June 25, 2009

Air Mineral & Air Minuman

Hari ni saya nk citer psal air minuman.

Smlm masa kemas2 botol air mineral kt umah sy perasan sumthing. Ada 2 warna pada penutup botol minuman tu, ada biru n ada putih. Mungkin ada lg kaler len, tp so far sy jmpa dua je.

Jd wat research skit and rupanya warna penutup air mineral tu membezakan jenis air tu.

Senang je nk bezakan samada air tu air mineral(mineral water) atau air minuman (drinking water).


Penutup botol yang warna BIRU tu untuk air mineral.Air mineral semulajadi adalah air yang berpunca dari air bawah tanah yang telah ditapis.



Penutup botol yang warna PUTIH tu untuk air minuman biasa. Air minuman biasa adalah yang berpunca dari air paip yang ditapis dengan bermacam cara.

Perbezaan warna ni adalah yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan pembuat air minuman botol di Malaysia.

Jd pastikan anda buat pilihan yg btul. Dan tak semestinya yang penutup putih tu tak elok, ia bergantung pada cara ia ditapis - cnthnya AIR ECPI. =)

12 comments:

ima said...

bijak sungguh la strategi kamu ni dy!
setiap post mesti ade kaitan ngan marketing. hehe~

i like ur entrepreneurship spirit!

RAIFANA ABDULLAH said...

betul lah ima.

amacam perniagaan?ade ok?

hidup DYANA.yeay~

miza said...

hah? aku tertanya2 psl post kamu kali ni pendek gila. selalunya ko akan buat perbandingan kandungan mineral dlm kedua2 jenis air, diikuti dengan pandangan professional dr professor mana2 tentang pro and cons both water.

tapi kali ini...mana semua itu?

mana??

mana??


(drama queen mode off) eleh orang dh lama prasan. hahaha!

Amanda Eltiqaz said...

miza: aku dh wat perbandingan blog2 org suma pendek2. aku keliru gk..apsal aku tulis cm tak nak berenti..haha

aku baru perasan daa...(lmbtnya..huhu) =P

Amanda Eltiqaz said...

(drama queen on)

rai&ima: terima kasih semua for ur support and bla bla bla....

tenkiu2~ (smbil wat gaya julang piala)

ima said...

sorry ye dy. xde award utk anda julang.

Hakeem Abd.Kahar said...

saye konpius la miss...tutup botol spritzer kaler hijau...ape maknenye???

adekah ia merupakan air yg berlainan yg terdapat di pasaran ataupown same antara 2 tu???

ataupown ia mungkin merupakan strategi perniagaan semate2 utk menarik rmai pelanggan utk membeli kerana warnanya yg agak berlainan???

time kasih...

Amanda Eltiqaz said...

hakeem:
wah..drama king.hehe. yang tutup botol kaler slain warna putih adalah air mineral. ^^

Waniey said...

bukan tutup hijau air dari gunung ker..?? hehehe.. =p

biru = mineral
putih = air biasa yg ditapis
hijau = air dari gunung

Amanda Eltiqaz said...

a'ah...air mineral gk. ^^
ada byk lg kaler2 len ikut punca. tp jarang ada.

Hakeem Abd.Kahar said...

contohnye tutp botol kaler coklat adalah air parit....mcm tu??hahaha

drama king??!! apekah??? saye x masok lg anak wayang miss

Amanda Eltiqaz said...

uish..apa nye air parit. tu tak pyah botolkan.. terjun je kt parit sulung tu~

Related Posts with Thumbnails