June 5, 2008

Kenaikan Harga Minyak "Baik untuk rakyat" ?

Lepas laporan berita smlm, adakah kenaikan harga minyak ni bagi kebaikan utk rakyat? Terutamanya saya...hukhuk... byk KEBURUKAN yg saya rasa dr 'kebaikan'.
1- Tak dpt jln slalu...
2- Terpaksa saving utk shopping
3- Terpaksa prepare duit minyak lebih dari sepatutnya..
4- Knapa nk merungut kerajaan subsidi minyak byk? Mmg tu duit rakyat...mmg patut pn rakyat dpt subsidi...klau dpt subsidi handbag n kasut pn best gk kn..hehe

Apapun sy tak dulik..rutin n hobi harian mesti diteruskaan! Wlaupun dgn kadar yg menurun..ini takleh jadik...tindakan seterusnya? Ttap bershopping~~

Ntahla...kerja teruk2 pn gaji bkn naik...so apa pilihan terbaik kita? Nak harapkan kerajaan lagi?

Tak bgus ke ada subsidi? Kan bgus...knapa nk pertikaikan lagi ek... =(

Harga minyak petrol atau diesel Malaysia selepas diberi subsidi kerajaan
jika dibandingkan dengan harga di Thailand adalah lebih tinggi, iaitu RM3.50
seliter (diesel) dan RM4 seliter (petrol), manakala Indonesia pula (RM2.57),
Filipina (RM3.45), Singapura (RM5.07) dan United Kingdom (RM7.03) sedangkan di
negara ini, hanya RM1.92 seliter (petrol) dan RM1.58 (diesel) seliter.

Berita Harian, Khamis, 05 Jun 2008 30 Jamadilawal 1429

Btul ke rakyat akan terus menikmati subsidi? Atau org 'atas rakyat' je yg rasa subsidi rakyat?

Petrol harga pasaran? - Pengguna bagaimanapun akan terus nikmati subsidi

KUALA LUMPUR 3 Jun – Kerajaan berharap dapat menghapuskan kawalan harga
petrol dan diesel pada masa depan bagi membolehkan bahan bakar itu dijual di
stesen-stesen minyak di negara ini mengikut harga pasaran.

Bagaimanapun,
dalam melaksanakannya, kerajaan akan tetap memastikan para pengguna terus
menerima subsidi tetapi bukan menggunakan mekanisme yang diamalkan sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir
Abdul Samad menegaskan, di bawah mekanisme baru subsidi itu akan berlaku
kenaikan harga minyak di negara ini selaras dengan harga di pasaran dunia
sekarang.

“Tetapi semua pemilik kenderaan persendirian di negara ini
masih lagi boleh menikmati subsidi,” kata Shahrir pada sidang akhbar selepas
merasmikan Seminar Pembinaan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di
sini hari ini.

Beliau menambah: “Hanya mereka yang tidak mempunyai
kenderaan tidak layak mendapat subsidi minyak.”

Utusan Malaysia, 4 June 2008

Apapun yg berlaku.. Sama2 kita lihat.... =)

@))->-- See ya~ --<-((@

9 comments:

Anonymous said...

harga minyak naik takkan turun. usaha kena teruskan untuk hari2 yang akan datang... jangan mengeluh. tingkatkan sumber kewangan agar lebih kukuh... hehehhe

Unknown said...

kerajaan membuat perbandinga 'BIJAK' harga minyak ngan negara bukan pengeluar minyak mcm indon ngan s'pore. cuba bandingkn ngan negara pengeluar minyak cam brunei - RM1.30/liter. Detail kat http://erizwanis.blogspot.com/2008/06/minyak-oh-minyak.html

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

hi dy, memang susah bile harga minyak dh naik :'(

btw,
awk telah di tag! sila lihat blog ku utk maklumat lanjut k..ehehe

Amanda Eltiqaz said...

abdfatah: btul tu! sy akan berusaha sungguh2 cari alternative len..klau nk hrapkn keja dgn org ni..smpi ketua tunggu bonus pn hajat n impian lum tentu kesampaian.. Klau blh sy nk akan dtg klau org kata "harga minyak naik..suma naik~~!!", sy leh kata, "oh..ok =)" hehehe

Nad: thanks nad~ (^_^) bla brkesempatan nnt dy wat..byk tu 7 perkara.. no 7 no fav dy~ hehe

wandi: btul2..tak sesuai langsung..harga minyak yg sungguh menjengkelkan..tp sy ttap akan bershopping n menyimpan~~ (^_^)

Anonymous said...

hari tu isi full tank RM108.00 dlm sejarah hidup aku first time aku isi minyak lebih seratus ringgit, kalau sebulan 4 kali isi, so dlm RM400++, itu pegi keja sahaja kalau campur jalan2 cari makan, keta aku je lah yang kenyang.
Inilah kerajaan cemerlang, gemilang, terbilang, temberang, tonggang langgang.

Pity malaysian, BN alone shouldnt be blame , the voters of the BN is responsible. Barang Naik = BN

Anonymous said...

If you like blogging , there's a chances for you to make $$$$,

visit here How to Make Money with Your Blog Site

In fact, my car + fuel is from my passive cyber income.

Amanda Eltiqaz said...

btul tu! setuju sgt..tp mungkin harapan org yg undi tu nk dpt simpati tp pity to them sbb tak dpt apa2..hukhuk..

i like blogging but just to fulfil my free time n more to personal matters n anything that interest me..

Lgpun skrg dh ada side income yg lebih 3x ganda gaji sbg lecturer.. (^_^) furthermore, sy tak wat sesorang,ia leh cover minyak + keta untuk min 3 bulan.

Anonymous said...

wah, wat keje apa tuh smpi side income 3x dari gaji lecturer...mcm bes jer dgr

skim cepat kaya kah? atau luxor?

haha

Anonymous said...

3 times salary came from you site income, ni dah kira offsite ni....anyway good for you

Related Posts with Thumbnails