December 29, 2010

Bercuti Bersama~

Saya akan record semua yang terjadi dalam diari hidupku~ ^^

Pertama kali dapat berjalan-jalan bersama hubby DAN overnight di mana je DAN balik lewat malam sesuka hati adalah sangat seronok okaayy..! hehe.

Saya mula bercuti LAGI since isnin last week sehingga esok. Hari Khamis baru naik office smula.

Since last monday, sepanjang hari bekerja saya berbahagia je di rumah. Dapat jugakla berangan jadi surirumah sepenuh masa.eceh! Pagi2 siap2 kan baju dan pakaian utk, then siapkan air panas utk dia. Bila dia balik kerja sediakan air panas dan goreng2 (klau rajin =P)  Malam tgk tv sesama, dating kat shopping mall sesama. hehe. suka suka suka~

On weekend saya hubby dan kawan2 dia on trip to Perak. Majlis kahwin kawan rapat hubby masa di kolej dulu. Actually kami bertolak hari Jumaat dan singgah di KL dulu. Kami bermalam di rumah sedara dia di Salak Selatan. Malam tu takda ke mana2 sangat pun, just hang out dengan abg lan dan bakal kakak ipar =D

Pagi2 Sabtu saya, hubby dan rakan-rakannya berkumpul di tol Sg Buluh sebelum bertolak ke Perak. Semua mereka adalah orang KL. Kami je la yang dari Johor. Hm..agak aneh di situ sebab SEMUA yang nak pergi tu actually tak tau pun jalan ke rumah member diorng yang nak kahwin ni. Apatah kami yang buta jalan. Jadi dengan berbekalkan GPS handphone Nokia X6 saya (agak teruja bila baru tau yang handphone saya ada GPS percuma dan baru tau cmna nk guna masa on the way nak ke KL ituari. hehe) kami dengan penuh keyakinan bergantung harap sepenuhnya pada GPS. Tak pasal2 kami me'lead' perjalanan tersebut walaupun sebenarnya, alamat member hubby ni tak keluar pun pada map, kami men redah je letak daerah dia. haha.

Budak2 palap mmg confident. Bak kata kawan dia, "Alah..kita pergi je sampai Perak...sampai sana nnt kita ikut instinct la.."

Atas beberapa masalah teknikal, kami terpaksa lalu jalan dalam. Jadi perjalanan kami jadi super lambat dek kerana hujan dan jalan yang berliku-liku. Dan nak jadikan drama, pada hari itu kami (saya, hubby, dan kwn hubby dlm keta yang sma) menjadi saksi utama accident yang berlaku DEPAN mata kami. Sebuah kereta wira yang tiba-tiba hilang kawalan. Selepas kereta tu melempar ke kiri dan kanan dengan laju, ia terus melambung dan  tegak pada kedudukan pukul 12 pastu terbalik dan terhumban dalam parit tepi jalan raya. Nervousnya saya Tuhan je yang tau. Nak call ambulance n polis pun saya gigil2. Nasib  parit tu berair dan tanah lembut. Cerita lanjut di sini.

Kami teruskan perjalanan..dengan hujan renyai2 tu..kami lebih berhati-hati..

Kami pulang ke KL pada hari itu jugak. Tiba di KL lebih kurang pukul 830 malam. Selepas berehat seketika di rumah sedara hubby tu,kamiy, abg lan dan kak fatiha bercadang utk menziarah ke rumah sedara sorang lagi di Shah Alam. Memang kebiasaan kan bagi pengantin baru untuk melawat rumah sedara mara. Balik dari rumah makcik tu kami tak terus pulang, abg lan bawa kami berjalan ke I-City. Yuhuuuu~~~

Saya memang teringin sangat nak pegi I-City tu! Taman yang penuh dengan lampu-lampu yang cantik. Pelbagai bentuk pokok dan haiwan diukir dengan lampu yang berwarna-warni. Sangat cantik! Dan since kami dah jadi husband n wife..seriusly..ni la pertama kali kami berjalan waktu malam dengan rasa super seronok sangat tanpa rasa risau, susah hati atau rasa serba salah. hehe.

Puas round dan rasa penat baru terasa nak tengok jam. Hah?? pukul 3 pagi dah???! Tapi orang masih ramai kat situ. Takda pun unsur2 pukul 3 pagi macam kat Batu Pahat. Dengan nenek, anak kecik, mak orang, bapak orang, foreigners...semua ada. Couple jgn cakap la..berlambak.. Apa orang KL mmg tak tidur malam ke? Aneh... Kami pun pulang dengan rasa enjoy sangat. Hilang segala penat siang tadi ^_^

Ahad pagi, kami bertolak pulang dari KL, tapi kami tak terus pulang, saya dan hubby rasa macam nak tidur hotel la. hehe. Jadi kami singgah di Port Dickson. Oleh kerana kami tak booking pun, men redah je. Jadi tak banyak bilik seperti yang kami inginkan available. Setelah survey beberapa hotel, akhirnya dapat jugak. Our priority is dapat tengok pantai yang cantik dan ada aktiviti pantai. Petang tu jalan2 pantai, duduk di gerai makanan smbil tunggu sunset. Sangat cantik.... =)

Malam tu hubby ada program khas. Dia nak tengok bola, Malaysia vs Indonesia. Walaupun mulanya saya macam bosan...tapi tak sangka..itu adalah pertama kali seumur hidup saya suka sangat tengok bola. Tengok bola dengan hubby mmg best! Daripada tak paham satu hape pun game tu, dia explain satu2 dari corak permainan sampailah nama2 pemain dan positionnya. Dan in the end, kami sama2 bersorak kejayaan Malaysia. Tahniah Malaysia!! Hm...not bad bola ni ek. ^^ Oh ya, kami tengok kat bilik hotel jek sebab dia ada siaran langsung dari TV1. Hee~

Malam ni kita tengok sama2 ya Indonesia vs Malaysia. =D

Tengahari Isnin tu kami check-out dari hotel dan bertolak ke Johor. Tapi tak terus balik pun. Kami bercadang nak menyinggah lagi.

Hubby: Apakata kita pergi Zoo Melaka, nak tak?
Saya: Zoo? Kenapa kita nak pergi zoo? Taman Rama-Rama pun ok jugak. dekat2 situ je..hehe
Hubby: Zoo Melaka saya tak penah pergi lagi. Cam best je. Saya suka tengok haiwan2 ni. (dengan muka teruja)
Saya: Ohh..ha..boleh je! Jom!

Jadi kami ke Zoo Melaka. Aneh tapi benar. Haha. Masa awal2 dulu pun kami dating kat Zoo Taiping. Kemudian kami ke Zoo Johor Bahru. Jadi kami ada misi untuk pergi semua Zoo di Malaysia ni bersama2. haha.

Puas bergambar dan mengajuk haiwan, akhirnya kami pun terus pulang ke Johor Bahru. Agak haiwan2 tu pun pelik. Siapa yang patut duduk dalam sangkar ni agaknya. Kami ke mereka. Hehe. Sampai JB dah pukul 10pm. Kemas2 barang skit, pastu hubby dah pening kepala. Saya jaram kepala dia pastu dia terus lena.

Tiba-tiba..
Pukul 330 pagi dia bingkas bangun. Rupanya nak tengok bola. Ceh! Terus hilang pening tadi. Orang penat2 terus jela tdur, dia boleh lagi bangun semata-mata nak tengok bola.  Game: Arsenal vs Chelsea.

2 comments:

miza said...

aku dpt rasa keterujaan ko.

mesti skrg ko rasa 'bagus jugak mak tak bg jumpa azam selalu. sekarang dah kawen, rasa seronok sangat dpt spend time sama2'

aku berazam untuk jadi parents macam tu jugak. aku nk anak aku enjoy lepas kawen. baru sweet!

macam ko and azam..

hehe

Amanda Eltiqaz said...

hehe. tau tak pa. stiap kali jumpa mcm bercinta lak kan. berdebar2 :P

aku pn tak sabar nk ada anak sdara dr pn miza ^^

Related Posts with Thumbnails