peguam asing?
Mungkinkah anda begitu baik hati dan pemurah
dengan konsultan asing, tetapi begitu berkira
dan kedekut apabila anda mesti membayar konsultan
tempatan?
.
Pertanyaan lain yang amat dekat dengan hati nurani
saya sebagai penulis, ialah: Pemahkah anda membeli
dan membaca buku puisi, cerita pendek dan novel
yang ditulis oleh penulis Malaysia?
Adakah lukisan yang tergantung di dinding perbadanan,
syarikat dan rumah anda itu ciptaan pelukis
Malaysia atau salinan daripada pelukis-pelukis asing?
Bahasa apakah yang anda gunakan dalam pertuturan sehari-hari?
.
Pernahkah anda menghadiri teater tempatan
atau mendengar majlis pembacaan puisi
yang semuanya adalah buatan Malaysia?
Saya pasti Syarikat anda akan menyokong derma amal
jika ia ditaja oleh para Menteri dan Diplomat.
.
Anda pun cukup berjasa untuk membawa masuk
artis asing. Anda sanggup pula membayar
meskipun harganya ratusan ringgit bagi sesebuah
kerusi untuk menonton dan mendengar lagu-lagu
dalam bahasa Itali yang dinyanyikan oleh suara-suara
Amerika, meskipun anda ridak mengerti maknanya.
.
Begitu hebat, tetapi berapa pula yang telah anda
sumbangkan kepada artis tempatan? Berapa pula
kepada penerbitan drama tempatan yang kita namakan buatan Malaysia?
Sudah pasti kami memang membeli barang buatan Malaysia
Tetapi anda, anda sendiri bagaimana?
Adakah anda menyokong dan membeli barang buatan Malaysia
atau anda sebenarnya sekumpulan manusia asing
yang memiliki pasport Malaysia.
.
1984
.
Rujukan: DBP (1994). Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dari: Inspirasi Puisi

Boikot! Israel!

Sbnrnya isu boikot barangan Israel ni dh lama..sy tak pasti sejak bila tp se-ingat sy, masa zaman kt uni dulu heboh jugak member2 usrah mengupas isu2 ini. Poster2 ditampal, usrah dan majlis2 yang menjemput para student utk menyedarkan mereka tentang zalimnya si zionis tu.

Tp mungkin itu serasa sy n jemaah usrah Rakan Masjid shj yg beria. Secara jujur dari lubuk hati ni..sy ngaku la wlaupun masa tu sy ahli rakan masjid n ikut gi usrah tp feeling sedih tu tak terasa. Dan yg sebenarnya..takda org pn amik kisah sbb kawan2 sy yg 'biasa' (meaning bkn kelompok rakan masjid) selambar beli barang tu as usual.

Dan yg plg teruk..sy pn termasuk dlm kelompok tu gk.. ( sy pn tak pasti sy ni kelompok mana? huhuh) Sbb nya..sy xda specific group masa kt uni dulu..sedih kn...

Bila bln puasa atau ada majlis agama sy join dak2 rakan masjid, bla nk gi tgk wayang or tgk konsert kt padang kt perak sy join group 'dak shopping', bla rasa nk jejalan sy join 'dak-jalan' (diorng ni ade je plan every week nk kuar..ikut tak ikut je la...) dan yang plg penting, bla nk study, sy cari 'dak-half-nerd' (supaya sy x nmpk nerd sgt..hehehe!) sbb klau join dak len diorng suka study dlm bising..klau study dgn dak nerd ni kena gi library duk situ smpi 3 4 jam, pastu balik mkn then gi study balik 3 4 jam.

So balik pd isu boikot ni. Dulu lps kena ceramah dgn akak usrah..teringin gk nk cari barangan islam..tp..apalah sgt budak uni yg tak berduit ni leh buat..sbb most of product malaysia yg baru kuar ni biasa harga lg tinggi dr product diorng (mungkin blm comercial lg). Jd isu boikot tu...pd sy cm tak kesampaian je pd naluri hati kami2 di uni yg hanya tau berseronok n nk glamer (kira klau ada barangan loreal, maybeline, clinique suma tu glemer aa..up-to-date konon.. =P )

Tp skrg...

sejak kerja ni..wlaupun takda akak usrah yg bebel atau pegi ceramah agama mana2, tetiba terasa nk cari barangan buatan tempatan. (asal tetiba jd suci gile ni..hahaha!)

First2 tukar dari beli colgate kpd beli ubat gigi HPA, pastu pencuci muka suma2, pastu barangan keperluan wanita..hehe.. Pastu keta pn beli Korea nye..hahaha! (mesti org tnya knapa tak beli Proton ek..tak kisah la..yg penting bkn Omputihnya) Klau fast food tu mmg jenis family tak kisah fast food. Pergi pn bila teringin nk pegi.

Jd bila byk barang yg kena boikot ni..mulanya takda la terasa sgt..tp tp...bila dpt tau TESCO, GIANT, dan CAREFOUR pn barangan sana.. hati ni mula meruntun sedih.. sbb tu blh dikatakan tmpat wajib-pergi bagi kami sekeluarga n terutamanya sy la pd hari Jumaat..plg2 kuar mesti bawa plastik beli gula2/roti boy.

Skrg...tgh trpk...pasar borong mana yg ktorng leh pegi dgn perasaan yg gembira (seperti yg kurasa bila nk gi Carefour) dan beli apa je yg trpk suma ada. Takpa..demi anak2 comey yg di layan dgn begitu kejam tu..sy sanggup lupakan carefour!

Harap2 tentera Israel tu pergi ma***s cepat!!

January 9, 2009

Frustrated

Frustated..

work for something that dont know how to appreciate..

now work for my own satisfaction..

January 7, 2009

Letih...

Letih...
Bkn bdn..tp mata..otak...

bgn 530am, gi keja 630am
smpi opis 715am..tp msuk keja kul 830am
dtg awl pn bkn leh amik OT, bkn leh punch
org opis yg msuk keja kul 8am pn dtg kul 8am..
klau dtg awl pn pintu opis tu buka lps kul 8am..
klau tringt, dpt la punch awl..tp klau dh khusyuk duk dlm opis tu kdtg lupa gk nk punch..
stakat kena bebel dgn bos mnta sign dh lali =P
tp apakan daya short-term memory..
balik keja 530pm tp smpi umah kul 630pm..

tp itu dulu..skrg?

skrg cycle idup msih tak berubah..
cuma..dulu balik keja kul 530pm
skrg sy pn punch 530pm tp trpaksa balik kul 600pm (~_~)

sbb?
sbb cik rempah balik keja 530pm gk
dia kuar opis dia dh kul 530pm..gedek gedek dh 540pm..
drive drive..pastu amik mak sy keja dr hosp
drive drive..smpi opis sy dh kul 610pm

alangkah bahagia klau masa tu leh tukar jd duit..huk huk

drive drive lg..smpi umah kul 650pm
itu klau dia drive...klau sy drive dpt la kot awl seminit dua..
itu klau tak singgah memana..
klau mak nk singgah pasar? singgah summit? singgah umah atuk?
klau tiba umah kul 830pm dgn baju keja tu perkara biasa bg kami =P

aih..tulun..tulun~

nak driver! nk driver!

tetiba rasa nk gi pantai.. nak gi pantai~
huk huk...

Amanda: sy adalah pembuka & penutup pintu bilik lecturer yg berjaya~~~

January 3, 2009

Car Tint

Perasan tak salah satu wishlist sy adalah nk tinted keta? Saja nk berlagak kt sini sy dh wat tinted keta~ wlaupun it took me 1 thn 3 bln utk melakukan nya, akhirnya trcapai jugak! hehehe.

Sy sbnrnya tak reti psal tint keta ni. Sblm ni adalah gk tnya2 member kdai mana yg diorng recommend pegi tuk dpt tint best. Tp jwpn yg diberikan sgtlah ‘membantu’..

“Ohh..byk kedai tinted kt bt pahat ni…”
“Ohh…adalah kot kt bkt pasir tu…kt bndar pn ada, byk la..”


Sy tau byk…tp nk pegi dr satu kdai ke satu kdai n survey harga + quality tu yg tak larat, sy lebih suka pegi kdai yg org recommend. Confirm cntik. Tp apa blh wat..bantuan tu ttp dihargai =D

So pd hari kejadian, sy round 3 buah tint shop kt bt pahat (tu pn based on suggestion ayah sy..mls nk pegi bebanyk. nmpk je pegi) Sy nk tint yg silau tu...pastu cm gelap skit..ala2 kwn sy nye.. Sbb mata sy mmg problem sket dgn silau..then leh dikatakan 4 – 5 jam sehari minimum sy spend dlm keta, driving (bkn duduk sesaja ok).. Jd keselesaan tu sgt diutamakan.. biarla luar tu comot2 sket takpa..asal dlm keta msuk je rs best.. (^_^)

Kdai pertama: ni kdai kwn ayah..kdai melayu. Klau ikut plan mmg nk wat kt sini..tp lps penerangan dia..sy pk nk gi kdai len dulu. Dgn budet rm500 sy tak mampu nk beli yg dia suggest tu.. Dia offer sy rm580 utk tint yg spec lbh kurang cm yg sy nk;

heat-rejection = 40 -50%, glap+silau tu dlm 60%(meaning tak glap sgt kot), UV rejection = 50 – 60%. Tak silap tint tu jenis Perfect 7.0. ntahla…

Kdai kedua: Ni mungkin agak famous. Penah dgr kt newspaper n magazine keta. AirCool. Sy biar dia explain. Spec yg dkat2 dgn yg sy nak:

UV rejection dia dlm 99%, infra-red rejection dia dlm 69%, yg glap+silau dia tu 52% (stil approve JPJ lg rasanya). Dr harga rm600 dia offer sy rm540. pastu wat testing jap. Um..stil out of budget.

Kdai ketiga: Papan nama kt luar cm bgus2. Ia ada VCool n SolarGuard..org kata vcool ni bgus..tp tu aa..harga pn BGUSSSSS sgt… Sy suh dia explain psl vcool nye spec n harga..tp sy cukup bengang sbb dia sibuk kata, “Ini mahal aa…I bg u ini korea punya rm300 ok ka?”.

Eh, dlm hati..org tak ckp pn brapa budget org, dh la tnya budget pn tidak. Explain tidak..trus nk offer yg tu. Ok la, sy suh dia explain yg korea nye tu, dia just kata, “Ini bgus maa..mcm u nk, glap punya, kilat punya.” Sy tnya, “leh buang panas tak?” Dia kata, “Adalah skit tp sy bg u kurang lg la klau u nk.”. Hampeh… Klau ada borang feedback kt situ sy akan tanda the worst level.

Lps discuss dgn few guys..sy amik kputusan pegi balik kdai kedua dgn harapan dpt kurang lg.

Smpi2, org tu layan dgn baik (sy suka~) last2 sy buat kt kdai tu dgn discount price. (^_^)
Sy pn tunggu la situ smpi dia siap. 1 jam gk la tunggu. Dan hasilnya? Waalaaah! Wlaupun tak segelap yg sy nk (which is not affordable) tp sy puas hati~

Nk letak gmbr cm useless sbb dgn hanya berbekalkan camera hp 1.3 megapixel tu..apalah sgt. Dh tangkap gmbr pn takda beza dh tint ke blm. So snang cite tgkla sndri. Cuma..pd ketika ini agk sukar la nk nmpk kelibat wajah keta kesayangan sy tu lg.. sbb cik rempah (panggilan utk adik sy yg ketika ini sdg berkhidmat dgn Syarikat Faiza dlm pembungkusan rempah->praktikal) dh bawak keta tu gi tmpt keja dia. =P

Promote #1: Kdai AirCool tu kt dpn Carefour deret2 dgn RHB Islamic bank, hujung skali. Selang 2 kdai dgn kdai mkn Seroja. Sila la dtg klau nk wat tint keta~ (^_^)

Promote #2: Kdai melayu, Tint Shop SNR tu kt bkt pasir. Deret2 Celcom center, Pos Malaysia, Proton. Btul2 sblh kdai Nadzi Optometris. Bgus gk kdai tu sbb dia dh wat tint utk keta org2 besar kt bt pahat ni. Keta dato’2, pegawai2. keta2 mercedes n bmw suma diorng dh penah buatkn. And so far suma puas hati. Cuma tu la..mungkin sy tak layak agaknya..hehe.

January 2, 2009

Azam

Sana sini org sibuk ckp psal taun baru. Dulu2 pn sibuk gk sbb dikelilingi kwn2 yg asyik membincangkan tmpat mana nk pegi dgn bf tahun tu, baju apa nk beli, nk blaja btul2 la, nk kuruskn badan la…mcm2.. Tp tahun2 sudah..sy pn byk berazam yg mcm2. Impian ku besar spt Impiana.

Tp once dh keja, satu2 impian n azam tu trcapai. Org bergaji la katakan tak byk tp adalah skit utk menampung idup yg blm brkeluarga ni. Azam sy tahun lepas nk ada keta sndri, nk keja yg sesuai dgn diri dan nk bntu adik sekolah dh trcapai. Impian yg picisan2 takyah citer la ek.

Azam sy taun ni sy nk keja dgn lebih gembira dan follow the flow (kita serupa en dFaz!). Tak kisah org nk ckp apa yg penting kita wat keja leklok and have fun with my frens~

Sblm ni gembira gk..Cuma nk lg gembira la kot.haha. Awl start keja of course la gembira kn. Sy mmg suka + excited + over semangat nk keja. Tp lps seminggu dua keja..rasa pelik. Mungkin not as expected. Then try utk sesuaikn diri dgn alam sekitar. Lps 6 bln keja baru sy dpt adapt dgn workload + alam persekitaran and baru pndai nk budget gaji n wat simpanan. Klau tak, sblm 6 bln tu every month asik pk nk beli brg apa ek..hehehe. Sy kedekut tp once sy suka, sy akan cuba sedaya upaya dptkn brg tu wlaupu mahal. Sbb tu la start keja dulu asik pk apa lg barang yg ingin beli masa student tp xdpt =p.

Skrg, sy dh leh manage beberapa keja, dan yg plg seronok dh tak perlu nk study gila2 mcm dulu, esk nk ngajar, study smpi pg..haha. Wlaupun skrg ada byk keja, tp sy seronok sbb dpt responsible baru n tau dh cmna nk bahagi2 masa (^_^)

Amanda: All work and no play makes Jake a dull boy..(xnk jd Jake.)

January 1, 2009

Kain~ Kain~

Selasa

Mak tak keja. So ptg takda la blik lmbt sgt. Kul 6 cmtu dh leh balik (klau tak lg lmbt..huhu..) So sy cadang ajak cik rempah gi beli kain utk wat baju kurung kt kdai favourite sy. wlaupun sy suka promote kdai tp kdai ni byk jual kain yg takda kt kdai len, klau ada pn tak byk n mungkin tak sama quality, jd nama kdai ni tak perlu la sy bgtau ek =P Secret makes a woman, woman.. (haha..leh apply ke kt sini?)

Pusing dua tiga kali akhirnya dpt la selai dua. Murah jugakla, dia tgh offer kn, semester rm21 tp dia bg kurang rm19. Tp kain tu mmg mahal pn, sy dh survey. Don’t worry. Yg satu lg tu semester rm20. Pastu tgh nk bayar tu trnmpk kain yg baru smpi..perh..mmg minat sungguh2 la.. tp bla tnya, kecewa gk la..harga semester rm32 (sepasang – rm128). Sy ingt nk beli 2 meter je sbb leh guna kain plain yg kt umah. Mnta2 kurang akhirnya dia bg rm120 sepasang, jatuhnya rm30 semeter.. Hm..ntah la..jadiknya rm60 klau beli 2 meter..tu pn klau dia nk bg sbb dia jual sepasang (4 meter).

Tenung punya tenung smbil kuar duit nk bayar yg td tu, akhirnya sy decide nk beli next month ke..dgn harapan kain tu msih ada n tak rmai yg pkai. Kami pulang dgn kecewa… (~_~) Kain tu seyes cantik…

Rabu

Smlm hari sy, hari ni hari dia. Begitula episode kami adik beradik. Ptg ni sy n cik rempah pegi lg kdai kain sbb cik rempah pulak nk beli kain utk dibuat baju kurung. Tp disebabkan dia sedar diri yg dia baru praktikal, jd dia nk cari kdai kain murah2. So sy ajak dia gi Fiona kt BP Mall tu. Hm..satu pn tak berkenan..klau ada pn tak sesuai dgn taste adik.

Then kami headed to kdai Jakel kt Carefour tu. Klau ikutkan sy, nk je bawa dia pegi kdai favourite sy tu, tp dia xnk. Dkt jakel tu cukup gk la kami tawaf 7 kali dok cari kain. Tp sy suka msuk situ sbb mesti ada org layan n ikut sana sini. (klau org len mungkin tak suka kot tp sy suka sbb leh suh dia amik kain itu ini + leh tnya pendapat dia kain mana sesuai, then klau kita dh buka2 dia leh btulkan) Akhirnya kami beli 4 jenis kain..haha..gila..

Tu pn sbb cik rempah dh trpedaya dgn pujuk rayu sy suh dia beli kain tu. Tp 2 drpd 4 tu sy punya~~ (^_^) Suka seh org yg ikut ktorng tu, dgr2 dia lepas target.. Mungkin diorng ada target kot brapa pasang kain kena jual..ntahla.. Tp trdgr gk slh sorang kwn dia tegur promoter ktorng tu, “Wah..seronok la kau, dpt 2 org hari ni trus lbih dr target!” Biarkn mereka bahagia…

Kami pulang dgn separa gembira. Tp msih trkenang kain kt kdai fav yg tak mampu beli tu..harap2 ia msih ada next month..tu pn klau ekonomi stable..

Wishlist 2009

Em..sy bkn jenis suka reveal suma wish sbb if i do, this page wont be enough..hehe. But this year, i want to list few of my realistic wishlist..wishes that i wish can come true (^_^)

1- Get my car tinted. Black to the max JPJ allows. Supaya klau nmpk sy pn mcm wujud mcm tak.. =P Eh, hello..it's not that i want to do anything bad okay.. I cuma tak tahan la silau2 ni suma..allergic u.. (ckp dgn gaya gedik2..padahal selama bertahun2 tak guna tinted pn. haha!)

2 - DVD Drive. Sbb yg lama dh rosak. Nk install software, games suma dh susah.. =(

3 - Perfume
Lancome, Miracle So Magic or Miracle Forever. It's the only scent that really suites my body.. Not better or less. But if it's Christian Dior or Chanel or Gucci...er..how can resist~ (^_^)




4 - Go to Eyes on Malaysia, Melaka with my dearie.
Sy gayat n takut tinggi tp suka. Even turun tangga kolej dr tingkat 4 pn i'll make sure i hold the side really tight! (huhu..no one knew this..now u know) So I want to be up high in the air with someone yg klau anything happen, dia leh jd hero.. =P

5 - New handphone. Nokia + yg ada camera + 3.0++ megapixel. tp klau leh xnk yg navigator tu. cm si dia nye..tp lg power ke..haha~

6 - A laptop.
My own laptop, with own money (hopefully..) Um..i think i want DELL or Compaq, not sure..still survey..yg leh wat men game best2 ke. with a pink cover if possible ;P


Hm...that's all i think.. =P

Related Posts with Thumbnails