October 28, 2009

Kebetulannya!

Hari isnin lepas one of my sister pegi interview biasiswa YPJ. Adik sy amik degree dalam pentadbiran gitu kot..sort of. tak sure.

So, semalam saya borak2 dgn mak, and tnya mcm mana interview adik. Mak pn bgtau ada satu soalan ni mcm pelik.Salah satu general question yg ditnya ialah " Kenapa jarum jam iklan letak pada pukul 10.10?"

Kebetulan kan! Hari isnin tu juga saya post kan entry tajuk yg SAMA. Honestly org tak tau pun dia akan ditnya soalan tu. Tapi tak pasti adik saya nye jwpn tu akan diterima ke tidak. Bila sy bgtau, dia kata, masa interview tu dia tak trfikir pun psal senyum sbb mcm senang sgt. Haha..takpala. Smoga dia berjaya dan dapat biasiswa tu. ^^


October 26, 2009

Kenapa 10.10?

Sambung daripada post yang ini: Masa itu emas

Masa saya di awal remaja dan sangat suka usha jam yang cantik2 di kedai jam or website, saya selalu tertanya2 kenapa kebanyakan jam yang advertised dan tak bergerak selalu tunjuk pada pukul 10.10.

Bila tnya parents..nnt suh tnya org kedai.Tp tak berani nak tnya sebab segan kan,mcm soalan budak bawah umur lak. =P

So sampai sudah pun tak tau jawapan nya. Sebab pada saya klau nak buat ia mcm senyum blh jugak wat kat 3.45 ke, 2.50 ke or 9.15 ke. tapi mostly akan buat 10.10 @ 10.08

Just last year (dah outdated dah pun..baru teringat nak post..hehe) saya try google dan jawapan nya pun tak brapa convenient tapi ada gk kebenarannya kot.

First, ada sebab yang kata ia adalah masa Presiden US, Abraham Lincoln ditembak pada 10.15pm, April 14, 1865 dan akhirnya meninggal pada 7:22 a.m., April 15, 1865. Wlaupun macam tak berapa tepat, 10.15 and 10.10 ada kaitan ke? hurm..

Tapi sebab yang paling sesuai adalah sebab, kebanyakan penerbit iklan kata 10.10 sangat sesuai untuk pengiklanan dan hampir menjadi standard kerana ia nampak lebih simetri (seimbang) dan tersenyum,

"We always put hands to 10.10 here and in other collections I'm responsible for. The answer is probably quite simply that it looks better, aesthetically and practically, as the clock has a 'smile' on its face (not just a marketing gimmick, it really does look better than a 'down turned mouth' at 8.20) and, as others have said, because it keeps the hands clear of signatures and other subsidiary dials. I note that not every firm uses that position in their marketing though. Synchronome, for example, appear to depict their dials at 3.00." - Jonathan Betts

"The opinions I've read tend toward 'framing' the maker's name on the clock face. Viz: when the logo is placed above the center, the hands are at 10:10 but when the logo is below the center, the hands are shown at 8:20 framing the maker's name. Wristwatch advertising follows this trend." - Les Lesovsky, (clock creator)

"Thomas A. Frank wrote: '...most manufacturers trademarks are just above the center pipe, and having the hands at 10:10 causes your eye to naturally follow to the trough, thus bringing your view right to the trademark....' and often the Model name is centered under the center pipe, ruling out any hand more or less straight down (between 5 and 7). Date windows most often are at 9 or 3, and subsidiary seconds usually at 6. For aesthetic reasons you want the two hands neither nearly covering each other nor nearly in a straight line. By default the 10h10 looks pretty good." - Fortunat Mueller-Maerki

"I too have heard the 'smile' theory, which makes some sense from the emotional marketing perspective. Equally likely is the fact that most manufacturer's trademarks are just above the center pipe, and having the hands at 10:10 causes your eye to naturally follow to the trough, thus bringing your view right to the trademark." - Tom Frank

Resource: www.ubr.com 



October 22, 2009

Masa itu Emas

Long long ago...zaman masa kecik2 yang tak kecik sangat la kan, start darjah 3 dan secondary school saya sangat suka pakai jam. Memang tak kan pernah lepas dari tangan. Masa tu saya pakai jam tangan kanan. (skrg tangan kiri. tak tau knapa) Tapi sungguh pun tangan kanan, ia langsung tak mengganggu penulisan..eceh. Sbb Sementara menulis saya leh trus direct tgk masa dan agak brapa lama masa menyalin nota kat papan.

Okay..so minat tgk jam ni dah jadi mcm habit, setiap kali lalu kedai jam mesti nak belek. Cuma masa tu kurang mampu, jadi klau ada yang berkenan cuma leh kata, "waaaaaaaaaaahhhhh...cantiknya jam ni maaaaakkkkkkkkk~~" dengan mata bersinar2. blh bayangkan? haha! In the end akan beli yang belas2 ringgit je pun yang tahan beberapa bulan sbb cepat calar. Yelah..dh guna pakai belah knan kan.hehe.




Pastu, time org dapat result cemerlang form 3. Mak hadiahkan jam kalis air, yang berbentuk diamond. SAAAAANGAAAAT cantik tau! Tapi brand Quartz je. Sejak ada jam baru tu, orang tak tanggal lagi jam tu untuk selama beberapa minggu..haha. Sangat seronok dan suka. Siap bangga lg dengan kawan sbb jam org boleh bawa mandi. Seyes org bawa mandi skali..poyo kan. aaaiihhh...

Dan episod yang paling menyedihkan adalah..ketika jam tu hilang..

Satu hari yang agak kalut nak pegi sekolah mak smpat bising, sbb org tidur, makan, mandi, suma asik pakai jam tu je. Mak takut rosak jadi dia suh org tanggalkan sblm masuk bilik air. Selama pemakaian tu seyes org sgt jaga. Even nak menulis pun org akan balut tgn org yang ada jam dgn tisu supaya diamond tu tak calar.haha.

So nak jadikan citer, pagi yang kalut tu, lepas kena marah dgn mak,kalut2 nak masuk bilik air, at the same time cuba nak tanggalkan jam. Tapi..tapi...tanpa diduga..tak sempat org sambut jam yang trbuka tu, ia trus jatuh dalam lubang tndas..waaaa.... Orang nangis time tu juga, dan merajuk dgn mak sbb suh tanggalkan jam (bukan merajuk sbb diri sendiri jatuhkan jam..ntah apa2 kan.hehe)

And since hari tu...saya dah tak pakai jam lagi..sampailah saya tahun keempat kat universiti. Sbb masa tu mula pratikal kat Intel dan terasa sangat perlu pakai jam untuk kesana-kemari kerana diorng agak punctual dalam segala aktiviti.

Dan since keja juga, saya tak tau knapa saya dah tak selesa pakai jam tgn kanan. mesti nak pakai tgn kiri. Dulu masa kat mrsm ada orang pernah ckp pasal karekter seseorang ikut pemakaian jam di tangan mana..tapi tak ingt apa. Klau ada yang tau leh bg link tak? Thank you! (^_^)





Pulau Redang

Hari si dia akan pergi ke Pulau Redang..ish2..org dah terbayang betapa bestnya pantai dia dan resort dia yang mahal tu...dgn air yang jernih..mesti sangat bahagia especially klau dapat snorkling dan tengok penyu~ (tapi lagi bahagia kalau pegi after kawin ^_^)

Pulau Redang ni antara yang pulau yang paling cantik kat Malaysia dan yang paling best untuk diving dan snorkeling.



Penyu yang comel dan choral yang bergemerlapan~


Er..dia yang nak pegi, orang lak yang seronok lebih.ntah2 dia takda perasaan sangat pun.hehe.Yang menambahkan kebahagiaan tu ialah..pemergian ke Redang tu di'sponsor' 100% hoho~ sangat BEST okaay....

Dan yang agak menarik, dia dan ajk sukan yang lain pergi Redang sbb disponsor oleh company, SEBAB mengendalikan acara sukan di SDE yang boleh dikira beberapa kali je.

Thennnn....i was thinking...alangkah bahagia klau sy pun dapat recognition cmtu ek.hehe. klau dikira aktiviti yang di'handle' mungkin tak SDE akan sponsor saya sampai ke Phuket? =P

Tapi....tu cuma bermimpi je kot...jgn harapkan Redang..Ledang, Muar tu pun blm tentu disponsor...siap kena bayar tambahan lg ada.hihi. KAALAU berjaya....kalau tak...tohmahan tanpa henti..(~_~) terima dengan hati yang separa terbuka. =P

Anyway, wish u have a safe and great journey, there! 



October 19, 2009

Mermaid

Perempuan berkaki ikan a.k.a duyung @ mermaid.

Little mermaid

Saya dapat satu video dari sorang officemate, Aza. Seekor duyung ditemui di Pulau Balambangan, Kudat, Sabah yang kononnya hanyut ke sana disebabkan oleh earthquake di Indonesia. (also known as 'Nerina')



Tapiii...seperti biasala kan, org media pro goverment akan menafikan semua benda2 aneh ni. Seperti yang dilaporkan ni TheStar Online. Saya pun tak pasti video tu betul atau tak..buuut deep down..my instinct still want to believe that mermaid exits... ^^ Cuma kita tak pernah lagi dapat tgk yang real and ALIVE.. Kebanyakan yang kununnya 'jumpa' dah mati dan jadi artifak. Bila mati buruk lak tu..huhu.

So, actually...does mermaid @ mermen really exist?

Walaupun sebenarnya ia satu dongeng, dan rmai yang pertikaikan gambar/video tu real, tapi rmai juga manusia suka nak percaya benda2 cmni wujud. Sungguhpun saya SUKA nak percaya yang mermaid tu wujud..hihi..tapi SANGAT TAK PERCAYA yang mayat diorng tu sungguh huduh mcm tu okaay... They suppose to be VERY beatiful...long blonde or brown hair...with beautiful eyes...nice body..even if they already dead.

And yes, suma gambar2 dan video yang korang nampak tu semua tipu belaka! Macam yang sebelum ni kata pernah jumpa rangka mermaid di Teluk Bahang, Penang. Pun tipu juga.

Mermen yang kunun dijumpai di Teluk Bahang, Penang


The fact is, semua makhluk tu adalah hasil karya @ art dari Juan Cabana. So salah satu cara nak promote hasil art dia adalah dengan buat gimik dan jual patung2 mermaid tu dengan harga yang sangat mahal utk publisiti. Menarik kan? ;) Klau tak percaya boleh klik SINI.

Apapun, agak menarik dan kasihan jugak klau ada baby yang lahir dengan bentuk macam mermaid ni. Mungkin mak dia dah fanatik sangat dengan mermaid atau dia benci dengan mermaid sampai terkena kat baby dia: Milagros Cerron dari America Selatan, 2005

The real 'little mermaid' (^_^)
Image source: sevensquared.com


Before and after the surgery
Image source: people.com

I wish i can see one..the LIVE one..female and male. Agak2 klau ada mermen (mermaid lelaki) ada tak kacak mcm gambar kat bawah ni ek ;p


kacak sungguh~~


October 18, 2009

Pasta & Drift!

Semalam saya gi ke majlis kahwin kwn baik saya di bangi => Amir(Gajah) & Nadiah (Nad)

Majlis tu sangat meriah dan teratur. Suka sangat! Bertolak dari Batu Pahat (Si dia dari JB) pukul 930am (Si dia bertolak pukul 730am). Dengan berbekalkan peta pada kad kahwin dan mengharapkannya betul kali ni, kami cuba meredah highway dengan berani.

Ni first time tau kami drive berdua di highway.. SENDIRI lak tu..huhu. Dah la dedua bkn tau sangat jalan kat KL tu. Takpa, demi gajah n nad. haha. determine sungguh! (Sampai Si dia terpaksa bercuti walhal rakan2 sekerja dia bertungkus lumus menyiapkan last minute changes utk projek dia) Thank u, sgt2¬

Kami smpai pukul 1230 lebih cmtu la..tapi balik pukul 245pm cmtu. Yang buat saya pulun gile nk pegi majlis kawin kali ni wlaupun kat Bangi adalah sebab ia adalah best friend saya, and at the same time hoping to see my other 2 best friends - Wan dan Miza! Wan dah 5 tahun tak jumpa, dan Miza dah 3 tahun tak jumpa. Tapi atas sebab2 tertentu Miza tak dpt dtg. Manakala En Wan yang kunun nak konvoi ke umah Amir sudahnya dia sampai di saat kami hampir nak pulang.

To En Wan, sori sbb tak sempat nak borak lama sebab kami dalam kekejaran masa. Perjalanan kami masih jauh. Risau lak driver saya semakin letih klau balik lewat sangat.hehe.

Tapiiiii..dalam 'kelewatan' tu kami sempat lagi singgah ke BP Mall demi sebijik aiskrim. Kunun nak mkn aiskrim je, tp bila dah singgah kat Rengit Coffee tu, byk lak ordernya..dan akhirnya dapat jugak saya makan Pasta Bolognese yang diidam-idamkan since sblm raya aritu plus aiskrim! (^_^)

Lepas mkn2 tu plan nak singgah tgk Drift Show, tapi dah takda sebab dah malam... But stil dapat jugak tgk pamera kereta yang best2!

Gmbar amik dari Hanis.hihi.

Gambar blm sempat upload lg. Akan saya update nnt k ;)

October 16, 2009

Cu..syaratnya ialah...

Since semalam org terpaksa hidup menumpang di rumah atuk. Dan ia akan berlarutan selama 3 hari. Nasib baik atuk nak terima kehadiran cucu dia ni, tp dengan bersyarat. Takpa2. Saya terima syarat atuk tu asalkan aku nak tumpangkan saya yang telah ditingkal ibu bapa...isk..isk..


Semalam petang, ibu pesan supaya jaga diri sebab dia nak ke kl. Hehe. Bkn apa la..mereka nak pergi ke Konvokesyen adik sy yg ketiga di UiTM Shah Alam. Pengikut setia parents - adik bungsu sy. (terpaksa ikut sbb sy malas nk jaga dia kt sini,dan dia pun tak nak melahu kat umah atuk yang xda internet.hihi) Takleh idup kunun tanpa internet...dulu saya takda internet, bernyawa je smpai skrg - budak2 kecik skrg mmg.


Dan syarat utama untuk membolehkan saya hidup menumpang umah atuk tu tanpa apa2 bayaran makan dan minum adalah...cari uban dia selama 1 jam..SETIAP hari..SETIAP hari okayyyy.....



Walaupun kepakaran itu tak seharusnya di sia2 kan..tp saya agak kecewa sbb setiap kali atuk suh cari uban time cerita kegemaran: The Nanny (ptg2 tuu), CSI malam2 nya..ades...


Apapun, can't wait for tomorrow..headed to KL with him. Yii~~

October 15, 2009

Kebakaran kecil

Beberapa minggu ni mmg sangat tak sempat nk update blog wlaupun byk sgt bnda nk bgtau. Smpai tak tercerita. Plus tenet kt umah sangat slow.....

Hari ni sy sampai agak lewat ke office kerana berlaku kebakaran kecil kat umah..kecik2 pn tanggal gak tmapt sedut asap tu.huhu.

Nasib baik api tu tak naik smpai ke bumbung..huhu

Pagi2 mcm biasa mak buat breakfast. Hari ni mak buat jemput2. Tapi sebab dah agak trlambat bgn, jadi kami agak kelam kabut. Slalu mak bgn pukul 5am, tp hari ni lewat setengah jam..huhu.

Nak jadi cerita, lepas mak goreng jemput2, dia hidang atas meja then trus gi mandi...

Saya pun keluar bilik, tetiba.. "Eh..apa banyak sangat asap ni kat umah kita? Apak bakar sampah ke pepagi ni??"

"mak punya keja...." adik jawab.

"Haah??" Ntah kenapa saya tak dengar ke bunyi kecoh2 kat luar. Tapi mmg bilik saya tu separa kalis bunyi. klau tutup pintu, bunyi tv kat luar pun tak dgr sangt. Dan org kat luar pun tak dengar sangat klau saya menyanyi bagai nak rak kat bilik tu. =P

Pagi tu dengar juga suara mak mcm bising2, tp standard la mak bising pagi2..cuma rupanya bising dia pagi ni agak berlainan..

Kisah ayah:
"Bapak tgh duk dalam bilik air kat dapur tu, tetiba nampak cahaya lain macam dari celah pintu... (tak mungkin la pari2 kot...) Cepat2 bapak kuar, rupa2nya api dah menyala2 kat atas dapur..mcm menjulang gitu.. Hut dapur (yg tmpat sedut asap) tu sampai terkopak n hampir terjatuh...kabinet atas tu dah separuh terbakar gk la... Ish...nasib baik bapak sempat padamkan api tu... Hampir nak terbakar kita suma..mak punya keja...aih... (geleng kepala sambil minum air kopi)"


Kisah mak:
"Mak masak jemput2 tadi, lepas angkat tu mak trus hidang kat luar. Mak perasan macam dah tutup dapur gas, agak nya mak lupa tutup kot.. (mmg pun makkk.....huhuhu...) Pastu mak trus di mandi, tak tau lak dapur gas tu blm bertutup. Agak nya minyak sangat panas..sampai naik menjulang api ke atas..ish...seram mak...."


Jadi oleh kerana kejadian itu...kami agak terlewat ke tmpat keja. Klau biasa saya sampai office pukul 730am, tapi hari ni smpai dah pukul 8am. Nasib baik adik Iqah ada kat umah. Kira dia bersihkan la apa yang patut. Saya tak sempat nak amik gambar dapur selepas kejadian tu sbb sangat terkejut.. (~_~)

Ish...seriusly kami amat bersyukur sangat nyawa kami masih panjang.. Klau tak..mungkin blog ni hanya tinggal kenangan...nauzubillah....

Apapun..tak pasti mak nak buat macam mana dengan kabinet dapur yang separa terbakar tu..huhu... Mahal tu nak ganti...isk isk.. Dugaan...Dugaann...

Gambar hiasan: lg teruk la dr ni..tp dapur i cantik tau.. =P

Lepas satu...satu... =(


October 9, 2009

Marhaban ya marhabah~

Start dari 6hb (rabu) aritu taman rumah saya ada buat marhaban. Seperti tahun sudah2 memang kebiasaan nya klau takda apa2 halangan memang ayah n mak akan ikut la. Marhaban kat taman tu ada 2 kali, group lelaki dan perempuan.

Kiranya malam semalam adalah turn rumah kami untuk group lelaki. Maka dengan pantas nya saya pun balik keja cepat2 sebab nak tolong mak kemas2 dan masak2. Bila tiba umah tgk parents takda. Orang pun kalut2 kemas umah sebab majlis mula pukul 730. Dah pukul 630pm mak masih tak balik. Ish, orang dah risau dah, bila nk mula masak2 nya ni..huhu. (saya masak? saya..hm..saya...hm...mak tak suka org kacau menu masakan dia..hehe)

Balik2 je tgk mak n ayah kalut2 bersiap mandi segala, pastu kata nak keluar smula gi umah sedara. Ntah kenapa tetiba ayah saya kata tak jadi marhaban. huh?? aik?

Bila tnya mak,

mak: "ala..macam along la. Tahun lepas kan along pun tak suka ikut marhaban kan"

saya: "Eh..tak kan lelaki pun suka ngumpat hiasan umah org kot?"

mak: "takkkk...diaorg marhaban buat lagu aneh2..tu yang bapak tak berkenan tu. kan along dulu pun tak reti gk nk marbahan lagu 'Cindai' tu kan."


Yes, seriusly, diorng bawa lagu Cindai - Siti Nurhaliza untuk marhaban..pelik tak.huhu. Tapi tu dua tahun lepas. Kata ayah, tahun ni diorng bawa lagu yang pelik dia pun tak tahu tu lagu apa.

ayah: "Mengarut aa suma tu. Org dtg nak marbahan, klau dah tajwid lari,merapu la namanya kat umah org tu."


Hurm...btul juga,saya diam je la, sbb tak pasti lagu apa yg di bawa sampai ayah tak mo pegi marhaban. Sudahnya tinggal la saya dan adik yg PMR tu kat umah. Mak pesan suh tutup lampu porch dan separuh lampu rumah supaya tak dtg. Resam taman tu, bila marhaban, mereka akan pergi ke setiap rumah, klau nak org masuk buka la gate dan buka lampu terang benderang (klau nak buka yang liplap tu lg bagus! hehe), klau rasa tak nak involve tutup gate n lampu depan.


Malam berlalu.....

Maka terdengarla suara org rmai2 kat rumah sebelah. Saya pun pasang telinga dengan adik nak dgr lagu apa yg mereka bawa sampai ayah lari ni.hehe.

Dengar punya dengar, rupanya diorng bawa lagu 'Can mali can'?

Melody Can Mali Can, tapi lirik selawat marhaban..!

Tak boleh tahannnn...kami gelak beriya2! Haha!

Klau ya pun nak ubah, lagu raihan kan ada...ini...aduish...

Mana la tak terkejut ayah saya yang dah nak pencen tu. Dari kecik sampai besar selawat marbahan biasa..tetiba bawa lagu aneh2 gitu.

Nak kata suma muda2, tak juga..tapi kebanyakan nya dah berumur dalam 40s la. Klau macam tahun lepas2, ustaz2 taman ada juga yang follow, tapi tak rmai la. Dan since takda sorang pun yang tegur, budaya ni dah berlarutan. Saya risau apa fungsi ustaz sbnrnya? Sungguh pun mereka tu cuma ustaz sekolah rendah ke, sekolah menengah ke..sama je,dirong belajar ilmu agama yang lebih dari kami2 ni.

Wlalupun tak tau btul ke tidak atau boleh ke tak bawa lagu gitu masa marhaban, hakikatnya saya memang sangat tak suka dan tak selesa.

Terutama bila lagu Siti Nurhaliza kesayangan saya tu yang jadi bahan. =(

October 5, 2009

Raya dan PMR

Mulai 7.10.2009(Rabu) ni adik bungsu sy mula menduduki paper pertama PMR. Tak sangka dia dh besar.hehe. tgk mcm kecik lg. (tp badan lebih kurang je pun dgn kakak dia. =P)

Dan mulai rabu tu juga mak saya start amik cuti, sampai la hari terakhir PMR iaitu pada 13.10.09 (Selasa). Pelik tak? Tapi mak orang mmg suka amik cuti bila time anak dia exam, even exam biasa. Cuma bila dah smpai 5 org, kadang tak sempat gak.

Tapi, macam mana sibuk pun tmpat keja dia tu, bila ada exam besar macam UPSR, PMR, SPM, Presentation Final Year Project, dan Final exam kat universiti. mak mesti amik cuti.

Dulu orang tak faham sangat 'Kenapa mak nak bercuti?' bukan dia kena baca buku ke apa. siang pun bukan dia buat apa2 pun, bukan dapat jumpa or tgk ktorng exam pun. bila dah tiba sekolah, kami exam macam biasa juga.

Tapi bila saya dah lepas UPSR, baru saya tau. Tu pun bila saya nampak apa mak buat time angah amik UPSR (ktorng beza setahun je).

First skali ialah perubahan menu breakfast. mak suh ktorng makan telur separuh masak dan kismis tu wajib. (time saya n angah la..time adik bungsu ni dia dah mewah skit..makan makanan minda yang pelbagai dah) dan yang pasti menu tu tak kan berminyak sangat.

Then, sepanjang hari tu pelbagai doa n solat sunat mak buat smpai la malam. Tapi time anak2 dia tak nampak la. (aha...nmpk sangat saya suka menceroboh bilik mak =P) Pada saya kira masa anak2 dia exam tu usaha dia lebih dari kebiasaan la. Sebab tu dia kena amik cuti kot..klau tak mesti penat nak bangun pagi kan.

Bila saya dah masuk MRSM, dah jadi kebiasaan kami adik beradik, tiap kali nk exam even amik quiz pun kami akan call mak bgtau yang kami nak amik exam esk. Selagi tak dapat call selagi tu kami call. Sbb ntah la...lepas call tu cam rasa confident je nak jawab. Kat MRSM tu lagila..asal ada quiz je call..klau ada 5 subjek yg ada quiz, 5 kali call, mcm la saya sorang anak dia. ala..takpa..public phone kt bwh kelas je. reverse call lak tu =P

Masa kat UTP, saya pernah semalaman tak dapat call rumah,call handphone mak pun tak dpt. (zaman2 mak baru nak blajar guna handphone). Esknya, org nak masuk exam hall dah ni,masih tak dapat call lagi. Orang lain suma dah masuk,masa tu serius otak blur..even semalaman tak tdur study,tp pagi tu bila kwn2 tanya2 suma tak leh nak jawab.Rasa cam nak nagis pun ada. Tetiba mak call.. ayat biasa dia,"masuk exam baca selawat tau,mak doakan along eh,jgn lupa baca doa". Nasib baik dalam dewan tu, once tgk soalan, tetiba suma yang saya baca, saya ingat smula =)

So far, apa yang mak buat banyak membantu. Sebab kami adik beradik ni bukan pandai sangat pun. Usaha macam nak pengsan pun, klau mak tak doakan kejayaan kami ni..mungkin kami tak berjaya setinggi macam sekarang.

Dan sekarang adik bungsu saya nak exam PMR. Saya doakan dia boleh jawab exam dengan baik. Kami sangat berharap dia dapat 8A supaya dapat masuk MRSM. Dan kami sangat berharap dia dapat masuk MRSM. Kami mmg berharap jugak dia akan dapat scholarship MARA after dia SPM.

Daaaan..yang membuatkan kami sangat kasihan + teruja ialah... sejak hari pertama raya, dia satu2 budak PMR yang dalam family kami yang tak nak kuar beraya dengan gembira. Pegi mana2 pun dia mesti bawa buku dia. Senang kata dia memang tak beraya sangat la walaupun cousin2 yang sebaya dengan dia suma bergembira mengumpul duit raya.

Walaupun mak ada jugak tegur supaya dia pegi je beraya dan bergembira tapi saya lak cakap dengan dia, raya tu tiap2 tahun pun ada kan, PMR skali je. Hadiah lepas PMR tu mungkin lagi bernilai dari duit raya yang dia hilang tahun ni. So dia mmg struggle jugak la. hehe.

Good Luck Ikah!


Related Posts with Thumbnails