Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

June 16, 2011

Murtabak Maggi

Minggu lepas di suatu pagi yang hening...hm...tak hening sangat la..dah pukul 830pagi gak. Perut berkeroncong je rasa. Terasa nak masak sumthing la.. hehe

Jujurnya..saya dah lama tak masak since kawen aritu. Hehe. Yelah..since kawen..kami tinggal asing2, saya duk dengan parents saya, Hubby duk dengan parents dia. Jumpa pun seminggu sekali je. Tu pun most of the time makan luar sebab kuar dating. Hehe. Kalau kat umah pun, samada mak atau adik yang akan masak. Sebab diorng rajin masak ^^

Saya bukan malas pun..cuma tak nak masak je..er..sama tak ek? :P Lgipun biasala adik beradik pempuan ramai, bila sorang dah masak, yang len akan ada job masing2, samada basuh baju+lipat kain, sapu rumah, dan tukang basuh pinggan. Uii...pinggan tu sentiasa banyak tau!

Balik pada cerita tadi, okay..saya ada jugak la rajin lepas 2 bulan kawen tu, kadang2 terasa nak masak, tapi tak boleh pulak sebab 2 bulan lepas kawen tu saya pregnant, fasa mabuk yang teruk menyebabkan setiap kali dengar orang mula nak masak je cepat2 saya lari masuk bilik. Memang tak boleh bau langsung. Muntah tak henti2. Dekat 3 bulan jugak la camtu.

Then bila berpeluang pindah ke JB saya tinggal dengan ibu bapa mertua. Kat sini fasa mabuk tu belum berakhir, kadang2 ada, ikut jenis masakan. Makan dah boleh, cuma jangan bau sngat. Jadi most of the time mak mentua yang akan masak. Lagipun ikut selera abah la. Klau saya msak takut tak ikut selera, dah takda orang makan. Hehe (alasan~) Tapi most of the time, kami dan parents mentua makan luar je. Saja bawa saya try kdai makan baru. =)

So hampir 6 bulan kawen..senang kata saya takda masak berat2 pun. Sampai dah lupa skill nya..kadang2 kekok lak. Cuma goreng2 je la orang cuba buat. =P


Jadi, dengan bangganya saya nak bgtau yang minggu lepas saya telah mencuba resepi murtabak meggi mak saya. Resepi mak mmg sedap! Dulu adik bawa gi sek dia, berebut2 orang mkn smpai adik saya tak dapat. Last2 adik saya buat bisnes, sape nak kena beli. Ramai seh yang order! Separuh bulatan tu RM2 dia jual. Dah mak saya kena buat banyak2 tiap2 pagi. Bila dia dah malas nak buat baru la adik saya benti niaga. Hehehe.

Saya tak pernah buat sendiri benarnya, slalu saya tukang godak bahan je, takpun tukang balik kan murtabak dalam kuali tu. Kali ni saya buat from the start. Excited! Cuma nebes skit sbb yang akan cuba rasa nanti parents mentua. Kalau family saya sendri kutuk takpa, ni parents mentua..gelabah la jugak kan.

Ni antara bahan-bahannya:

Sempat amik gambar tu...hehehe

  • Mee Maggi Kari - sebungkus
  • Telur - 3 biji
  • Bawang merah besar - 1 biji
  • Lada hidup - 1 biji (kalau suka pedas boleh la letak 2 kot)


Haaa...senang je kan bahan-bahannya! Cara nak buat:

  • Buka bungkusan dan asingkan perencah Maggi tu.
  • Rebus mee Maggi tu sampai dia lembut skit lepas tu tuskan. Letak kat tepi
  • Potong2 bawang dan lada tadi
  • Pecahkan 3 biji telur tadi dalam mangkuk dan gaulkan bersama perencah maggi. 
  • Kemudian masukkan bawang dan lada yang dah di potong tadi, dan gaulkan bersama.
  • Panaskan kuali dengan minyak, pastu masukkan mee maggi yang telah dituskan tadi. 
  • Kemudian masukkan telur yang telah digaul tadi ke dalam kuali dan ratakan bersama mee maggi

Haa...pastu masak la cam goreng telur dadar..hehehe... Dah siap hidangkan..tadaaa~~


Opss...tak sempat amik gambar yang dah siap masak. Saya tengah sibuk basuh pinggan, tengok2 dah ilang beberapa keping. Abah dah makan. Hehe. Keputusan nya? Abah dan mak kata sedap~~~!!! Yeay..berjaya buat~ ^^

Ignore rupa dia sebab saya tak pandai nak buat cantik2. Lepas ni saya akan buat cantik2. Tapi memang sedap. Klau tak sedap mesti abah akan komplen, sebab saya selalu kena komplen kalau masak tak jadi. Hehehe.

So tak payah gi beli murtabak kat kedai pagi tu. Hehe. Thanks to my mum juga sebab tlg bgtau resepi. Hihihi.



May 27, 2011

Makan Udang!

The best thing after you quit job is you don't have any job! Haha. Memang agak bersenang lenang dengarnya tapi itulah hakikat. Buat masa sekarang agak selesa begitu sebab memang tujuan nye nak rehat kan, tapi kesian lak kat hubby bertungkus lumus kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..untuk memberi tiga butir nasi kepada keluarga..sebutir saya, sebutir baby dan sebutir dia. heee...tapi sbb baby kecik lg, jd dia amik separuh butir je..lg separuh kasi abah yee.. =P

Okay, cukup merepek td. Senang kata, berehat membuatkan saya cuba jadikan pekerjaan utama adalah meng'update' blog serajin mungkin. Walaupun sebelum ni pekerjaan utama adalah tidur..tapi kena kurangkan dah la kot..cukup2 la tidur..nnt baby kuar pn asik tdur je bosan gak ibunye ni.

Hari ni saya teringin nak makan udang~!
Haa..udang. Makanan yang saya dah tinggalkan lebih dua tahun! Sebab saya alah. Bukan teruk pun, cuma dulu setiap kali makan udang tak sampai sehari, muka dah timbul2 jerawat baru yang besar2 dan gatal..tapi kat muka je la. Jadi senang kata semua seafood saya tinggalkan lah kecuali ikan.

Sebabkan teringin, mula biarkan je, malas nak layan keinginan sangat, tapi bila gi kedai makan tengok adalah pulak lauk udang masak lemak..sedaaaaaap nyaaaaa!! takpa2 kita pusing dulu tengok lauk lain..then lalu lagi..sedap jugak lauk udang ni. Ish..nanti2 lauk lain ada lagi.. Kali ketiga pusing..ish tak leh jadi, mesti kena amik udang ni..terasa macam dipanggil2 je dek udang2 tu suh saya makan dia. hihi.

Akhirnya dengan hati yang nekad, saya amik jugak udang tu 2 ketul. Ala..skit je tak jadi apa kot. Sampai kat kaunter, nafsu pulak bermaharajalela... "Cukup ke ek 2 ketul ni? Nnt tak kenyang pulak..". "Err..dik, akak amik lagi 2 ketul la udang ni ek, brapa semua?"

Hoho~
Akhirnya saya makan udang 4 ketul yang besar-besar!! Nasib la apa nak jadi. Yang penting kita happy kan baby~~ ^^ Oleh kerana duk umah pun sorang dan malas nak basuh pinggan klau tapau, jadi saya makan je kat kedai. Sorang2. Yee..sadis tak? Tapi peduli apa..saya tetap dapat menikmati udang dengan sedap, siap ada buah honey dew lagi sebagai pencuci mulut. Hehe.

Masa mula-mula menikmati suapan pertama tu tak ramai sangat orang kat kedai tu sebab suma gi solat jumaat kan. Dan dan saya abis makan je, berduyun para lelaki beratur untuk amik makanan. Hee..seb baik dah siap makan. Klau tak mesti ada jejaka kacak akan datang dan duduk depan saya seraya berkata, "Cik adik manis, sorang je ke? Boleh saya teman?" hihihihi... Jadi sebelum episod drama tu bermula, baik saya pulang dulu. =P

Credit to: http://zezzatty.blogspot.com


Oh..sebab kalut2 nak balik, jadi tak sempat nak bergambar dengan udang-udang comey tu,hehe. Sian tengok ia lama-lama kat pinggan, jadi memang tak nak buang masa la masukkan ia dalam mulut sekor demi sekor! =D

Tapi gambar di atas tu mmg exactly rupa udang saya yang 4 ketul tu, cuma tambah nasi putih je. Lauk lain takda. Hanya nasi dan udang 4 ketul. Cukup mengenyangkan~ (^_^)


April 3, 2010

Durian Oh Durian!

Durian memang favourite keluarga saya. KECUALI saya...huhu

Setiap kali musim durian..hari2 kat rumah saya mesti ada seguni durian..abis satu..beli lagi satu... dan setiap kali tu jugak saya duduk jauh dari meja makan..huhu... serius saya tak tahan dengan baunya..apatah lagi nak makan. Bukan poyo..tapi ada sejarah disebalik tu...

Bukan nak citer sejarah tu, tapi nak share citer buah durian yang berbuah di batang.

Pelik kan? Tapi memang ada! Kalau sebelum ni kita terpaksa tunggu durian jatuh, tapi owner pokok durian ni cuma perlu petik je dari dahan. Menarik! Pemilik dusun ni rasanya orang indonesia. Malas nak buat research kat mana dan siapa namanya..sebab minat dengan durian nye tu je. Geram kan tgk! =P

 
Durian jenis ni orang panggil durian kura. Mungkin macam kura-kura kot =P



Mungkin sebab sangat senang nak petik (petik? haha..biasa durian gugur...aneh lak kan) pakcik ni terpaksa bersusah payah membungkus durian tu supaya orang tak ambil.


Waah...nampak sedaaap~


Dulu saya teringat lagi masa arwah atuk masih ada kat kampung, kami terpaksa tunggu sampai malam untuk tunggu durian jatuh. Bila jatuh jee..berlari2 kami adik beradik bersama sepupu2 yang lain mendapatkan durian yang jatuh sebijik tu..haha. Walaupun saya tak makan durian, tapi saya sangat mahir identify kat mana biji durian tu jatuh..so selalunya saya la yang dapat durian dulu.hehe. Masa tu siapa nak durian dari saya kena tunaikan beberapa permintaan saya =P Ala...bukan apa pun...setakat buatkan air..amikkan makanan..bukakan tv...saja suka2 je.. ^^



September 20, 2009

Mari ngunjung!

Saya tak tau masih ada tak sesi 'ngunjung' (at least tu la yg parents sy panggil =P) ni lagi di kawasan bandar tp di tempat saya, sungguhpun taman yang agak besar dan mewah (haha..lebih2 je) tp msih ada aktiviti 'ngunjung'

Apa tu 'ngunjung'?

Haa...Klau kunjung-mngunjung = orang kan yang mengunjungi rumah jiran2, tp ni bukan orang, LAUK yang mengunjungi rumah jiran2. Pelik kan? hehe..

'ngunjung' ni maksudnya beberapa hari sebelum raya kita mengunjungi rumah2 jiran trdekat atau sedara mara dengan bawa lauk-pauk. Nanti jiran tu pulak akan beri lauk-pauk yang diorng masak pada kita. Kira ia macam bertukar2 juadah la. Sangat menarik kan? (^_^)

Oleh kerana saya dan mak bercuti pada hari Jumaat (2 hari sebelum raya) kami cadang nak buat masak2 sikit untuk 'pulang pinggan mangkuk' pada jiran2. Beberapa hari sebelum ni,adalah 2 3 jiran kiri kanan depan belakang yg me'ngunjung' kpada kami, jadi kunun2 nak pulang pinggan tu maksudnya balas balik juadah yang mereka beri tu guna pinggan mangkuk mereka.

Alang2 dekat nak raya, jadi mak masak la ketupat,lodeh,rendang,sambal kacang dan...ha..tu je.hehe.

Yang tukang hntr nya ayah trsayang la. Kami..pemalu orgnya... ^^

Maka..jam berdetik menunggu waktu berbuka...

.

.

.

.

Ni baru separuh =P

Lagi beberapa minit nak berbuka, baru perasan makanan dah berlambak atas meja..! haha..rmai juga yang mengunjung ke rumah kami aritu. Lauk sambal kacang je ada beberapa jenis..lodeh pn pelbagai rasa..haha. Sangat meriah. Nasib baik adik2 pirana-ku suma dah pulang..hampir licin jugak la suma lauk2 tu..klau tak mesti jadi bahan sedekah kat ulat2 keesokan harinya..hihi.


September 6, 2009

Speghetti Bolognese

Teringin nk makan speghetti bolognese....


Sedap kan? Huhu...... (¬_¬)

.
.
.

3 tahun lepas..masa praktikal kat Penang..
saya sewa rumah dgn 3 org lagi org penang. salah sorang ni akak keja mechanical engineer kt motorola. bahagian design handphone motorola. Dia slalu masakan saya mcm2. budak kecik la katakan. kebetulan dia pn org johor n stil single. so dia suka la melayan. salah satunya dia suka masak spaghetti bolognese ni. mmg sedap. tp tu la..tak penah terpikir nk amik resipi.. ada akak kan.. =P


2 tahun lepas, masa kau UTP
Ada sorang lelaki ni pandai masak. Dia pun suka masakkan untuk saya. Kadang mee goreng, kadang kek, dan salah satunya spaghetti.. Spaghetti dia pn sedap! Wlaupun takleh lawan Kak Lin nye, tapi dia letak byk bahan..satu bekas tu 75% saya mkn..selebihnya kasi housemate.. =P Kali ni sy ikut dia gi shopping bahan2, kunun nk tau resepi la..tp bila tgk dia amik itu ini..jenama pelik2..siap minyak zaitun segala (mak sy pun tak penah guna minyak zaitun), daun apa ntah namanya..dengan oregano? huhu..trus sy tak malas nk ingt..

Dia: "You ingat tak bahan2 yg kita beli tadi?"
Saya: "Ntah...spaghetti batang tu? Hm...lagi...lego..."
Dia: "Bkn lego la...prego...ganti tomato cincang.."
Saya: "Oh..eh..aa...takpalah..yg penting you dah siap masak nnt you hntar kt I tau ^^"
Dia: "Yela....yela...pemalas...cmna nak masak utk Azam nnt..." (aik...sapa Azam? =P )
Saya: "Alah...dia tak cerewet makan mcm you..."

1 tahun lepas...
Wife En Zul bawakan sebekas yang besar spaghetti..tapi silap la..org baru balik lunch time tu. Pulak tu time lunch, makan tak hingat dunia kerna sangat lapar dek tak breakfast.. Masuk je office trnampak spaghetti..sibuk cari bekas nk bawa balik..tp takda.. Petang tu sblm balik nekad nk mkn jugak spaghetti tu.. hihih! Sedap! Mmg menjilat sudu =p



Tapi tahun ni...tetiba hari ni sangat2 teringin nk makan. Nak beli mahal...tapi..tapi..takda org nk masakkan...

Oleh ituuuu.... Saya berniat..baru berniat okay..jgn mengharap sangat.haha! Saya berazam utk masukkan dalam list menu yg perlu dipelajari iaitu:

  1. Rendang Raya (nama sy bg sendirik.hehe) nak masak yg sebijik cam atuk buat.. ^^
  2. Spaghetti Bolognese - byk yg simple tp nk try mcm kak lin masak. Klau dh terror sket nk buat mcm kat Old Town Cafe yg org pegi dgn Si Dia. ^^
  3. hm....
  4. hmmm....xda idea la..heheh..

Kalau jadi nnt sy tunjuk kat korang k. Yg gmbr atas tu sekadar gambar hiasan buat menguji keimanan di bulan puasa... ;)



Makcik Rendang

Post ni ada kesinambungan dari entry di sini.

Smlm (5.09.09, Sabtu) saya ke bazaar ramadhan lg sekali. Ingt nk cari tauhu goreng kegemaran mak. Jam masa tu dh pukul 530pm. Boleh dikatakan agak lewat la kot time cmtu nk ke bazaar sbb sblm2 ni klau pukul 6 pm tu mknn dh mula beransur susut..

Sekali round, lalu la sblh makcik rendang tu..pandang sekilas lalu je la, tgk lauk pauk dia.. Hm..byk lg..nmpk susut sesenduk je la kot, kt tepi bekas tu cm kosong skit. Makcik tu sorang je. Duduk mengipas lalat. Lauk yang lain nmpk penuh lagi..mungkin blm ada yg teraniaya lg dengan makcik tu arini. Kata hati la. =P

Second round..nk cari balik kedai tauhu goreng yg digemari..tak jumpa2..(biasalah..nk beli satu barang je pun yg penting cari yg terbaik.. =P tak nak terkena lg) Lalu lagi depan gerai Makcik Rendang, sama cm tadi... lauk dia tak luak pun..

Uish..kesian kah saya? - Tak.
Kejamkah saya? - Tak.

Apapun, saya hrap trbuka la pintu hati dia untuk jual dengan kuantiti yg berpatutan dengan harga (bak kata Epy) yelah...mana la tau mmg kos dia buat rendang tu..dpt daging dr supplier dgn harga yg mahal gak (kata Raptor)

Oh ya..tauhu goreng yg digemari + SAAAAANGAT sedap tu, klau hari biasa dia jual kt depan bangunan SUPREME yg bersebelahan MAYBANK kt area Bukit Pasir. Tp gerai dia biasa buka pukul 1030pm sampai pukul 4am. Lama kan? Tp seyes mmg sedap. ^^


Rupa lebih kurang mcm gmbar ni la..tp kuah dia lg sedap. Hehe


Related Posts with Thumbnails