June 30, 2009

Report Card

Sabtu (27 Jun 2009)

Musim amik report kad adik.

Gi teman mak amik report card adik kt sekolah TIGS = SMK (Perempuan) Temenggong Ibrahim. Dia form 3 skrg. cm caya pejam2 celik2 dia dh form 3 skrg. Ptut sy kena gi sorang, sbb mak ada urusan len, tp adik tu ngengada, pujuk mak pegi gk. terpaksa la mak pegi.

Pg tu kami suma kalut2 bgn pg sbb adik kata nk kena gi sek cm biasa. Cm biasa maksudnya before 730am dh kena smpi sekolah. Makanya, kami brtolak dr umah kul 7am (lewat la gk dr kebiasaan..huhu)

Smpai2 skolah, tgk rmai budak2 berkeliaran di sekeliling sek. Risau gk adik kena tulis nama (huhu..ms sek dulu pn takut kna tulis nama, padahal bkn kena belasah pn klau dtg lmbt..huhu. plg2 kena merit) sbb pengawas dh beratur je kt pntu gate.

Okaaaay...wat relax, skali pengawas tu dtg rupanya nk tunjuk jln daaa..hehe... Adik tersengih je. Selamat la tu kunun. =P

Yg bestnya, smpi2 je kt kelas adik, rupanya mak kami adalah parents yg pertama.hihu~ semangat gile. cikgu dia pn lum dtg! hehe. Maka, kami bersidai la di beranda tingkat 1 bgunan tu.

Around 8 lebih, baru cikgu smpi. Ok bla bla. Conclusion nye, ranking adik sy dlm kelas dia no 7. tp ranking dia drpd semua dak form 3 dlm satu sekolah tu, ialah no 98 out of 300++ students. Yg power tu, diorng siap ada pointer tuuu.... Org dulu2 mana ada ranking sek. ranking dlm kelas tu pn dh kira plg baik. Ni siap ada CGPA. Bgus2 next time msuk kolej, lecturer tak yah nk explain dh. hehe.

June 29, 2009

Red is Sexy

I have NEW layout AGAIN~~!!!!!

Haha..seronok rasa dh tukar layout. Comey tak? (^_^)

Tu je nk bgtau. Enjoy ur surfing~ Kiss2~

June 25, 2009

Air Mineral & Air Minuman

Hari ni saya nk citer psal air minuman.

Smlm masa kemas2 botol air mineral kt umah sy perasan sumthing. Ada 2 warna pada penutup botol minuman tu, ada biru n ada putih. Mungkin ada lg kaler len, tp so far sy jmpa dua je.

Jd wat research skit and rupanya warna penutup air mineral tu membezakan jenis air tu.

Senang je nk bezakan samada air tu air mineral(mineral water) atau air minuman (drinking water).


Penutup botol yang warna BIRU tu untuk air mineral.Air mineral semulajadi adalah air yang berpunca dari air bawah tanah yang telah ditapis.



Penutup botol yang warna PUTIH tu untuk air minuman biasa. Air minuman biasa adalah yang berpunca dari air paip yang ditapis dengan bermacam cara.

Perbezaan warna ni adalah yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan pembuat air minuman botol di Malaysia.

Jd pastikan anda buat pilihan yg btul. Dan tak semestinya yang penutup putih tu tak elok, ia bergantung pada cara ia ditapis - cnthnya AIR ECPI. =)

June 24, 2009

Wonderful beach....hmm..

Rasa nk gi pantai...blh tak..

Rasa nak mandi pantai..

Rasa nak mandi pantai tak pkai tudung..blh tak? :/

Rasa nak terapung kat pantai...

Bestnya klau ada private beach..yg girls je yg ada, jantan2 takda (kcuali husband) :P


Akak: "Okay..dgr sini peraturan sblm mandi laut..bla...bla...."
Adik: "Cepatla kak...tak sabar dh ni....huhu.."


Adik: "Wah...bstnya dpt msuk dlm air..hmm~~"
Abg2: "Cubala berenang klau berani! ha ha"


Adik: "Tak nak la...nak terapung tgk langit lg best~ ^^"
Abg: "Aik...asal kaki org lg pendek bkn kau lg pendek ke??"


June 22, 2009

Onedrop Untuk Mak

Huhu..hari ni seharian sy meng'adjust' blog utk mak sy. Ntah dia tau guna ntah tidak, sy pn tak pasti, yg pasti pasni mmg kena ajar dia dr start search nama blog dia, login smpi la update post.huhuhu.

Sbnrnya dia dh trpengaruh dgn promotion kt internet. Bermula bla sy start beli Onedrop Perfume kt BP Mall. Sbnrnya sy dh lama tak dpt beli perfume kegemaran sy disebabkan oleh hal2 ekonomi negara. Jd satu hari sy dgr ada org ckp psal perfume kecik n murah ni. Teringin nk tgk. Sy pn gi kdai, dan come to my joy, ada lak perfume kegemaran sy - Miracle, Lancome.
So sy trus beli kotak tu wlaupun tak cium pn lg bau2 yg len. So start hari tu, mak n adik sibuk cari info psal perfume ni.

Hasilnya? Mereka sungguh bersemangat utk jual bnda alah ni. Sy suka pn tidak, benci pn tidak. Support je la.

Sudahnya, hari ni, pagi2 lg mak dh pujuk suh buatkan "website" utk dia. Apa kes nk wat website..so sy cuba la wat blog simple utk dia (dia bkn faham pn apa beza website n blog tu.. =P) Dr sesi ambik gmbr kotak2 minyak wangi tu, transfer ke blog smpi la hiasan blog... Terasa cm wat assignment..kjap2 mak dtg tgk, kjp2 dia dtg tgk...puji2 sket then duduk. Takpala..wlaupun sy tau dia confirm tak kan update nye blog dia ni, sy cuba buat sehabis
baik..hehe.

So, kwn2 suma...ni la hasil nya. Di jemput suma utk mengunjungi "website" mak sy ni.. =)


June 20, 2009

Inai dan Pengantin

Rasanya minggu ni kira last la kot jemputan kahwin, dh takda lg jemputan yg dtg. Maknanya musim kahwin pn beransur berakhir...makanya..soalan2 cepu mas tu bakal berkurangan.. Lega~ ^^

Musim2 kahwin ni teringat psal inai. Inai kira dh sinonim kot dgn kahwin2 ni. Pengantin mesti pkai inai sblm hari persandingan. Actually ni suma adat, tp adat2 pn, still ia menambahkan kemeriahan pengantin...

"xda inai bknla 'permaisuri sehari' namanya" - tu ayat nenek sy dulu. Sy sgt suka pkai inai sbb nenek kata pkai inai leh jd permaisuri.. (^_^) huhu..sungguh naif daku ketika itu...

Cuma, keadaan dh berubah. Dulu dan sekarang...

Dulu,
keluarga pengantin perempuan, terutama ibu2 dan kanak2 perempuan sibuk menumbuk daun inai. Ptg sblm menumbuk tu biasanya kanak2 perempuan la yg akan mencari daun inai tu dgn bapa2. Bkn senang nk tumbuk daun inai tu, klau tak lumat btul nnt ia tak cukup merah, takpun masa letak kt jari nnt ia jd comot sbb ada daun2 yg trkluar. Nk menunggu ia lumat tu separuh daun inai yg dipetik akan hilang! Mana pegi? Mestilah kanak2 perempuan dh amik~ tumbuk sndri then sapu kt jari masing2. hehe.

Selesai sesi menumbuk inai, sesi menyapu inai di jari. Bila ibu2 sibuk letak inai kt jari pengantin, ktorng sbg kanak2 sibuk letak inai kt jari sndri gk. Mmg la comot, tp msa bkn tau pn, asal letak. Lepas siap suma jari, sesi membungkus jari2 tu dengan plastik supaya inai tu tak tanggal bla tidur. Untung btul jd pengantin time tu, suma keja dia tak yah buat sbb tgn dh penuh inai. Biasanya area lepas isyak tu dh start letak inai, klau letak lmbat nnt inai tu tak merah.

Psal bungkus dengan plastik ni mmg sgt menyeksakan..... Tp bla fikir balik esok jari akan jd cntik cm pengantin, trsenyum smula ^^. Seksa bla trpaksa tdur trlentang. Klau nk mengiring pn tgn kena letak tepi n depakan tgn supaya inai tu tak rosak. Tp tau la kanak2... Bla dh tdur bkn ingt dunia pn. Ada gk yg tak leh tdur sbb nk jaga inai tu..hehe. Esk pg masing2 tgk inai kt tgn masing sapa nye lg cantik..time ni sgt best! Sbb slalunya inai sy plg cntik..yelah..klau dh semalaman tdur tak nyenyak..mana tak cantik..haha.

Satu lg, bla dh bungkus suma jari dgn plastik tu, panas + gatal jgn cakapla...berpeluh jari2, nk garu pn takleh. huhu. Btul la, bkn senang nk cantik... Apapun, jari pengantin mmg sgt cantik..sy sungguh teruja tgk jari makcik sy masa tu. siap ada corak2 kt tgh jari, ntah bla diorng buat ntah. Ktorng nye tapak tgn cuma tompok2 bulat je.hehe. Tp senang ckp, tiap kali ada sedara kawin, mesti jari2 sy pn merah gk. Wlaupun setiap kali nk pkai inai tu amik masa lebih 8 jam. =S


Sekarang,
Suma dh senang~ Inai dh takyah tumbuk2 lg, dh tak yah nk bungkus2 dgn plastik lg, tak sampai 5 min dh leh tgk hasil.merah lg! Pastu skrg ada serbuk yg senang je nk buat.

Lg satu corak kt tgh jari tu leh buat mcm2 corak guna alat trtentu. lg cantik! Cuma bla umur dh start naik 20-an. Sy dh tak berminat nk pkai inai. Mmg teringin nk pkai tp dh takda reason nk pkai lg. Satu - sbb dh takda makcik2 yg nk kawin, ada pn cousin kawin tp tiap kali ada cousin yg kawin, sy tak dpt hadir sehari sblm tu sbb tak dpt balik drpd uni. =( Tau2, dh dpt anak dh. Cuma plg latest cousin kawin sy dpt dtg majlis kawin dia je, sbb esknya dh kena gi keja.

Lgpun, klau kanak2 pkai inai org tak ckp apa2. Nama pn kanak2. Tp klau skrg ni sibuk nk pkai wlaupun suka2, kang org kata gatal nk kawin lak.. =P Jd takda reason nk pkai tetiba. Tak kan nk ckp buat ubat, kang org ingt jari kena cagu lak..

Tp yg pelik, adik sy yg kecik tu langsung tak berminat nk berinai, time cousin2 len yg msih kecik sibuk berinai, dia tak hirau pn..selamber je tgk tv. pelik btul. btulkah dia ni perempuan?? Sy rasa dia sgt rugi sbb tak dpt rasa hiruk pikuk suasana pkai inai time dulu2. Sgt seronok~

---------------------------------------------------------

Cakap psal inai ni, satu hari sy terima gmbr dr sorang kwn. Gambar jari. Dia pkai inai kt satu jari manis. hehe. Comel. First2 dpt gmbr tu mmg berkerut dahi gk sbb tak caya btul ke tu gmbr jari dia? Tgk btul2, hm... mmg btul..

Apa yg pelik? Sbb dia lelaki and dia TAK PERNAH berminat nk men bnda2 cmni. inai, bunga maggar, bunga telur.. hm? so not him! Tak ilang trkejut hari tu, esk dia tambah satu lg jari. Er...okay.. Well, what can i say, it shows sumthing ;)

Apapun, time change, people change. =) Berubah kpd kebaikan takpa...hehehe. Smoga dia gembira brsama org trsyg~ (^_^)

---------------------------------------------------------

To Nadxoxo & En Gajah: Selamat membuat persiapan perkahwinan~ Jgn lupa tunjuk inai nnt ek (^_^)

June 18, 2009

[Updated] SUKMAS

Sungguh tak sangka, event yg besar gitu, dgn persiapan selama setahun, dan program yg berlangsung selama 5 hari, kami selaku ajk langsung takda amik apa2 gmbr...

Huk2...isk isk... Apapun,ni sikit update dari entry "SUKMAS" sblm ni.

.:: Gambar2 Penutup SUKAN MARA SEMALASIA 2009 ::.

Thanks to En Azizan for the great video! (^_^)

Snapshot Persembahan Kuda Kepang dari Kelab BAYAN.
Click to enlarge the image.



Snapshot Persembahan Choir dari Kelab BAYAN



Thanks to Alin Kaunselor, ni suma hasil tangkapan gambar dr kamera dia after event. ^^



Penyampaian hadiah dari Kelab BAYAN sempena perpindahan En Mohd Rusli, Pengarah KPTMBP. Hari tu adalah hari terakhir dia bersama kami - 12 Jun 2009 (Jumaat).
Jasamu dikenang~ =)


June 17, 2009

Taat Isteri

Isteri WAJIB taat suami. Tapi, bukan taat membabi buta. Suami yang wajib ditaati adalah suami yang sudah menunaikan tanggungjawabnya. Dia (suami) kena bahagiakan isteri dia, gembirakan isteri dia dan lindungi isteri dia. Dan sebenarnya tanggungjawab mencari nafkah terletak seratus peratus pada suami. Kalau dia tak mampu, maka dia kena tanggung 70% nafkah dan 30% ditanggung isteri. Kalau tak mampu jugak, 50-50, walaupun ini tak digalakkan. Suami kena tanya persetujuan isteri kalau nak buat 50-50. Kalau suami tak bertanggungjawab, maka terlepas tanggungjawab isteri untuk mentaati suami.

>> Quote from Sugar Lime
Dulu sy pernah dgr suatu cerita dr kwn kpd kwn kpd mak dan kwn2 nenek juga. Si isteri mengadu diabaikan, nafkah tak diberi, kira dicaci maki semua la,tapi dia msih taat dan ikut kata. jd bla satu tahap dia tak tahan dia tinggalkan rumah n pergi umah mak dia. Si suami pulak dh biasa balik umah ada org jaga makan minum, ada org utk dicaci, tetiba tgk isteri takda, jd dia gi umah mak mentua dia utk tuntut balik isteri siap kata isteri tak turut kata la..isteri tu derhaka dgn dia la... Yg si isteri pn trpaksa kembali, dan hidupla dia seperti hari2 biasa yg penuh dgn derita... Masa tu suma org kutuk suami tp rmai juga yg tak leh nk wat apa2 sbb fikir isteri kena taat dgn suami, apapun kena ikut kata suami.. Dan isteri dia tu mmg isteri yg sangat baik..bkn yg jenis tengking2 tu, takpun jenis yg suka shopping ke..

Kebetulan lak masa tu sy kecik lg..jd bla slalu dgr citer cmni, nk kwn dgn lelaki pn takut..n serius org mmg tak berani pn nk brkawan dgn lelaki... (tak termasuk sedara mara la..) Kdg klau ada pakcik2 nk dukung ke pegang2 ke, sy jeling je..

Tp skrg tak la lg. Hrap2 sy pn trmasuk dlm isteri yg dpt taat yg tak membabi buta pd suami trsayang~ (^_^)

June 16, 2009

Cerita Washing2...

Sy cukup hangin dgn seseorang ni..dh lama dh hangin dgn dia tp sabar je sbb perbezaan jarak umur kami yg agak ketara.... dek kerana SANGAT tak selesa dgn perlakuan dia sy beranikan diri juga tegur..ini demi kepentingan kaum wanita di kolej sy gk..

Cerita 1:
Apa perasaan anda klau pergi public toilet perempuan, dan seperti biasa sbg seorang gadis, anda dgn tenang buka tudung, btul2 kan tudung...btul2 kan seluar/kain...tetiba cleaner lelaki bkn muslim msuk dgn selamber tanpa mnta maaf n amik barang kehulu-kehilir dlm toilet tanpa rasa malu? Okay, mungkin ada yg ckp, "takpala...dh mmg kerja dia..lgpun bilik air ni bkn suma muslim, dia pn bkn muslim..mungkin dia tak faham.."
>> so cerita ini dimaafkan.

Cerita 2:
Apa anda rasa klau pergi public toilet perempuan, dan seperti biasa sbg seorang gadis, anda buat apa yg ptut, buka tudung, btul2 kan kain, then tetiba msuk seorang lelaki muslim (cleaner) and amik brg2 dgn selamber tanpa mnta maaf dan tanpa tau malu buat toilet tu mcm xda perempuan? Ada sesetengah org takleh terima, ada sesetengah org leh terima tp still akan menimbulkan ketidakselesaan. Lgpun tu public toilet yg besar dan sesiapa pn blh msuk.
>> separa maaf..mungkin..?


Kisah benar:
Apa anda rasa klau pergi public toilet perempuan yg 100% penghuni tmpat tu adalah muslim, dan anda buat tugas biasa seorang gadis dlm toilet, then masuk lelaki muslim (cleaner) dgn selamber tanpa minta maaf dan buat apa yg dia nk buat, then kluar cmtu je? Sungguh tak selesa okay.

Okay, kita kecilkan lagi scope, bilik air tu takda la sebesar public toilet, kecil skit, mcm toilet ofis. Sekali dua takpa...klau berkali2 tanpa rasa malu? Dan setahu saya, bkn sy sorang yg trserempak dgn lelaki ini kluar msuk toilet perempuan, tp rmai lg..cuma sy tak pasti apa diorng rasa.

Sy ckp direct ayah sy sendiri pn segan tau nk msuk toilet klau dlm tu ada anak perempuan dia. wlaupun pintu tu trbuka kami just amik air semayang or basuh muka. Adakah lelaki di atas takda rasa malu atau hormat pd perempuan? sy tau tu kerja dia, tp brapa byk public toilet/toilet ofis len yg asingkan pencuci perempuan dan lelaki? dan kat sini bkn dia sorang yg kerja, ada 2 lg org perempuan, tak blh suruh org perempuan ke yg msuk?

Dan sbnrnya sy dh suarakan isu ni dgn pekerja perempuan itu supaya disampaikan pada lelaki itu. Utk beberapa minggu dh tak nampak lg, tp lama kelamaan ada balik.. Sy pn tak pasti tugas mereka di bawah jagaan sapa sbb nk tegur direct pn cm tak brapa proper. Dan dia pn bkn sebarang2, bos dibidang tugas (cleaning) dia tu. Siap leh bersama2 dgn pihak pengurusan so kira bknla org sebarangan yg leh tegur dia pn, dan dia pn mcm bkn jenis org yg leh terima teguran (ni based on my observation la..bkn penah borak pn..hehe)

Apapun sy sungguh tak puas hati dgn lelaki tu sbb dia tak hormat ke aurat perempuan? Dia tau tak bilik air perempuan tu privacy? Tak blh ke at least ketuk sblm nk masuk? Atau mnta maaf klau ada perempuan dlm tu. Dia tau tak mahkluk dlm bangunan ni suma muslim? Tak kisahla kat luar perempuan tu tutup aurat ke tak, tp setau sy, company bkn muslim pn jaga bnda ni, cleaner lelaki utk bilik air lelaki, cleaner perempuan utk bilik air perempuan.

Dan yg sy plg tak faham knapa dia nk letak brg cleaning - to be specific mop dan bekas mop tu dlm bilik air perempuan tingkat 3? Bkn ke dia ada tmpat kumpul brg2 cleaning tu sendiri? Then kata tak leh nk letak kt bilik X sbb ada org tak bg, then knapa brg2 (penyapu, serkup sampah) len kepunyaan dia adat kt bilik X tu, blh lak ek? Takpun knapa tak letak kat bilik air lelaki je? Dh tau yg slalu nk amik brg tu lelaki, letak la kat bilik air lelaki je. Klau perempuan pn yg amik, xda la kesan apa pn. Tak jd apa tak..staff kat sini suma baik2 aja. Persoalan2 ni suma byk, cuma nk sampaikan je tak sampai hati. Tp geram lak bla dh byk kali trserempak..

Atau agaknya dia mmg suka nk msuk bilik air perempuan? (sbb bla tnya knapa mop tu kt situ dia nk marah lak..eh eh..)

>> Tak blh dimaafkan selagi dia masuk bilik air tu....

Apapun ni pendapat sy, klau org lain rasa SUKA dgn perbuatan cmtu, sy tak pasti... (hm..dh dekat setahun dah bnda ni berlaku...or less ntahla...rasa dh lama sgt ketidakselesaan ni berbuku..) So cmna ustaz?

June 15, 2009

SUKMAS

Baru pulang dari Sukan MARA Se-Malaysia (SUKMAS) 2009 Jumaat lepas (okay..sorry..backdated..too busy with.... zzzzz....) Penat mengalahkan pakcik tua balik kebun. Lenguh sendi tulang belulang segala...bkn angkat berat pn..tp kehulu kehilir dgn kasut..dgn cuaca terik.. huh..sungguh memberangsangkan untuk tdur n berehat..hehe

First day (Isnin, 8/6/09) agak suram...sbb sampai2 je dh dpt call kena gi meeting kul 3pm. Tp sempat lg lunch. Nk gi lunch tu pn byk dugaan nya...tp settle kn juga cepat2 sbb seriusly perut sgt lapar yg amat..tak penah2 mkn lunch lwat gitu..pulak jln jauh..mmg angin gastrik naik sungguh! Tu klau lmbt nasi msuk 2 3 min leh pitam..

Settle mkn dgn gembira, kami check-in ke hostel.. HOSTEL okay..bkn HOTEL.. hehe. Mmg hampir serupa la jugak dgn expectation tp mungkin better skit sbb dekat dgn bilik air..hehe. Tp mmg simen cm kt asrama mrsm org daulu2..berhabuk...katil single yg nipis tp tampak baru..almari tinggi (dulu almari org kecik je..hihi) dgn tingkap sliding (dulu org tingkat lapis2 je)..

Hm...letak barang n tgk keliling. K dila dh penat trus berbaringan..tp ntah cmna tak selesa lak nk baring trus. So sy kuar n usha bilik2 org len, suma org bawa msuk selipar.. Sy pusing bangunan gk la, plan nk cari penyapu..tetiba trnmpk "Bilik Rawatan", "Bilik Seterika" - klau org dulu2, bilik2 ni la yg slalu guna tmpt simpan barang2..so cuba gk buka satu persatu..last2 dpt gk buka bilik rawatan, sah btul! Bilik tu penuh dgn barang2 tgl budak2 asrama yg hampir smpi ke siling..timbun2 suma..hehe~

Sy berniat utk 'PINJAM' shj brg mereka selama 5 hari, pastu pulangkan la smula..maka, hasil selak2 tu jumpa la penyapu, mop, baldi, dan gayung. Hatiku sungguh gembira~~ (^_^) Nmpk gk sabun bsuh baju suma, tp pk balik bnda2 tu takleh pulang..so tak jd la nk 'pinjam'.

Makanya..kembali ke bilik, sy menunjukkan alatan tu kpd Kak Dila dgn wajah yg girang~ Dgn gaya tukang cuci, kami mula membersihkan bilik tu berdua dgn gembira, menyapu, mengemop, dan mengelap... Kemudian kami pn trtdur dgn tenang........................

Hari2 berikutnya berlalu dgn pelbagai cerita yg gembira, sedih, suram, dan pelik... Yg pentingnya pulangnya kami dr event tu, kami tau sapa sebenarnya mereka...ha ha ha~ Siapa "mereka"? hanya mereka dan keluarga mereka yg tau.... Sy mmg tak bawa kamera n tiada gambar, kang klau ada sy akan update.

Apa yg penting, pemergian sy kesana tak sia-sia wlaupun separa kecewa..isk isk... Ini kerana impian ku utk mndi laut tak kesampaian walau tinggi mana pn impian tu, namun klau bkn jodoh mmg tak leh nk wat apa. Kisahnya, bla kami ke Pantai Desaru sebanyak 2 kali, sy yg plg excited siap bawa baju persalinan, tp akhirnya kami tgk laut dgn pandangan mata kosong...kawasan tu sunggh tak menyelerakan niat murniku utk mandi. Tp yg bestnya, pd ptg Khamis tu, Kak Dila ajak gi Tanjung Balau.. Dek kerana kecewa dgn kedua2 kunjungan ke pantai desaru tu, maka, kurangla excitednya..lalu trlupa utk bawa baju spare..

Tanpa disangka2, rupanya pntai Tanjung Balau beribu kalinya best berbanding Desaru! (tp pantai port dickson beribu ribu kali best dr mereka berdua..huhu) Kecewa sungguh...peristiwa ptg tu berakhir dgn sy melihat Alin dan Intan mandi dgn gembira di tgh2 pantai yg SANGAT cetek..hehe. Dgn jarak lebih kurang 5 meter msih paras peha sy je air..hikhik.. (sy kn rendang...^^)

Apapun, BAAANYAK sy belajar dr event tu...especially dari segi protokol... =P

Dan yg penting, persembahan kuda kepang ktorng sgt best!! (^_^) Koir sy tak pasti sbb suara org len dgr lg kuat...apapun penutup tu mmg success =D

p/s: brg2 yg sy pnjam tu telah dipulangkan dgn jayanya~

June 8, 2009

Hadiah!

Hari ni nk gi KPM Bandar Penawar atas reason Sukan MARA Se-Malaysia.Hm...nothing to say..bertugas je pn. bkn leh ronggeng2 sgt.. so live with it, deal with it. Sy akan ada kt sana utk 5 hari..5 hari okay..ni outstation yg plg lama sy pernah pergi,tp sy sukaa! Hm...dgr2 dkt dgn Pantai Desaru ;)

Smlm..
Smlm sgt bahagia~
Dia dtg membawa hadiah dr Sabah. Yea, sy tau dia mmg tak pandai nk beli brg girly2 ni utk sy, tp sy saaaaangat suka dgn brooch n gelang n purse yg dia bagi. (^_^) Walaupun sy tau tu mak dia yg pilihkan tp sy suuuuka sgt sbb klau dia pilih sndri..sy tak pasti bagaimana rupa ntah brooch tu..hehe. Thanks..

Sy plan nk beli beg besar, yelah, tiap kali gi kursus/bengkel guna beg angkat tu je, tp bayangkan la klau kursus/bengkel 3 hari je pn, jenuh nk mengangkat beg2 tu. taula brg2 girls..klau blh suma nk angkut..huhu. Ni kan pulak 5 hari dgn aktivti yg takpasti apa and tempat yg confirm2 takda bellboy...sungguh...hatiku sungguh risau...tangan kesayangan ku ini semakin rapuh dimamah beg..

Lps pilih2 beg dgn gembira ditemani dia, di dua lokasi yg agak besar dan gah (bp mall n carefour je pn.. =P) akhirnya kami amik sebijik. Sgt puas hati sbb...pilih dgn dia =D.

Jd mlm tu sy packing bag dgn bahagia sbb suma baju2 sy merasa beg baru.. ^^ Lepas ni blh la bergaya sambil tarik beg baru~

June 3, 2009

Kabus Yang Hilang

Ni citer adik sy. Ada satu hari tu kami dlm perjalanan pulang ke rumah. Dlm keta tu cm biasa ada adik sy form 3, sy selaku driver yg berjaya, dan mak yg mata sentiasa pandang depan.. (even nk bg air kt org yg tgh drive ni pn mata tgk depan..huh..tu kempunan nk drive tak dpt la kot..)

Hari tu hujan lebat.. Kami borak2 as usual dlm keta..mengulas isu negara dan kampung2 kecil..

Tp hampir sampai kt area tmn rumah ktorng, cuaca dh berubah jd normal ala-ala panas.. Jam kul 700pm. Smpi umah..

"Tin..tin..", hon tu biasa menandakan SAYA yg balik..hehe. Kelihatan ayah sedang bergumbira berborak dgn pokok2 di keliling taman. Kami suma kuar keta dgn senyum. Tiba-tiba...

"Bapak! (mmg kami panggil 'bapak' sbb kami org jawa. xda isu2 kurang ajar di sini yek..hehe) nape bapak bakar sampah...asik bakar sampah je..nnt kan udara kita panas..", dengan muka yg serius adik sy form 3 tu bersuara dgn nada yg tak puas hati. baru blaja kt sekolah la tu... "Global Warming"la kunun =P

Tp kami suma termangu2 tgk keliling dgn tanda tnya.. Mana sampah nya?? Ayah sy pn cm terpinga2 gk.. "Bapak ada bakar sampah ke? kt mana?", ayah sy tnya..dgn muka konfius..

Then tetiba dia gelak smbil buka spec dia. Bila kami suma tgk muka dia,laaa............. rupa-rupanya cermin mata dia yg berkabus sbb kuar dr keta yg ber'air-con'...so dia ingt asap sampah....

Petang tu kami suma gelak besar...hikhik.
=D

June 2, 2009

First Class

Kelas pertama harini dgn student baru. First time kelas start on June. Slalu start July. Wlaupun agak nervous tp tak seteruk sblm ni..haha.

After hari guru, kenaikan gaji, pendaftaran subjek baru and hari2 bersama Sukan MARA SeMalaysia, hari2 sy tetap berjalan sperti biasa yg ala-ala carte happy + bosan.

Hari ni agak seronok sbnrnya sbb dh start kelas. Kelas pertama rmai girls. Hm...diorng2 ni suma interested sungguh nk blaja. fresh spm la katakan. ;) Kenal-kenalan n introduce diri. Tp cm sy je byk introduce diri sendri..hehe =P

Kelas kedua blh tahan lg best..sbb rmai boys.. tak pasti la best ke tak sbb tahap "kerajinan" boys ni unexpected..huhu.. Cuma..ehem2...sedap mata memandang.. =P

Apapun, tak pasti apa jd akan dtg, mungkin akan ada student baru msuk lg by July. Masa tu tak pasti jd apa dgn masa mengajar kami yg semakin ditindih batu...


p/s: amanda tak sabar tunggu akhir minggu ni (^_^)

Related Posts with Thumbnails