Tersebut kisah di negara Nevertheland..
Di hujung negara ni ada satu kampung yang agak terpencil dan terdapat sebuah kedai di kawasan kampung tu memproses bahan mentah sehingga siap dibungkus untuk digunakan oleh orang ramai. Kedai itu jugak mempunyai beberapa pekerja runcit, tukang cuci dan tukang elektrik termasuk bos - Jonathan dan anak bos - Johny.
Tetapi Jonathan cuma menyewa kedai itu dari Tuan Kedai yang duduk dibawah kedai tersebut termasuk dengan segala peralatan elektrik yang sedia ada. Tuan Kedai juga menyediakan beberapa peti sejuk untuk kegunaan Jonathan. (Kedai 2 tingkat)
Suatu hari berlaku kerosakan pada salah satu peti sejuk menyimpan bahan mentah. Walaupun hanya satu peti sejuk tapi ia amat menyukarkan pekerja kerana bahan mentah yang ada terpaksa berkongsi dengan peti sejuk lain. Ini akan melambatkan pemprosesan. Lalu salah satu pekerja mengadu pada anak bos tentang hal itu. Anak bos kata dia AKAN laporkan pada tukang elektrik.
Beberapa hari kemudian peti sejuk kedua pulak yang rosak. Bertambah runsingla pekerja kerana menyusahkan kerja mereka. Maka salah seorang pekerja mengadukan pula hal peti sejuk kedua tu.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, peti sejuk yang rosak masih tidak dibaiki. Malahan tukang elektrik yang dikatakan oleh anak bos juga tak datang menjenguk keadaan kedua-dua peti sejuk. Sekali lagi pekerja mengadukan hal itu pada anak bos. Anak bos kata dia TELAH melaporkan pada tukang elektrik.
Hampir sebulan, pekerja kecewa sebab tukang elektrik masih tidak datang. Keadaan yang merimaskan kerana mengganggu produktiviti pekerja2. Pada masa yang sama pekerja lain pula mengadukan hal itu kepada tukang elektrik. Tukang elektrik kata dia AKAN buat laporan kepada Jonathan. Jonathan akan hantar laporan pada Tuan Kedai.
Akhirnya lebih sebulan,peti sejuk yang malang tu masih tidak menerima apa2 kunjungan dari tukang elektrik. Sekali lagi pekerja tidak berpuas hati lalu bertanya status laporan tersebut kepada tukang elektrik dan kenapa tiada tindakan dilakukan. Tukang elektrik berkata dia TELAH membuat laporan kepada bos dan bos TELAH berjumpa Tuan Kedai supaya menghantar tukang elektrik Tuan Kedai membaiki peti sejuk tersebut. Malangnya tiada tindakan susulan diambil oleh tukang elektrik Tuan Kedai.
Pekerja semakin tidak faham. Banyak persoalan berlegar dikalangan pekerja. Bila sebenarnya laporan dihantar oleh Jonathan? Bila laporan diterima oleh Tuan Kedai? Berapa lama masa diperlukan untuk sesuatu laporan diambil tindakan? Kenapa Tuan Kedai tidak mengambil apa-apa tindakan setelah SEBULAN?
Persoalan tu hanya persoalan. Sebulan 1 minggu...datangla tukang elektrik untuk memeriksa peti sejuk. Dia tahu peti sejuk pertama langsung tak boleh ON tapi dia baru tau yang peti sejuk kedua juga rosak. Tukang elektrik periksa peti sejuk kedua, tetiba peti sejuk itu boleh ON. Tapi pekerja tahu, peti sejuk tu akan mati semula setelah beberapa minit kemudian. Sebenarnya pekerja pun tak faham kenapa tukang elektrik tak datang periksa peti sejuk kedua 3 minggu sebelum ni.
Pekerja bertanya pada tukang elektrik, bila peti sejuk itu boleh digunakan,lalu tukang elektrik berkata bahawa peti sejuk itu hanya boleh dibetulkan oleh tukang elektrik Tuan Kedai kerana peti sejuk tu milik Tuan Kedai. Pekerja bertanya lagi, adakah tukang elektrik Tuan Kedai sudah maklum masalah ini? Tukang elektrik berkata, Tuan Kedai sudah dimaklumkan jadi patut tukang elektrik Tuan Kedai juga sudah maklum.
Pekerja sangat geram dengan tukang elektrik Tuan Kedai kerana tidak menjalankan tugas sebaiknya. SEBULAN lebih adalah masa yang sangat tidak boleh diterima kerana bahan mentah mulai rosak kerana tidak tahan panas. Ini mengurangkan semangat pekerja-pekerja juga. 2 hari selepas tukang elektrik datang, tukang elektrik Tuan Kedai pula datang memeriksa peti sejuk. Pekerja sangat lega dan berharap mereka boleh menggunakan peti sejuk itu hari itu tapi hampa. Hampir seminggu selepas kehadiran tukang elektrik Tuan Kedai, peti sejuk masih rosak.
Sebulan 2 minggu, pekerja mengadu lagi pada tukang elektrik. Tukang elektrik kata jika tukang elektrik Tuan Kedai masih tidak datang selepas beberapa hari ni, dia akan betulkan dan claim dari Tuan Kedai. Pekerja sangat tidak berpuas hati dengan Tuan Kedai dan tukang elektrik Tuan Kedai atas kelambatan itu.
Lalu pekerja telah menulis di ruangan Luahan Perasan di satu majalah menyatakan rasa tidak puas hati pada tukang elektrik Tuan Kedai itu, smbil menulis, "kalau tak nak buat kerja baik berenti je" tapi pekerja tidak menyatakan nama Tuan Kedai kerana khuatir bosnya Jonathan tidak dapat menyewa di kedai itu lagi.
Pada masa yang sama, tukang elektrik dan ketuanya telah mengambil inisiatif meletakkan kotak yang dipenuhi ais untuk kegunaan pekerja sementara menunggu peti sejuk baru. Pekerja berterima kasih pada tukang elektrik dan ketuanya kerana meringankan sedikit masalah mereka.
Tapi selang beberapa hari, tukang elektrik telah datang pada pekerja itu lalu memarahi pekerja itu kerana kononnya pekerja itu memarahi dia pada ruangan Luahan Perasaan tu.
Sekarang pekerja jadi konfius, "Siapa yang tak buat kerja? tukang elektrik atau tukang elektrik Tuan Kedai?" selama ni apa yang pekerja tu faham, tukang elektrik kata dia telah buat laporan dan semua dia patut buat sebagai tukang elektrik, jadi sepatutnya dia tiada masalah. Sebab yang bermasalah sekarang ialah tukang elektrik Tuan Kedai yang tak jalankan tugas wlau telah diberitahu.
Yang jadikan pekerja ni tak faham ialah kenapa tukang elektrik pulak yang lebih2 terasa dia tidak buat kerja?
Seumpana kita panggil perempuan A Si Cantik, tapi perempuan B yang menyahut, "Ya" bak kata orang, samada perempuan B perasan cantik atau dia betul2 cantik.
7 comments:
siapa makan cili, dia la yg rasa pedasnya..
wah2..marah nampak miss..mereka semua tu baca blog tak..harap2 baca la kan..hihi..
wandi:
tula..tapi masalahnya bukan tuju kat dia pun..tapi terasa lak..adei..
raptorarena:
ntah..tak amik kisah.tak baca kot.hehe.
luahan pekerja tu terlalu umum,ianya amat mudah membuatkan sesiapa sahaja tersalah tafsir ketika membacanya, melainkan luahan tersebut berbunyi begini "kalau tak nak buat kerja baik berenti je tukang elektrik tuan kedai oi.."
oo..klau based on citer ni,klau aku better concern knpa peti sejuk tu dh baiki lbh sbln drpd concern apa pkerja tu ckp. klu aku jd tuknag letrik jonathn aku pn bengang dgn tukang letrik tn kdai tu,sbb dia org len kna. tp,klu xslh watpe bsing x?ntah..pndapat aku la.
aku suka statement "klau xsalah watpe bising x?", here is my conclusion, mmg xperlu bising klau pekerja berkenaan xkecoh2 n buat statement kt majalah, statement kt majalah terlalu general dan boleh menyebabkan pihak yg xberkenaan akan memandang serong kpd tukang elektrik jonathan. klau dia btl2 xbuat kerja tu soal dia lah. dalam kes peti sejuk ni, kita perlu ikut procedure yg telah ditetapkan. selagi kita belum ikut procedure tu, kita xboleh lah menggunakan saluran lain utk meluahkan perasaan. ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati. dlm kes peti sejuk ni, kita kena tgk dari setiap sudut. pihak jonathan juga sepatutnya memberikan notis kpd pekerjanya mengenai masalah tersebut utk mengelakkan hal2 seperti ini berlaku
correct me if im wrong
hanis & dani:
thanks to both of u for ur opinion. org tak kisah. siapa yg betul dan siapa yang kena tuduh. kebenaran akan terbukti juga nnt. =)
Post a Comment