Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

June 8, 2011

5 Blog Paling Kerap Dilawati

Salam semua~

Kali ni saya nak buat topik mengenai blog yang paling kerap saya lawati. Actually entry ni untuk beri kerjasama pada misi khas En Denaihati untuk menyenaraikan 5 Blog Yang Paling Kerap Dilawati.



So I think, why not? Macam best je..! Walaupun biasanya setiap kali saya akan buka LEBIH daripada 5 blog, tapi kita ikut statistic la yek, mengikut perkiraan algebra dan statistic saya, berikut adalah 5 blog yang selaaaaalu saya lawati dan saya akan buka dulu before buka yang lain.. Dah macam stalker pun ada..haha~ Walaupun diorng ni tak femes mana, tapi suka baca blog diorng ^_^

1. Azam Hassan - http://raptorarena.wordpress.com

- Banyak latest info mengenai isu semasa, suka baca personal view dia ^^


2. Miao & PafuWafu - http://www.akiraceo.com

My favorite comic blog! Setiap update dia mesti kena baca. =D


3. Miza - http://sugar-and-lime.blogspot.com

Best frien dari UTP yang suka merepek..hehe


4. Nina Aman - http://ladolcenina.blogspot.com

Best friend from high school! Love her cute opinion about life ^^


5. Aidid Muaddib - http://aididmuaddib.blogspot.com

Blog anti MLM - bkn cakap sebarangan tapi full of facts okaayy..good info!


Er...En denaihati, saya mau tambah lagi bolehkah? hehe. Selain blog2 di atas ada beberapa blog juga yang saya selalu baca, tapi baca je la..jarang bagi komen..macam baca suratkhabar online ^_^

  • radiusite - blog jual tudung, sure rmai tau kan..mmg suka tgk update terbaru tudung2 dia =D
  • denaihati -blog yang banyak info mengenai dunia blogging and update terbaru kwn2 blog lain.
  • dunia alin - mmg dunia kak alin la kan. lecturer english yg sempoi~ ^^
  • nadxoxo - blog kwn uni dr dia single, smpai kawen, smpai dia dpt baby dan skrg mula buat blogshop   mengenai barangan baby. go nad go!!
  • cotetanperantau - blog budak perantau dari london. =P

Selain daripada senarai di atas, biasanya saya akan ushar based on update, klau ada new post, baru la saya buka blog dia. =) Okay, selain tu En denaihati jugak cakap:

"Di dalam entri tersebut sila senaraikan juga 10 teman blogger anda yang juga anda ingin mereka ikut serta dalam projek ini."

** Saya bagi warna hijau sbb dia suka warna hijau.hihi.


Jadi dengan riang rianya saya menjemput semua kawan-kawan blogger untuk turut serta projek ni, tapi yang 10 orang di bawah ni wajib buat..hehe.



♥   Bebelan Una   ♥   Nina Aman   ♥   Kak Nik   ♥   Landax   ♥   Nadxoxo   ♥   
♥   ElizSue   ♥   Nadia   ♥   Faizah   ♥   Dunia Alin   ♥   Gadiest   ♥



Enjoy blogging~ ♥

June 24, 2010

You Jump I Jump

BUT here..you jump, i capture ;)

Contest from my best friend from high school until now :: miss nina dolce


♣ Cool Jumper Contest ♣

Photographer: Ahmad Lokman

Cerita di sebalik gambar ni:
Gambar ni diambil semasa Kem Motivasi di Kem Kaizen Gunung Pulai, pada 4 Mei 2008 sewaktu aktiviti riadah pada waktu petang.
Semua student saya ni semua dah graduate. Hehe. Diorng memang sporting.
Saya doakan korang berjaya dalam higher education dan career. =)


Syarat-syarat untuk dpat hadiah dari contest ni:
☻Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool.
☻Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
☻ Be my follower --> Nina Aman
☻Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
☻ 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
☻Tarikh tutup: 4 JULAI 2010


Kawan-kawan yang kena lompat:

Diyana Heart
Nanad
Ms Cloudy
Sarah Smile



Good Luck! =)

June 9, 2010

Award Lagi~ =D

Dalam kekeliruan memikirkan solution kenapa layout saya tak keluar ni..saya dapat 2 award. Termasuk ni dah jadi 3. Yeay~
Thanks dear! =D

Tapi award2 bkn dapat free je. Sebelum nak amik award yang diberi kena lak jawab soalan2 aneh. Tapi takpalah.. (mcm tol sblm duduk atas pelamin lak..hihi)


#1 - Daripada jannah



♥ Glam Golden Award ♥

Soalan-soalan:
kenapa anda suke blogging?
awal2 reason dulu sebab saya suka kumpul info2 menarik and nak share pada kawan-kawan. Sekarang bila dah ramai kawan-kawan dapat collect duit sambil tolong kawan collect duit dari Nuffnang ^^

adakah anda bahagia dengan kehidupan anda sekarang..?
bahagia je =)

apakah impian anda 5 tahun akan datang?
saya nak career yang lebih baik yang boleh memberi saya lebih ruang untuk improve diri sendiri dan contribute pada company tu sendiri. (seyes niih! =D)

siapakah orang yang anda mahu sentiasa ada disisi anda..??
bestfriend @ kekasih @ tunang @ future husband - azam bin hassan (sori..dh jatuhkan saham awak..hihi)

sila beri award ini kepada 5 orang yang anda suka..

saya suka nak bagi pada: mrs miza | ms nina | mrs alin | ms ima | ms rai | mrs nad
hehe. mcm banyak pempuan je kan. ntah. rasa mcm kebanyakan lelaki tak nak buat benda2 gini. tapi to all my blogger friends, you are allowed to take this award ^_^

beri pendapat kamo tentang award ini..
hurm...mcm grand sangat tak? sesuai ke untuk saya? haha..anyway thanks!



#2 - Daripada  Mar


♥ Happy Award ♥

Soalan-soalan:
Adakah anda happy sekarang?
 hm..boleh la..
 
Kenapa anda happy?
happy sebab saya masih ada family n kekasih hati.
happy sebab dapat tag ni for sure.
tapi RIGHT HERE RIGHT NOW..banyak perkara yang merunsingkan diri actually..bila la nak setel =S

Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
jumpa si dia dan jalan-jalan kat shopping mall ;)

Pernahkah anda menerima tag?
pernah. nak tau berapa banyak leh tengok kat label tag/contest tu.. =P

Nyatakan warna yang anda suka?
main: purple
optional: blue

Beritahu 9 orang yang anda mahu tag
what?? sembilan?? waa..ramainya manusia...

farhana | fadhillah | jannah | nuriz | wan rohani |wunny | landax | eliz | kak e'in
**pulun ikut arahan soalan kan..hehe

Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag
semua adalah rakan-rakan blogger yang saya terasa nak tag sebab saya baru lepas pegi page diorng untuk tgk update terbaru ^^


Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
saya sangat happy, sebab saya ada dia~



June 3, 2010

Fotogenik Contest~

.:: Photogenic Contest ::.

Okay..hurm..cmna nak start ek. Saya telah diarahkan ditag oleh Kak Alin untuk buat Photogenic Contest ni dengan sedikit unsur2 kutukan. haha. Takpa. Sebab dia cute saya maafkan. Jadi dengan beberapa perjanjian bertulis seperti di bawah saya cuba laksanakan satu persatu.. ;)

  1. Terbuka kepada semua peringkat umur. <- baby pun leh msuk ^^
  2. Gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !! <- dia kata tau bkn saya
  3. Gambar anda mestilah sePHOTOGENIC yg mugkin, nampakkan 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P <-- gmbar saya? ntah la..tgk je la nnt.. (~_~)
  4. Hanya sekeping gmabar sahaja di benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah ..:) <-- dia tak kan join..haha.
  5. Mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY  <-- ni la penganjur contest ni.sila la visit untuk maklumat lanjut.
  6. Sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org . [org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha :P] <-- baiklah!
  7. Letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :) <-- ok dah letak kat sidebar (bnyak lak syaratnya..huhu..)
  8. Tarikh tutp contest ini ialah 30 JUNE 2010 , bile dah tamat contest,saye akn announce kn ape hadiahnyer.. <-- so kenala selalu jenguk blog dia ^^

Gambar contoh Cik Izyan 
[ni gambar wajib tayang.hihi]


Setelah mengorek laci dan selongkar semua almari baju..akhirnya saya jumpa satu gmbar yang konon-konon macam fotogenik kot.. =P Okayla daripada takda. huhu.

.:: Gambar sendiri ::.
Tang mana yang fotogenik? Ntah..korang decide la ek.


Orang-orang yang cute yang saya nak ajak join contest ni ialah:


** Hope you all dapat buat ya ^^ **

~~~~~<<((@))>>~~~~~


May 31, 2010

Winner of Lin Handmade Greeting

Remember this entry? >> Pop-up Handmade Greeting Card

I actually win as 5 of the lucky bloggers~! Saya menang yeay~ saya menang yeay~ Saya sangat sukaaaa!!!

 See? It's my name~ la la la~

Hadiahnya adalah love card and I really hope it's a pop-up cards =D Saya nak bagi orang tersayang ^_^


Thanks u so much azlina~

p/s: kali kedua menang contest (^_^)


May 4, 2010

Pop-up Handmade Greeting Card!

Dulu masa zaman sekolah, suka buat handmade card utk kawan-kawan especially time besday diorng. Tapi of course la tak semua orang dapat. Biasa orang tu slalu buat saya happy dan bila ada mood nak buat kad.hehe. Kata orang, handmade card ni special. Tapi ntahla. saya boleh kira dengan jari siapa je yang saya bagi handmade card.

Dulu masa zaman sekolah tingkatan 4 saya pernah bagi handmade kad pada seorang lelaki ni. Saya pun tak sure saya 'suka' dia ke tak but one thing for sure saya suka tengok dia. Dia sangat comel! hehe. wlaupun takda la suka in term of cinta pun.

Kad ni saya buat sikit2. satu hari skit. dan biasanya bila tengah malam after study atau time bila roomate takda. sbb diorng sangat kenal mamat ni. nnt jd gosip lak. i dont like. saya nak bg kat dia senyap2. besday dia 6 august. seingat saya 2 bulan awal saya start buat skit2. sampailah akhirnya siap dan saya bagi kat dia.

mula-mula plan nak buat simple je. sbb pikir, 'ala..dia bukan special pun'. tapi ntah kenapa setiap kali buat ada je idea menarik dan setiap kali buat kad tu,sedih2 saya suma hilang dan asyik sangat. adalah 2 3 draf yang saya buang sebab tak cantik. Saya cakap kat dia saya buat guna bahan terpakai sebab nak jimat. Padahal kos kad tu lagi mahal daripada beli siap.haha. (dah bagi dia baru saya kira balik kos. =P) Sebab actually saya xcukup bahan, jadi saya beli marker baru,kilat2,kertas warna, pen kaler2, gunting corak.

lastly tanpa saya sangka, birthday kad tu adalah pop-up handmade kad saya yang pertama! ^_^ Bukanla pandai sangat pun buat pop-up kad tapi ada beberapa kali pegi kedai buku ternampak buku kraftangan yang ajar cmna nak buat pop-up kad,nak beli tak mampu. Jadi ingatla skit2 caranya. beberapa kali juga buat tak jadi.hihi. (pulun gila..haha)

walaupun lelaki tu bukanla jenis yang creative sangat dan saya tak expect dia untuk hargai kad tu. tapi saya sangat puas hati dan suka sangat bila nampak dia senyum dpt kad tu ^_^. So far takda sorang pun kawan-kawan saya yang tau saya bagi kad tu pada dia even bestfriend saya. Tapi saya tak pasti dia bagitau dengan siapa lagi. Sebab tak nak orang gosip. Bukan cinta dia pun,suka je tengok dia. ^_^


Tapi sekarang dah ada macam-macam design pop-up, boleh tempah online lagi Cantik tak kad-kad ni?

Saya dapat design cantik-cantik ni dari azlina-lin.blogspot.com


Ni antara kad-kad yang paaaaaling saya suka!

Just For You Card

Wedding Card

Custom Birthday Card

Ada banyak lagi kad-kad yang cantik dari blog Lin ni. Boleh pilih dari design yang sedia ada atau tempah.  Kalau la masa zaman saya kat mersing dulu ada design-design macam ni. Tentu2 tak payah susah payah buat kad berbulan-bulan.hehe.

Kalaula kad tu ada lagi, teringin nak tengok kad yang saya buat tu. Ntah macam mana rupa ntah. dan tak sangka sangat. After kami grad mrsm, kami mula ala-ala bercinta. dan tak sangka jugak. akhirnya dia ajak saya tunang. dan tak sabar rasanya nak berkahwin~ la la la~


April 12, 2010

Award~!!


Bermula dari sini....



Kemudian saya pun ke sini...

http://shirashafrida.blogspot.com



Dan saya dapat ini.....!!! (^_^)


Kemudian kena buat ni.. =P

First: Thank the person who gave you this award

Terima kasih banyak2 shira sebab bagi saya award ni (^_^)
Sebelum pergi page orang lain tengok ada macam-macam award tapi tak tau mana datang suma benda-benda ni. Bila dah dapat baru tau... "Oh..camni rupanya..."


Second: List the persons you want to give this award

Saya nak beri award ini kepada..
Cik Miza
Raifana
Imaliza
Nadxoxo
Cikgu Zara
Faizah Ramli
Miss Fadhilah
Queen Lyana
Ain
Cik Ranum Setia
Cik Bunbun
Cik Merah

Sebab ni blog-blog yang saya suka baca dan saya rasa best kot. ^_^


Third: Contact said Blogs and let them know they've won the award.

[Done!]
Congratulations everyone! (^_^)


Fourth: State 7 things about yourself
  •  Saya suka shopping
  • Saya suka jejalan~
  • Saya suka blogging ^^
  • Saya suka purple
  • Saya suka mengajar
  • Saya sayang 'dia'
  • Saya suka gi pantai!



April 7, 2010

GiveAway~

GiveAway pulak..haha!

Bukan banyak masa tapi cari masa ^_^

Kali ni dari page Teratak Kasih Zie Fauzi


Saya tau blog ni setelah baca dari beberapa blog..tapi blog yang buat hati ni terdetik nak buat adalah blog IntanIzani sebab blog dia comel. (boleh tak?) haha~

GiveAway ni dah mula pun dari 1 April 2010 sehingga 30 April 2010.


SYARAT-SYARAT

1. Follow blog Teratak Kasih Zie Fauzi untuk mengetahui sebarang update terbaru tentang giveaway ni. [ Done! ]



2. Tulis entry paling2 simple yang pernah anda buat dan nyatakan darimana anda tahu mengenai giveaway ni. [ Ni kira paling simple la kot..haha.]


3. Akhir sekali,tinggalkan info2 di bawah di entry beliau.

* jejak anda (link url entry)
* nama follower anda (kadang2 nama bahagian komen dan follower berbeza)
* email (utk den hubungi sekiranya menang) =P

[ Siap! ]


HADIAH
InsyaAllah,sesuatu yang istimewa 'Handmade with love'...


KAWAN-KAWAN YANG WAJIB BUAT GIVEAWAY NI:

Cik Miza
Ima
Raifana
Ryne
Cik Joyah
Eliza Suraya
Nadxoxo

dan sesiapa la yang nak buat..dapat hadiah tau. hehe!
Dan jangan lupa link nama saya sebagai REFERER (^_^)


April 6, 2010

Lucky Draw: MemoryShop

Lucky Draw again!

Lepas menang hadiah lucky draw hari tu, ni second time buat lucky draw =P

Lucky Draw ni dianjurkan oleh [Memory Shop] bersempena dengan pembukaan smula kedai online diorng. Kalau tak silap dulu dikenali sebagai sweetsmemoryshop.blogspot.com



Lucky Draw ni very simple! Lucky Draw ni akan pilih 3 (TIGA) orang yang bertuah untuk dapat hadiah yang best2 for girls especially and for guys maybe (bagi la pada gegirl tersayang ^^)


Syaratnya ialah:

1. post di blog anda tentang LUCKY DRAW
2. follow blog ini


kepada mereka yang telah memenuhi syarat di atas boleh tinggalkan comment di sini berserta link posting anda.

KEPUTUSAN LUCKY DRAW AKAN DIUMUMKAN PADA 4/5/2010

Dan yang ditunggu-tunggu.....


Hadiah-hadiahnya adalah berupaaaaa....jeng jeng jeng...

.
.
.



1st = Rm30 + BROOCH ( PILIHAN ANDA )
2nd = Rm20 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )
3rd = rm10 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )



psst...bagi brooch yang cantik2 tau.hihi (^_^)


January 25, 2010

Saya Menang! Saya Menang!!

Ingat tak sy msuk contest ni: Contest Lekat & Menang anjuran azizwan.com

Dannnn the result is....

Saya menang!!! yeay~~

Haha..actually bukan dpt first winner pun. Tp dpt jadi pemenang sampingan pun jd la kan ;)
Walaupun agak lambat tgk result..tapi agak berdebar la jugak kan. First time masuk contest tetiba kuar nama. Sangat seronok ookaaaaayyyy~~!!

Gembira sakan kan! Hahahahahahaha

First of all thanks to cik misznierah.blogspot.com sbb perkenalkan contest ni (secara indirectly sbb saya baca blog awak.hihi)

Second, thanks to en azizwan.com sbb anjur contest ni. Kalau nak ikutkan sebenanrnya pemenang dia adalah cik farra8978, tapi oleh kerana kebaikan hati en azizwan, dia telah memunculkan lagi 2 keping nama..dan walaaa~ my name on it! ^^


Best tak? best tak? ;P


So cik farra dapat topup RM50 dan saya dapat topup RM10. Hehe. Walaupun saya actually bukanla pengguna topup (saya guna post-paid since 2007..huhu) tapi..nanti la saya cuba fikirkan apa nak buat dengan topup tu..buat cungkil pintu masa ilang kunci pun okay gak =P

Just perasaan dapat hadiah tu sangat seronok sbnrnya. yii~ ^^
Miza, jgn jeles! =P

(ptutla si dia bagi hadiah keychain daun kering yg dah leminet tu org dh seronok..haaih..senang btul nak puaskan hati saya ni.. =( )


January 13, 2010

Contest Lekat & Menang!

>> Sila lihat post sebelum ini untuk ENTRY TERBARU <<

Semasa sedang berjalan-jalan2 dari blog ke blog, sy jumpa satu post psal Penyertaan Contets Lekat & Menang anjuran http://www.azizwan.com




Saya tahu contest ni dari blog misznierah.blogspot.

Actually saya takda la kenal sangat Cik Nierah ni baik secara individu atau secara pukal, tapi agak selalu la visit and baca post2 dia. Cik Nierah mmg slalu buat contest ntah dari mana2 blog ntah. Suma sangat menarik cuma sy tak berkesempatan je nak join. Lama2 bila tengok dia join contest sana sini mcm best je. So terdetik lak hati nak buat contest yang ini. So kira ini first blog contest yang saya pernah join ^_^

Syarat Contest Lekat & Menang:

  1. Post ni mesti jadi sbg sticky-post. Maksudnya kena stay selama 2 hari (48 jam) kurang drpd 48 jam takleh, tapi klau lebih sangat la digemari kot..hehe. So klau terasa nak letak entry baru kenala letak b4 post ni. 
  2. Then, attach kan gambar duit tu kat post korang. Tak kisah la kecik ke bsar. Nak hias2 pun boleh kot.hehe.
  3. Pastu klau jumpa Contest ni dari blog orang len, boleh la tulis: "Saya tahu contest ini dari blog ..."
  4. Dah..itu sahaja. Senang kan? ;)


Hadiah: RM 50 untuk pemenang dan RM30 untuk referer. So kira referer saya ni Cik Misznierah la.

Tarikh tutup: 13 Januari 2010 sblm 12am.

Dia kata ia berbentuk lucky-draw concept, so dalam berjuta orang buat, cuma satu pemenang je akan dipilih. haaih...hrap2 nasib saya cukup lucky la kan. ^^

So agak2 sesapa nak join jom la! Especially to Ima, Rai, Azahari, Miza, dan En Raptor. ;)


Related Posts with Thumbnails