May 2, 2010

Festival Layang-Layang 2010

Sambil menyelam minum air ;)

Kisah bermula bila kekasih hati ajak ke JB. Orang nak pergi tapi sebab ada komitment dengan tuisyen,terpaksa tolak.

Sehinggala hari Jumaat, tetiba terasa nak call Pusat Tuisyen:

Saya: Pusat tuisyen F***h ya? Esok tuisyen tak? (ntah kenapa tetiba tanya mmg takda alasan..)
Kerani: Esok semua kelas batal.
Saya: Batal? Kenapa batal? Batal tu maksudnya takda kelas ke?
Kerani: A'ah la. Ntah pengetua kata batal. Eh..awk tak tau ke?
Saya: Oh..takda lak orang inform.Haa.bgus la klau cmtu. Tq ya!

Pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. Terus saya contact kekasih

"Minggu ni saya leh teman awk tengok Ironman..yeeaaa!!!!"
"Hah? Boleh? Awak kata tak boleh?"
"Sebab tuisyen dah cancel minggu ni..hihi"
"Aih...ala..awak cakap last minute, saya dah janji kena standby kerja..."
(standby kerja tu apa? ntah..tak faham)
"Takpa..kita gi jugak tengok Ironman.. =D"


Actually tu la tujuan asal saya ke JB - 1. Jumpa dia   2. Pergi kenduri kahwin (tapi bagitau mak nak pergi kenduri kahwin..hehe)

Tujuan dia ajak saya gi JB - 1. Pergi kenduri kahwin. 2. Tengok Ironman.


Sampai je Larkin,dia ambil saya dan kami bergegas ke Jusco Tebrau konon nak tengok tiket. Actually kami tak sempat nak booking. Sebab dia kata semua FULL. Memang betul pun..SEMUA full setiap slot dari pagi sampai la pukul 1201 tengah malam.huhu. Dan barisan beratur untuk tunggu booking cancel..adalah dalam 50 meter. Sampai keluar wayang area kedai game tu.Kecewa..

Malas nak tunggu. Kami bergegas pulak ke majlis kahwin kawan dia kat area pasir gudang tu. Makan2 sampai kenyang. Pastu barulah boleh berfkir dengan waras..akhirnya kami takda arah tujuan. Tetiba kawan dia yang saing kami ke majlis kahwin tadi kata

Kawan dia: "Zam, gi bukit layang-layang jom"
Dia: "Ha..okay gak. Aku pun nak pegi bukit layang-layang gak"
ntah bila dia bincang dengan saya nak pergi bukit layang-layang tu ntah..hmm...
Kemudian baru dia tengok saya smbil berkata...
Dia: "Kita pergi bukit layang-layang jom ayang, nak?"
Saya: "Bolehh..ada apa situ?"
Dia: "Layang-layang.. ^^"

Akhirnya kami pergi bukit layang-layang. Rupanya situ ada festival layang-layang. Kata kekasih, festival layang-layang ni hanya diadakan setahun sekali je. Mereka akan jemput pemain layang-layang profesional (huh..apakah... ~_~) dari luar negara untuk menunjukkan kemahiran bermain layang-layang. Siap ada Muzium Layang-Layang lagi. 

Gambar dari Festival Layang-layang 2009

Ada pelbagai jenis layang-layang ditunjukan dan pelbagai cara memainkan layang-layang. Sangat seronok! Dengan famili yang bawa anak-anak, jualan ditepi-tepi jalan. Siap ada bentang tikar buat macam picnic sambil tengok anak-anak main layang. Design layang-layang pun bukan macam atuk kat kampung saya buat dulu-dulu. Canggihhhhhh! pasang siap macam pasang besi khemah bulat tu. Ada macam-macam design!

Yang jadi ia bukit layang-layang tu mungkin sebab bukit tu memang strategik untuk main layang-layang. Sentiasa berangin, dan anginnya kuat. Panas terik la macam mana sekalipun..angin nya tetap macam kat tepi pantai Batu Feringghi. ^_^

Hilang kisah tengok Ironman, akhirnya kami tengok Layang-layang Man. Tapi yang musykilnya sampai sudah tak nampak batang hidung pun kawan dia yang ajak dia pergi Bukit Layang-layang tadi..hehe.

Nanti ada gambar saya upload k. ^^



3 comments:

PCL said...

salam, kat Banting pon ade layang2..tapi tak der secanggih design tu..best sgt kalau boleh naikkan layang2 .

PCL said...
This comment has been removed by the author.
Amanda Eltiqaz said...

pakcikLie:
Btul2! walaupun tak semeriah tahun lepas tapi first time dpt tgk layang-layang harimau, buaya, burung besar, beruang kat udara~ ^^

Related Posts with Thumbnails