September 7, 2011

Mari Beraya 2011!

Raya pertama bersama hubby tersayang~ ♥
Selamat Hari Raya!!

Sedang sibuk beraya dan masih bersemangat beraya! Walaupun hari ni sudah mula bekerja tapi mood raya masih membuak..balik keja masih berpikir dengan hubby mana nak beraya lagi. Hehehe.

Atas meja office ada 2 balang kuih raya. Agak kecewa tahun ni sebab budak collect takda datang umah pun..mana suma budak2 taman ni? takkan semua dah membesar kot. Bangla2 keliling tak nak datang umah ke? Ntah2 diorng pun tak tau adat kita beri duit raya tu kan..klau tak confirm pagi raya pertama lagi diorang dah datang umah. Hehe. Mak mentua saya sampai dah simpan balang2 kuih raya atas meja dan stack kan atas almari. Punya la yakin kan takda budak collect datang umah. Mungkin budak2 JB lebih suka duk umah kan. Tak pun duit raya dari sedara mara je dah beratus smpai tak lalu lagi dah nak ke rumah orang kumpul duit.

Tapi masa zaman saya beraya dulu, kami berkunjung ke rumah2 orang bukan sekadar collect duit raya tapi pada masa yang sama, berkenalan dengan tuan rumah, masa itu la orang2 taman akan kenal ni anak siapa, ayahnya siapa, keja mana, kalau bernasib baik, parents kenal dengan tuan rumah, dapatla kami duit raya lebih..hehe.

Tahun lepas ada lagi la budak2 taman yang datang umah, tapi itu di taman parit sulung, sekarang saya di taman gembira, johor bahru. Mungkin suasana tu dah lain kan. Cuma tahun ni lebih meriah sebab saya dan baby memang serius puas beraya. Dari Johor Bahru ke Batu Pahat, lepas tu ke Pontian then balik semula ke Batu Pahat. Dari Batu Pahat ke Segamat, puas pusing Segamat, pulang ke Batu Pahat semula, singgah Melaka kejap, then baru pulang Johor Bahru semula. Dari Johor Bahru then ke Jengka, Pahang. Fuuuhhh~~ =)








Raya Kedua bersama keluarga Azam ♥


Raya Pertama bersama parents saya~ ♥

Minggu ni pun full jemputan kahwin di Batu Pahat, dan program beraya ke rumah sanak saudara di kawasan Johor Bahru. Nak ikutkan badan memang dah tak larat, tapi bila ikutkan semangat raya tu masih membara, dengan baby2 pun membara beraya.

Oh ya, baby dah mula bergolek dan bergelek dalam perut. Sakit juga la setiap kali berjalan dia pun berjalan dalam tu. Dan baby sudah berumur 8 bulan kini~~!! =D

Tak sabar nak tunggu dia keluar. Apa jantina dan bagaimana rupa dia masih tak tau lagi. Tapi kami cari juga 2 nama satu untuk boy dan satu untuk girl. Cari je baru..masih belum decide nak bagi nama apa =P

My concern is, nama baby mestila pendek dan menarik supaya bila kami panggil dia nanti dengan nama penuh. Tak nak nama panjang tapi bila panggil dia nama pendek je.. Tunggu ya baby... (^_^)





 

12 comments:

F a i z a h ' s said...

eh pregnant da 8bln?nape ticker pregnancy tuh baru 8weeks?

Amanda Eltiqaz said...

A'ah la kan. Salah tu..hehe. Thanks sebab perasan. ^_^

Nizam Aziz said...

Selamat Hari Raya Madam ! tersilap dan terkasar bahasa selama madam mengajar saya di KPTM harap dimaafkan. (:

amanda eltiqaz said...

selamat hari raya jugak nizam! Smoga awk happy raya taun ni~

miza said...

8 months??? apsal perut tak nampak pun?


aaah.... now i understand kenapa org beranak luar nikah and nobody knows it. aku igt itu cerita dongeng je bila semua kata "kami tak perasan dia mengandung" like, how come you do not realise a BIG tummy??. Agaknya Allah nk tunjuk kt aku jawapan dia... thru you. hehe

anyway, nama pendek dan menarik, aku berkenan dgn nama Jannah. bunyi moden (like Jenna haha) tapi ada maksud baik (syurga) and orang confimr akan panggil dengan nama penuh2 tu.

yes, you are welcome.

Nina Aman said...

dy,boh la nama Dhia Alisya.. D=dyana, A=azam (=

fauzani~ said...

selamat hari raya...selamat membuat preparation for baby jugak=)

Amanda Eltiqaz said...

Miza:
Hehe. Tu la..gi beraya umah orang je mesti terkejut klau dy kata dh 8 bln. Tp it's good for me la kan, klau ni je yg dy blh bawak. Ni pun sakit pinggang dan bengkak kaki dh, nak jalan byk pn tak lrat.. (~_~)

Jannah ya..ok dy dh msukkan dlm shorlist nama2 baby..hehe. Tp heran la..most people would suggest girl name.. kenapa ek.. ;)

Amanda Eltiqaz said...

Amanina:
Hehe. Best2! Ko mmg memahami, tau je dy suka ada unsur2 gabung nama..hehe. One of the best name! =D Thanks u, mrs-to-be~ ^^

Amanda Eltiqaz said...

fauzani:
Selamat hari raya jugak fauzani~ =D

raptorarena said...

update plz!! hehehe..

miza said...

ko dh scan ke jantina baby? aku tak sajes nama boy sbb bagi aku nama boy patut abah dia pya territory. tak boleh kacau territory dia. hehe

Related Posts with Thumbnails