November 26, 2010

Preparation Wedding #2

sambung dari entry ni: preparation wedding #1. Okay let's see....

Hm...ni yg paling penting skali..


6. Kad Jemputan

Ni kad jemputan saya ♥ Simple jek :P

Budget = RM 670

Kad jemputan ni saya amik yang paling murah kot. huhu. Sekarang dah tak dapat kad murah dan cantik. Mostly kawan2 saya go for more than RM1 tp saya tak mampu kot sbb jemputan sangat ramai. Since this is first time jadi parents budget jemputan dalam 2000, jadi kad jemputan haruslah 1000 or more.

Kad ni custom made. Layout dan font saya sketch dan bagi org tu. Initially ada 4 design dan yang ini yang terakhir. My plan utk buat yang simple n sweet. Budget kat atas tu including 2 bunting dan sampul yang aneh. haha.

Design by Massive Design di Jalan Omar (bus stand lama) Batu Pahat, Johor.

Tapi last week, kad jemputan dah jadi tak cukup untuk orang2 taman. Padahal org yang buat kad tu dah extrakan 50 keping tu. huhu.. Maklumla parents kan. Jumpa siapa2 kawan2 dia tengah jalan, baru teringat, "Eh,dia kawan saya dulu la zai..kena bagi ni..!" Haa..ayah pn bagi. Nanti mak pulak, "Eh abang..kawan saya dah 5 tahun tak jumpa ni..kena bagi laaa!" Pastu beraya aritu. Ada pulak tetiba jumpa sedara jauh yang lama tak berhubung macam jejak kasih kan. hehe. Bagi kad. Jadi dah lebih daripada listing. Ini suma normal. =)


7. Gubahan hantaran

Budget = RM300

Kalau based on perjanjian antara keluarga pihak lelaki dan perempuan, lelaki 9 perempuan 11. Tapi kalau in case tetiba last minute pihak lelaki/perempuan ada nak buat penambahan dulang, itu digalakkan..hehe.

Contoh biasa ada sesetengah orang, klau pihak lelaki tambah barang, yang pihak perempuan pun kalut2 cari dulang utk tambah. Kami takla kot. Ikut je perjanjian. Tapi kalau diorng nak tambah, tambahlah, takda masalah pun. Kalau kami pun ada rezeki lebih nak tambah, kami tambah, kalau tak, tetapla 11 ituu... =P Orang memberi kita merasa kan ^^

Untuk gubahan saya gubah sendri. Jadi just beli bahan2 je. Dan ada gunapakai barang yang sedia ada masa tunang aritu. Jadi jimat skit. =P Cuma letih menggubah je la. Buat sikit2 every night since the last 2 weeks.. Ni pun tak siap lagi..huhu..


8. Barang Hantaran

Budget = RM xxxx

Kos yang ni bergantung kepada pasangan. For me saya budget at least RM1000 la. But my suggestion is, ikut kemampuan. Tak yah nak compare2 dgn orang lain mahal ke apa. Yang penting kita ikhlas nak bagi kat dia. Sebab kalau pulun nak bagi yang mahal pun tapi dia tak pkai sangat atau tak mampu utk maintain akan datang, tak best gak. For me, saya bagi apa yang dia biasa pakai dan affordable utk dia maintain akan datang.

Hm..untuk hantaran kami tak share sangat. Kami pergi shopping sama2 tapi apa yang saya nk bagi dia, saya bayar, apa yang dia nak bagi saya dia bayar. Cuma saya tlg la dia pilih design, color suma. ^^

So budget adalah rahsia. =P


9. Kursus Perkahwinan dan Surat Nikah

Budget = RM 267

Haa..ni yang PALING penting skali. Pastikan dah pergi kursus kahwin. Kat Batu Pahat, untuk amik borang sahaja dah kena bayar RM 5 seorang. Lepas tu bayaran utk kursus kahwin adalah RM120 seorang. Lepas tu untuk interview kena bayar lagi RM17 untuk document. Then kena buat HIV test suma.


10. Lain-lain

Ini termasuklah..
  • kompang dan persembahan
  • jamuan orang rewang dan kenduri
  • hiasan rumah (cnth: langsir, renovation, perabot)
  • hiasan bilik  tidur (cnth: langsir, cadar pengantin, set bilik tidur, hiasan)
  • rumah bersanggah dan sewa homestay
  • surat kepada majlis perbandaran (kalau perlu utk sekat jalan)
  • surat kepada polis/rela
Semua yang di atas ni ayah saya yang uruskan dengan jiran2, jadi saya tak tau sangat kos dia brapa. Tapi yang saya tau, untuk hiasan bilik. sebab saya dapat bilik baru dan kosong, jadi budget utk hiasan bilik termasuk perabot, langsir dan bilik air semua adalah lebih RM3000 waaa~

Nampak mcm simple je. Tapi belanja sangat besar.. Ingat nak buat kat taman je cam omputih, tapi mak tak bagi la..kang pak imam nak duk kat mana. hehehehe =P


November 24, 2010

Preparation Wedding #1

Oh..saya sangat susah hati dgn preparation wedding masa awl2 dulu. Sbb rasa tak tau apa2 pun. Mak saya pun anak sulung, jadi takda pengalaman pun menguruskan wedding. Tapi daripada hasil bertnya2 dengan jiran kami buat persiapan mana yg penting2 dulu.

Entry just for information only sebab ada kawan2 yang tanya budget suma utk next year kan. Haa so kena la prepare awal2. Ada sesetengah orang yang anak kedua or bungsu agak senang sebab kos makin kurang plus ada sponsor dr kakak2 jadi tak banyak kuar duit sndri sangat.hehe. Ni adalah fully budget utk saya la. Lagipun first timer kan. Jadi mungkin ada yang terlebih dan terkurang.


1. Tempahan Pakej Andaman

[Gmbar]

Budget = RM 2400

Saya amik Armz Collection. Kat Jln Simpang Lima, deretan kedai yang bersebelahan dengan Sek Dato' Onn. Kedai dia dekat dgn kedai tayar Yokohama. Actually malas nak fikir panjang, ni andaman yang saya amik masa tunang aritu. Pakej yang saya amik siap pelamin astana, bilik tidur, backdrop meja makan, baju sanding, make-up suma la. Reason pilih sbb dekat dan baju dia cantik.

Andaman ni saya booking tarikh bulan 3. Then bulan 4 saya confirmkan dengan bayar deposit. Hee..maklumla bulan 12 kan ramai kawin, takut org amik tarikh tu melepaslah saya..hee.. =P



2. Katering

Nak design yang lebih kurang cm warna purple tu klau blh. Hehe [Gambar]

Budget = RM16 800

Saya D'zan Katering. Lokasi di Kg Bintang, Peserai, Batu Pahat. Makanan dia mmg superb. Since awl tahun saya n emak stiap kali gi majlis kahwin yang mkanan sedap akan tanya siapa wat katering. Then kami listkan sorang2, termasukla Dzan ni. Then kami survey setiap satu dari segi, kos, service, dan pakej pengantin. Lepas tolak satu demi satu, pada kami ni la yang terbaik. Dengan buget RM8 seorang, dia blh bagi service plg best (hrapnya la kan..hehe) dan pakej yang best.

Sebab pada kami, kalau gi majlis kahwin orang pun kami mengharapkan makanan yang best. Yelah orang datang jauh2 tgh lapar pulak tu..klau blh kami nak diorng mkn kenyang pastu baru tgk pengantin. Then klau pelamin tak ok pun asal perut kenyang sure diorg senang hati. hahaha.

Pakej ni termasuk dengan makanan makan berdamai, kek, khemah, kerusi banquet, pelayan tetamu dan bungkusan nasi utk tetamu yang pulang. Katering saya booking tarikh dan bayar deposit bulan 5.



3. Cenderahati utk tetamu/Goodie Bag

Wish dapat yang macam ni, tapi mahal sangat la pulak kan. huhu [Gambar]

Budget = RM 8000

Saya budget setiap bag dlm RM4 - RM5 kot. paperbag saya beli kat Nilai sbb kebetulan aritu singgah sana dari KL. Harga dia lg murah drpd Air Hitam. =D Content dalam bag ni rahsia. hehe. Kena datang baru tau. Tapi mmg special dan tak pernah diberi oleh orang lain. (klau ada pun sure korang jarang jumpa kot. :P) My intention adalah supaya orang boleh guna utk keselamatan dan kesejahteraan diri dan keluarga utk selamanya.

Cenderahati saya start prepare pembelian barang bulan 7. Then buat packaging bulan 9 after raya. Dah siap pun just tinggal beberapa barang yang bakal dimasukkan 2 hari sblm majlis sbb nak ia fresh. ;)



4. Photographer

Budget = RM1500

Ni saya amik yang plg murah kot (utk level custom album). Saya amik Rahmat Ali Fotografi. Hm...saya ada jugak tgk Razali n beberapa yang lain. Tp saya fikir dari segi kos dan hasil. Saya fikir ni kot yang terbaik. Fotographer saya booking tarikh bulan 2 lepas tunang tu. Huhu. Masa tu excited sangat kot. Then saya bayar deposit bulan 4. Nak tengok hasil dia meh gi sini:

Fotopages: http://nourarahmat.fotopages.com/
Facebook: Rahmat bin Ali


5. Baju Nikah + Baju Family


Budget Nikah = RM450
Budget Baju Family = RM 700
Total = RM 1150

Baju nikah ni saya beli yang murah je. RM150 sepasang. Saya tempah 2 pasang baju. Lagi sepasang bakal mak mentua bagi. hihi.Untuk pakai malam lepas sanding di rumah lelaki. Harga tempahan baju pengantin RM150 sepasang. Dia kata tu mmg harga stended utk baju pengantin. Mahal ke murah saya tak sure sbb tak pernah survey pun tmpat lain. Tapi klau nak compare dengan baju biasa yang saya tempah, ni mahal la kot. Huu..tp sbb org tu mmg tailor biasa saya. Sy pn tak byk mulut la kan. Jadi total harga tempahan RM300.

Konon nak buat design macam gambar tu tapi tak blh sbb Cina tmpat saya beli kain tu pegi potong baju plain saya 2 meter 2 meter. Patut potong 4 meter trus blh saya buat jubah.. Takpalah..dah siap pun baju. Hehe. Masa fitting mmg cantik n puas hati la! Tapi on de way pulang tu risau pulak. Takut ayah marah sbb mmg betul2 fit kat badan..adoyai. Actually saya pesan dah kat tailor tu buat longgar skit. Tapi dia kata dia biasa buat baju pengantin fit badan. Lepas anak 3 kang confirm tak muat lagi..huhu...

Yang baju family pulak kunun2 nak buat baju sedondon parents n adik2. kunun nak murah kan belilah kain plain je 4 meter sorang. Saya cakap pandai2 la korang beli kain tambahan nk buat baju cantik. Tup2 tgk2 baju tambahan diorg lagi mahal, pastu buat design mcm nak pegi jumpa sultan kan. Hah..harga tmpahan lagi mahal dari kain. Nama pun 4 adik perempuan kan..huhu. Tapi dh siap tu ok la..puas hati. Average harga tempahan setiap orang dalam RM 40 la.

Tukang jahit ni saya buat di Butik Anfa, Parit Raja. Kedai dia di bangunan arked mara berderet dengan KFC kat Parit Raja tu. Klau dari Bandar Batu Pahat, nampak KFC trus bagi signal masuk kanan. Pertanyaan lanjut call Kak Ana: 013-394 3985



Oh..total nnt korang kira sendiri la ek. Payment utk pakej andaman, fotographer, baju nikah, hantaran, gubahan, kad dn hiasan bilik pengantin suma saya tanggung. Payment untuk katering, baju family dan cenderahati parents tanggung.

Ok la..saya nak gi mamam dulu. Kita sambung cerita kad kahwin, gubahan dan hantaran k ;)


Bersusah-susah dahulu....

Hehe...baru bangun dari tidur kot rasanya. Lepas raya mmg SANGAT malas nak update blog. Lepas satu isu, satu. Tapi hati ni sangat malas nk taip. Lagi taip lagi berat kepala. Akhirnya suma tak ter'publish'. Bergulung je dlm arkib.

Saya ada 2 minggu je lagi utk ke hari istimewa saya sebagai seorang perempuan. Marriage~ Yes. I'm getting married! (^_^)

♥ Dyana & Azam ♥


Yes sangat happy! Tapi rupanya mkin dekat makin berserabut kepala kot. Dugaan mmg banyak..huhu.

Sebulan sebelum raya, kami didatangkan dengan seorang manusia yg ntah datang dari planet mana, ngaku knal dgn tunang, then mula cakap psal tunang saya berlaku curang di belakang saya. Huh. Hati mana yg tak sedih kan. Sabar2. Sedih2 pun saya cool lg cuba tnya lanjut dgn mamat tu. End-up dia knal tunang saya baru setahun jagung. Saya knal tunang saya dah 7 tahun, ok. So who should i trust? Dan perempuan yg dia kata berlaku curang dgn tunang sy adalah kawan baik tunang saya. Yang mana saya pun knal bau-bau bacang. Klau ikutkan hati mmg nk nangis je. Tapi kat office kot time tu. So saya minum air banyak2 then baru call tunang sy. Sy tnya dia explain, sy tnya dia explain. Wlaupun darah naik ke muka beberapa kali tapi tahan2. Dan saya percaya tunang saya dengan syarat.


Rupanya lelaki tu ada hati kat perempuan tu dan pendekkan citer, perempuan tu tak nak dgn mamat tu. So dia jeles perempuan tu baik dgn tunang saya, yang dah kenal dgn perempuan tu since first year kt uni. Heh elek...saya jeles gak. Ingt tak jeles ada perempuan rapat dgn tunang? Setiap perempuan yang jalan sebelah dia pun saya jeles tau. Tapi relax aa tak yah sampai nk buat cerita sampai blh retakkan hubungan orang lain kan. Ingt jantung aku tak laju baca cerita kau buat tu? Lelaki tu mmg durjana la. Saya benci dia!


Masalah perempuan mmg menyakitkan, tapi masalah pasangan yang tak memahami lagi teruk. Jadi saya rasa sangat bersyukur sebab saya takda masalah dengan pasangan saya. Gigit lidah skit2 adalah kan. Wlau apapun kami masih blh berbincang. Klau saya mengada tahap melampau, dia masih blh bersabar dan pujuk. Dan kalau dia gatal tahap melampau suka kacau awek (tp dia tak sedar :P) saya masih blh cool. Klau mcm pasangan dlm Vampire Diaries, kami masih blh control supaya tak jadi vampire la. Hehehe.


Then kewangan mmg super duper teruk la. For starting seminggu sebelum raya saya kena bayar insurans+road tax yang masih RM1000++. Masa tu juga saya kena beli set perabot utk bilik tidur yang berharda RM2000. (Klau tak saya tdur lantai je la.huhu) Raya saya mmg tunduk je la. hihi. Budak2 kecik je la yang dpt ya. Adik2 sekolah form 4 ke atas mmg dh tak dpt lg. Coweyy... :P


Then masalah tempat kerja. Super duper sedey sebab bila memikirkan lepas kahwin nanti kami masih hidup berjauhan..huuuuuu~ huuuu~~~ Saya cuba apply beberapa tempat di Pasir Gudang tapi belum ada jawapan. Klau ada pun tak sesuai dgn scope saya. Since saya pun dah mula mengajar, klau blh saya nak continue blajar. Blh je jadi pegawai IT or HR sbb dulu minor sy pun corporate management, tapi jiwa dah takda. =(


Cmna pun saya cuba juga la apply as pegawai mana2. Pastu ada few places yang saya call bila diorng tanya gaji saya skrg brapa trus diorng macam tawar hati sbb pada diorng, diorng takleh nk tawar gaji lagi tinggi dari gaji skrg. Huhu..saya tak kisah gaji asalkan dapat dekat dgn hubby..pls la amik saya kerja~~


Then handphone ilang. Tahun ni je 2 kali handphone saya hilang. Selama 3 tahun saya bertahan dgn handphone lama, tetiba je dia hilangkan diri pada bulan 3 aritu. 7 bulan gak la saya tak beli handphone. Konon berkabung la. hehe. Saya pakai handphone atuk je. (Atuk pun bukan tau guna. Kami je call dia. Pastu dia suka dgr suara orang kat phone tu. hehe. Padahal telephon umah ada je :P)

Then last month saya beli handphone baru. Baru 3 hari guna handphone saya kna curik lagi. Kali ni saya tau mcm mana ia hilang. Kna curik dgn student. Pergh. Mmg sedih tak hengat la kan. Mana tak. Ni la handphone plg mahal saya pernah ada. Pastu ada sentimental value plak tu. Beli dgn tunang tau. Dia yg pilih. Mau saya sekeh je student tu. Tapi tak jadi sekeh sbb saya jugak yang salah sbb main letak je atas meja tanpa pengawasan.=P (tapi dulu letak purse pun takda sape kisah. student skrg mmg hantu tau..huh)

Mlm kehilangan handphone tu kami sekeluarga buat solat hajat ramai2 minta handphone tu dipulangkan. Dulu mak saya pernah juga barang kena curik, sampai sakit kembung perut org tu dibuatnya smpai la dia pulangkan pada mak saya baru dia sihat. Then adik saya pun sama, purse dia kena curik. Seminggu hilang, wlaupun kami dh buat report polis tapi hari2 kami buat solat hajat. Cukup seminggu ada org poskan purse adik saya tu ker umah tanpa hilang satu sen pun. Alhamdullillah la kan.

Cuma bila kena kat handphone saya ni, saya ckp kat family, takmo buat dia sakit apa2, biar dia pulangkan handphone saya dgn rela hati. Yang penting jangan usik contact number n simcard saya. Sebab akan dtg mungkin saya akan ajar budak tu jugak. Jadi saya tak nak knal budak tu sbb klau saya knal, kang saya tak suka dia dah tak berkat ilmu budak tu dapat. Dan alhamdullillah malam tu jugak saya dapat handphone tu smula. Handphone tu dipulangkan melalui orang lain. Wlaupun semua content dlm handphone dia dah buang. Tapi saya bersyukur contact number saya dlm simcard masih ada. Cuma contact number dlm handphone je yg hilang. Jadi mana2 no yg sy simpan dlm phone memory mmg takda la. At least yg penting2 ada lg ok la kan. Bersyukur sangat2. Lepas ni saya akan lebih berhati2.

Oh persiapan utk wedding ya? Saya akan citer next episod k. ;)

Related Posts with Thumbnails