June 20, 2009

Inai dan Pengantin

Rasanya minggu ni kira last la kot jemputan kahwin, dh takda lg jemputan yg dtg. Maknanya musim kahwin pn beransur berakhir...makanya..soalan2 cepu mas tu bakal berkurangan.. Lega~ ^^

Musim2 kahwin ni teringat psal inai. Inai kira dh sinonim kot dgn kahwin2 ni. Pengantin mesti pkai inai sblm hari persandingan. Actually ni suma adat, tp adat2 pn, still ia menambahkan kemeriahan pengantin...

"xda inai bknla 'permaisuri sehari' namanya" - tu ayat nenek sy dulu. Sy sgt suka pkai inai sbb nenek kata pkai inai leh jd permaisuri.. (^_^) huhu..sungguh naif daku ketika itu...

Cuma, keadaan dh berubah. Dulu dan sekarang...

Dulu,
keluarga pengantin perempuan, terutama ibu2 dan kanak2 perempuan sibuk menumbuk daun inai. Ptg sblm menumbuk tu biasanya kanak2 perempuan la yg akan mencari daun inai tu dgn bapa2. Bkn senang nk tumbuk daun inai tu, klau tak lumat btul nnt ia tak cukup merah, takpun masa letak kt jari nnt ia jd comot sbb ada daun2 yg trkluar. Nk menunggu ia lumat tu separuh daun inai yg dipetik akan hilang! Mana pegi? Mestilah kanak2 perempuan dh amik~ tumbuk sndri then sapu kt jari masing2. hehe.

Selesai sesi menumbuk inai, sesi menyapu inai di jari. Bila ibu2 sibuk letak inai kt jari pengantin, ktorng sbg kanak2 sibuk letak inai kt jari sndri gk. Mmg la comot, tp msa bkn tau pn, asal letak. Lepas siap suma jari, sesi membungkus jari2 tu dengan plastik supaya inai tu tak tanggal bla tidur. Untung btul jd pengantin time tu, suma keja dia tak yah buat sbb tgn dh penuh inai. Biasanya area lepas isyak tu dh start letak inai, klau letak lmbat nnt inai tu tak merah.

Psal bungkus dengan plastik ni mmg sgt menyeksakan..... Tp bla fikir balik esok jari akan jd cntik cm pengantin, trsenyum smula ^^. Seksa bla trpaksa tdur trlentang. Klau nk mengiring pn tgn kena letak tepi n depakan tgn supaya inai tu tak rosak. Tp tau la kanak2... Bla dh tdur bkn ingt dunia pn. Ada gk yg tak leh tdur sbb nk jaga inai tu..hehe. Esk pg masing2 tgk inai kt tgn masing sapa nye lg cantik..time ni sgt best! Sbb slalunya inai sy plg cntik..yelah..klau dh semalaman tdur tak nyenyak..mana tak cantik..haha.

Satu lg, bla dh bungkus suma jari dgn plastik tu, panas + gatal jgn cakapla...berpeluh jari2, nk garu pn takleh. huhu. Btul la, bkn senang nk cantik... Apapun, jari pengantin mmg sgt cantik..sy sungguh teruja tgk jari makcik sy masa tu. siap ada corak2 kt tgh jari, ntah bla diorng buat ntah. Ktorng nye tapak tgn cuma tompok2 bulat je.hehe. Tp senang ckp, tiap kali ada sedara kawin, mesti jari2 sy pn merah gk. Wlaupun setiap kali nk pkai inai tu amik masa lebih 8 jam. =S


Sekarang,
Suma dh senang~ Inai dh takyah tumbuk2 lg, dh tak yah nk bungkus2 dgn plastik lg, tak sampai 5 min dh leh tgk hasil.merah lg! Pastu skrg ada serbuk yg senang je nk buat.

Lg satu corak kt tgh jari tu leh buat mcm2 corak guna alat trtentu. lg cantik! Cuma bla umur dh start naik 20-an. Sy dh tak berminat nk pkai inai. Mmg teringin nk pkai tp dh takda reason nk pkai lg. Satu - sbb dh takda makcik2 yg nk kawin, ada pn cousin kawin tp tiap kali ada cousin yg kawin, sy tak dpt hadir sehari sblm tu sbb tak dpt balik drpd uni. =( Tau2, dh dpt anak dh. Cuma plg latest cousin kawin sy dpt dtg majlis kawin dia je, sbb esknya dh kena gi keja.

Lgpun, klau kanak2 pkai inai org tak ckp apa2. Nama pn kanak2. Tp klau skrg ni sibuk nk pkai wlaupun suka2, kang org kata gatal nk kawin lak.. =P Jd takda reason nk pkai tetiba. Tak kan nk ckp buat ubat, kang org ingt jari kena cagu lak..

Tp yg pelik, adik sy yg kecik tu langsung tak berminat nk berinai, time cousin2 len yg msih kecik sibuk berinai, dia tak hirau pn..selamber je tgk tv. pelik btul. btulkah dia ni perempuan?? Sy rasa dia sgt rugi sbb tak dpt rasa hiruk pikuk suasana pkai inai time dulu2. Sgt seronok~

---------------------------------------------------------

Cakap psal inai ni, satu hari sy terima gmbr dr sorang kwn. Gambar jari. Dia pkai inai kt satu jari manis. hehe. Comel. First2 dpt gmbr tu mmg berkerut dahi gk sbb tak caya btul ke tu gmbr jari dia? Tgk btul2, hm... mmg btul..

Apa yg pelik? Sbb dia lelaki and dia TAK PERNAH berminat nk men bnda2 cmni. inai, bunga maggar, bunga telur.. hm? so not him! Tak ilang trkejut hari tu, esk dia tambah satu lg jari. Er...okay.. Well, what can i say, it shows sumthing ;)

Apapun, time change, people change. =) Berubah kpd kebaikan takpa...hehehe. Smoga dia gembira brsama org trsyg~ (^_^)

---------------------------------------------------------

To Nadxoxo & En Gajah: Selamat membuat persiapan perkahwinan~ Jgn lupa tunjuk inai nnt ek (^_^)

8 comments:

nadxoxo said...

gambar inai? insyaAllah..hehehe

nadxoxo said...

Dy,

belah Nad 10 Oktober
belah Gaj 17 Oktober (deepavali)

sila freekan diri anda masa tu hehe

zhu baik said...

dy, kte dlu ske tgk org pakai inai.. tp sendirik nk pakai, pk byk kali gile.. sbb kalo x cntik, kenot undo..huahuahu..

skrg lg la xske,melainkan kena paksaan yg melampau bersama reason yg sgt valid..

p.s: kte penah ckp kat mak, kalo kawen xmo pkai inai..pastu kena marah free2 je..hahahah

Amanda Eltiqaz said...

nad: baiik! akan ku cuba sedaya upaya!

zhu: biasanya dy tak undo dh, klau tak cantik, jd reason utk tmbh lg bg sekata haha..

ala zhu..smpi masa nnt, paksaan manja2 pn trus nak ^^

miza said...

ini tak citer psl inai, tapi berkaitan jugak la. tau tak asiah nk nikah mggu ni? ahad 28th june rasa. dia msg aku semalam. smpai sekarang aku still cam ting tong lagi pk. aku call dia and seems like dia tak gurau. huhu

Amanda Eltiqaz said...

erk..siyes? waaah..dgn siapa? kt mana? aku tak dijemput oleh asiah..segan laa pulak... isk isk..

kau gi tak nnt? wah...lg hebat dr kau nih.hehe.

raptorarena said...

waahh..siapa pulak pakai inai satu jari je tu..ish ish..

Amanda Eltiqaz said...

raptorarena: tu aa..ptut letak gmbr jari dia kn.ish.

Related Posts with Thumbnails