April 18, 2010

Cikgu, Dia Kata Nak Beli Kondom!

Hari ini tuisyen lagi. Oh ya, tak pasti saya pernah bgtau atau tak tapi saya ada jugak amik part-time mengajar tuisyen mathematic year 6 ujung minggu. saja memeriahkan hari2 =P

Tapi saya tak faham apa yang berlaku dengan budak sekolah rendah sekarang..atau..sebab dulu saya sekolah perempuan?

Insiden2 ni semua berlaku sejak ada seorang murid baru masuk kelas saya.


Insiden 1:

Budak perempuan 1: Cikgu dia kacau saya cikgu. Asik tolak2 kerusi jee..
Saya: Eh..awk baru ya? siapa nama? kenapa kacau dia? Cepat minta maaf.
Budak lelaki 1: Mana ada cikgu. Dia yang mula dulu cakap saya suka kat dia.Perasan.
Budak perempuan 1: Eh..mana ada. Dia yang cakap saya gedik.
Budak lelaki 1: Eleh..perasan.
Saya: Dah2.Dua2 minta maaf sekarang.
Budak lelaki 1 & budak perempuan 1: (diam)
Saya: Minta maaf saya kata.. (cubit tangan sambil bulatkan mata)



Insiden 2:

(suasana sangat bising dikalangan murid2 lelaki..)
Saya : Ni apa bising sangat ni? kan cikgu kata buat dengan tangan bukan dengan mulut.
Budak lelaki 1: Dia ni (budak lelaki 2) gay cikgu, dia kata dia suka Firdaus.
Saya : La..apa salahnya. Kita kan mesti sayang kawan-kawan kita.
Ramai2: Tak cikgu! Tak cikgu! Dia memang suka kat lelaki..eii..gay..
Budak lelaki 2: Mana ada cikgu. Saya tak cakap apa2 pun, diorng ni je suka tuduh2.
Budak lelaki 1: Ye cikgu, td dia kata dia sayang Firdaus.Hehehe
Budak lelaki 2: (diam..)
Saya: Ish..apa cakap macam tu? Awak sayang tak dengan abang awak?  Awak sayang tak dengan abah  awak? Sayang tu tak semestinya bercinta. Sayang tu maksudnya dia ambil berat. Bukan gay. Boy 1, minta maaf pada Boy 2. Kalau  awak cakap lagi bukan2, saya cubit mulut  awak tu, nak?


Insiden 3:

Budak lelaki 1: Cikgu! Cikgu! Dia (budak lelaki 3) cakap dia nak beli kondom!
Saya: Ish..ni apa cakap bukan2 ni?
Budak lelaki 1: Dia ni cikgu, tadi dia kata dia nak beli kondom
Saya: (cekak pinggang pada boy 3)
Budak lelaki 3: Eh..kau pepandai je eh. Aku cakap nak beli kondominium..bukan kondom. Bodoh.
Saya: Ish..mulut..! Awak (budak lelaki 3) jangan sesekali cakap orang lain bodoh. Dan awak (budak lelaki 1) tau ke kondom tu apa? Pandai2 je mulut tu menyebut ya. Awak dua orang siapkan soalan no 1 sampai habis. Selagi tak siap tak boleh balik, faham? Kalau saya nampak awk berdua meniru, saya cubit kulit tangan awak tu.



Waaahh...kenapa kehidupan mereka dah berkisar pada perempuan, gay, dan kondom..huhu.. Kalau dia tau mengenai kondom pada umur 12 tahun, diorng tahu ke mengenai seks? Budak lelaki 1 itu memang mencabar sebab sebelum kemunculan dia, pelajar kelas tu tak berani pun nak buka mulut pasal benda2 macam tu. Sebelum ni kalau mengadu pun..

"Cikgu, kenapa buku dia lagi tebal dari buku saya?"
"Cikgu, dia bising cikgu"
"Cikgu, dia tiru saya cikgu.."
"Cikgu, kalau saya tak ikut cikgu saya jawab macam ni boleh cikgu.."


Saya dulu sampai tahun pertama di universiti baru tau kotak durex di tepi kaunter tu adalah kondom. Itu pun lepas peristiwa di satu pasaraya yang biasa saya pergi..

Saya ternampak kotak gegula yang ada design baru dan perisa baru (sebelum tu kotak warna tu takda tau) bersebelahan dengan tempat gula2 Mentos. Lalu saya ambil sambil belek2. Sebelum2 ni tak pernah ada keinginan nak pegang pun kotak tu sebab tengok macam tak sedap je gegula tu. Tetiba kotak yang design baru ni siap ada gambar buah-buahan dan bentuk love yang comel. Seyes takda ciri2 'benda' tu pun ok.

Tapi smbil saya belek2 tu ada dua tiga abang kat belakang sengih2. Saya pun letak balik dengan tertanya2. Then next time saya datang tmpat yang sama, saya tunjuk pada kawan saya pasal kotak candy baru yang ada pelbagai perisa. Then barula saya tau isi sebenar..huhu.. Sangat malu okaaaaayyyyy......


Haaiihh..budak darjah 6 sekarang.....




10 comments:

RanumSetia said...

nasib baik saya tak jadi cikgu..hahaha..

Nadiah Suhaidi said...

advance sungguh budak2 zaman skrg..ish3

RAIFANA ABDULLAH said...

org pon lambat tau durex tu.apsal la dorg letak kat tepi kaunter bersama ngan gula2 kan?haih~

Amanda Eltiqaz said...

RanumSetia: leceh..tapi seronok =P

Nad: tu laa..isk2..kena jaga baby nad baik2 tau..jgn kasi dia kwn budak nakal.hehe

Rai: tu aa..nampak sungguh gula2 benda itu..hihi.

Zuraidin said...

amanda lately, dah boleh cerita pasal condom yer.

Ms Rai, durex tu mcm chewing gum ke, sbb letak dekat dgn gula2..

miza said...

HAHAHAHAHA...

My oh my. Kelakar la kamu.

Tapi aku dulu pun sama tak tau benda alah sebelah mentos tu adalah kondom.

Eii, even dah kawen ni pun aku and hubby malu-malu nk beli kondom.

Tahape-hape

Amanda Eltiqaz said...

En Zurai:
Ish..bkn org nak citer..mmg budak kecik tu yg ckp. bakal mak org ni pun tak penah gurau gitu dgn kawan tau.. <- sgt suci ^^

Miza: Eh..perlu ke?

miza said...

perlu la nak malu okeh. dua2 virgin tak pernah beli kondom.

tapi last2 tak beli pun sbb dua2 malu nak bayar kt kaunter.

wahaha!

Amanda Eltiqaz said...

miza: hihi. comel la kau. maksud aku bkn perlu ke malu..tapi perlu ke pkai kondom.. =P

miza said...

perlu pakai kondom. tapi since tak beli pun, so... tak perlu la. haha

Related Posts with Thumbnails