August 25, 2011

Ambang Raya

Baby Bumps

Seiring dengan minggu terakhir ramadhan ni, umur baby saya pun dah membesar 28 minggu..mean dah 7 bulan plus plus. Perjalanan semakin perlahan..dan gaya penguin semakin menyerlah, sangat seksi mungkin pada pandangan penguin2 jantan di Antartika tu..hehe. Tapi kugagahi juga la untuk berpuasa penuh.. Tapi dalam gagah2 tu, dah lubang 2 hari jugak..hehe. Sebab? tak sahur, sebab tak sahur? tak larat nak bangun..sebab tak larat nak bangun? pulun jalan & shopping selepas berbuka.. =P


Shopping Treatment

Naluri perempuan tu tetap menebal okay, walaupun mengandung...kaki je tak larat...hati meronta-ronta lagi nak pergi bazaar ramadhan dan bazaar baju2 tu..ehhehe =D Seb baik iman kuat, lagi2 tambah dengan keimanan suami yg lagi kuat melarang pembelian berlebihan..kalau tak...mau jatuh miskin tengok baju punya la cantik2 kan dekat Angsana, Johor Bahru ni. Anyway I can say, shopping boleh jadi pengubat kesedihan la pada saya. Hilang suma sakit! =D


Blueberry Cheese Tart

Saya teringin nak makan blueberry cheese tart... Tahun sudah, kebiasaannya saya order dengan officemate di Batu Pahat, kak Hailawati. Tapi taun ni terlambat pulak, jadi order sudah ditutup. Blueberry cheese tart dia memang la superb kan. Sampaikan mak saya dulu pernah beli cheese tart len pun saya masih juga order cheese tart Kak Hai. Tapi tahun ni terpaksa la saya terkapai-kapai mencari pembuat cheese tart baru di Johor Bahru. Memangla ikutkan ada je yang jual di tepian, tapi tak nak la kan. So based on recommendation beberapa kawan, saya order cheese tart dengan sorang akak ni yang bernama Kak Ayu. Dia takda kedai, buat based on order je. Harap sedapla kan.. Good news is, ESOK sampai! =D

 Movies All the Way

Selain menghayati kegembiraan raya, kami sempat jugak menghargai kehadiran wayang2 baru di pawagam..hik hik. So last week pada hari Khamis, saya dan hubby mengunjungi wayang di Leisure Mall (sebab sini tak ramai orang sangat) untuk tengok cerita Rise of  Planet of the Apes.


Kita pendekkan cerita,memang best! Penuh dengan emosi dan fiction. Kalau siapa yang pernah tengok cerita Planet of The Apes dan rasa cerita tu tak best, korang better tengok cerita yang ini sebab yang ini sangat best! Dan sangat berbeza dengan cerita Planet of the Apes yang lama tu.  Review panjang leh baca sini: RaptorArena. Next!!  ----> The Cars II







Iftar and Friends

Seperti plan yang telah dirancang di SINI, saya dan hubby telah pergi ke KL untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan universiti hubby. Lokasi adalah di The Royale Bintang The Curve. Meriah dan happening~ =D Cuma the only pasangan yang dah kawen adalah kami sahaja...dan the only pasangan yang gadis berperut buncet juga saya. Agak ter'advance la pulak kan.. =P




Beratur bersama gadis

Geng Iftar Civil 2011

Satu2nya pasangan yang dah kawen..hik

Semua ni sudah berpunya~ ^^

Persiapan Raya

Persiapan barangan baby terhenti buat seketika untuk memberi laluan kepada persiapan raya. Jadi ini dia checklist untuk raya:
  • baju raya saya  - sudah
  • baju raya azam  - sudah
  • pembahagian duit raya - sudah
  • pembelian kuih raya - sudah
  • pembayaran zakat fitrah - sudah
  • pembayaran bil dan loan - sudah
  • beraya di rumah parents dan parents in law
  • makan ketupat + rendang + lodeh + kuih raya


Jadi, nampak list yang belum setel tu...haa..tu yang paling dinanti..hehe..tak sabar nak rayaaaaa!!



Tapi...hari ni dan esok saya masih bekerja lagi....aihh...

No comments:

Related Posts with Thumbnails