Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

July 14, 2013

Ramadhan 2013

Its been a year! Hehe..punya sibuk sampai tak sempat nak berblogging

Anak saya sekarang dsh 19 bulan..alhamdulillah saya masih dapatully breastfeed anak saya...wee~


Sebagai suriumah saya dapat ikuti perkembangan anak saya all the time..which is the best gift from my husband..(tq dear!)

Dari bgn tdur, breakfast, learning, play time, nap time, dan waktu mandi..suma menyeronokkan..am i ready for next baby? Um...maybe...hehe...

Skrg anas dah pandai sebut 30 clear words..which for me really good enough...hehe. i dont know about other kids, maybe rmai yg dah blh ckp byk...but i am really proud of his progress... ^^

Dah setahun lebih kami di kl..not sure about next year..sabah maybe? Whatever it is we will fully enjoy our time in kl, in semenanjung this year and hope for the best next year..aaamin..

October 1, 2012

Pantai

Pukul 6 petang..
Di satu petang yang damai..kelihatan sepasang suami isteri bersama anak kecilnya..

Isteri: Ala yang....air dah surut...
Suami: Yelah..air surut pukul 5 ptg (sambil tengok jam)
Isteri: Um? Air pasang pagi..surut pukul 5~~ (sambil bernyanyi)
Suami: Eh..a'ah la kan..macam dalam lagu!



 

July 18, 2012

World of a Housewife

As an introduction.. My baby has turned 8 months now! (^_^)

Anas Naufal bin Azam - 8 months


Hidup mmg dah berubah banyak sekarang. I am fully housewife now, dah pindah Cheras, KL, ikut husband. Dan ini adalah saat2 paling indah dalam hidup..sangat happy, tak yah fikir masalah dengan orang, tak yah nak stress tak menentu, tak yah nak fikir cuti bila nk raya..haha.

Mungkin sebab banyak pindah kerja buat saya rasa heaven giler jadi housewife. Kalau tanya orang lain maybe ada yang akan cakap bosan la, pemalas la, rasa terkongkong la, tak bebas shopping la. But for me, this is heaven~~ everything is supplied! =D

From KPTM to UTM, then Fairview International School..dah banyak mengubah persepsi saya tentang kerja. If possible saya tak nak kerja..tp business..mungkin boleh dipertimbangkan.. ;)

Ever since I move here, belum banyak tempat yang dapat ktorng pergi lagi sebab hujung minggu kami limited. cuma ada beberapa tempat dan beberapa rumah sedara je dapat singgah. most of the time kami balik kampung, dah 2 bulan kat sini pun masih ada barang2 yang tinggal di kampung.

Puasa..
hmm...puasa kali ni adalah yang pertama kami berdua je..hihi. means, saya yang kena sediakan lauk sahur dan berbuka..mencabar seh..haha. sepanjang 2 taun kahwin. biasanya mak2 yg sediakan. saya tak memasak pun. =P

Even sekarang pun masak simple2 je, sbb time constrain. takleh masak lauk2 yg penyediaan bahan dan masakan lebih dari setengah jam. sbb budak kecik tu tengah aktif dan super manja..jadi lebih dari setengah jam ibu dia tak main dengan dia, mula melalak macam takda hari esk! jadi so far untuk dinner, saya cuma boleh masak lauk simple2 je, itupun bila ayah dia balik keja. tapi dia main dengan ayah dia pun tak leh lama2.. sbb ayah dia takleh bagi dia susu bila nanges..hehe.





alhamdulillah..saya masih fully breastfeed anas sehinggah sekarang. harap2 dapat 2 taun mcm anak nadxoxo. kalau kita bekerja pun bukan bermaksud tak boleh breastfeed, boleh tapi kena pulun yang amat la. masa saya bekerja dulu, biasa saya akan pump malam dan during office hour. masa tu dapat sikit je sebab susu saya tak banyak, sekali pump pun dapat 3 oz je..tapi saya cover ia dengan pump banyak kali. asal sempat je saya pump. esk susu tu bg pada babysitter. kalau orang lain sampai berbotol2 dalam peti ais dia, tapi saya..susu pump hari ini adalah untuk esk. mmg pulun.. Tidur tu takda dalam kamus hidup dah la masa tu. Cuma, cam mana sekalipun saya nak jugak bagi anak saya susu ibu sbb saya nak dia dapat semua khasiat yang terbaik untuk sekarang dan akan datang..insyallah..

Saya kurang update blog sbb tak berkesempatan. En anas ni tdur tak lama..paling lama pun sejam setengah..3 kali sehari - pagi, petang, malam sblm pukul 12. Tu la masa nak makan, nak mandi, nak basuh baju, kemas rumah, masak, main tenet, rehat. Lain masa..bila dia bangun..siapkan dia, ajar dia membaca, main dengan dia.

wonderful~



March 23, 2012

SPM result

Congratulations to my dearest little youngest sister, Nur Atiqaz binti Leham~~!!

Dia dengan jayanya dan bangga dirinya (tambah2 je ni..haha) telah berjaya mendapat 8As 2Bs dalam SPM =D

Tahniah Iqah!



Saya tau dia dah berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat result ni, although not as excellent as others who got straight 8As, but this is more than we expected. Walaupun kadang-kadang dia sampai sanggup tak ikut parents jalan2 sebab nak study, sampai kuar jerawat sebab hari-hari tak cukup tidur malam.. (tapi weekend dia tidur macam burung hantu daaa...) So worth it la all the hard work.  =)

Walaupun saya selalu dengki dia sebab tengok dia belajar beriya-iya, then cabar dia suh lawan result SPM kitaorang, then takutkan dia by telling her all the bad thing that will happen to her if she could not get good result, actually kitaorang saje je. The truth is we all can accept whatever result yang dia dapat sebab ktorang nampak her effort.

Good or poor result, she will always be our sister and we will help her. But before we can help her, we want to make sure SHE has to help herself by studying hard to achieve good result. Right?

Hope she can make good decision tentang universiti mana nak pergi dan which subject to take, for her own future.

We love you, Iqah~

p/s: cuma tahun ni takda melawat sekolah2 lagi..sebab saya dah berenti..hehehe



March 15, 2012

Kelahiran

It's been a while~ =D

Sorry to all yang menanti-nanti update dari Dy, dan pada siapa yang tak ternanti-nanti tu, buat2 la muka excited ek. Hehe.

Banyak benda yang dah berlaku since last September. First of all, saya dah jadi IBU kepada baby cute nama ANAS NAUFAL.

Pengalaman bersalin memang tiada siapa yang boleh explain, dan saya percaya wlaupun namanya 'bersalin' yang konon akan dilalui oleh semua isteri yang ingin anak, tapi pengalaman setiap orang adalah amat berbeza sekali. Huh. For now, I can say, I am traumatize...mentally traumatize...baby..give brith..mentally traumatize........... -_-

But the feeling after seeing the baby..is another thing, amazing..totally amazing..love you my dear baby, and dear hubby yang sentisa berada di samping saya sepanjang proses kelahiran tu. Daripada saya admitted, induce sampailah keluar baby tu, terkitai2.. It was a veeerryy super precious moments.. =)

Malam before giving birth. Walaupun sedang menahan contraction, sempat lagi berposing..hehe
Hari pertama berpantang..sedaap kan? sedaaaaaap sangat!! ~_~ (Hiasan keliling pinggan tu Azam yg buat, konon nk menggembirakan ibu pantang ni la..hihi)
My baby 3 hari =)
My dear baby birthday~~!! 3 pagi you..seharian tak dapat tidur.. =(
Hadiah dari kawan2~ Ada lagi tapi dah buka dan tak sempat amik gambar..hehe. Thanks semua yang datang menjenguk =D


Menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah sampai sekarang dan hope sampai dia 2 tahun ^_^

August 8, 2011

Minggu Puasa Ke-2

Hari ni masuk minggu kedua kita berpuasa di bulan Ramadhan. Sangat cepat masa berlalu~ dan perut saya pun semakin kembang (^_^)

Untuk minggu pertama puasa, saya berjaya puasa selama 6 hari kecuali Jumaat..hihi.. Sebab tak tahan sangat..hari tu saya tak sempat nak prepare makanan berat, jadi cuma sahur kurma dan susu je, ingatkan boleh tahan macam dulu, rupanya tak sampai pukul 11 pagi perut dah pedih sangat-sangat.. =( Disebabkan semua kedai tutup, jadi saya mengambil langkah bijak, order pizza..mudah, cepat dan sedap! =D

Hari ni saya ada pregnancy checkup! Masuk minggu ni saya dah mengandung selama 26 minggu 3 hari = 6 bulan lebih. Berat saya semakin bertambah jadi 44kg daripada sebelum pregnancy iaitu 40kg. Hehe. Baby pun semakin aktif bergerak dan sentiasa bergerak =D

Jadual berbuka puasa saya pun penuh jugak mengalahkan PM =P  
Minggu lepas @ pertama bulan Ramadan,hari sabtu saya & family mentua ke rumah saudara di Pasir Gudang untuk berbuka puasa ke sana, pastu bergilir hari ahadnya pulak, keluarga diorng berbuka puasa di rumah kami. Minggu depan @ kedua bulan Ramadhan, saya dan hubby berpuasa bersama-sama rakan hubby di KL. Minggu ketiga Ramadhan, kami plan untuk pulang ke rumah keluarga saya di Batu Pahat, berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan saya di Batu Pahat pulak. Minggu keempat Ramadhan insyallah saya dan hubby ke rumah cousin di JB then headed to Batu Pahat semula untuk memeriahkan malam raya, sebab pada hari raya pertama saya tahun ni adalah di rumah keluarga mertua. =)

Saya pun tak pasti apa perasaan tahun ni....super double joy rasanya...ada baby dan dapat beraya hari pertama bersama kekasih~ (^_^) Dulu time couple, raya ketujuh pun belum tentu dapat jumpa dia..kami mcm couple old version la pulak. hehe.

Dan 6.8.2011 merupakan birthday hubby yang k-26! Sayangnya ini la pertama kali saya tak sempat nak wish tepat pukul 12 malam sebab dah tunggu punya tunggu sampai tertidur. Tidur kekenyangan berbuka =P The best part is..inilah pertama kali saya dpat beri real birthday kiss (bkn flying kiss kat henpon lg dah...hehe) pada hari birthday dia~ ^_^

Tak sabar nak tunggu raya! Yeay~






August 5, 2011

Rezeki Baby

Dalam kesibukan orang-orang di rumah dengan bola malaysia dan arsenal. Saya tak sibuk mana pun..terpaksa menumpang menonton..dan menyibuk sorak jugak bila gol, walaupun tak faham sangat. Nasib hubby rajin meng'explain' setiap persoalan saya semasa tengok bola tu. Hehe.

Bola dan rezeki takda kaitan sebenarnya. =P

Ya, semua akan kata ia rezeki bayi. Saya rasa mungkin ada benarnya, dan semoga rezeki ini sentiasa berpanjangan. =) Alhamdulillah hubby dapat bonus dan increment walaupun kami tak jangka dan tak mengharap sangat disebabkan oleh isu-isu syarikat dan pelbagai. Tapi alhamdulillah, dapat jugak~ (^_^) Plus, bila increment dan bonus tu tak sama bagi semua staff, jadi kami bersyukur sangat apa yang kami dapat.

Jadi dengan rezeki itu, boleh la jugak kami buat beberapa pembahagian harta untuk mummy, daddy and baby. Ni semua dah tolak la perbelanjaan bulanan.

For mummy:
Saya rasa impian untuk beli baju raya extra (selain baju mengandung) mungkin tercapai..hehe. Jadi laju la jugak langkah survey baju di butik pakaian, so far adalah beberapa baju yang berkenan tapi tak sure lagi nak beli ke tak, sebab banyak design yang menarik! At least saya ada 3 dress untuk raya ni cukup la kan. Saya dah ada satu yang saya tempah sebelum pregnant dulu, nasib boleh muat sebab oter sikit. Nak pakai baju kurung dah tak selesa..huk huk. Jadi saya prefer dress yang lebih kurang macam dalam gambar di bawah ni.

Ni for casual

Ni for raya, looking for color coklat sebab sama dengan t-shirt hubby
 Lain-lain takda la kot, tudung pakai je apa yang ada, yang sedia ada pun banyak lagi. Hehe.


For daddy:
Impian hubby untuk melengkapkan gadget gamers dia untuk PC di rumah akhirnya tercapai~ Iaitu stereng kereta untuk game kereta dia. Hehe. Saya ni menggalakkan pun tidak, menghalang pun tidak, dah ada, saya pun pakai..hik hik. Kalau masa bercinta dul, kami cuma boleh main+lawan kereta daytona di Pusat Hiburan Keluarga di shopping mall, tapi kali ni kami boleh main bila bila masa je di rumah =D Tapi masa first time saya guna stereng tu, baby pun sibuk jugak bergolek-golek dalam perut..jadi saya terpaksa berenti main, performance saya hari tu tak brapa best. Baby pun nak main ke? Tunggu besar la sayang...ya...



Yang sedia ada adalah gamepad, joystick dan sekarang stereng. Gamepad untuk bola, joystick untuk flight, stereng untuk kereta. Saya rasa saya tak menggalakkan sangat game PS. Jadi, kalau gadget untuk PC okay je. Harga stereng pun separuh harga notebook. Kalau tunggu lagi setaun, mungkin tak keluar lagi yang ini, keluar terus yang advance harga seribu lebih. huh.. So, berbaloi rasanya pembelian kali ni. =D

For baby:
Hm...to be honest, kami baru mula membeli-belah minggu lepas, tu pun seharian je. Sebelum tu masih blur tak tau nak beli apa, sebab rasa macam banyak sangat, especially bila tengok listing nadxoxo dan aimi ali, tak tau mana satu patut beli dulu. Cuma last week, bila start beli, baru nampak idea skit apa nak beli next. So for starting, kami beli yang simple2 dulu dan ni la dia yang kami dah beli:

barangan baby saya yang pertama~ =D

  • electric breastpump dan bottles - 1 set
  • mitten and booties - 1 pasang
  • topi newborn - 1 helai
  • baju untuk newborn - 2 pasang
  • toiletries baby for bathing - 1 set
  • sabun basuh baju baby - 1 box
  • sabun basuh botol baby - 1 botol
  • barut baby - 2 helai

Pampers dan 1 set baju kami dah dapat hadiah, jadi persiapan baby mungkin untuk sambut kelahiran je dulu. =) Barang-barang lain macam stroller, car seat, bouncer/swing, katil+tilam baby kami ingat nak beli kemudian, hubby kata nanti dia belikan, so kami just survey untuk tengok harga + design yang berkenan. Kami plan untuk tidak terlalu excited dengan beli pelbagai barang sebelum baby keluar, sebab kita tak tau kan baby tu saiz macam mana. So nanti pun boleh, kami nak shopping dengan baby skali. Mana tau dia nak pilih sendiri ke kan..hehehe.

Cuma kalau awak semua perasan breastpump tu bukan brand yang biasa orang perkatakan...macam Avent, Spectra atau Madela. Mula-mula memang nak beli brand tu sebab famous kan, tapi bila pergi satu kedai ni, dia promote satu brand baru Ku.Ku Duckbill dengan function dan quality yang sama, saya rasa why not. Harga pun affordable. Hehe. Walaupun ada je breastpump brand lain yang murah tapi function dan quality tak berapa best. Jadi saya dan husband pun beli yang ini.

KU.KU Duckbill Electric Breastpump Set
The best thing is, ia ada almost semua function electric, manual dan siap dengan bateri. Sangat convenient, testimoni dari pelanggan kedai tu yang dah pernah beli pun semua berpuas hati, tak sakit macam brand Pureen nya. Lagi pun ia sangat  cute~~!! Harga retail dia RM399 shj tapi kami dapat diskaun sebab beli semua barang-barang lain dia kedai dia (dalam gambar), dan total pembelian kami pada hari tu ialah RM399.50! Berbaloi kan, kalau beli brand  Avent/Spectra/Madela punya electric set paling kurang pun RM 500 lebih..basic sahaja.

Ia ada banyak lagi product range untuk brand ni. Boleh tengok kat sini dan sini.


August 3, 2011

Selamat Berpuasa!

Hehe...since the last post, rasa tak berkesempatan je untuk post apa2. Exam tu berlalu dengan pantas. Walaupun terdapat kekeliruan tempat peperiksaan sebab last minit, ada pertukaran lokasi. Tapi semua candidate berjaya menempuhinya dengan tabah dan sabar..eceh. Dapat tak dapat tak tau la kan. Rasa macam susah...huhu..

Husband and Wife

Tahun ni adalah tahun pertama saya dan kekasih azam menyambut Ramadhan sebagai suami isteri...hihi. Sweet~ Walaupun hari ni adalah puasa yang ketiga, saya dan hubby tetap ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam - bloggers, Malaysia, Asia dan seluruh dunia!

Azam & Dyana mengucapkan selamat berpuasa~


Real sungguh perasaan pergi terawikh ada hubby, lepas tu kejut sahur pagi2, pengalaman sahur dengan hubby sangat best..! Then paling best dapat pergi bazaar Ramadhan bersama hubby~ (^_^) Ya, memang sangat best sebab dulu time bercinta tak dapat nak feel sangat pergi bazaar dengan hubby, ada pun sekali je masa saya pergi USM Penang sepanjang bercinta. Dulu bila jalan kat bazaar tak leh pegang2 tangan, sekarang dah boleh pegang2 tangan... Eh, iya la...bkn mengada tau...tapi takut hilanggg....kan ke ramai kat bazaar tu.. =P Time bercinta dulu kejut sahur pun throught telefon, ntah dia bangun ntah tidak...sekarang kejut sahur siap boleh bagi morning kiss lagi ^_^

Bab terawikh buat masa ni belum lagi solat berjemaah sebab hubby dan parent-in-law solat terawikh di masjid taman. Saya tak ikut sebab tak selesa pulak perot buncet cmni nak berhimpit-himpit di masjid, jadi saya solat terawikh di rumah je, kat bilik. Selesa dan boleh rehat-rehat klau mengah. Hehe. Insyallah plan dalam sebulan ni at least sekali la dapat solat berjemaah dengan hubby di rumah. (^_^)

Mummy and Baby

DAN Tahun ini juga saya menyambut Ramadhan bersama baby di dalam perut! =D
Saya dan baby telah berniat untuk berpuasa bersama-sama sehingga akhir Ramadhan. Amiinn~ Untuk dua hari yang pertama baby gelisah jugak bila masuk pukul 10 pagi gitu sebab selalunya saya dah mengunyah je waktu camtu...tapi masuk hari ketiga puasa ni alhamdulillah so far dia senyap je...hehe. Rehat baby, rehat...we can do it! =D

Special Dedication

Oleh kerana tahun ini juga merupakan tahun terakhir saya bersama staff Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat, saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, salah silap sepanjang menjadi rakan dan staff KPTM di sana selama 4 tahun. Semoga perhubungan kita dirahmati Allah dan semoga puasa kita pada tahun ni lebih baik dari sebelumnya =) Terkenang waktu berbuka puasa beramai-ramai bersama geng2. Kalau dulu masa tahun pertama saya di KPTM geng-geng puasa cuma 2 3 orang, tapi bila masuk tahun keempat, hampir semua lecturer dan staff jadi geng berbuka puasa~ =D Special dedication to Kak Fadilah, Azahari, Raifana, Azahana, Imaliza dan Mimi Dalina (^_^) next special thanks to Kak Hailawati, Kak Halimah, Kak Alin dan Hj Erwandi yang banyak ber'aktiviti' bersama..hehe.

Juga kepada my dear lovely students~ Saya tahu ikatan kita tak kan putus, walaupun masih ada yang panggil saya 'miss' hehe. Tak kisah la kan, anggapla tu nama manja saya..eceh. Yang penting bila jumpa kita still jadi kawan dan bertegur sapa. Most of the time saya ingt muka student saya klau saya pergi jalan mana-mana, cuma masalahnya lupa nama. Jadi kalau nampak saya dari jauh tu panggil la, kalau saya ingat nama, insyallah saya akan panggil. hehe.

Persiapan Raya

Since saya dah takda gaji dan cuma mengharapkan hubby tercenta untuk memberikan saya sesuap nasi setiap hari jadi persiapan raya mungkin agak limited tahun ni plus nak beli barang baby tercenta. Cumaa...mungkin saya kena fikirkan juga baju raya saya taun ni nanti macam mana...hm....


July 7, 2011

Dinner & Bowling

Both event ada kaitan dgn company hubby. Hehe.

♥ Dinner

Last Saturday saya ke dinner company hubby sy, as spouse. =P Tema dia RETRO. Seyes..jenuh kami dok pikir apa baju nak pakai untuk dinner tu. Dahlah kami ni kategori skema ala2 elegant..eceh..hahahaha. Tetiba nk pkai gaya retro la pulak kan. Confirm2 baju mmg takda dlm almari tu.

Seminggu lebih gk la dok pk. Akhir nya 2 hari sblm majlis tu kami decide beli je baju apa2 kat pasar borong yg merupai gaya retro. Bila tunjuk kat abg n akak, diorng gelak je tgk kami bergaya retro.haha. Bkn jiwa laa.. Tapi still try to follow the theme..baru cool ;)

Dengan hubby di meja AJK (^_^)

Ning Baizura~!! Dia nyanyi sebelah  meja je..hik2

Pulang dgn goodie bag

Malam tu actually ada cabutan bertuah yang super mewah. Motor MiniSport, Laptop, Samsung Galaxy Tab, TV Plasma dan 6 lagi hadiah besar yang menarik, tapi takda satu pun yang sudi mendapatkan kami... Tapi kami takda la bernasib malang terus sampai tak bawa apa2 pulang kan, kami dapat gak hadiah cabutan bertuah yang berupaa...jeng jeng jeng...... Tadaaa....
.
.
.
.
Image: kgelectronic.com.au

Sebuah sandwich maker...huhu...jadi la kan wat ada2... (~_~)


♥ Bowling

Bowling training sesama rakan company hubby jugak. Walaupun tahu nak tunggu diorng abis tu lama...tapi tetap berdegil nak ikut jugak. Hehehe. Training kat Danga City Mall (lagii....) sebab nanti tournament nya hujung minggu ni di Danga City Mall. Tak amik gambar sangat..sbb duduk lalok2 je pun...nak sorak lebih2 segan pulak kan sbb dah jadi  mak buyung kan... kalau dulu masa masih gadis yang riang ria....tak tengok kiri kanan dah melompat kat tempat duduk tu..hehehe....

Just wait for the real tournament nnt saya akan update ;) Just nak pegi sebab ni first time bawa baby tengok perlawanan bowling..mari sayang....bowling time~~ ^_^

Harap dapat tengok hubby main badminton pulak nnt, hehe. Dia main badminton every week, every Monday, cuma jauh la kat Pasir Gudang. Biasa after balik keja dia terus gi je. Main bowling cuma skali skala je setiap kali ada tournament baru gi training.

Selagi ia indoor game...saya suka je ikut..hehe. Once dah masuk football ke, bola jaring ke...yang men tengah2 panas...takda keja saya nak ikut..belum main, tengok je dah rasa nak berpeluh...hehe.


♥ Makcik Cupcake

Jumpa adik saya - angah. Ajak dia makan kat Dataran yang kat jam besar tu. Malam-malam dia ada kedai2 kecik yang jual makanan dengan van. Dia datang JB konon nak tolong kawan dia buat cupcake dan jual cupcake di karnival satu company ni. Dgn janji yang berbunga2 dan untung yang lumayan, angah ni pun berbunga-bunga juga la datang kan.

Buat 2 hari berturut smpai tdur lewat malam, pastu siangnya berpanas jual cupcake..tapi untung tak seberapa..hehe. Tinggallah amal jariah 'membantu kawan' dan 'mendapat pengalaman' =D

Takpa la angah..lain kali beringat je la..kena kira cost pergi dan pastikan if berlaku worst case rugi pun, cost pergi balik dan modal tu lepas dulu. Anyway, wish her good luck to finish her master later ;)

Angah


June 4, 2011

Libido?

I am 16 week pregnant!! (^_^)

Sangat happy dan sangat excited, despite of lack of sleep and quickly exhausted, saya sangat seronok sebab tiap2 hari nampak muka hubby, klau tetiba terasa nak peluk, toleh je dia ada. Hee..

Yelah, dulu sedih tak hengat sebab nak tunggu seminggu tu..bagai seabad lamanya..huuu..

Suatu malam Isnin selepas dinner, saya dengan excited nya bukak website psal pregnancy. "Ayang..apa jadi kat baby kita minggu ni ya?" Saya check setiap malam isnin sbb saya nye first checkup dulu ari Isnin, jadi mcm seronok nak tau perkembangan setiap minggu pada hari Isnin.

"Cuba la buka, ayang baca saya dengar =D" Sambil duduk sebelah saya dan selak surat khabar.

Saya pn explain la satu2, tapi takda la baca mcm budak tadika, sy amik keypoint je. Setiap point kami seronok. ^^ Then sampai satu paragraph ni saya baca tapi tak dpt nak faham sangat...

Spotlight on Increased Libido at 16 Weeks PregnantSpotlight on Increased Libido
16 Weeks Pregnant
In the second trimester, your husband or partner may be pleasantly surprised by the sudden change in libido. Since you're feeling better, you may notice an increased desire to be intimate.

Some pregnant women describe lovemaking as more pleasurable. This is due to increased blood flow to your private parts, causing heightened sensation during relations. You may also find making love more enjoyable due to your sensitive breasts and more sensitive vagina. On the other hand, other women find that intimacy in pregnancy is uncomfortable.

Always talk to your partner about how you feel. If you don't want to have sexual intercourse, you can still remain intimate in other ways – such as cuddling and kissing.
Credit from: http://www.womenshealthcaretopics.com/pregnancy_week_16.htm


"Ayang..libido tu apa? Saya tak penah jumpa abdomen pempuan nama libido pun..?" Sambil saya baca berulang kali nak fahamkan ayat tu.

"Err..libido eh..hm..libido ni macam..camna saya nak citer kat ayang ek.." Dia dok pk dengan muka kerut2.. "Hm..takpala..ayang baca la kat wikipedia tu..saya pun tak tau nak ckp cmna.."

Libido refers to a person's sex drive or desire for sexual activity. The desire for sex is an aspect of a person's sexuality, but varies enormously from one person to another, and it also varies depending on circumstances at a particular time

Credit: http://en.wikipedia.org/wiki/Libido


"Oooohhhh...okaaayyy....hihihihi...ayang tau la maksudnya ni? hihihi..." Muka dh blushing (^_~)

"Tahu..." Sambil buat2 baca surat khabar tapi tersenyum..hihi..

Sorry la..kolot skit.. =P

June 3, 2011

Spider - Tarantula

Semua maklum kan labah-labah tarantula mmg sangat berbahaya especially dia punya sengatan tu. Walaupun tak semua boleh menyebabkan sudden death (kecuali yang super besar la kan) tapi sekali sengatan dia boleh menyebabkan lumpuh beberapa saluran darah sebab beracun.

Ni tarantula kecik je, ia boleh jadi besar sebesar beg sekolah budak tu ok!

Tapi dalam kebahayaan tu, masih ada orang sanggup bela tarantula sebagai haiwan peliharaan? Tak dapat saya nak bayangkan macam mana orang leh tengok tarantula yang bahaya tu macam, "alalala kiutnya diaaa..meh sini meh..come to papa~~" Huhuu...

Honestly, saya tak pernah la encounter tarantula depan2, slalu tengok dalam kotak kaca je, macam tengok budak2 AF yg duk dlm rumah kaca tu. Tapi kali ni lain seh..kali ni real punya!

Walaupun saya mengandung, dan ada sesetengah orang tak suka tengok haiwan2 macam ular, labah-labah, kala jengking..tapi I find it facinating! Sangat menarik. At first nampak, teringat la jugak orang2 cakap, so agak takut apa effect dia terhadap baby ek? Tapi bila semakin tengok, hati rasa nak tengok laaaaagi dekat..hihi. Tp stil amik langkah berjaga-jaga..better jangan pegang. Hehe.

Within this week jugak, saya dan family mentua, gi Pandan Uptown, ala..mmg tak leh nak lawan uptown kat bandar-bandar besar tu. Tapi tu bukan pointnya, yang penting sekarang kat sini ada satu gerai kecik yang menjual haiwan2 ganjil sebagai haiwan peliharaan. Mereka saaaaangat COMEL...mereka adalah...ular, kala jengking, sugar glider, labah-labah tarantula dan ia ada pelbagai saiz dan jenis..hahaha..

Ular kecik. Yang besar saya takut nak amik gambar..hehe.

Saya tak tau la kan..mungkin sebab azam dan adik2nya 'berjiwa haiwan'...jadi keinginan dan minat terhadap haiwan ni sampai buat diorng rasa nak pegang haiwan2 tu. huhu.. saya risau ok. pengunjung lain cuma tengok2 je. tapi diorng ni siap layan abg kedai tu. Abg kedai tu pun apa lagi, dengan hati berbunga2 terus bukak sekotak demi sekotak haiwan2 'COMEL' td untuk tunjuk pada azam.

"Awk nak pegang yang mana satu?" Sampai buka kotak2 yang ada ular. Physco okay...

Lepas pilih satu ular, abg tu terus dengan selambanya melilit kat leher azam..waa...saya yang takut. "Ayang jgn pegang mulut dia yang...jgn pegang kepala dia..! Ayang diam2 yang.." Azam sengih je..hoho..berlagak yee...

Ular..anak ular kot..yang ni pegang dulu sblm lilit kat leher. Hee~

Then pada masa yang sama Alin dan mak melayan Sugar Glider, ia macam tupai tapi mata dia bsar~~ Ni btul2 kiut tapi ni haiwan peliharaan abg kedai tu. Saya pun tak tau nama benda alah tu apa, Azam yang sebut, dia kata dia pernah tgk kat NatGeo Wild, rancangan dokumentari kat Astro tu. Hihi..cik sugar ni mmg kiut miut!! rasa nak gigit je! Alin cuba pegang cik sugar ni, tapi takut2 la..geli kot..binatang ni asik gerak2 je sekeliling bahu..saya nak tangkap gambar pun susah... ^^

Alin dan Sugar Glider (bahu kiri alin)

Then, abg kedai tu menjadi semakin galak..dia excited kot ada pengunjung yang sibuk bergambar dan pegang haiwan2 ganas dia tu. Sedang enak2 kami tengok kala jengking dan labah2, tetiba dia bukak sekotak kala jengking. "Awak nak pegang yang ni?" Saya bising kat azam, "Eh, tak yah ngada la ayang..tengok je dah tau bahaya. Ish..",

Pastu abg tu tak berputus asa, dia buka lagi satu kotak, ada tarantula.. "Haa..yang ni nak? Lawa skit..hehe.".

"Hem..yang ni brapa ringgit bang?" Azam buat2 interested. Kami berkerumun tengok tarantula tu.

"Yang ni mahal skit, saya bagi awk lagi satu" Dia cari yang kecik skit. " Haa..yang ni murah skit, RM300, nak pegang". "Alaaa..tak yah pegang2 la..huhu..bahaya tuu.." Mak bising.

"Takpa..saya jaga, kena pegang hati2 ni (abg tu siap warning lagi okkk..) Klau dia angkat kaki dia, jangan gerak, kalau dia turun kaki dia, baru kita leh pegang dia. Klau tak nnt dia sengat. Klau awk nak pegang nnt sy ajar caranya.. =D" Yakin je abg tu... =(

Dalam Azam taknak tu, skali Alin yang takut Sugar Glider tadi pulak kata nak pegang..jom tengok video. Abg tu warning klau nak amik gambar jgn ada flash, saya takut terus tertekan video. Lantak la..then azam tukang amik gambar..hehe

Alin pegang tarantula..saksikan! =D


Kat bawah ni gambar2 alin dengan tarantula. Hee..geli seh..


Ni awal2 lepas letak tarantula..hehe. Dalam takut ada berani =P

Selepas tu kami teruskan perjalanan cari baju segala. On de way pulang tu kami terjumpa kucing liar yang sangat comel~ Tengok macam kesian je, kami terus decide nak bela dan bawa pulang.. =D

Nama saya Lolo~
 Kami namakan dia Lolo sebab kucing yang abg Lan baru beli dengan harga RM100 tu, nama dia Lilo.. =P Sebab ni kampung kan, so nama pun campur la bandar n kampung. hihih. Walaupun liar..tapi kejap je dia dah manja dengan kitaorang, mungkin sbb dia kecik lagi kot.. So ada TIGA ekor kucing kat umah mentua saya ni. hiiii~~~~

May 18, 2011

Week 1 Sebagai Penghuni Johor Bahru

Actually hari ni baru saya betul2 berpeluang untuk mengupload gmbar n post semua entry2 yang saya dah tulis. Sorry for the delay..sebab last week blogger ada problem..then broadband saya pulak super lembab..jadi cuma leh tulis je, tapi tiap kali nak post, dia jadi lambat.

Im not working yet. Yes..that's the best thing =D So hari Isnin (16.5.2011) adalah hari pertama sebagai penghuni JB, saya duduk rumah je. Mak mentua cuti hari tu jadi saya banyak meluangkan masa melepak bersama dia di ruang televisyen..hehe. Tak banyak aktiviti, berborak, dan mengemas bilik, susun baju2 dan barang2 yang baru di bawa dari Batu Pahat ke dalam almari.

Second day, Wesak Day dan PLKN..
Hari ni semua bercuti la kan. Pagi2 kami dah bersiap ke rumah Andak (mak sedara) untuk breakfast kat sana. Sebenarnya tujuan asal adalah nak jenguk Syafiq, cousin kami yang nak ke PLKN hari tu. Breakfast tu adalah penghibur utama kami di pagi itu.hehe. Sementara nak tunggu waktu nak hantar dia Dataran (tempat daftar dan semua pelajar2 PLKN naik bas) banyak jugak la yang diborakkan. Macam-macam kisah sedara mara yang lama2 semua keluar. Kisah bakal baby pun ada. Sangat seronok. Selain kami, paman dan cik ati pun ada kat situ. So smua ada 3 keluarga la berkumpul semata-mata nak hantar syafiq gi PLKN. hehe.

Dan hari ni, Rehat dan Blogging Day
Semua orang gi keja, abah ke Desaru selama 2 hari mengajar kursus. Alin (adik ipar) ikut abah skali. Jadi tinggal saya sorang kat umah. ^^

Can't wait for this weekend!! Hujung minggu ni kami sekeluarga bercadang untuk ke KL, tengok rumah abg lan dan kak fatiha..hehe. sambil2 tu jalan2 di KL skali.

Ni gmbar rumah abg lan masa dia pndah, cantik kan! Wish dpt satu rumah jugak akan datang ^^


My dear baby, this is the first holiday in ur life~ (sambil usap2 perut..hehe)

The Day He Fetch Me =D

Hari Sabtu lepas, azam datang untuk pungut saya dari Batu Pahat untuk di bawa ke Johor Bahru..hehe. Perasaan agak aneh jugak sebab kali ni pemergian saya ke Johor Bahru bukan sebagai tetamu lagi tetapi sebagai penghuni tetap.

Azam baru turun bas..hehe..mesti dia tak nmpk sy =P 


Majlis Khatam Quran

Dalam keadaan mabuk+loya ni saya masih sempat join majlis khatam quran di rumah atuk belah hubby. Ya kwn2, kuat tak kuat semangat, nak tak nak kena pergi jugak kan. Tp of course la semangat lagi kuat bila berada di samping hubby tersayang..hehe. Cuba suh pegi shopping sorang2..kalau dulu ya la seronok, sekarang tak nak maknanya.

Actually majlis tu dah lama plan sejak sebelum saya pregnant lagi, meaning the day after we married. Plannya atuk nak sambut dua2 menantu di kampung dan memperkenalkan menantu-kepada-cucu (hehe..susah lak nak explain) kepada seluuuuuruh penduduk kampung.. cucu-menantu sulung la katakan.. :P

Tapi kalau setakat buat kenduri biasa macam tak menarik, jadi makcik2 menambahkan rasa memberi cadangan untuk membuat majlis khatam quran skali utk cucu2 atuk yang lain. Mana sangka kan pengantin dah bunting..hehe.

Nak tak nak, saya terpaksa menyarungkan baju yang saya tempah sebelum kahwin dulu. Haaa...boleh bayangkan camna sempitnya baju tu? Saiz baju tu sama saiz dengan baju nikah saya. Cuma lain kaler je. Cutting suma sama, mmg ikut shape takda kesian pnya lah.

Bila saya nak sarung, adoyai...punya la susah sebab baju dh sempit..perut pun sempit. Nak buka apatah lagi. Menahan nafas je la sepanjang majlis tu. Orang sibuk baca, dalam saya membaca sempat juga kunyah gula2 nak kurangkan rasa mabuk.

Jom tgk gambar..hehe.

menahan mabuk.. 
Ni waktu majlis khatam quran, yang khatam depan tu, yang 3 orang blakang tu cuma hiasan je.hihi. Tengah mabuk gak time ni, tu yang pegang perut.. :P

cousins~

hubby selaku jurukamera~ ^^

hubby & abg lan

Dengan akak~ (rmai org kata mcm adik beradik tp kami sbnrnya adik beradik ipar hehe)


Menantu dan ibu bapa mertua~

Hee... ^^



Related Posts with Thumbnails