Showing posts with label Photos. Show all posts
Showing posts with label Photos. Show all posts

March 15, 2012

Kelahiran

It's been a while~ =D

Sorry to all yang menanti-nanti update dari Dy, dan pada siapa yang tak ternanti-nanti tu, buat2 la muka excited ek. Hehe.

Banyak benda yang dah berlaku since last September. First of all, saya dah jadi IBU kepada baby cute nama ANAS NAUFAL.

Pengalaman bersalin memang tiada siapa yang boleh explain, dan saya percaya wlaupun namanya 'bersalin' yang konon akan dilalui oleh semua isteri yang ingin anak, tapi pengalaman setiap orang adalah amat berbeza sekali. Huh. For now, I can say, I am traumatize...mentally traumatize...baby..give brith..mentally traumatize........... -_-

But the feeling after seeing the baby..is another thing, amazing..totally amazing..love you my dear baby, and dear hubby yang sentisa berada di samping saya sepanjang proses kelahiran tu. Daripada saya admitted, induce sampailah keluar baby tu, terkitai2.. It was a veeerryy super precious moments.. =)

Malam before giving birth. Walaupun sedang menahan contraction, sempat lagi berposing..hehe
Hari pertama berpantang..sedaap kan? sedaaaaaap sangat!! ~_~ (Hiasan keliling pinggan tu Azam yg buat, konon nk menggembirakan ibu pantang ni la..hihi)
My baby 3 hari =)
My dear baby birthday~~!! 3 pagi you..seharian tak dapat tidur.. =(
Hadiah dari kawan2~ Ada lagi tapi dah buka dan tak sempat amik gambar..hehe. Thanks semua yang datang menjenguk =D


Menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah sampai sekarang dan hope sampai dia 2 tahun ^_^

June 8, 2011

X - Men First Class

Ahad lepas lepas balik dari kenduri kahwin kat Pasir Gudang, Azam ajak gi tengok wayang (^_^)

Tapi kami bukan pergi dating berdua je..kami pergi dengan kawan-kawan Azam skali. Hehe. Dengan baju kurung tu jugak saya pergi. Actually diorng kawan opis Azam, Isma dan Izuan.  Walaupun takda la slalu jumpa, tapi kenal la jugak tru FB. Mmg gilak2 juga orang nye. Hehe.



Mula2 kitaorng gi Jusco Tebrau. Beratur dia ya ampuuunnn...punya la panjang! Dari dalam sampaila dekat Baskin Robbin tu. Apa ntah diorng buat ramai2 hujung minggu ni, pakat tengok wayang ramai2 ke apa? Azam awal2 lagi dah pasrah..tapi saya ckap kita beratur je la dulu... (eceh..konon sabar la kan..hihi)

Credit to: luddin.blogspotcom

So Azam gi kaunter tgk list wayang yang available, dan saya beratur. Kwn2 Azam blm sampai lagi.

By the time diorng sampai, kami pn bncang punya bincang,last2 decide kita tengok kat tempat lain. Paling dekat kat area situ adalah KSL City Mall. Shopping Mall baru buka. Tapi MBO je la. Jam menunjukkan pukul 3.30pm. Tak nak buang masa, kami terus ke sana.

Credit to: KSL City

Plan asal nak tengok Panda Kunfu 2. Tapi...takda lak version English kat KSL. (Kat tebrau tadi lagila..sold out suma smpai malam!) Yang ada cuma Chinese version. Klau ada English version pun 3D dan harganya RM17! Huuu...tak lalu nak bayar RM17 semata2 untuk encik panda tu. Last2..dah takda citer len dah..kami pun tak nak la balik malam sangat, so amik X-Men First Class. Yeaaah~ Jadi la buat hiburan..hihi..

Credit to: lots-of-stuffs.blogspot.com

Akak kat kaunter ni mmg bersabar melayan kerenah kami yang asik bertukar2 je movie yang nak di tengok, bkn stakat tukar muvi, tukar time, tukar seat..hehe.. =P


Review about X-Men:

Kiri jahat, kanan baik.haha. (Credit to: Google je :P)


Citer ni..agak menyeronokkan..hm..menarik..internationale! Haha..takda la..itu cm komen maharaja lawak je hihi.

Bagi saya, buat mereka yang jarang tengok X-men nye sequence, muvi kali ni agak menarik sebab dia menceritakan macam mana Magneto leh jahat, dan macam mana suma mutants ni semua boleh berkumpul dan bersatu yang akhirnya berpecah semula. Misi asal adalah untuk membantu manusia. Tapi selepas manusia normal mula berpaling tadah, diorng bersatu pulak utk memusnahkan manusia normal. (diorng kan tak normal..hehe)

Dalam citer ni banyak la yang buat saya dan azam macam.. "Ohh...camtu rupanya Mystique jahat.." "Ohh..hmm...oh ya ke.." Haa..lebih kurang gitu la suara2 yang timbul masa tgk citer ni. Hehe..

Tetapi...bagi yang dah biasa tengok action dan boom boom bang dalam X-Men sebelum2 ni, mungkin akan rasa citer ni membosankan. Sebab kali ni mmg tak banyak action. Banyak main physcology je.

Dan ada jugak part yang buat kitaorng gelak beramai2 satu panggung. hehehe.

Moral of the story:
Yakin dengan diri sendiri dan kelebihan yang kita ada. Klau ia adalah kekurangan, latih ia untuk jadi kelebihan =)

"Mutant and Proud~"

Looks normal kan. ;) Actually we ALL have our x-capability.


June 3, 2011

Spider - Tarantula

Semua maklum kan labah-labah tarantula mmg sangat berbahaya especially dia punya sengatan tu. Walaupun tak semua boleh menyebabkan sudden death (kecuali yang super besar la kan) tapi sekali sengatan dia boleh menyebabkan lumpuh beberapa saluran darah sebab beracun.

Ni tarantula kecik je, ia boleh jadi besar sebesar beg sekolah budak tu ok!

Tapi dalam kebahayaan tu, masih ada orang sanggup bela tarantula sebagai haiwan peliharaan? Tak dapat saya nak bayangkan macam mana orang leh tengok tarantula yang bahaya tu macam, "alalala kiutnya diaaa..meh sini meh..come to papa~~" Huhuu...

Honestly, saya tak pernah la encounter tarantula depan2, slalu tengok dalam kotak kaca je, macam tengok budak2 AF yg duk dlm rumah kaca tu. Tapi kali ni lain seh..kali ni real punya!

Walaupun saya mengandung, dan ada sesetengah orang tak suka tengok haiwan2 macam ular, labah-labah, kala jengking..tapi I find it facinating! Sangat menarik. At first nampak, teringat la jugak orang2 cakap, so agak takut apa effect dia terhadap baby ek? Tapi bila semakin tengok, hati rasa nak tengok laaaaagi dekat..hihi. Tp stil amik langkah berjaga-jaga..better jangan pegang. Hehe.

Within this week jugak, saya dan family mentua, gi Pandan Uptown, ala..mmg tak leh nak lawan uptown kat bandar-bandar besar tu. Tapi tu bukan pointnya, yang penting sekarang kat sini ada satu gerai kecik yang menjual haiwan2 ganjil sebagai haiwan peliharaan. Mereka saaaaangat COMEL...mereka adalah...ular, kala jengking, sugar glider, labah-labah tarantula dan ia ada pelbagai saiz dan jenis..hahaha..

Ular kecik. Yang besar saya takut nak amik gambar..hehe.

Saya tak tau la kan..mungkin sebab azam dan adik2nya 'berjiwa haiwan'...jadi keinginan dan minat terhadap haiwan ni sampai buat diorng rasa nak pegang haiwan2 tu. huhu.. saya risau ok. pengunjung lain cuma tengok2 je. tapi diorng ni siap layan abg kedai tu. Abg kedai tu pun apa lagi, dengan hati berbunga2 terus bukak sekotak demi sekotak haiwan2 'COMEL' td untuk tunjuk pada azam.

"Awk nak pegang yang mana satu?" Sampai buka kotak2 yang ada ular. Physco okay...

Lepas pilih satu ular, abg tu terus dengan selambanya melilit kat leher azam..waa...saya yang takut. "Ayang jgn pegang mulut dia yang...jgn pegang kepala dia..! Ayang diam2 yang.." Azam sengih je..hoho..berlagak yee...

Ular..anak ular kot..yang ni pegang dulu sblm lilit kat leher. Hee~

Then pada masa yang sama Alin dan mak melayan Sugar Glider, ia macam tupai tapi mata dia bsar~~ Ni btul2 kiut tapi ni haiwan peliharaan abg kedai tu. Saya pun tak tau nama benda alah tu apa, Azam yang sebut, dia kata dia pernah tgk kat NatGeo Wild, rancangan dokumentari kat Astro tu. Hihi..cik sugar ni mmg kiut miut!! rasa nak gigit je! Alin cuba pegang cik sugar ni, tapi takut2 la..geli kot..binatang ni asik gerak2 je sekeliling bahu..saya nak tangkap gambar pun susah... ^^

Alin dan Sugar Glider (bahu kiri alin)

Then, abg kedai tu menjadi semakin galak..dia excited kot ada pengunjung yang sibuk bergambar dan pegang haiwan2 ganas dia tu. Sedang enak2 kami tengok kala jengking dan labah2, tetiba dia bukak sekotak kala jengking. "Awak nak pegang yang ni?" Saya bising kat azam, "Eh, tak yah ngada la ayang..tengok je dah tau bahaya. Ish..",

Pastu abg tu tak berputus asa, dia buka lagi satu kotak, ada tarantula.. "Haa..yang ni nak? Lawa skit..hehe.".

"Hem..yang ni brapa ringgit bang?" Azam buat2 interested. Kami berkerumun tengok tarantula tu.

"Yang ni mahal skit, saya bagi awk lagi satu" Dia cari yang kecik skit. " Haa..yang ni murah skit, RM300, nak pegang". "Alaaa..tak yah pegang2 la..huhu..bahaya tuu.." Mak bising.

"Takpa..saya jaga, kena pegang hati2 ni (abg tu siap warning lagi okkk..) Klau dia angkat kaki dia, jangan gerak, kalau dia turun kaki dia, baru kita leh pegang dia. Klau tak nnt dia sengat. Klau awk nak pegang nnt sy ajar caranya.. =D" Yakin je abg tu... =(

Dalam Azam taknak tu, skali Alin yang takut Sugar Glider tadi pulak kata nak pegang..jom tengok video. Abg tu warning klau nak amik gambar jgn ada flash, saya takut terus tertekan video. Lantak la..then azam tukang amik gambar..hehe

Alin pegang tarantula..saksikan! =D


Kat bawah ni gambar2 alin dengan tarantula. Hee..geli seh..


Ni awal2 lepas letak tarantula..hehe. Dalam takut ada berani =P

Selepas tu kami teruskan perjalanan cari baju segala. On de way pulang tu kami terjumpa kucing liar yang sangat comel~ Tengok macam kesian je, kami terus decide nak bela dan bawa pulang.. =D

Nama saya Lolo~
 Kami namakan dia Lolo sebab kucing yang abg Lan baru beli dengan harga RM100 tu, nama dia Lilo.. =P Sebab ni kampung kan, so nama pun campur la bandar n kampung. hihih. Walaupun liar..tapi kejap je dia dah manja dengan kitaorang, mungkin sbb dia kecik lagi kot.. So ada TIGA ekor kucing kat umah mentua saya ni. hiiii~~~~

December 10, 2010

Just Married!

Saya sudah berkahwin~~

6 hari sudah. Lega rasa semua dah setel. Any info blh contact org2 yg saya dh listkan dalam Preparation Wedding #1 dan Preparation Wedding #2.

Sekarang saya online kat umah mentua. Ada lagi 2 hari sebelum masuk kerja di opis smula..tapi rasa cm nak smbung cuti la..hehe. Blh tak tuan pengarah?? Ala...blh la blh la~ pleaseeeee~~

Apa? Boleh? Yeay!! << harapan yg menggunung. hehe

Anyway, terima kasih semua yang telah sudi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan dy & azam. Terutama kawan2 sekolah menengah TIGS, MRSM Mersing, UTP, officemate KPTMBP dan student2 kesayangan ku~

Special thanks to Sean a.k.a Khairul Anwardin (ex-UTPian) dan Muhammad Mudi & his wife dari UTP yang sudi datang ke majlis dy. ^^ Sorry belum dpt gambar lagi. Hehe.

Terima kasih juga pada adik2 dan family. (Of course la kan..hehe) Kepada Yusri (insyallah bakal adik ipar), Dayah (kawan Eqa), jiran2 dan sedara mara yang telah membantu menjayakan majlis ini. Love u all~ mmuah~

Mari kita tgk gambar sama2 ;)

Eternal Love

 MRSM Mersing + TIGS girls


[From left:Melyna Hani, Hilma, Farhana, Zuraidah, Ida Julaili, Amanina, Rumaizah.
Bottom: Syazwani Acturus, Amalina, Syazwani Sahar, Radin Nur Iftitah, and my cousin]


My best friend
[From left:Amanina, Rumaizah, Wani Sahar, Siti Hidayu. Hanee n Sazlyni dtg tapi blm dapat gmbar lagi sabar ya..hehe]




Current dan  Ex-Students

My Lovely Family

Main fotographer: Rahmat bin Ali. Additional fotographer: Iqbal dan Keri
Thank u semua~

Suka tak dengan gambar2 ni? Kalau suka leh contact dgn Abg Rahmat. Dia cover satu Malaysia! hehe.
email: jgd5115@yahoo.com
contact : 019-7100002


July 18, 2010

PIKOM PC Fair 2010!!

Okay, ia datang lagi!


PC Fair 2010 ni adalah kali kedua untuk tahun ni. Saya tak pasti tapi pernah ada orang kata PC Fair dibuat 4 kali setahun sejak beberapa tahun ni. Walaupun tak semeriah di tempat lain, tapi yang saya rasa ia sangat2 meriah compare to tahun sebelum2 nya sebab ini pertama kali saya pergi PC Fair dengan kekasih. Wii~ (^_^)

Hari sabtu yang ceria dimulakan dengan kedatangan kekasih ke Batu Pahat. Hm..kali ni dia datang dgn bas jadi saya tunggu dia tiba di rumah atuk je. Tapi sebelum dia sampai tu, saya sempat ke car wash (belakang telekom bersebelahan masjid bandar, dekat2 padang). Bagi saya situ memang the best! Tempat duduk sangat selesa siap ada astro, hasil cucian juga sangat bersih. Harga berpatutan dan ia syarikat MELAYU 100% =D.

Cuma kali ni, demi menyambut kedatangan si dia, saya buat water wax = RM10. Tambah skit dari normal car wash RM11. Jadi total = RM21. Saya pun first time buat. Nak buat yang waxing n polish cm mahal sgt. Hehe.

Ketibaan si dia..
First place kami pergi ke kedai printing: Massive Design & Multimedia. Saja usha design kad kahwin. ^^ Dah banyak kedai gak saya usha sendiri, tapi kebanyakan nya agak mahal tapi ada few friends suggest kedai tu kata murah skit. We pick one for my side, dan dia pun berminat juga dengan beberapa design. Saya mungkin akan tempah next week. Tapi sebab majlis di pihak dia lambat skit. Jadi dia need time utk discuss dengan parents dia. Thanks dear temankan saya~

Next..
Kami straight to BP Mall. PC Fair, we come! Happy sangat sebab kali ni pergi dengan tujuan. Hehe. Kalau takda tujuan biasa dtg pungut flyers, pastu balik tangan kosong. =P

Pacific Mall Batu Pahat

Lepas makan dengan kenyang di MK Restaurant, kami terus survey setiap kedai di PC Fair tu. Planning nak cucuk duit tapi hampa. ATM pertama (area pizza hut) tu rosak. Pastu ATM machine lagi satu dekat pappa roti tu pulak beratur punyala panjang! Cekalkan diri jugala beratur, tapi menambah kekecewaan sampai je kat depan, duit lak takleh keluar. Orang belakang2 pun takleh keluar duit juga. Nak tak nak terpaksala guna duit dia dalam tangan je.

Pendekkan citer, saya dapat external hard disk imation, 320GB percuma! Sebab dia belikan~ =D Saya sangat2 perlukan hard disk tu. Thanks sangat!
External Hard Disk Apollo II 320GB Imation


Dalam packaging tu siap cover dan usb cable. Biasalakan. Beserta lipatan kertas manual yang agak tebal tapi setelah dibuka rupanya instruction nya cuma 1/4 kertas A4, selebihnya tu hanya instruction dalam lebih dari 5 bahasa lain..hehe. Selain tu, kami usha juga beberapa device lain, especially laptop, digicam, dan graphic card baru (dia tgh gila game..hehe)

Then..
Jam baru pukul 5pm. Dah takda apa, kami pun singgah ke rumah atuk. Petang tu parents dia call nak jmpa di Ayer Hitam sebab mereka on de way nak balik kampung jugak. Jadi setengah jam lepas tu kami terus ke Ayer Hitam. Sementara tunggu parents dia sampai kami sempat la beli putu bambu kat tepi jalan tu. hehe.

Ada 6 biji dalam bungkusan ni. Putu bambu sedap! Plus dia belikan juga. hee~


Pastu singgah marrybrown. Kami order ice scoope, milo, dan curly fries with cheese. Saya memang tak suka dengan marrybrown sampai bila2. Ada kisah di sebalik curly cheese dan akak kaunter. huhu..


+



Later..
Lepas parents dia smpai, jumpa sekejap, pastu dia ikut parents balik kampung dan saya pulang ke rumah dengan senyuman~ (^_^)



July 14, 2010

Secret Room

Zaman kanak-kanak saya tak banyak permainan yang boleh dimainkan. Especially dengan rumah sewa pada masa tu yang sangat lapang sebab parents tak banyak beli perabot. Jadi salah satu permainan yang selalu saya main adalah 'hide-and-seek'

Saya selalu wish rumah saya pada ketika itu ada banyak tempat persembunyian. Yang kelakar nya..saya dan adik main 'hide-and-seek' bukan sekadar dalam rumah dan keliling rumah, tapi kawasan kami tak terbatas sampai kami boleh sembunyi kat rumah jiran kalau perlu..hehe.

Tapi tu dulu. Sekarang dah banyak game. Kalau dulu saya fikir, kalau dapat ada almari kosong pun jadilah untuk main hide and seek. But secret room? Never thought of that. Walaupun agak teruja dengan design rumah bangsawan british zaman dulu yang penuh dengan laluan rahsia dan bilik rahsia. Tapi tak pernah terfiikir benda2 tu boleh di apply untuk orang kebanyakan cam kami2 ni. heh.

Jadiii...masa saya survey2 untuk reka bentuk rumah online...saya jumpa ni!

June 24, 2010

You Jump I Jump

BUT here..you jump, i capture ;)

Contest from my best friend from high school until now :: miss nina dolce


♣ Cool Jumper Contest ♣

Photographer: Ahmad Lokman

Cerita di sebalik gambar ni:
Gambar ni diambil semasa Kem Motivasi di Kem Kaizen Gunung Pulai, pada 4 Mei 2008 sewaktu aktiviti riadah pada waktu petang.
Semua student saya ni semua dah graduate. Hehe. Diorng memang sporting.
Saya doakan korang berjaya dalam higher education dan career. =)


Syarat-syarat untuk dpat hadiah dari contest ni:
☻Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool.
☻Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
☻ Be my follower --> Nina Aman
☻Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
☻ 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
☻Tarikh tutup: 4 JULAI 2010


Kawan-kawan yang kena lompat:

Diyana Heart
Nanad
Ms Cloudy
Sarah Smile



Good Luck! =)

May 20, 2010

Selamat Hari Guru Ayah!

Suatu petang..

Mak: Along, nanti petang amik atuk eh, dia nak ikut kita balik
Saya: Eh..bkn mak pegi umah atuk ke tadi?
Mak: Iya, tapi hadiah penuh kat kereta bapak, atuk takda tempat nak duduk.
Saya: (dalam hati..penuh?) Ha..yelah. nanti along amik.

So petang tu before balik kerja, saya call atuk dan nenek supaya bersiap2, saya akan amik pukul 540pm. Nenek tu kalau tak diberitahu supaya bersiap, maunya kena tunggu dia 15 minit just untuk mekap sahaja, belum lagi pakai baju pastu tukar semula, pakai tudung bukak smula tukar tudung lain, mengalahkan anak dara tau.

So petang tu amik atuk dan terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan..

Saya: Penuh tuk? takkan bonet tak muat kot?
Nenek: Iya along..banyaaaak sangat..penuh bonet keta bapak along tu dengan hadiah. Kat tempat duduk belakang tu pun penuh separuh..kalau atuk naik keta pangku pulak hadiah tu. tak nak atuk, baik naik dengan along.
Saya: Ish..tak kan banyak mcam tu skali hadiah nya..bonet keta camru tu kan bsar.
Nenek: Nanti along tengok la sendiri.hehe. tu yang atuk nak ikut balik ni..nak tolong buka hadiah.hehehe. 

Sampai je rumah.. Masyallah Allah...punya la banyak hadiah!!



Hadiah-hadiah yang dikumpulkan tgh hall rumah..ni belum masuk yang dah diterima awal pada hari Jumaat



Hehe...ayah sangat seronok dapat hadiah banyak2! Tapi dia tak tau yang anak-anak dia dah jeling-jeling je hadiah tu minta belas ihsan..hihik



Bagi yang kurang berkemampuan, mereka msih nak bagi hadiah walaupun hanya dengan hasil kreativiti mereka. Cute sangat kan ^_^ (ada beberapa lagi handmade kad yang tak sempat nak amik gambar)



Dari yang se-kiut2 teddy bear smpai la sebaik-baik Al-Quran (teddy bear kecik-kecik ni ayah dapat sangat banyak..adalah dalam 15 batang cmtu..mesti diorng pakat beli ramai2 kat satu kedai..untung pakcik kedai tu..hihi)

Ada jugak murid yang beri buku 'Ibadat dan Fadhilatnya' dengan ayat pada kad: "Saya tahu cikgu suka membaca, jadi saya harap cikgu dapat membaca buku ini selalu :)" Baikkan? Kata ayah murid perempuan tu memang antara yang bijak dan bersopan. Ayah dia pun educated tapi tak sure kerja apa.



Ni antara hadiah daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Yang lain adalah saguhati, piala, buku-buku dan cenderamata.  Sekolah ayah berikan hadiah cermin dinding berukir yang saaaaangat besar. Sampai sekarang kami belum gantung lagi..tak tau nak letak mana. Kena tunggu rumah siap renovate baru ada idea nak letak mana. Saya cadang letak kat sisi dry dining room. Tengok la camna =)

Ada 2 set pinggan mangkuk yang agak mahal hadiah dari kelas. Saya dah cop satu! :D 
Untuk kegunaan after wedding. 

"Bapak tak nak sponsor along ke benda nii...? ^^"
"Hm...ye la ye la amik je...mak pun dah ada lagi satu tu"
"Hihii...thank u very much!  mak jangan jeles~ :D"
(mak wat muka muncung sebab dia nak dua2 hehe)


Malam tu ada lagi sebuah hadiah paling besar sebesar almari, tak silap cermin besar yang dihantar oleh kawan ayah sebab kereta ayah tak muat nak letak hadiah tu. Ish ish.. dahsyat kan! ^^

Majlis tu sebenarnya sempena hari guru at the same time, menyambut majlis persaraan ayah saya. Sambutan sekolah tu memang sangat special. Pagi-pagi lagi murid2 ayah dah beratur panjang tunggu giliran untuk bersalam dengan ayah saya. ada yang berebut2 untuk berjumpa dengan ayah sambil melambai2 tangan. Lepas majlis ucapan dan sebagai nya, ayah dan ibu menunggu di pintu pagar sambil bersalam dengan seorang demi seorang murid yang memberi hadiah. setiap hadiah yang ayah dapat diberi pada pengawas untuk dimasukkan ke dalam troli. kemudian pengawas hantar hadiah tu ke dalam kereta ayah.

sebelum pulang, ayah dan ibu diarak menaiki mercedes (tak tau milik sape ntah..hehe) meninggalkan perkarangan sekolah. sedih sangat... (bak kata mak la..) budak-budak sekolah tu memang sangat cute! ^_^


p/s: Terima kasih juga buat students saya baik yang telah grad mahupun yang masih belajar yang telah wish saya 'Selamat Hari Guru' pada hari Ahad dan Isnin lalu. Saya doakan semoga kamu semuaa cemerlang dalam academic dan juga akhlak. Yang dah grad, smoga dapat kerja yang diinginkan dan cepat dapat jodoh! =P

Hope hubungan kita berkekalan sebagai kawan dan ex-lecturer ;) mish u guys~!



March 21, 2010

Pantang Berundur..

Berikutan entry saya yang lepas..

Kisah tu keluar akhbar Harian Metro keesokan harinya.. just to share..

Apa nak jadi dengan orang sekarang ni..dia ingat pistol tu macam alat mainan boleh tembak orang sesuka hati? Apatah lagi tembak anggota polis..lagila berat hukuman nya. Memang patut pun penjenayah tu kena hukuman bunuh..buat jenayah pun boleh multitasking..huhu..

[Click to enlarge]


December 26, 2009

PMR Day~

Akhirnya hari yang ditunggu2 tiba juaa~

PMR Day! ^^

Walaupun agak lambat nak diceritakan tapi kegembiraan kami satu family tak tergambar rasanya. Maka 24hb Dis merupakan tarikh adik bungsu bucuk saya tu dapat result PMR dia =D


Sementara tunggu nama diumumkan

Tahun ni saya yang temankan adik amik result. Tak macam tahun saya dulu2 yang terus amik result dari cikgu. Tapi kali ni TIGS umumkan semua pelajar straight A's atas pentas macam terima sijil (eh..mmg sijil pun kan ek..hm..ntah la) Saya lak yang lebih2 excited, tgk dia..relax jek.. (buat muka cuak pun ada.heh)

Nama demi nama, kami tunggu dengan penuh debaran..

Saya: Okeh..ready ika..
Ika: Ish along nih..nak ready apanya? (buat muka tension)
Saya: Eh..ready amik sijil tu la.haha~
Ika: Eii..bkn nya tau lg dapat ke tak. (smbil silang tangan..)
Saya: Yakin aa skit..uweekk.. =P (saja nak bagi dia gelabah..hahaha)


Tak lama lepas tu..


"Nur Atikah Lehaannnnn...eh Lehammm" (ades..boleh lak tersalah..)
"Yeaaaaayyyyy...tahniah ikaaaaahhh!!" suara kawan2 dia..



Eh..kau dapat berapa? Kau lak?


Eh..sama la kita..kami dapat straight A's gak!!!


Saya hanya mampu tersenyum tengok dia yang kunun2 nak cover nangis. Haha.. Well she deserves it. Nak kata dia asik relax sahaja takda main game, selalu je tgk dia main game, dan nak kata dia study sepanjang masa pun tidak. Tapi saya tau dia dah manage masa dia sehabis baik. =) (okayyy...now i have to be ready for her long wish list for the present..hahaha!)


Congrats Ikah!

Maka dengan ini, lengkapla 5 orang anak Leham dapat 8A PMR =) Aminnn... Berbalas juga rasanya penat lelah membesarkan kami adik beradik. Macih maaakk and ayahhh!

Related Posts with Thumbnails