November 30, 2009

Year End Sale - Y.E.S!



Malaysia Year End Sale 2009 is HERE~~!!!!. The sale will start from 21 November 2009 till 3 January 2010. Malaysia Year End Sale, also known as YES have been held for few years now.

But last year macam berbeza skit sbb ia dipanggil Malaysia Saving Sale. Lebih kurang sama macam Y.E.S juga tapi lebih best sebab banyak barang yang SANGAT murah, sale dan promosi yg best2!

Untuk memeriahkan lagi event yang gilang gemilang ni, saya dan rakan2 turut turun padang untuk bersama gadis-gadis serta para ibu memenuhkan shopping mall =D.

November 28, 2009

Salam Hari Raya Aidiladha~



Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:
"Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (ibadat korban)."

Masa kecik2..
Setiap kali Hari Raya Korban, saya yang paling sibuk ajak adik2 ikut ayah pegi masjid/surau nak tengok org sembelih lembu. Kadang2 buat kat tepi umah kat kampung. SANGAT EXCITED!!

Sy sangat suka terutama bila aksi mengejar lembu dan ikat lembu. Masa tu budak-budak perempuan akan berkumpul jadi cheer team manakala kanak2 lelaki akan sibuk ikut org2 tua mengejar padahal bkn membantu pun. =p Masa sembelih lembu sibuk mencelah gak. walaupun ibu2 sibuk tak bg pegi + takut tgk darah keluar tp buat2 berani gak sbb saya tau nnt akan ada org akan protect kita klau lembu tu keja.hehe.

Masa sekolah menengah..
Dah jarang ikut org korban lembut.Time ni atuk dan nenek dah takda.Kadang2 je ayah minta teman adik tgk org sembelih lembu dekat surau taman tu. Time ni bkn takut tapi segan sbb nnt mesti ada jejaka2 taman yang hensem dan kacak yangg turut membantu menyembelih lembu. Uu...suka tgk time diorng tangkap lembu, ikat, dan melapah tu..mcm gagah dan bergaya..haha!

Tapiiii..at the same time saya tak tau kenapa saya dah mula kesian kat lembu2 tu. Lepas tengok lembu kena sembelih mesti saya dah tak lalu nak makan daging lembu paling kurang pun seminggu! Masa kat MRSM ada satu sesi sembelih lembu dan saya disuruh juga utk pegi tgk. Lepas tu orang kantin pulak pagi ptg siang malam asik hidangkan lauk daging lembu. Seminggu tu jugak saya makan nasi dgn sayur je..huhu. Klau ada ayam baru saya makan ayam. Malam org lain makan burger saya amik roti keras tu je. Bukan tak nak makan, tapi setiap kali makan akan teringat kat lembu tu..sampai rasa loya. =(

Masa universiti..
Jarang balik umah time korban. Jadi blh kata tak experience langsung hari raya korban. Even kat masjid ada saya tak pegi. Sbb kalau pegi confirm lepas tu saya tak lalu nak makan daging lembu beberapa hari. Lagi2 bila org masak sup yang bau lembu tu masih ada..uu... =(

Sekarang..
Ntah kenapa orang taman masing2 buat sendiri2. Klau dulu semua orang berkumpul kat masjid sembelih beramai2, tapi sekarang kat taman saya masing2 buat kat tempat masing2. Plus adik2 pun dah besar and tak minat nak tgk lembu. Saya lagi la.

Dulu ayah org kuat juga. Dari sesi mengejar lembu sampai la melapah. Tapi sekarang dia pun dah tak larat. Dia jadi unit pembahagian daging lembu je. (unit tuuu... =P)

Saya tak pasti anak2 saya nanti dapat rasa tak suasana mengejar lembu -> melapah tu akan datang. Tapi sekurang-kurangnya saya akan cuba pastikan mereka pun dapat rasa keseronokan situasi tu (^_^)



November 25, 2009

Apakah...?

Huhu...

Rasa dh lama sgt 'berehat' dari post apa2 kan? Byk bnda berlaku dan byk bnda yg org fikir sampai tak ter'post' satu pun. Nak merepek pun malas..

1. Menyampah.

Sangat menyampah dgn sorang dua manusia di keliling (tak kisah la jauh ke dekat) Jadi hilang mood nak tulis blog. (haha..apa kaitan =P)

2. Kepulangan adik2.

Since kepulangan suma adik2 kesayangan tu kat umah. Org mmg dh tak sentuh langsung internet kat umah. Masing2 sibuk tgk muvi korea online. Pastu gilir2 men game online. Lantak la.. Nasib baik ada citer 'Nenek Kebaya' kat TV9. (tgk tak? tgk tak? bestt! haha) Leh gak la melayan kesunyian.. =P

3. Atuk (abah kpd mak) sakit.

Dah seminggu dia masuk hospital. Start Selasa (17.11.09) lepas. Yg ironic nya, beberapa hari sblm dia dimasukkan ke hospital, dia asik minta nenek dan mak sy msukkan dia ke hospital. Masa tu dia cuma sakit tua biasa je - telinga kurang dgr,suara tak jelas,mata kurang nampak. Tp takda sakit kronik. Mungkin dia fikir org xnk jaga dia, dan mungkin dia fikir kat hospital blh duduk rehat2 sambil dilayan oleh nurse yg baik hati lagi cantik mcm kat tv tu. Mak xnk masukkan kat hospital sbb risau doktor buat ujian pelik2 je nnt.

Tiba2 hari selasa tu dia susah bernafas. Nenek bawa dia ke hospital utk check. Sblm ni pernah gak susah bernafas,tp skjp je. Cuma bezanya kali ni,atuk mcm sesak nafas. Bila doktor check, dia kata atuk sy kena warded utk pemeriksaan lanjut. Mula suspect peparu berair,pastu kata jantung tersumbat..sudahnya doktor pun tak tau dia sakit apa. Musykil...musykil...

Lepas 2 hari,atuk dimasukkan ke ICU. Kat situ lg sgt sedih.. Susah nak cerita sangat kasihan..dengan pelbagai wayar cucuk bdn atuk yg kurus tu. Atuk bernafas guna respirator (alat bantuan pernafasan).

Smlm, doktor buat operation, tebuk trakea, utk masukkan tiub respirator sbb mulut dia dh luka. Sedih...harap2 atuk makin sihat..tp klau dia mmg takleh sihat lg..mudahkan la dia pergi..sian... =(

4. Tugas hakiki.

2 minggu lepas adalah minggu exam. As usual kami pensyarah akan jd invigilator yg sgt berkaliber.haha. Even sabtu dan ahad pun bekerja! (tabik pd diri sendiri =p) Reason sbb nak samakan waktu dgn kolej kat alor setar. Takda hal la. Nasib baik takda temujanji istimewa minggu ni..klau tak mau mengamuk makhluk ijau sy. Hehe.

Abis jaga exam. Berturutan tugas2 hakiki lain especially marking paper n update file. Boleh je buat skit2, tp bila fikir nak cuti lama nnt. Mmg sy gagahi jua utk buat secepat yg mungkin.

Tak sabar nak jumpa diaaa~~ (^_^)

November 11, 2009

Doktor vs Sukol

Sukol adalah abrv untuk Sukan Kolej. Walaupun nama nya agak aneh dan boleh menggeletek perut, tapi agak menarik sbnrnya sebab blh menarik perhatian hampir semua lecturer untuk turun padang dan mengikut SEGALA arahan pelajar..hoho~

Semalam (10.9.09) merupakan hari sukan untuk kolej kami. Walaupun tak semua student yg dtg, tapi games yang dijalankan mmg sangat best! Sbnrnya saya takda la dapat mengikuti semua games..malahan mmg tak mengikuti langsung suma games.haha. Hanya menyokong dengan penuh bersemangat! Itupun di akhir2 waktu (walaupun sorakan sy tu hanya sayup2 je =P)

Hari yang sma gak saya ada appointment dgn doktor.Dengan bertemankan aza yg byk mengomel.hihi. Dh agak dh sbb cik aza ni tak suka tunggu lama,tp dia nak ikut gak.Bg mkn kuih, senyap kjap.hehe. Agak gembira sbb tak sabar nak dengar keputusan dia cmna. Patut kjap je sbb saya dah amik masa plg awal pukul 830am. Tapi sudahnya doktor sampai pukul 1010am. Basah punggung tunggu..huhu plus keciwa tak dpt join 'sukol'. Tapiiiiii....sampai je pukul 1010am, tu baru no giliran yg pertama. Saya nya no giliran no 6. Dalam 10.45am cmtu. Saya pun masuk. Borak2..check2 skit..okes~ Next appoitment next month. Tak sabar nak tunggu perubahan yang positif ^^

Then,lepas tu kami pulang ke stadium smula dan duduk di situ smpai la game abis. Malas nak citer panjang2. Yg penting Sukol tu best! Hehehe.

Rindu...

Ku Pinjam Satu Bintang - Alyah ft Riz



Kurindukan Dia
Kumahu Belaian Manja
Ku Ingin Selalu…..Disisinya

Hooo Huuoo
Inikah Bahgia
Inikah Kasih Asmara
Bernyanyi Lah Hatiku Dengan Cinta

Ku Tak Ingin Lagi Berjauhan
Usah Kau Hampiri Perpisahan
Seharusnya
Kau Mengerti Kasih
Hanya Engkau Dihatiku
Andai Mampuku Menyentuh Awan
Akan Kupinjamkan Satu Bintang
Dan Ku Pancar Seriang Gemilang
Itu Kasih Kewajahmu


Kuberjanji Sayang
Ku Menunggu Dikau Pulang hei..hei
Membawa Cintamu Yang Terindah
Dengarlah Kata Hatihoo..huooo
Kurindukan Kasih Dia

Alyah
Kumahu Belaian Manja
Takkan Kulupa Cinta Pertama
Cinta

Ku Tak Ingin Lagi Berjauhan
Usah Kau Hampiri Perpisahan
Seharusnya Kau Mengerti Kasih
Hanya Engkau Dihatiku
Andai Mampuku Menyentuh Awan
Akan Kupinjamkan Satu Bintang
Dan Ku Pancar Seriang Gemilang
Itu Kasih Kewajahmu..hoouooo

Kuberjanji Sayang
Ku Menunggu Dikau Pulang
Membawa Cintamu Yang Terindah
Dengarlah Kata Hati
Dengarkanlah Kata Hati
Dengarkanlah Bicaraku


November 2, 2009

Sengal sungguh

Walaupun tangan agak kejang..kugagahi jua untuk menaip di sini.

Weekend yg best! Jumpa bestfriends sekolah menengah, yang saya rasa even dah kawin dan beranak pinak nanti, diorng ni akan sentiasa disisi. (^_^)

Sabtu (30.10.09)

Janji pukul 11.30am. Tpi pukul 11.30am saya sorang je yg terpacak kat dpn kedai pizza. Walaupun tak cukup korum tapi jadik juga perjumpaan pagi tu. Mula dengan makan piza kat Batu Pahat Mall. mulala cerita kisah + updata masing2. sangat enjoy smpai org keliling trtoleh2 tgk ktorng borak. Masa tu dah tak kisah dah. Klau sorang tu maunya tebal muka.hehe.

Then, shopping skit area bp mall. Aman (Amanina) plan nak karaoke. Agak menarik tapi memandangkan antara kami bertiga..org la yg plg jarang karaoke. Last karaoke pun awal tahun lepas. See..? Lama tak? mahu berkerak anak tekak, pastu tetiba nak menyanyi segan la saya... Compare dengan mereka berdua yang kerap juga la. Yang wanie mmg minah karaoke, siap ada cipta lirik sendiri.

me: "Seyes kau buat lirik? Tak sangka ek budak medic ni boleh ada masa. Slalu nerd jek.hehehe"


wanie:"Weei..mestila..i kan future singer..nnt tgk org nnyanyi cmna. ;)"

Seterusnya kami bertolak ke Square One (mentang2 ada byk shopping mall kat Batu Pahat ni..kembang idung kjap.haha) Kbox sini baru buka and ramai kata best sbb dia nya screen LCD and ada button comel2 untuk tekan pilih lagu. Bilik dia pun cantik.hehe. (Ala..bak kata wanie..stil takleh lawan kat JB apatah lagi kat KL =P)

Dalam takut2 nak nyanyi tu..goyang pinggul jugak la lagi2 jmpa diorng kan. Teringat zaman2 sekolah dulu (^_^) Hari tu tamat dengan karaoke shj sbb Aman trpaksa pulang atas urusan rasmi bersama keluarga.

Ahad (31.10.09)

Pagi2 lagi diorng agak aerobik. Tapi apakan daya, dengan rumah yg jauh, tak sempat nak sampai sana pada waktunya. Lgpun..takda apa lg lemak yg leh dikeluarkan =P

Next agenda -> badminton.

Tau tak game ni last org main adalah masa form 3. Itu pun main kat pagar umah yang berdepan dengan jalan raya. Ada angin skit..lari2..pastu bola melencong sana sini..kjap masuk rumah Auntie Guan, kjap masuk rumah Makcik Kiah. Nasib baik time tu comel..sengih2 skit tak jd diorng nak marah.hihi.

Bila tetiba diorng ajak men badminton, mmg agak seronok tapi dh trbayang raket badminton yg dipenuhi habuk. Tak pasti tali dia tu selamat dari gigitan 'cik siti' ke tak. Maka saya mnta diorng je bawakan. (Even sport shoes pun dah sorok ntah ke mana..ades..org biasa bersukan dalam rumah je kan.. ^^)

Pagi tu janji main badminton pukul 9am.Tp seperti smlm, pukul 9am tu saya sorang je yg dh trpacak kat depan bangunan court badminton tu.Agak gelabah aa sbb tak pernah masuk situ. Plus, kjap2 lalu keta merc..kjap2 lalu keta honda civic, pastu keta pajero..dahlah yg drive tu chinese guy yg hensem2..menggugat keimanan jugak la.. Dalam terjenguk2 tunggu keta kancil diorng, saya call diorng...

Diorng suh book tmpat. Aiseh..nak book pun gelabah. Nasib baik masuk2 je dlm dewan tu ada sorang chinese guy yg hensem tegur, "Ya..ada apaaaaa?"

"Nak book satu court. skrg. " - buat2 muka confident jee.hha.

Selesai tu, kancil tiba..maka kami pun memulakan aksi. Dek kerana trlampau excited, saya lupa nak streching..bergelak..bergelak..smbil tangan pegang raket..tau2 je member kat depan dah mula servis.

Aksi seterusnya tak yah citer. Siap bawa balik tanda kat lutut sbb tergelincir.hehe.

Pulang dengan gembira~

Malam sakit2 badan..tapi tak berani nak cakap dengan mak sbb main badminton, nnt mak tak kasi men lagi. Org ckp sengal2 biasa je. dengan harapan bangun tidur dengan segar dan gembira~

Tapi hari ni...

Bangun tdur je sakit satu badan macam baru lepas eksiden! ish..ganas seh badminton ni. Org len main tetiap hari okay je.huhu. Sy smpai nak jalan dah macam itik..kejang peha..pastu nak semayang pun mengalahkan nenek. sakit gile nk sujuk sujud tu..sabar jela.. [thanks rai.hehe]

menari jugak yang best! =P



Related Posts with Thumbnails