Tersebut kisah di negara Nevertheland..
Di hujung negara ni ada satu kampung yang agak terpencil dan terdapat sebuah kedai di kawasan kampung tu memproses bahan mentah sehingga siap dibungkus untuk digunakan oleh orang ramai. Kedai itu jugak mempunyai beberapa
pekerja runcit,
tukang cuci dan
tukang elektrik termasuk
bos - Jonathan dan
anak bos - Johny.
Tetapi Jonathan cuma menyewa kedai itu dari
Tuan Kedai yang duduk dibawah kedai tersebut termasuk dengan segala peralatan elektrik yang sedia ada. Tuan Kedai juga menyediakan beberapa peti sejuk untuk kegunaan Jonathan. (Kedai 2 tingkat)
Suatu hari berlaku kerosakan pada salah satu peti sejuk menyimpan bahan mentah. Walaupun hanya satu peti sejuk tapi ia amat menyukarkan pekerja kerana bahan mentah yang ada terpaksa berkongsi dengan peti sejuk lain. Ini akan melambatkan pemprosesan. Lalu salah satu pekerja mengadu pada
anak bos tentang hal itu.
Anak bos kata dia AKAN laporkan pada
tukang elektrik.
Beberapa hari kemudian peti sejuk kedua pulak yang rosak. Bertambah runsingla pekerja kerana menyusahkan kerja mereka. Maka salah seorang pekerja mengadukan pula hal peti sejuk kedua tu.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, peti sejuk yang rosak masih tidak dibaiki. Malahan
tukang elektrik yang dikatakan oleh anak bos juga tak datang menjenguk keadaan kedua-dua peti sejuk. Sekali lagi pekerja mengadukan hal itu pada
anak bos.
Anak bos kata dia TELAH melaporkan pada
tukang elektrik.
Hampir sebulan, pekerja kecewa sebab tukang elektrik masih tidak datang. Keadaan yang merimaskan kerana mengganggu produktiviti pekerja2. Pada masa yang sama pekerja lain pula mengadukan hal itu kepada
tukang elektrik.
Tukang elektrik kata dia AKAN buat laporan kepada
Jonathan.
Jonathan akan hantar laporan pada
Tuan Kedai.
Akhirnya lebih sebulan,peti sejuk yang malang tu masih tidak menerima apa2 kunjungan dari
tukang elektrik. Sekali lagi pekerja tidak berpuas hati lalu bertanya status laporan tersebut kepada
tukang elektrik dan kenapa tiada tindakan dilakukan.
Tukang elektrik berkata dia TELAH membuat laporan kepada bos dan bos TELAH berjumpa
Tuan Kedai supaya menghantar
tukang elektrik Tuan Kedai membaiki peti sejuk tersebut. Malangnya tiada tindakan susulan diambil oleh
tukang elektrik Tuan Kedai.
Pekerja semakin tidak faham.
Banyak persoalan berlegar dikalangan pekerja. Bila sebenarnya laporan dihantar oleh Jonathan? Bila laporan diterima oleh Tuan Kedai? Berapa lama masa diperlukan untuk sesuatu laporan diambil tindakan? Kenapa Tuan Kedai tidak mengambil apa-apa tindakan setelah SEBULAN?
Persoalan tu hanya persoalan. Sebulan 1 minggu...datangla
tukang elektrik untuk memeriksa peti sejuk. Dia tahu peti sejuk pertama langsung tak boleh ON tapi dia baru tau yang peti sejuk kedua juga rosak. Tukang elektrik periksa peti sejuk kedua, tetiba peti sejuk itu boleh ON. Tapi pekerja tahu, peti sejuk tu akan mati semula setelah beberapa minit kemudian.
Sebenarnya pekerja pun tak faham kenapa tukang elektrik tak datang periksa peti sejuk kedua 3 minggu sebelum ni.
Pekerja bertanya pada
tukang elektrik, bila peti sejuk itu boleh digunakan,lalu
tukang elektrik berkata bahawa peti sejuk itu hanya boleh dibetulkan oleh
tukang elektrik Tuan Kedai kerana peti sejuk tu milik Tuan Kedai. Pekerja bertanya lagi, adakah
tukang elektrik Tuan Kedai sudah maklum masalah ini?
Tukang elektrik berkata, Tuan Kedai sudah dimaklumkan jadi patut
tukang elektrik Tuan Kedai juga sudah maklum.
Pekerja sangat geram dengan
tukang elektrik Tuan Kedai kerana tidak menjalankan tugas sebaiknya. SEBULAN lebih adalah masa yang sangat tidak boleh diterima kerana bahan mentah mulai rosak kerana tidak tahan panas. Ini mengurangkan semangat pekerja-pekerja juga. 2 hari selepas
tukang elektrik datang,
tukang elektrik Tuan Kedai pula datang memeriksa peti sejuk. Pekerja sangat lega dan berharap mereka boleh menggunakan peti sejuk itu hari itu tapi hampa. Hampir seminggu selepas kehadiran
tukang elektrik Tuan Kedai, peti sejuk masih rosak.
Sebulan 2 minggu, pekerja mengadu lagi pada
tukang elektrik.
Tukang elektrik kata jika
tukang elektrik Tuan Kedai masih tidak datang selepas beberapa hari ni, dia akan betulkan dan claim dari
Tuan Kedai. Pekerja sangat tidak berpuas hati dengan
Tuan Kedai dan
tukang elektrik Tuan Kedai atas kelambatan itu.
Lalu pekerja telah menulis di ruangan Luahan Perasan di satu majalah menyatakan rasa tidak puas hati pada
tukang elektrik Tuan Kedai itu, smbil menulis, "kalau tak nak buat kerja baik berenti je" tapi pekerja tidak menyatakan nama
Tuan Kedai kerana khuatir
bosnya Jonathan tidak dapat menyewa di kedai itu lagi.
Pada masa yang sama, tukang elektrik dan ketuanya telah mengambil inisiatif meletakkan kotak yang dipenuhi ais untuk kegunaan pekerja sementara menunggu peti sejuk baru. Pekerja berterima kasih pada tukang elektrik dan ketuanya kerana meringankan sedikit masalah mereka.
Tapi selang beberapa hari,
tukang elektrik telah datang pada pekerja itu lalu memarahi pekerja itu kerana kononnya pekerja itu memarahi dia pada ruangan Luahan Perasaan tu.
Sekarang pekerja jadi konfius, "
Siapa yang tak buat kerja? tukang elektrik atau tukang elektrik Tuan Kedai?" selama ni apa yang pekerja tu faham, tukang elektrik kata dia telah buat laporan dan semua dia patut buat sebagai tukang elektrik, jadi sepatutnya dia tiada masalah. Sebab yang bermasalah sekarang ialah
tukang elektrik Tuan Kedai yang tak jalankan tugas wlau telah diberitahu.
Yang jadikan pekerja ni tak faham ialah kenapa tukang elektrik pulak yang lebih2 terasa dia tidak buat kerja?
Seumpana kita panggil perempuan A Si Cantik, tapi perempuan B yang menyahut, "Ya" bak kata orang, samada perempuan B perasan cantik atau dia betul2 cantik.