Saya ada amik gambar untuk gigi sendiri tapi kata hubby sangat menakutkan, jadi saya rasa better saya tak yah nak letak kat sini. Tapi saya ada satu gambar dapat dari Google, yang kurang menakutkan..hehe. (Actually mula-mula rasa sakit tu cmni la rupa dia..bila dah teruk tu yang nampak menakutkan..huuuu)
Gusi berdarah...pastu bengkak2.. (tapi gambar ni tak bengkak pun..) |
Asal kejadiannya, adalah dalam 2 minggu camtu setiap kali saya berus gigi, gusi akan berdarah. Saya ingat itu normal sebab gusi lembut kan. Then bila ia terlalu kerap, lama-lama saya rasa sakit pada gusi depan (mcm dlm gambar tu la), asik nak berdarah je, then setiap kali lepas makan rasa mulut berbau walaupun dah guna mouthwash - listerin.
Lepas 2 3 hari jadi camtu saya pun ngadu kat hubby. Dia terus suh gi klinik. So the next day, saya amik off dan ke klinik kampung melayu - dalam ia ada klinik gigi skali.
Nak tunggu di klinik kerajaan sangat la lama. Klinik gigi swasta lain tak tau nak pegi. Dari pukul 830am sampai pukul 11.00 baru dapat jumpa doktor, tu pun doktor biasa, lepas tu baru dia proceed kan pada doktor gigi. Nak jumpa doktor gigi tunggu lagi, bila sampai turn je klinik gigi dah nak tutup, jadi doktor gigi tu sempat check je dulu, pukul 2.00pm kena datang balik untuk rawatan seterusnya.. =(
8.48 am tu baru dapat smpai deoan kaunter..kena beratur juga nak amik no..dahsyat kan. Punya la ramai orang sakit pada hari biasa. ish ish... |
Pukul 2.30pm saya sampai bilik doktor gigi tu, dia terus bagi masuk sebab dah ada appointment. Jadi doktor pun check, dia kata ni bukan depan je yang dah bengkak, semua gusi bahagian bawah dah bengkak cuma yang paling teruk kat depan sebab depan lebih lembut dari bahagian geraham tu. Huhuhu...doktor cakap memang ibu mengandung akan lebih mudah kena gusi berdarah tapi sepatutnya saya kena jaga gigi dengan lebih baik.
Ntah la..saya rasa saya gosok gigi dan guna mouthwash seperti biasa je. Cuma mungkin ni first time mengandung kan, tak tau la kena jaga lebih baik. Lepas jumpa doktor gigi, dia nasihatkan saya guna berus gigi yang lebih lembut dan ubat gigi yang sesuai untuk penjagaan gusi. Then guna mouthwash yang sesuai, cadangan doktor tu adalah Colgate mouthwash warna pink. Dia kata Listerin tak sesuai untuk gusi sensitive. Biasanya untuk gusi berdarah doktor akan beri antibiotik, tapi sebab pregnant, dia tak beri dulu, tengok lagi seminggu kalau tak surut juga walaupuns selepas guna mouthwash, baru datang smula klinik gigi untuk dapatkan antibiotik.
Doktor kata tengah mengandung takleh cabut gigi (walaupun ada yang rosak, kecuali serius sangat) jadi dia cuci je. Hoho...nama je CUCI, tapi dia punya sakittt...leleh jugak la air mata.. Doktor tu siap physco lagi,
"Ni anak pertama kan, klau awk beranak nanti...100 kali lagi sakit tau dari ni, tahan yaa..."
Waaa....terima kasih doktor.... isk isk...
Malam tu saya pun beli berus gigi dan mouthwash yang baru. Hubby pun turut menumpang beli berus gigi baru jugak..hehehe.
Colgate Plax Sensitive dan Colgate 360 Ultra Soft |
Note: Good news is...klau kita bawa kad merah (ibu mengandung) charge untuk rawatan gigi adalah PERCUMA~ ^^
4 comments:
Uiks...biar btol?rawatan gigi adalah percuma utk ibu ngandung??walaupun buat rawatan kt klinik swasta??best tuh makanya kena pregnant lg...hihi :P anyway take care of ur self ya... kak faizah xde pulak alahan apa2 masa pregnant..insya allah kalu pregnant dah diuji mcm ni, bersalin nti dipermudahkan...doa je byk2 ek :)
ish...idak la kat klinik swasta kak. klinik swasta mungkin kna byar skit..hehe. ni utk semua klinik kerajaan. slagi tak nyusahkan dan deakt..sy gi je klinik kerajaan. =P
Hati2 di. Aku da hilang sebatang gigi da masa ngandung fes dulu =D masa pregnant mmg x leh cabut, lepas tu la cabut. Sebbek tersorok sket gigi yang ngongak tu, hoho, so leh sengeh lebar2 lg
Eh iya? Kena cabut gak la ek? Huhu..baru ingt nk mengelak cabut gigi.Dia "cuci" tu pun dh sakit...isk isk...
Post a Comment