January 26, 2011

Sehat kot..

Officially hari ni saya dah SIHAT sepenuhnyaaaa!! Dah takda batuk2 dan selesema lagi~

Saya demam sejak 2 minggu lepas.... tp mcm datang2. Kjap2 rasa panas..kejap2 rasa sejuk..kejap rasa ok, kejap rasa pening sangat2...kejap rasa mabuk.. siap pakej la dengan batuk dan selsema..meleret2 sampai 2 minggu.

Yang anehnya, slalu kalau saya demam saya kurang makan..tapi kali ni makan dengan sangat byk! Asik2 lapar. asik2 rasa lapar. Pastu tak leh tidur malam..2 minggu demam tu, 2 minggu tu jugak susah nk tidur. Kalau ada hubby takpa jugak, ni dia jauh...takda orang nak jaga kalau sakit malam2..huhu.. Agak seksa la kan..sebab sem ni saya banyak kelas pagi. Jadi sangat letih bila di ofis..


Bila dah gitu, pelbagai andaian la jugak datang bertalu2..

"Along, jgn makan panadol tu! Ni sakit2 ni buatnya ada isi cmna?"
"Huhu..dah tu klau tak mkn ubat cmna nk baik, mak... =( "

"Eh..ko gi check aa dy..mana tau ntah2.."
"Hm..nnt la gi check.."


"Dy ko gi klinik tak check?
"Dah. doktor kata ok"
"Tu hari pertama demam..this week ni gi la lagi..nnt takut ko mkn ubat membahayakan baby..klau ada la kan..ihik"
"huhu..haa yelah..nnt org gi"


Sudahnya mmg saya tak makan ubat pun selamat dua minggu tu. Tapi klinik, tak jugak pegi2. Hehe. Cuma 3 hari yang pertama demam tu je makan ubat. Saya minum air ECPI dan makan buah je. Tu pun bila agak2 kurang air je mula la rasa tak sedap badan.

Tambahan semua kelas saya pagi. Memang agak letih bila mengajar dengan batuk dan selesema tu. Malas nak amik cuti sbb nak menggantinya tu lagi seksa dari menahan demam. Huh. Jadi selalu lepas kelas tu bila tak larat sangat mula la saya baring je atas meja....

Tapi lepas 2 minggu bila dah rasa tak sangat tak selesa dengan rasa seram sejuk je badan. Saya pun plan, pegi je la klinik..

Takutt sebenarnya...

Then hari sabtu minggu lepas bagi meleraikan segala kemelut. Saya gi klinik minta consultation doktor dan klau blh nak minta ubat yang kurangkan pening. Then buatla testing skali... End up..takda apa2.. Heee~ =D

If ia positif..saya tak nak jauh dengan hubby macam ni.....


9 comments:

f a i z a h 's said...

eh xde apa2 ke?mebi perubahan hormon :)

ima said...

ish...suspen.
ingatkan dah nak dapat anak sedara. hehe.
berusaha lagi dy! hakhak

Amanda Eltiqaz said...

faizah:
tu la..mebi la. atau mak kata mungkin pnat sbb asik berulang every week..huu..


ima:
haha. sabar ye imaaa~

mastura said...

hahaha....da mcm baca novel la dy....
rileks la..
lau btol +ve,syukur...
btw,jgn gabra....

Amanda Eltiqaz said...

novel tak laku hihihihi

mas dah ada baby lum?

Nina Aman said...

dy, buat pregnancy test sendri dulu, beli kit kat pharm.
try la...cepat2...excited ni!!!~ (=

miza said...

positive ke tak? aku je yang negatif dari dulu. haha

alin said...

ok..dr tilikan akak yg kejauhan ni... tu mmg petanda awal ye... kalo ikot pengalaman lah kan... first month n first timer...doktor mmg x bleh detect..so is the pregnancy detector..tp trust me..mmg ade baby... hahahha..kompiden ni kabo kt hang!

kalo tgk simptom2 tu mmg ade tu! betol...ni anak didik HOUSE tau ni!! hahahha...


cepat2 la dekat ngn hubby! cian hang!

Zuraidin said...

T A H N I A H ...

Related Posts with Thumbnails