June 16, 2009

Cerita Washing2...

Sy cukup hangin dgn seseorang ni..dh lama dh hangin dgn dia tp sabar je sbb perbezaan jarak umur kami yg agak ketara.... dek kerana SANGAT tak selesa dgn perlakuan dia sy beranikan diri juga tegur..ini demi kepentingan kaum wanita di kolej sy gk..

Cerita 1:
Apa perasaan anda klau pergi public toilet perempuan, dan seperti biasa sbg seorang gadis, anda dgn tenang buka tudung, btul2 kan tudung...btul2 kan seluar/kain...tetiba cleaner lelaki bkn muslim msuk dgn selamber tanpa mnta maaf n amik barang kehulu-kehilir dlm toilet tanpa rasa malu? Okay, mungkin ada yg ckp, "takpala...dh mmg kerja dia..lgpun bilik air ni bkn suma muslim, dia pn bkn muslim..mungkin dia tak faham.."
>> so cerita ini dimaafkan.

Cerita 2:
Apa anda rasa klau pergi public toilet perempuan, dan seperti biasa sbg seorang gadis, anda buat apa yg ptut, buka tudung, btul2 kan kain, then tetiba msuk seorang lelaki muslim (cleaner) and amik brg2 dgn selamber tanpa mnta maaf dan tanpa tau malu buat toilet tu mcm xda perempuan? Ada sesetengah org takleh terima, ada sesetengah org leh terima tp still akan menimbulkan ketidakselesaan. Lgpun tu public toilet yg besar dan sesiapa pn blh msuk.
>> separa maaf..mungkin..?


Kisah benar:
Apa anda rasa klau pergi public toilet perempuan yg 100% penghuni tmpat tu adalah muslim, dan anda buat tugas biasa seorang gadis dlm toilet, then masuk lelaki muslim (cleaner) dgn selamber tanpa minta maaf dan buat apa yg dia nk buat, then kluar cmtu je? Sungguh tak selesa okay.

Okay, kita kecilkan lagi scope, bilik air tu takda la sebesar public toilet, kecil skit, mcm toilet ofis. Sekali dua takpa...klau berkali2 tanpa rasa malu? Dan setahu saya, bkn sy sorang yg trserempak dgn lelaki ini kluar msuk toilet perempuan, tp rmai lg..cuma sy tak pasti apa diorng rasa.

Sy ckp direct ayah sy sendiri pn segan tau nk msuk toilet klau dlm tu ada anak perempuan dia. wlaupun pintu tu trbuka kami just amik air semayang or basuh muka. Adakah lelaki di atas takda rasa malu atau hormat pd perempuan? sy tau tu kerja dia, tp brapa byk public toilet/toilet ofis len yg asingkan pencuci perempuan dan lelaki? dan kat sini bkn dia sorang yg kerja, ada 2 lg org perempuan, tak blh suruh org perempuan ke yg msuk?

Dan sbnrnya sy dh suarakan isu ni dgn pekerja perempuan itu supaya disampaikan pada lelaki itu. Utk beberapa minggu dh tak nampak lg, tp lama kelamaan ada balik.. Sy pn tak pasti tugas mereka di bawah jagaan sapa sbb nk tegur direct pn cm tak brapa proper. Dan dia pn bkn sebarang2, bos dibidang tugas (cleaning) dia tu. Siap leh bersama2 dgn pihak pengurusan so kira bknla org sebarangan yg leh tegur dia pn, dan dia pn mcm bkn jenis org yg leh terima teguran (ni based on my observation la..bkn penah borak pn..hehe)

Apapun sy sungguh tak puas hati dgn lelaki tu sbb dia tak hormat ke aurat perempuan? Dia tau tak bilik air perempuan tu privacy? Tak blh ke at least ketuk sblm nk masuk? Atau mnta maaf klau ada perempuan dlm tu. Dia tau tak mahkluk dlm bangunan ni suma muslim? Tak kisahla kat luar perempuan tu tutup aurat ke tak, tp setau sy, company bkn muslim pn jaga bnda ni, cleaner lelaki utk bilik air lelaki, cleaner perempuan utk bilik air perempuan.

Dan yg sy plg tak faham knapa dia nk letak brg cleaning - to be specific mop dan bekas mop tu dlm bilik air perempuan tingkat 3? Bkn ke dia ada tmpat kumpul brg2 cleaning tu sendiri? Then kata tak leh nk letak kt bilik X sbb ada org tak bg, then knapa brg2 (penyapu, serkup sampah) len kepunyaan dia adat kt bilik X tu, blh lak ek? Takpun knapa tak letak kat bilik air lelaki je? Dh tau yg slalu nk amik brg tu lelaki, letak la kat bilik air lelaki je. Klau perempuan pn yg amik, xda la kesan apa pn. Tak jd apa tak..staff kat sini suma baik2 aja. Persoalan2 ni suma byk, cuma nk sampaikan je tak sampai hati. Tp geram lak bla dh byk kali trserempak..

Atau agaknya dia mmg suka nk msuk bilik air perempuan? (sbb bla tnya knapa mop tu kt situ dia nk marah lak..eh eh..)

>> Tak blh dimaafkan selagi dia masuk bilik air tu....

Apapun ni pendapat sy, klau org lain rasa SUKA dgn perbuatan cmtu, sy tak pasti... (hm..dh dekat setahun dah bnda ni berlaku...or less ntahla...rasa dh lama sgt ketidakselesaan ni berbuku..) So cmna ustaz?

7 comments:

miza said...

siyesly... obvious sgt cleaner kolej kamu ni pervert.

langkah drastik aku rasa ko letak je barang2 cleaning dia kt LUAR toilet. langkah tak drastik, report him to his sv.

tak masuk akal ok nk suka suki masuk toilet org. soh cleaner p'puan la jaga toilet p'puan! apahal dia plk yg nk jaga toilet p'puan?

emo emo...

RAIFANA ABDULLAH said...

betul la dy.PROTES nih!

org mmg tak selesa dan sekarang menyampah.kadang rase takut nak g toilet tu.ish!

camne eh???serius dah bosan ngan keadaan camni.rase nak belasah je.bukan besar sgt pun beliau.huh!

Amanda Eltiqaz said...

miza: tu mmg langkah2 penjagaan yg SEDANG dilakukan...tak tau aa dia perasan ke tak. tp seyes jenuh tiap kali nk msuk toilet kena amik brg tu n letak kt luar... =/

rai: ish..jgn rai..besar connection dia tu wlaupun dia comel =P

ima said...

betul lah dy! same ngn rai gak... PROTES!!!

sgt tidak patut perbuatan itu.
ini kerana bukan tidak ada staf pembersihan wanita.

siap ade 2 lagik tau.
so kalo nk amik brg dlm toilet pompuan tuh, ape slh nye mintak tlg wanita2 itu??

kalo x pun, ape relevannya simpan mop dlm toilet??
buat semak jek kan??
simpan la dlm ade stor.

Amanda Eltiqaz said...

ima:btul2.. tp kn, skrg cm dh takda lg. plus lelaki itu dh tak nak senyum dgn dy lg.. =P

Ada sy kisah? not at all ^^

Anonymous said...

ish...nasib baik aku punya toilet makcik cleaner tak wat cam tu...

Amanda Eltiqaz said...

en zuraidin:ish..mana tau dia sembunyi dlm bilik air lak sbb tak nak bg org nmpk..hik hik

Related Posts with Thumbnails