July 14, 2011

SPA & Wedding

Eh..ntah la..kenapa post saya kebelakangan ni ada perkataan "&". Tapi kali ni seriusly dua2 event berlaku pada HARI YANG SAMA.

Kami dalam dilema for few weeks sejak mendapat kedua2 berita gembira tu. Dan ia double - same goes to Azam. (~_~)

The first dilemma was the wedding. Saya ada wedding one of my best friend since high school - Cik Hanee di Batu Pahat, which I consider sebagai MAJLIS WAJIB PERGI walaupun ada Perhimpunan Bersih kat JB ni (harap2 takda la kan..ish ish ish) at the same day, my hubby pun ada wedding officemate dia, En Najep yang dia consider sebagai MAJLIS WAJIB PERGI jugak which is di Pontian. Dua2 majlis tu kalau boleh kami nak duduk lama2, bergambar sepuas hati, dan hadir sewaktu pengantin berarak.

Since dah kawin kan, after discussion akhirnya saya mengalah. Kami pergi majlis umah kawan hubby dulu dan tengok majlis persandingan, then baru pergi majlis Hanee. TAPIIIII...itu SEBELUM saya dapat berita yang saya dapat surat panggilan menghadiri peperiksaan SPA (baru nak dapat setelah sekian lama apply....haaaih...ni kena tnya pengalaman Ima atau Rai ^^ )

peperiksaan spa


Saya dapat tau je, saya pun bersorak kegembiraan!! Tapi bila tengok tarikh - 16 JULAI 2011... Argh...kecewaaaaaa~~~ Sama dengan wedding Hanee...pulak tu dari pukul 9.00 smpai pukul 3.30pm. Even kalau saya rush ke Batu Pahat petang tu, maybe majlis dah abis, dan kawan2 saya yang lain dah balik.... (~_~)

The next day, saya belum sempat bagitau hubby lagi mengenai SPA tu, balik keja check surat, tengok ada surat untuk Azam. Rupanya surat tu macam kukenal..yelah..dari SPA gak. Aik? Azam pun dapat? Saya tak sabar tunggu dia balik keja, saya pun buka dulu surat tu.....................

Bila Azam balik keja, saya bagi dia surat tu dengan senyum dan ckap, "Tahniah, ayang dapat panggilan dari SPA!"

"Eh iya? Wah..best2! Bila ni? ........................(bunyi cengkerik kejap) alaaa......16 JULAI 2011 gak...huk huk huk..." (~_~)

Kami jadi mengong untuk plan semula program hari Sabtu tu...dua2 ada wedding kawan, dua2 ada periksa SPA, lain2 tempat pulak tu! Akhirnya kami decide...

"Macam ni la ayang, kita pergi SPA lain2 kereta, then abis pukul 3.30 pm tu, kita headed to Pontian (mungkin smpai dalam 5.30pm cmtu) then kita ke Batu Pahat (mungkin smpai malam), malam tu kita balik kampung la. "

Agak sedih sebenarnya sebab tak dapat nak hadir wedding sewaktu kejadian, especially nak jumpa kawan2 sek dulu. Apapun, adil la kan..last2, dua2 tak dapat tengok kawan bersanding..hehehe.

Wish us the best for the SPA Exam~♥ (^_^)


July 7, 2011

Dinner & Bowling

Both event ada kaitan dgn company hubby. Hehe.

♥ Dinner

Last Saturday saya ke dinner company hubby sy, as spouse. =P Tema dia RETRO. Seyes..jenuh kami dok pikir apa baju nak pakai untuk dinner tu. Dahlah kami ni kategori skema ala2 elegant..eceh..hahahaha. Tetiba nk pkai gaya retro la pulak kan. Confirm2 baju mmg takda dlm almari tu.

Seminggu lebih gk la dok pk. Akhir nya 2 hari sblm majlis tu kami decide beli je baju apa2 kat pasar borong yg merupai gaya retro. Bila tunjuk kat abg n akak, diorng gelak je tgk kami bergaya retro.haha. Bkn jiwa laa.. Tapi still try to follow the theme..baru cool ;)

Dengan hubby di meja AJK (^_^)

Ning Baizura~!! Dia nyanyi sebelah  meja je..hik2

Pulang dgn goodie bag

Malam tu actually ada cabutan bertuah yang super mewah. Motor MiniSport, Laptop, Samsung Galaxy Tab, TV Plasma dan 6 lagi hadiah besar yang menarik, tapi takda satu pun yang sudi mendapatkan kami... Tapi kami takda la bernasib malang terus sampai tak bawa apa2 pulang kan, kami dapat gak hadiah cabutan bertuah yang berupaa...jeng jeng jeng...... Tadaaa....
.
.
.
.
Image: kgelectronic.com.au

Sebuah sandwich maker...huhu...jadi la kan wat ada2... (~_~)


♥ Bowling

Bowling training sesama rakan company hubby jugak. Walaupun tahu nak tunggu diorng abis tu lama...tapi tetap berdegil nak ikut jugak. Hehehe. Training kat Danga City Mall (lagii....) sebab nanti tournament nya hujung minggu ni di Danga City Mall. Tak amik gambar sangat..sbb duduk lalok2 je pun...nak sorak lebih2 segan pulak kan sbb dah jadi  mak buyung kan... kalau dulu masa masih gadis yang riang ria....tak tengok kiri kanan dah melompat kat tempat duduk tu..hehehe....

Just wait for the real tournament nnt saya akan update ;) Just nak pegi sebab ni first time bawa baby tengok perlawanan bowling..mari sayang....bowling time~~ ^_^

Harap dapat tengok hubby main badminton pulak nnt, hehe. Dia main badminton every week, every Monday, cuma jauh la kat Pasir Gudang. Biasa after balik keja dia terus gi je. Main bowling cuma skali skala je setiap kali ada tournament baru gi training.

Selagi ia indoor game...saya suka je ikut..hehe. Once dah masuk football ke, bola jaring ke...yang men tengah2 panas...takda keja saya nak ikut..belum main, tengok je dah rasa nak berpeluh...hehe.


♥ Makcik Cupcake

Jumpa adik saya - angah. Ajak dia makan kat Dataran yang kat jam besar tu. Malam-malam dia ada kedai2 kecik yang jual makanan dengan van. Dia datang JB konon nak tolong kawan dia buat cupcake dan jual cupcake di karnival satu company ni. Dgn janji yang berbunga2 dan untung yang lumayan, angah ni pun berbunga-bunga juga la datang kan.

Buat 2 hari berturut smpai tdur lewat malam, pastu siangnya berpanas jual cupcake..tapi untung tak seberapa..hehe. Tinggallah amal jariah 'membantu kawan' dan 'mendapat pengalaman' =D

Takpa la angah..lain kali beringat je la..kena kira cost pergi dan pastikan if berlaku worst case rugi pun, cost pergi balik dan modal tu lepas dulu. Anyway, wish her good luck to finish her master later ;)

Angah


July 3, 2011

Bow and Arrow

Selasa lepas buat pertama kali saya dapat rasa buat aktiviti memanah. Waah..serius sangat excited! Baby dalam perut ni pun excited agaknya..time orang nak panah je dia pun sibuk gerak2..hehe.

Lokasi kejadian adalah Ace Archery, Danga City Mall, Johor Bahru.

Credit: Google

Actually tak sengaja pun nak pergi memanah tu, plan asal adalah nak pegi order PC dan barang2 komputer untuk company hubby, tapi sebab ia perlukan masa kena tunggu, jadi kami pun pusing2 la area situ. Mula-mula ingt nak usha tempat bowling, tengok orang main bowling, tetiba tanpa disangka-sangka..

Hubby: "Ayang, kita pergi memanah nak?"
Saya: "Memanah? Bukan mahal ke benda tu?"
Hubby: "Eh taklah..murah je...jom!"

Saya tak terjawab, tersengih je..hehehe..sangat excited~~ Dari sekolah teringin nak main benda tu tapi takda kawan dan tak tau nak pergi mana. Dulu kitorang jarang dating sampai sini. Jadi memang tak berkesempatan la nak pergi pun. Plus saya ingat ia mahal. Hehe.. <-- Jakun~

Harga ia memang murah!
1 person = RM 5 (10 arrow)
2 person = RM 13 (36 arrow)
lagi satu apa ntah pakej dia..tak baca dah..

Kami ambil yang 2 person RM13 dapat 36 arrow.

Tu pun lenguh nak abiskan! Hehe. Masa mula-mula belajar kekok gak. Plus tangan kiri memang dah sakit. Tapi excited punya pasal, sakit pun sanggup tahan, demi nak menarik arrow tu. Orang tu puas suh tarik lagi..tapi seyes tangan dah tak mampu nak menahan. Takpalah..first time praktis kan. =D

Me and Hubby~


Ni klau praktis lagi mungkin boleh buat macam Lilia Stepanova - Contortianist (orang yang perform liuk lentok tu.. ;))

Dahsyat kan!





Lilia Stepanova ni adalah seorang gadis berusia 23 tahun yang berkebolehan melentukkan tubuh dalam pelbagai bentuk gerakan gimnastik yang unik dan biasanya gadis ni banyak membuat persembahan dengan anak panah dan busur. Dan setiap panahan dia amatla tepat. Dia telah banyak membuat persembahan dalam pelbagai pertandingan seperti NBA dan NCAA dan persembahan seperti di dalam America's Got Talent dan beberapa persembahan secara langsung di luar negara. Kalau nak tau lanjut, tengok kat You Tube. Hehe.


atau at least bergaya macam anime ni..hehe.





July 2, 2011

Alahan Mengandung II: Gusi Berdarah

Minggu ni saya kena gusi bengkak dan berdarah...sakitttt~~ =(

 Saya ada amik gambar untuk gigi sendiri tapi kata hubby sangat menakutkan, jadi saya rasa better saya tak yah nak letak kat sini. Tapi saya ada satu gambar dapat dari Google, yang kurang menakutkan..hehe. (Actually mula-mula rasa sakit tu cmni la rupa dia..bila dah teruk tu yang nampak menakutkan..huuuu)

Gusi berdarah...pastu bengkak2.. (tapi gambar ni tak bengkak pun..)


Asal kejadiannya, adalah dalam 2 minggu camtu setiap kali saya berus gigi, gusi akan berdarah. Saya ingat itu normal sebab gusi lembut kan. Then bila ia terlalu kerap, lama-lama saya rasa sakit pada gusi depan (mcm dlm gambar tu la), asik nak berdarah je, then setiap kali lepas makan rasa mulut berbau walaupun dah guna mouthwash - listerin.

Lepas 2 3 hari jadi camtu saya pun ngadu kat hubby. Dia terus suh gi klinik. So the next day, saya amik off dan ke klinik kampung melayu - dalam ia ada klinik gigi skali.

Nak tunggu di klinik kerajaan sangat la lama. Klinik gigi swasta lain tak tau nak pegi. Dari pukul 830am sampai pukul 11.00 baru dapat jumpa doktor, tu pun doktor biasa, lepas tu baru dia proceed kan pada doktor gigi. Nak jumpa doktor gigi tunggu lagi, bila sampai turn je klinik gigi dah nak tutup, jadi doktor gigi tu sempat check je dulu, pukul 2.00pm kena datang balik untuk rawatan seterusnya.. =(

8.48 am tu baru dapat smpai deoan kaunter..kena beratur juga nak amik no..dahsyat kan. Punya la ramai orang sakit pada hari biasa. ish ish...


Pukul 2.30pm saya sampai bilik doktor gigi tu, dia terus bagi masuk sebab dah ada appointment. Jadi doktor pun check, dia kata ni bukan depan je yang dah bengkak, semua gusi bahagian bawah dah bengkak cuma yang paling teruk kat depan sebab depan lebih lembut dari bahagian geraham tu. Huhuhu...doktor cakap memang ibu mengandung akan lebih mudah kena gusi berdarah tapi sepatutnya saya kena jaga gigi dengan lebih baik.

Ntah la..saya rasa saya gosok gigi dan guna mouthwash seperti biasa je. Cuma mungkin ni first time mengandung kan, tak tau la kena jaga lebih baik. Lepas jumpa doktor gigi, dia nasihatkan saya guna berus gigi yang lebih lembut dan ubat gigi yang sesuai untuk penjagaan gusi. Then guna mouthwash yang sesuai, cadangan doktor tu adalah Colgate mouthwash warna pink. Dia kata Listerin tak sesuai untuk gusi sensitive. Biasanya untuk gusi berdarah doktor akan beri antibiotik, tapi sebab pregnant, dia tak beri dulu, tengok lagi seminggu kalau tak surut juga walaupuns selepas guna mouthwash, baru datang smula klinik gigi untuk dapatkan antibiotik.

Doktor kata tengah mengandung takleh cabut gigi (walaupun ada yang rosak, kecuali serius sangat) jadi dia cuci je. Hoho...nama je CUCI, tapi dia punya sakittt...leleh jugak la air mata.. Doktor tu siap physco lagi,

"Ni anak pertama kan, klau awk beranak nanti...100 kali lagi sakit tau dari ni, tahan yaa..."

Waaa....terima kasih doktor.... isk isk...

Malam tu saya pun beli berus gigi dan mouthwash yang baru. Hubby pun turut menumpang beli berus gigi baru jugak..hehehe.

Colgate Plax Sensitive dan Colgate 360 Ultra Soft


Note: Good news is...klau kita bawa kad merah (ibu mengandung) charge untuk rawatan gigi adalah PERCUMA~ ^^


Related Posts with Thumbnails